Rabu, September 22, 2010

untuk mereka yang bergelar perempuan...

masa raya hari tu, adik saya yang ke-3... mahu keluar ke Giant bersama kawan baiknya... setelah beliau bersiap-siap dengan minyak wangi yang disembur macam nak bagi satu rumah wangi.... dia pun keluar mengadap muka saya yang tengah dok bancuh tepung buat sadur pisang...

"kak... aku cantik tak???" soalnya dengan penuh gedik sambil mat terkelip-kelip ala kartun nak ngorat kat dalam tv...



saya renung dresscode nya dari atas ke  bawah...

seluar jeans - longgar... check!
tudung + scarf... check!
t-shirt kuning nampak...??

dengan muka toya saya pun cakap...

"Ja, seksi... pergi tukar... " suara saya berbaur arahan...

"ala... bukan nak gi mana pun..." nada protes... beliau kembali ke cermin besar memerhatikan dresscode yang tersarung di badan...

mama yang mendengar protesnya, mula menjenguk ke dalam.

"Tukar baju, atau mama tak bagi kamu keluar!!!"

oh, suara mama seakan petir kecil.. hehehehe... saya gelak dalam hati... padan muka...

beliau cemang-cemikkan muka... cuba berkeras dengan mata simpati ditala kepada saya...

"kak..."

"oh!!! baju kau tak masuk dalam qualification... too much of sexual harrassment... hampir nampak apa yang patut dilindung di sebalik baju kuning kau tu... baik kau pakai baju yang Bf kau bagi tu..." suara saya... masih tayang muka selamba...

kedengaran rungutan tak puas hati yang diselang seli dengan bebelan dari bonda tercinta yang menyokong kata-kata saya...

si adik, dalam merungut dan protes segera ke bilik... mengganti pakaian...

"puas hati??" soalnya tidak puas hati...dibetulkan letak tudung di kepala...

"bukan nak gi mana pun..."rungutan masih kedengaran saat dia mencalit lip balm ke bibir...

"tak pergi mana pun... kau tak ingat dosa??" jerkah mama dengan mata membulat... si adik mencemik... dia menjelir lidah saat menatap wajah saya sebelum tersenyum sumbing sendiri...

"tau pun salah..." ejek saya...

itu adalah drama sebabak yang berlaku jumaat lepas... ya, adik saya yang sedikit degil... tapi, saya lebih degil.. dresscode keluar rumahnya ambil dan mana yang sempat je... hukhukhuk... mana tak kena bebel...

tiba-tiba, saat membelek-belek folder di dalam laptop terjumpalah dengan video pengajaran ini... yang saya download setahun lalu untuk pengisian adik-adik di sebuah sekolah rendah sekitar Selangor...



video


ya, cukup bertepatan sekali dengan kisah adik saya ini...

benarlah seperti kata pujangga...

wanita itu hiasan dunia jika dia benar-benar wanita solehah...

namun, wanita juga fitnah dunia jika dia telah dihasut oleh si syaitan durjana...



p/s: marilah sama-sama menjaga aurat mereka yang kamu sayang... kawan, adik, isteri, ibu... atau sesiapa sahaja yang bergelar wanita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers