Jumaat, Oktober 29, 2010

Selamat hari Lahir!!!

Selamat Hari Lahir!!!

Happy Birthday!!!

Sae Gae Chuka Ae!!!

Eidu Miladin Sa'idin!!!





ya!!!! hari ini hari lahir saya yang ke-23.... yeay!!!!

*diselangi dengan bunyi trompet dan pelbagai bunyi yang anda mahu untuk menambahkan kemeriahan...*


23 tahun yang lalu... saya lahir... di sebuah hospital di mukim Lumut, Daerah Manjung, Perak...tepat jam 8:40pagi... kalau ikut kalendar Islam, saya lahir pada 7 Rabiulawal 1408H...

diberi nama Syafiqah... yang bermaksud Yang baik hati dan Penyayang... *penyayang ke? baik ke? ngeee~*


saya anak sulung dari 4orang adik-beradik... jadi, sudah sah2 laaa saya dipanggil kak Long... uhhu~


tahun ini... sebenarnya, dah dekat 10 tahun saya sambut birthday seorang diri... jauh dari abah dan mama... yelah, saya mula duduk asrama dari Form1... sejak tu... saya tak sambut birthday dah... melainkan kalau ada kawan2 yang ingat dan ada ehsan dan usaha untuk meraikan birthday saya ni..


tapi, saya tak kisah pun... (tipu!!) ehhe~ mestilah sedih... sebab... kadang-kadang rasa cam lone ranger pulak...


walau apa pun... tahun ini saya menyambut birthday dalam dewan exam... sebab saya da exam jam 230pm nanti...


huhuhu... sadis betul tahun ini... 30102010 dan 31102010.. kedua-duanya hari saya exam... takkan nak sambut 01112010 pula kan? huhuhu...


tak pe... tak perlu sambut hari kelahiran kata kawan saya.. sebab kita ibarat menyambut hari kematian kita...


uhhu~ takut... tapi, hakikat...


yelah... semakin hari kan... usia kita makin pendek... dengan hadirnya 30102010 ini... bermakna... makin pendek laaa usia saya untuk membuat amal dan ibadat...


moga saya dilimpahi rahmat dan kasih sayang yang berterusan dari Allah swt....


ok.... tiap-tiap tahun saya buat list untuk harapan saya dengan pertambahan usia ini... jdi...








saat usia 23:


  1. ingin terus menabur bakti pada yang perlu...
  2. mahu terus jadi anak mama dan abah yang baik dan penyayang...
  3. cuba jdi kakak yang baik...
  4. terima kasih, ya Allah kerana berikan aku peluang untuk terus hidup buat ke 23 tahun nya...
  5. moga  terus sedia untuk belajar, mengajar dan diajar...


ehhe~ tak tahu mahu wish apa lagi....






p/s: doakan exam saya sem ini mendapat markah yang baik...

Isnin, Oktober 25, 2010

anda bijak jauhi zina...

tajuk agak berat kan?

dah lama mahu menulis tajuk ini... tapi, tertangguh dek masalah jiwa yang meruntun... serabut kepala yang mengelirukan... serta rasa diri yang jatuh merudum...

*ok, stop talking bout yourself, dear Sya...*



"Lelaki penzina tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan penzina atau perempuan musyrik. Dan penzina perempuan tidak akan berkahwin melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik. Dan yang demikian itu diHARAMkan bagi orang-orang mukmin". (An-Nur : 4)


perempuan yang baik untuk lelaki yang baik... begitulah sebaliknya..

persoalan yang timbul adalah, jika dia seorang penzina dan sudah bertaubat... maka, dia ini kategori yang bagaimana?






tajuk ini jadi perbualan dan topik perbincangan kami semasa ada waktu senggang di Rumah Titian Asraful Rohaniah beberapa minggu yang lalu... oh, kalau kamu belum baca post itu... sila klik sini ...

seorang adik membuka sidang perbincangan ala tazkirah pendek kami...


adik1: kak Sya, betul kan, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?
saya: (kerut dahi) a'ah... kan dah tertulis dalam surat cinta?
adik: saya selalu masuk forum... (dia salah seorang moderator di ILuvIslam) terjumpa dengan suatu komen ini... dia tulis, fitrah penzina adalah untuk penzina...

beberapa orang yang berdekatan mula merapatkan sila. mendekati kami, turut sama mahu mengetahui butiran lebih lanjut...

saya: teruskan...
adik: ceritanya begini... seorang perempuan ini bertanya... katanya, dia pernah berzina namun kini menyesal dan sudah bertaubat nasuha... maka, dia bertanya, masih adakah lelaki soleh untuknya...
saya: (senyum nipis... seperti dapat mengagak komentar yang dilontarkan di forum tersebut yang menyentak tangkai hati si adik ini...)
adik: saya merupakan salah seorang yang sering memberikan kata-kata seperti, kamu akan jumpa lelaki yang baik yang mampu membimbing kamu.. bla.. bla.. bla...
saya: ok... jadi, apa yang buat kamu sangat terkesima?
adik: satu komentar ini, buat hati saya diragut... katanya, fitrah penzina itu untuk si penzina...
saya: (senyum)


secara realitinya, itu benar... kalau ditaip dialog kami, memnag panjang lebar... biar saya ringkaskan ia di sini...

secara ringkasnya, komentar itu menegur dan menusuk hati si perempuan yang bertanya... katanya "kenapa kamu berharap pada lelaki teruna yang soleh, bukan lelaki yang sama seperti kamu, seorang penzina yang jua turut bertaubat dan mahu mencari seorang wanita solehah?"

ayat ini menyentap hati sesiapa sahaja.. baik si wanita yang bertanya, mahupun si adik saya ini...

ya, mengapa berharap pada si lelaki teruna yang soleh sedangkan fitarah yang termaktub adalah seperti tertera di tafsiran ayat di atas?

seorang penzina itu, membawa seumur hidup kafarah dosa atas kesilapan dan dosanya itu... malah, mama saya pernah menitip pesan bahawa si penzina membawa palit 'penyakit keturunan' selama 7 keturunan... maksudnya, sekali dalam keturunan kamu ada yang berzina, maka selama 7 ketururunan berikutnya pasti ada seorang yang akan mengulagi jejak yang sama...

menakutkan... sangat dahsyat...

malah, kalau ikut hukum hudud, penzina lelaki dan pperempuan yang sudah berkahwin akan dijatuhkan hukuman rejam sampai mati... manakala, penzina lelaki dan perempuan yang belum berkahwin akan dihukum sebat 100kali...

fitrah penzina adalah untuk penzina...

benar! mengapa berharap pada lelaki teruna yang soleh sedangkan kamu pernah berbuat dosa yang berat begitu?

kalaupun ada yang mahu menerima kamu seadanya kamu, mahukah ahli keluarganya?

kenapa tidak sahaja kamu ingini lelaki yangs seperti kamu? yang pernah melakukan dosa yang sama dan kemudiannya bertaubat seperti kamu?

saya bercakap berlandaskan realiti... saya pernah mendepani permasalahan seorang kawan yang begini... yang membuktikan bahawa firman Allah itu benar belaka...

saya ceritakan kisah ini sebagai contoh kepada adik yang membuka sidang perbincangan kami mengenai tajuk ini...



saya: betul... semuanya betul... akak ada kisah seorang kawan yang boleh membuktikkan kebenaran kenyataan ini...
adik: (muka terkejut)
saya: kedua-duanya kawan akak... baik yang si lelaki, mahupun si perempuan... namun, pada masa itu, mereka tak menegtahui bahawa akak berkawan dengan keduanya... mereka dijodohkan atas pilihan keluarga... mulanya keadaan jadi kalut, bila mana si lelaki berjumpa akak dan menyatak kesalannya... bahawa dia bukan yang selayaknya untuk si perempuan...
adik: hmmm... maksudnya, mereka ini dijodohkan antara satu sama lain... tanpa sedar yang akak mengenali keduanya sekaligus?
saya: (mengangguk) a'ah... mulanya akak sangkakan orang yang berbeza... sebab si perempuan ini turut meluahkan perkara yang sama... tapi, bila mereka menunjukkan calon masing-masing dari jauh kepada akak... akak jadi gamam seketika...
adik: mereka...
saya: (senyum) a'ah... dua-dua pernah terlanjur dengan hubungan yang dulu...
adik: Masyaallah... Subhanallah... benarlah kata-kata Allah itu..
saya: ya, namun... masa tu, akak tak punya apa-apa sumber yang mampu menenangkan hati keduanya bila mereka akak pertemukan untuk berbincang.. akak masa tu baru 20 tahun.. masih belum punya asas yang kukuh... dan masih mencari identiti...
adik: seterusnya?
saya: cerita berlanjutan hingga 3 bulan.. sepi tanpa berita... hinggalah satu ketika, keduanya menghubungi akak dan menyatakan ayat yang sama... 'Sya, aku redha kalau ini adalah jodohku, dan kafarah atas dosaku sendiri...'




saya menyelitkan kisah ini, bukan atas tujuan untuk mengaibkan sesiapa... atau mahu memalukan sesiapa... tapi, untuk pengajaran... malah, tuan punya badan sendiri pernah berpesan supaya ambil iktibar atas cerita mereka berdua... asalkan jangan menyatakan nama mereka...

begitulah...





 jadinya, anda bijak kerana menjauhi zina...

saya bawa persoalan ini, untuk difikirkan bersama... apa jadi dengan generasi akan datang kalau zina dan kelahiran anak tak sah taraf menjadi ibarat satu trend dan rentak dalam kehidupan masyarakat kita sekarang?

adakah kita hanya mahu berdiam diri? membisukan mata dan memekakkan telinga? biarkan sahaja si Luncai terjun dengan labu-labunya?

kita hidup dalam arus permodenan... itu tak diragui dan tak disangkal lagi... tapi, jangan arus permodenan itu yang menjadikan kita masyarakat dangkal dan tanpa harmoni...

kamu dan saya... adalah generasi baru... mungkin di masa akan datang ada dikalangan kamu yang bakal memimpin negara...

kita tetap satu... kerana kita memegang dan meneriam amanah yang SATU dari Allah sebagai khalifah di mukabumi ini...

takkan pula kita mahu turut sama seperti masyarakat barat yang sudah hilang kehormatan dalam keturunan mereka?

fikir-fikirkan...




p/s: komentar anda amat dialu-alukan...

bila resah...

dalam hati ada rasa resah yang tak terlihatkan...

dari semalam rasa gini... kenapa ye?

*garu kepala yang gatal... ehhe~*




apa kaitan pulak ngan gambar kucing ni? layan je laaa...


tolong laa pergi wahai cik Resah gelisah... saya runsing dengan kamu yang suka datang menjengah tak kira masa...

ohho~

sebenarnya... saya tak suka bila saya rasa tak sedap hati gini... sebab... ntah...

sebetulnya, saya adalah manusia yang dianugerahkan dengan gerak hati (baca: instict) yang sangat kuat..

jadi... bila hati mula rasa gelisah gini... say jadi tak keruan sebab mula laaa rasa cam tak best... pegang itu tak kena... pegang ini tak kena...

malah, kadang-kadang... dengan gerak hati yang begini kuat... saya ni dah macam boleh tahu pulak apa yang nak berlaku...

samapi kawan pernah kata... seram ngan saya sebab saya cam boleh tahu masa depan...(?) *apakah?* *rolling eyes*

saya bukan fortune teller, ok?

saya hanya boleh rasa je... samada bend atu jadi atau tak.. luar kawalan saya...

tapi, biasanya... ia hanya melibatkan emreka yang dekat dengan saya sahaja...

oh... apakah yang saya repekkan di pagi isnin ni??

memang laaa nampak sangat serabut.. sebab tengok jadual exam yang begitu rupa tarikhnya...

ohho~ kuatkah saya??

entah...

yangs saya tahu... kalau saya boleh visualised kan otak saya... ia akan jadi seperti ini...




hampir malfunction...



keserabutan melampau... aduh!!! bertabah ya, wahai cik Syafiqah...

oh... saya bukan di bilik saya... saya di lab kuliah... maka, post untuk hari ni berderet sedikit...

maklumlah... lalu lintas di sini lancar... tak macam di bilik yang merangkak macam kura-kura...

saya lapar sekarang... mahu makan apa ye?

hmmm....

pergilah semua rasa resah ini... pergi main jauh-jauh... saya tak mahu dengar kamu bising-bising dalam otak saya...

saya mahu exam... mahu jawab exam dengan hati yang lapang...

*ye ye je... ehhe~*

ok, semua... sudikanlah singgah sini selalu ye...

pergi dulu...


p/s: kamu nampak parah, wahai en. putih....

musim exam....

baru je lepas print exam slip... whoooaaa!!! tahniah pada saya...

exam yang berderet....

30 & 31 Oktober... 3, 12, 13, & 14 November... *sob..sob.. sob...*

tekanan betul laa...






tak boleh nak pergi main layang-layang laa sabtu ni... dah exam kul 230ptg... sedih betul!!!






sangat sedih ni... wuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwu...

kena cari sesuatu untuk menggembirakan hati sendiri...



p/s: risau betul tengok en. putih punya post kat 'mukabuku'... tapi, saya tak tahu camne nak balas kata-katanya... hmmm...

Ahad, Oktober 24, 2010

saat bersendirian...

huhuhu... tajuk tak boleh blah...  ntah pape je...

*sigh*

rindu nenek.... itu yang terlintas... setelah hampir 5 siri Korean - Shining Inheritance ditayang di skrin laptop...

sebetulnya, arwah nenek...

*kesat air mata yang mula mengalir*

nenek pergi dah lama...  7tahun lalu... rapi, percaya tak... kalo saya cakap... baru 2 tahun ini... kehilangan nenek... begitu terasa?

*air mata mula lebat*

saya bukanlah cucu kesayangan nenek, sepanjang hayatnya... walaupun, sayalah satu-satunya cucu yang membesar bawah tunjuk ajar nenek...

dari mengaji, sampai solat... semuanya diajar nenek... saat saya tinggal dengan nenek dan atuk setiap kali cuti sekolah seawal usia 9tahun...

bukan mama dan abah tak mahu ajar... tapi, mungkin mereka bimbang... takut ajaran yang diberi salah...

walaupun, atas tunjuk ajarnya, saya adalah cucu yang punya bacaan yang baik... namun, sedikit pun tak mampu menarik kasihnya...

jadi... untuk apa saya merindui arwah?

sebab, sekurang-kurangnya... bila besar begini... ajarannya masih melekat di hati...

sekurang-kurangnya, dia pernah curahkan sedikit rasa kasih itu saat mengajar saya yang degil ini dengan caranya sendiri...

walaupun, mungkin... saya bukan cucu yang terbaik di matanya...

dia tetap nenek saya... ibu kepada abah....




walau bagaimana pun rupa bentuk layanan yang pernah dberikan oleh nenek kepada saya... dia tetap nenek yang  terbaik pernah saya ada...

saya hanya ada seorang nenek... sebab mama saya anak yatim piatu...

rasa rindu itu makin membuak... bilamana mengenangkan betapa dahulu, kami sering berkumpu sesama sepupu dan sanak saudara... riuh dengan tawa...

tapi, sejak nenek tiada 7tahun lalu... malah, sejak saya lepas SPM.. kami tak pernah lagi berkumpul seperti dulu... sesama darh daging sendiri bermasam muka dan berkata nista...

saya bukan mahu buka pekung di dada... biarlah semuanya saya simpan sendiri...

apa pun... rindu pada nenek itu tetap terzahir...malah kuat dan kejap di hati...

kalau saya boleh undur waktu... saya mahu ke waktu dulu... biarlah dipukul nenk sekalipun... saya tak kisah... asal saya dapat tatap wajah nenek...

betulkan? benda yang hilang yang selalu kita kenang...

tapi, waktu itu.. saya belum cukup matang untuk menebak luahan kasih nenek atas setiap bebelan dan bingitan tuduhan melampaunya.....

dan... sememangnya... saya manusia yang hidup dalam kenangan............................................

Sabtu, Oktober 23, 2010

mahu atau tak?

oh.... maaf.. maaf... maaf... MAAF sangat-sangat kepada mereka yang rajin berkunjung ke laman rumah yang tak seberapa ini... tuan rumah pergi bertapa di gua... jadi, liputan internet tiada untuk 2 hari... huhuhu





oh... tajuk diatas? saya mahu buka bicara sekarang... sila duduk bersila... ehhe~

penat tau dengan manusia main tarik tali ni... eh, bukan main tarik tali sukan tu... ni, yang jenis kejap kata tak nak... kejap kata nak...

*rolling eyes... walhal diri sendiri pun sama...*

saya akui saya insan yang gemar main tarik tali... ehhe~ suka berbolak balik ketika membuat keputusan... tapi, semuanya saya tak luahkan pada si pengirim berita yang mahu jawapan... saya berbolak balik dengan diri sendiri je... bila nekad yakin baru bagitahu kat si pengirim berita jawapannya..






tapi, ia selalunya terjadi pada saya bila saya diajukan dua perkara yang menjadi keutamaan bagi saya...

tapi, bayangkan kalau kita mahu menerima apa sahaja khabar berita yang lain...?


1. saat menerima jawatan penting...

ok... kita telah diajar... supaya buat Istikharah bila diajukan dengan pilihan.. samada mahu terima atau tidak...

eh, Istikharah bukan untuk kahwin je tau... malah, petunjuk pun bukan hanya datang dengan mimpi... oh, bab ini perlu kupasan yang mantap oleh mereka yang berkaliber... saya bukan ahlinya... huhuhu..

ok, sambung balik...

setelah berIstikharah, kita perlu bermusyawwarah... maknanya, cuba berbincang dengan mereka yang ahli tentang satu-satu jawatan itu.. apa yang perlu.. apa yang penting... merisik serba sedikit tentang jawatn yang diberi... namun, masih dengan doa dan tawakkal agar Allah beri hidayah dan petunjuk yang terbaik buat kita...


2. menerima pinangan...

ini biasanya terjadi pada makhluk tuhan bernama perempuan @ wanita... buat pilihan itu sulit... malah, buat keputusan itu rumit...

tambahan pula, ia datang dari plihan keluarga sedang hati sudah dicuri jejaka lain..

konsep dan cara tetap sama seperti di atas... malah, kita sendir arif dengan kata-kata yang sering diungkap seperti, kadang-kadang sesuatu itu tidak kita sukai wlahl mungkin ia yang terbaik buat kita... ayat ini juga ada disebut didalam Quran..


3. bila pilihan yang terbaik, bukanlah kehendak hati kita...

kadang-kadang, kita memang tak suka kan pilihan yang sudah dimaktubkan pada kita... samada sudah terrtulis atau atas permohonan kita kepadaNya. namun, percayalah, Allah itu Maha Mengetahui apa sahaja yang kita tidak tahu..







apa yang saya nak ulas adalah situasi-situasi begini yang bisa buat kepala kita yang penuh dengan urat dan saraf rasa macam nak pecah kadang-kadang  akibat berfikir..

tapi, ada pula segelintir manusia yang suka main tarik tali... kejap kata nak... kejap kata tak nak....

ada pula yang jenisnya, mula-mula dengan tegas berkata tidak mahu... tak layak... tak mampu... tapi, alih-alih... entah apa mmpinya... tiba-tiba mahu... bila mana tempat yang sudah kosong itu sudah diisi...

eh, manusia begini tahu tak... mereka dah buat orang lain kusut dengan sikap mereka?

sakit kepala saya bila hal sebegini terjadi... hanya kerana atas dasar si empunya diri punya sokongan kuat dari beberapa pihak... masih tetap  mahu consider hati dan perasaan dia setelah pada awalnya dia menyatakan penolakannya dengan tegas dan keras?

aduh!!! sudah-sudahlah sikap 'favouritism' kalian... ia membuntukan orang lain yang turut sama di dalam syura...

malah, ia juga membunuh rasa hormat dan percaya dari orang lain terhadap kalian... terhadap si empunya diri...

hmmmm... entah... walau tahu mengeluh itu tidak baik... tapi, saya buntu juga akhirnya...

manusia memang pelbagai ragam... tapi, ragam mereka ini, boleh ditebak dan diteka...

cuma, bila saatnya ia sudah melampaui garisan sabar dan seolah-olah mencabar... serasa mahu sahaja dijerit-pekikkan agar semua faham... dan diam... berhenti dari membuat bising yang membingit...

walau apa pun... hidup ini atas dasar pilihan... samada kamu mahu atau tidak...

tapi, jangan pilihan kamu yang macam sorong papan tarik papan buah keranji atas perahu tu, buat orang lain sakit kepala...

sudah cukup dewasa untuk berfikir.. dan membuat keputusan untuk hidup sendiri...




p/s: kamu perlu seseorang untuk bercakap ke, en putih?

Khamis, Oktober 21, 2010

dia suka saya... erk..???

baru mandi... baru balik dari bertekak berbincang dengan adik madu dan pasangan modul dan latihan saya...  oh, perbincangan yang diselang-selikan dengan tawa, kerutan, geram, marah, rasa nak tumbuk orang, nak terjah bilik orang, nak makan orang... huhuhu...


tapi... bukan ini yang mahu dicanangkan...


adik madu: kak... pagi tadi sampai tengahhari... saya dok kat library..
saya: (muka masih tak ganjak dari Hairan Metro) so?
adik madu: kawan saya yang foreigner tu...
saya: nape ngan die? (dasar kakak xde perasaan... kih..kih..kih...)
adik madu: dia cakap... dia suka saya...






saya pandang muka adik madu... sebelum ketawa dengan lagak kurang sopan... hehehehehehe.. kakak Sya dia ni, memang tak leh buat kawan kalau cakap bab-bab jiwa-miwa ni...


adik madu: gelak pulak... (muka sedikit malu)
saya; habis tu... awak cakap apa?


mulalah sesi luahan rasa... si lelaki asing ini, dari awal perkenalan memang sukakan si adik madu saya ini... yelah, adik madu ini kaegori manis orangnya... *kamu... akak tahu kamu senyum nipis, ok? jangan tipu...*

kerana itu, lelaki asing ini, sering cuba mencari kesempatan untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan si adik madu yang manis macam namanya juga...


adik madu: kenapa takde lelaki melayu suka kat saya?
saya: at least ada juga yang suka...
adik madu: foreigner, kak... pakistan... tak hensem lah..
saya: eh... hensem pula yang dikira?
adik madu: (ketawa kecil) taklah... tapi, saya tak nak... huhuhu...
saya: (angkat kening double jerk)
adik madu: kak, foreigner ni, betullah orang cakap... sweet talker...
saya: hmm...
adik madu: tapi... ya allah... betul laa dia daring... malu saya tau...
saya: diorang bukan daring... tapi... sebab bahasa englishkan... bahasa straighforward?
adik madu; betul!!! kalo bahasa melayu... boleh jugak kias2 kan, kak?



apa yang saya boleh katakan... kebanyakan foreigner di uni ni, memang sering mencuba untuk mendekati gadis melayu...dan, betul! mereka berani... 

sebenarnya, bukanlah berani pun... tapi, mereka kebanyakannya tidak tahu bagaimana mahu mendekati gadis melayu... paling senang... berterus terang... dengan bahasa inggeris yang kurang fasih... (tapi, itu sahaja bahasa pengantara kami..sebab nak cakap arab... macam dewa sangat bijaknya... ehhe~) maka straight to the point itu mudah...

malah, ia turut diakui sendiri oleh si lelaki asing ini, bahawa dia sendiri kurang arif dengan budaya melayu... maka, dia juga buntu bagaimana mahu mendekati si adik madu...

huhuhu... saya? punya juga pengalaman sebegini... waktu di tahun dua... tapi, dengan wajah kerut seribu... dan mulut terkunci rapat... kamu tahu agakya pengakhiran kisah... jadi, saya tak serabut... sebab hanya sekali sahaja diganggu... huhuhu

budaya sudah berbeza... jauh segala... namun, harus diakui... keberanian mereka ini yang kadangkala menggugat hati si gadis.. nak harapkan lelaki malay terakhir... payah... paling habis baik pun, disuarakan hasrat di talian...
teringat kisah, satu ketika dulu... bila mana seorang lelaki ini sering saja datang mengganggu...


lelaki: aku ikhlas... serius... aku hanya mahu  kau..
saya: jumpa mak ayah aku... baru lah aku tahu kau ikhlas ke tak..
lelaki; eh... takkan sampai macam tu sekali.. kenal2 laa dulu...
saya: (ketawa sinis) nampak sangat kau bereksperimen dengan aku kan?
lelaki: maksud kau?
saya; maaf... aku tak nak kau mainkan hati aku... sebab hati aku bukan bahan ujikaji...



itu ikhtiar terakhir... kata-kata yang sangat pedas... hingga kini, dia ghaib dari jalan hidup saya... bagus... hilang sakit kepala... hahahahahahahaha...

kadang-kadang mereka yang seperti ini, perlu diajar.. supaya tidak bermain dengan hati manusia... sebab hati itu, sifatnya rapuh... mudah luka...





kerana itu, adanya istilah, memaafkan tapi tidak melupakan... bayangkan kalau kita luka... sudah sembuh. namun, parutnya tetap ada jua kan?

huhuhu.. bukan mahu merepek... tapi, sekadar berkongsi secoret kisah hari ini...




p/s: masih mencari kebenaran... hailaaa... suka sangat buat orang keliru kan?



Rabu, Oktober 20, 2010

oh... nombor cantk...

ehhe~ cari mood nak buat keje sekolah... so, mengadakan sesi jalan-jalan ke rumah orang...

tau tak... eh, saya suka... suka sangat sekarang...

jadi follower yang ke 222 untuk blog ini ....

tak caye? ni bukti...

 ehhe~ cantik tak nombor?

cik umar... sile jenguk blog saya... hehehehehehehe...

betul ke... lelaki makin sikit?



adik1: ish... bestnya tengok orang couple2 ni...
saya: (kening double jerk) huh? (terkejut yg dibuat-buat)
adik2: betul laaa... bila time kita plak ek? (sambil pandang adik1)
saya: oh... kalau setakat nak couple... akak prefer calon suami... (muka sadis)
adik1: akak dari dulu wat statement camtu... (merungut)
adik2: ntah akak ni...sekarang lelaki makin sikit tahu? dunia kan dah akhir zaman...
saya: ye ke lelaki makin sikit? 
adik1: yelah... kan dah termaktub.. dekat-dekat akhir zaman ni... lelaki lebih sedikit dari perempuan?
saya: (senyum kecil) bukan sedikit dari segi kuantiti laaa... sedkit dari segi kualiti...
adik2ku: huh???





lelaki dan perempuan masih sama banyak.... itu hakikat...

eh,eh... jangan nak  juih bibir.. tak pecaya pulak... betul laaa...

lelaki dan perempuan masih sama banyak, maaa...

baru-baru ni baca dalam satu majalah... China mula kekurangan perempuan... huhuhu... kenapa? sebab China kan ada dasar satu famili satu anak, untuk mengurangkan populasi rakyat mereka yang semakin berkembang biak... jadi, setiap famili hanya mahu seorang anak lelaki yang boleh dijadikan sebagai pewaris... so, perempuan makin kurang...

oh, itu kat China laaa, cik Syafiqah... mana sama ngan Malaysia!

eh, sabar.... belum habis cerita, maaaa...

saya ada dengar dari sembang-sembang makcik-makcik jiran sebelah rumah yang kebanyakannya cikgu dan nurse...


cikgu: budak-budak sekarang makin nakal... tambah-tambah yang lelaki...
nurse: betul... kat wad tu... tak padan ngan sakit... lari-lari pulak tu...
cikgu: haishhh... pening saya... budak-budaka kat uni dok canang lelaki makin sikit... saya tengok bilangan budak sekolah... sama banyak je lelaki perempuannya...
nurse: kat hospital pun sama... boleh kata, nisbah bayi lelaki dan perempuan hampir sama banyak...
bla... bla... bla...



jadi, sekarang... apa relevannya kata-kata lelaki semakin sedikit dari perempuan di akhir zaman?





lelaki semakin sedikit kualitinya berbanding perempuan....

oh, cik abang... jangan marah dulu... sila baca sampai habis...




1. lelaki lebih ramai di pusat serenti dari univesiti...






bab yang ni, rasanya, tak perlu kupas... masing-masing tahu... malah sering dicanang dan dibisingkan di segala ceramah politik dan sekian, sekian..

tapi, kan... jangan bising sahaja, ok? tolong penggal je manusia yang bagi lelaki-lelaki ini terjerumus dalam aktiviti tak bermoral ni...



2. lelaki ramai hadapi kecelaruan identiti...



bahasa lembutya seperti di atas... bahasa kasarnya... oh, mak tak sanggup nak tulis, nyah... ahaks...

betulkan? tak payah pergi jauh... dalam uni ni pun berlambak... dengar cerita dari membe2 lelaki tentang keghairahan golongan ini untuk mengadaptasi diri menjadi lebih wanita dari wanita asli... cukup buat saya mahu gelak sehingga berair mata...

bayangkan, dengan baju tidur rambu-ramba.. muka ditempek masker pelbagai warna... supplement collagen dan segala macam tok nenek... aduh, bang... saya sendiri tak sebegitu...

belum cerita waktu bersiap nak pergi kelas... wajah wajib ditempek bedak... bibir wajib dioles lip balm...

rasanya, kami yang perempuan ni pun, cup cap, cup cap je bersiap... ehhe~


3. zaman nabi Luth melanda kembali...




tahukan sejarah kaum nabi Luth? yang mana mereka mengamalkan homoseksual... tak kira lelaki mahupun perempuan... asal nampak jambu... semua nak kebas... na'uzubillah...

ini yang sedang melanda umat sekarang... sudahlah lelaki semakn pupus kualitinya... ni, ditambah pula permasalahn yang satu ini...

teringat pengalaman seorang teman... katanya, pernah sekali mereka bersiar-siar hingga lewat malam... sengaja mahu menjengah dunia kota yang sememangnya tak mahu diam... terjemuh dengan lelaki kacak yang aduh... bisa cair hati si wanita... namun...

kawan: ku ingat dia lah lelaki kacak yang asli...
saya; sudahnya? (muka pelik... masih tak faham...)
kawan: kau ni naif laaa...
saya: laaa... dah tak tahu...
kawan; dia jumpa seorang lagi kawan... walla weh!!! memang stok hensem hero malaya, maaaa...
saya: eh, ku tak faham... cuba cerita biar terang...
kawan; tu balak dia, k?
saya: (terkedu)


muka hensem... memang stok cair hati perempuan... tapi... aduh, CANCEL!!!


4. lelaki parasit




lelaki bersikap parasit lebih ramai dari bersikap pelindung...

tak percaya? cuba tengok kat surat khabar... berapa ramai wanita rosak akibat lelaki sebegini?

dah perempuan tak reti nak jaga... 

a'ah... betul... tapi, tak boleh nak salah jugak... lelaki parasit ini... contoh paling senang sila tengok 'Syurga Cinta'... scene yang satu ini... memang tak lekang dari ingatan saya dialognya...


"Mak gua pesan, Nak, mak tak kisah kau nak kawan dengan sape pun... tapi, biarlah, kalau kahwin nanti... dengan perempuan yang pakai tudung... sedap mata memandang..."


kata-kata paling hampeh pernah didengar... jadi jahat... tahap na'uzubillah...  tapi, niat kat hati nak cari calon bertudung litup... stok baik perempuan melayu terakhir... bukan parasit namanya? yelah... dia nak buat apa dengan perempuan berderet tu? stok ngap bila dapat... tinggal bila sisa? bijak... bijak...


5. lelaki ke penjara


macam-macam kesalahan... mcam-macam jenayah... jadi manusia yang dikehendaki... takut!!! tak mau ulas lagi...




cukup dulu 5 sebab... tapi, rasa-rasanya... kamu faham tak apa yang saya cuba sampaikan?

saya bukan feminisme... tapi, cuba menjawab dan mengutarakan pendapat...

kuantiti lelaki itu bukan persoalan pokok... apa yang jadi persoalan adalah... kualiti lelaki itu...

saya pasti kamu yang baca blog ini... pasti tergolong antara lelaki yang berkualiti... yang sangat payah dicari...
yang mana kamu itu bisa memimpin kaum hawa... menjadi imam, penasihat, pelindung dan juga pembimbng kaum hawa yang bakal jadi isteri kamu...

jadi... sama-sama kita tingkatkan diri ke satu aras yang lebih baik...



p/s; konfius betul ngan en.putih ni... betul ke tak? eh.... saya tak mahu serabut hanya kerana kamu, tahu? =p






Isnin, Oktober 18, 2010

jasamu ku kenang...

eh, betul ke saya yang tulis entry emo cam dunia dah tak de esok beberapa jam lalu?

*muka innocent*

*jelir lidah*




saya dah ok.... penangan tidur nyenyak...

*pandang syiling... senyum sorang-sorang...*

tak... tak... tipu je... sebabnya adalah ini...




Dance as though no one is watching. Love as though you ' ve never been hurt . Sing as though no one can hear you . Live as though heaven is on earth. "
- - Souza

dan ini...

"Everything will be all right in the end; if it's not all right then it's not the end."

-- Unknown


oh... jumpa dua quote best ni dari 'mukabuku' seorang kawan... eh, hobi dia memang suka quote ayat best agaknya... dan kebanyakan ayat - ayat besttu macam kena je ngan situasi saya... apakah?

*muka inocent lagi*

ok, tak mahu dah emo-emo... atau apa sahaja... habis semua orang susah hati...






klik utk pembesaran tulang temulang...


ini adalah screenshot 'mukabuku' saya... huahuahua... dasar budak emo... kan masing2 dah start kuar ayat cam nak bagi budak emo ni dok diam2... hehehehehehhehe..

maaf semua... saya tak niat nak buat kamu semua risau... otak saya n memang ada masalah sikit...tambah-tambah bila fius dia tercabut 2-3 urat.. maka, bila keluarnya ayat sebegini di dinding 'mukabuku'... haruslah kamu tahu, bahawa saya sudah hilang kawaln diri... mula sembunyi di sudut bilik... dengan bibir terkunci rapat...

maaf sangat-sangat... dan terima kasih atas sokongan kamu...

jasa mu ku kenang... =)














buntu... keliru... beku...

rasa nak muntah...

rasa nak luihkan semua benda yang baru dimakan tadi...

rasa nak nangis... meraung puas-puas...

rasa macam nak benamkan badan dalam air... biar jeda lama... kalau lemas... ada tak lifesaver?

rasa macam nak sembunyikan diri dalam gua... sunyi... sepi... beku... jauh dari pandnagan orang... jauh dari kata-kata orang... jauh dari semuanya...

rasa macam nak sembunyikan diri sekarang... tak mahu cakap dengan siapa-siapa... mahu bisu terus... sebab kata-kata yang bakal terluahkan saat ini... hanya akan menyakitkan hati manusia yang berada di sekeliling saya...

rasa mahu hilangkan semua ingatan buruk yang ada tentang diri sendiri... tentang orang keliling... serasa hanya mahu punya ingatan yang indah-indah... yang mana hanya mampu menggembirakan orang lain... bukan mengecewakan dan menyakiti hati orang lain...

kenapa saya bukanlah orang yang mampu memberi senyum pada ramai orang?

kenapa saya hanya bisa buat orang sakit hati dan marah?

kenapa saya ini, hanya tahu buat orang sedih?

kenapa saya ini... hanya tahu membebankan orang lain?

perasaan sedang merudum-rudum... jiwa sedang luka parah... hati sedang diamuk kesedihan melampau...





saya tak mahu terus jadi manusia yang sering jadi beban pada orang sekeliling....

saya tak mahu lagi jadi bahan yang menyakitkkan hati manusia sekeliling....

saya tak mahu lagi buat mama dan abah bimbang, risau, marah, geram dan sedih kerana saya....

saya tak mahu lagi jadi orang yang sering menerima pertolongan orang...

saya rela jadi orang yang memberi pertolongan... dari menerima pertolongan...

kerana muka ini sudah tebal dengan malu...

hati ini sudah sebal dengan segan...

jiwa ini sudah hancur dengan rendah diri...

sedih bila diri jadi orang yang tak mampu...

sedih dengan perasaan yang terus bertimpa-timpa...

sedih dengan diri sendiri...

terasa setiap kata-kata itu terus menghujam dan menghujani telinga... terasa semuanya terbukti... dan benar belaka...

betapalah... saya sangat kecil dan hina pada pandangan mereka...

saya sayang mereka... tapi, jangan dera hati saya begini....

saya sayang mereka... mahu apa lagi... harus saya katakan supaya mereka tahu saya sayangkan mereka...???

kenapa saya dilayan bagai orang asing? kenapa harus tengkingan-tengkingan itu terus diasak dan dilanyak ke dalam telinga saya?

kenapa mesti semua kata-kata itu terus menghuni akal dan fikiran saya?

saya tak tahu... buntu... keliru... beku...

hati beku... dah tak tertafsir dah perisanya...

air mata dah kering... air mata ini sendiri... sudah tidak mahu turun lagi... sudah serik mahu menghujani pipi ini...

suara jadi bisu.... kerana tak mahu kata apa-apa... hanya mahu diam... dan sunyi dalam sepi hati sendiri...

betapalah... langit ibarat tiada cahaya hari ini.... (walaupun cuacanya sangat indah hari ini...)

betapalah... kelam jalan dan lorong yang sedang saya lalui...

saya sudah tak mampu nak pujuk hati sendiri...

sudah tak mampu nak berdiri...

rasa kosong... rasa kebas...

luka itu makin dalam.... cahaya terang makin kelam... suara-suara bisngit itu seolah-olah hilang............

saya hilang.................................

saya hilang.................................

saya hilang.................................

hilang dalam ramai orang............................................................................



.................................................................................

saat rasa ini bertimpa...

minta maaf....

mudahnya lafazkan dua patah kata ini....

saya minta maaf...

akak minta maaf... tak niat nak buat awak nangis sebab akak... akak tau akak keras hati... tapi...

oh... kerana pride saya ketepikan perasaan orang yang begitu menyayangi saya...

kerana ego... saya meluahkan kata-kata yang terus menikam dan menusuk hatinya...

kerana menjaga air muka... saya buat dia menangis kerana saya...

tolong jangan sayang saya... sebab saya bukanlah orang yang selayaknya untuk disayangi...




terasa mahu lari jauh dari sini... terasa mahu pergi... tolong jangan sayang saya... sebab kamu akan sangat sakit bila sayang saya...

saya degil.. saya kuat nangis... saya keras kepala... saya yang selalu migrain... saya yang selalu kehabisan duit... saya yang menyusahkan... saya yang merosakkan barang... saya yang kurang pandai... saya yang tak bijak atasi stress... saya yang pemarah.... saya yang ego...

semua itu saya... saya ini... sangat buruk tahu?

mahu lari... walau tahu... pelarian bukan satu cara penyelesaian masalah...

mahu pergi... pergi jauh... supaya orang2 yang saya sayang... tak sakit lagi kerana saya...

semua ini sudah jauh menjangkaui batas kesabaran dan iman saya...

saya penat memujuk hati sendiri...

saya penat menitip kata tabah untuk hati sendiri lagi...

saya dah rebah... saya takut saya tak mampu nak bangun lagi...

saya dah tersungkur... saya takut untuk menatap matahari...

saya dah mati... mati... MATI...

saya sakit... sakit sangat...

maaf, dik... akak bukan selayaknya orang untuk jadi kakak awak...


maaf dik... akak bukan selayaknya untuk disayangi sebagai kakak awak...

'When strangers are like family, and family are like strangers'...

saya benci untuk mengakui kebenaran sepotong kata-kata ini saat ini... SAYA BENCI!!!!

hati sedang luka parah...





dalam tak nak lukakan hati orang yang saya sayang... saya sebenarnya sedang menikam dia dalam-dalam...

tapi ketahuilah...




awak adalah orang terbaik yang pernah akak jumpa... awak sanggup sayang akak... walaupun akak pernah cakap jangan sayang akak...


akak minta maaf sebab dah buat hati awak luka semata-mata akak nak jaga pride akak...


it hurts me to admit... tapi, awak kena tahu...orang yang awak anggap kakak ini... sebenarnya sangat banyak ketakutan dalam hatinya...


dan salah satu ketakutan akak adalah....


MELUKAI HATI AWAK, dik...





p/s: hati luka parah... jiwa kering dan tandus dengan amarah dan kesedihan... dugaan atau salah sendiri? saya tak tahu... malah buntu untuk memujuk hati sendiri...

Khamis, Oktober 14, 2010

Sharing Sket : Trick Mendapatkan 6,103,515,625 Backlink Untuk Menjana Kesesakan Trafik

Assalamualaikum..... Hari ni aku nk post satu entry berkenaan tricks untuk korang mendapatkan berjuta2 backlink dgn cara senang dan senyap....huhu.... Jom baca artikel kat bawah ni yg aku copy dari Belog Hafizm. Apalagi jom la cargasss!!!!


Langkah Letupan 6,103,515,625 Backlink!

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.



1. Cara hidup baru abad 21

2. Bila Aku Menulis Blog 

3. ~ApekpunyaBlog~ 

4. My Big Family & Friends 

5. ABCMILO

6. matdin (orang paling terkenal hehe…)

7. MSR @Blogger

8. tengku nizam

9. mizz shizu

10. Me & Myself V3 

11. Blog Hanz

12. myvitrd 

13. Lakaran Kehidupan

PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125

Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625 !!!!! 


Amacam? Logik la kan.... Ni mcm stail piramid la.... Same mcm MLM...hehe.....

So jom kite same2 tingkatkan trafik...zaaaasssss..

Rabu, Oktober 13, 2010

lagi 2 minggu

lagi 2 minggu nak exam...

lagi 2 minggu nak exam...

lagi 2 minggu nak exam...

dan...

lagi 2 minggu hari lahir saya...

  
                               


whooooaaahh!!! dah nak masuk 23 tahun... aduh!!! kenapa cepat sangat 23 ni?

no 23 yang cantik... tapi... tak secantik hati dan perasaan saya...

no 23 yang menarik... sebab ia berderet 2 dan 3... tapi... mental saya langsung tak bersusun-susun... serabut... selirat... rasa macam apa je... hitam pekat... *dimanakah warna unggu?*

oh... saat lagi 2 minggu mahu menjejak angka 23... saya masih buntu keliru...

kalau kawan-kawan lain sudah punya rancangan untuk masa depan... saya seperti masih di tanda noktah yang sama...

masih juga buntu... masih juga keliru...

serasa dunia ini tak berputar... masih sama... masih jeda...

angka 23 yang bakal dijejak... tapi saya seperti masih tertinggal di angka 20...

jauhnya saya ketinggalan... saya mencari rasa yang makin hilang... saya mencari perasaan yang makin beku...

tolong bawa saya lari dari hujan dan ribut petir perasaan yang tak menentu ini...

tolong bawa saya pergi... kembali mengejar masa yang saya sudah jauh meninggali saya...

TOLONG!!! TOLONG!! TOLONG!!!

saya perlukan seseorang untuk menyedarkan saya dari mimpi panjang ini...

tolong saya... saya tak mahu terus hidup dengan dendam pada diri sendiri ini...

saya perlukan seseorang... dan saya betul-betul maksudkan ia...

Selasa, Oktober 12, 2010

parasit bergenerasi...

esok ada lab test... tapi tak study... bagus betul perangai cik Syafiqah ni kan? huhuhu... tapi, bukan itu yang mahu saya ceritakan...

tengok tajuk kat atas... a'ah... kali ni, saya nak cerita tentang manusia yang saya gelar PARASIT.. tapi, PARASIT ini hebat... sebab virusnya kuat dan menerjah hingga beberapa generasi...




kenapa PARASIT ni sangat hebat? sebab PARASIT ini sama macam kita...

eh... saya bukan ceritaa tentang parasit yang haiwan kecil2 jijik tu... tapi, ini adalah tentang manusia yang sikapnya seperti PARASIT...

saya tak tahulah... kalau kamu pernah jumpa spesis manusia sebegini... tapi, sepanjang 22tahun 11bulan dan 12hari hidup saya ini... saya dah banyak jumpa manusia spesis yang begini...

manusia parasit itu seperti apa? hohohoho...

manusia parasit itu sama saja macam kita... cuma dia bersikap seperti parasit...menjerut orang kelilingnya sehingga lelah semata-mata untuk kepentingan diri...

dan rasanya, tak keterlaluan saya katakan bahawa manusia parasit ini memang sentiasa ada di sekeliling kita...

mereka ini bijak... mengatur langkah... menyusun kata... mengurai cerita... hanya semata mahu membina kepercayaan manusia... namun, disebalik kesantunan kata dan bundarnya anak mata... mereka ini manusia penuh licik... mengatur onar dan duri pada jalan hidup insan yang dikatakan sahabat hingga dunia akhirat...

eh... entry ini entry general... saya tak tujukan pada sesiapa pun... cuma mahu kamu berhati-hati dalam memberi hati... sebab... tak semua manusia yang berdamping dengan kamu itu, ikhlas dan jujur...

sambung balik...

manusia parasit ini... tak kenal erti jemu... tak kenal erti lelah... selagi dia tak dapat apa yang diingini.. selagi itu, manusia yang digunakan sebagai sumber kejinya itu akan dkerah tanpa sedar... YA!!! berita buruknya... TANPA SEDAR!!!

kenapa tanpa sedar? sebab dia pandai bermain kata.. paling buruk dan hodoh... andainya dia itu seorang yang menggunakan agamanya untuk kepentingan diri... melindungi diri sendiri dengan topeng agama untuk mewujudkan ilusi kepercayaan tidak bertepi semua insan yang mengenali... menayangkan wajah innocent... seolah-olah... dialah manusia yang teraniaya...

owh!!! sungguh hodoh dan tak berperikemanusiaan...

hakikatnya... dia menghisap 'darah' dan 'keringat' kita tanpa sedar... maka jadilah kita bonekanya yang sudah hilang rupa dan warna...





oh... sangat kejam...

maka, kamu faham tak apa yang saya cuba sampaikan?

huhuhu... manusia bersikap parasit ini memang wujud... malah, saya sering menjadi insan bernasib baik yang menjadi bahan ujikaji manusia sebegini...

anyway...  terima kasihlah pada mereka  yang suka menabur cerita kurang enak saya dan menjadikan ia halwa telinga terindah buat semua manusia yang mengenali saya... sebab.. saya tak hairan pun.. malah saya berterima kasih.... rasa nak bagi hadiah banyak2 dekat kamu... sebab bagi saya pahala free... huhuhu....

malah, saya anggap... kamu sedang memuji dan memuja saya atas ketidakendahan dan kebaculan kamu mencanang cerita indah itu pada semua yang mengenali saya...

kamu... jumpa saya teruskan senang... tak perlu simpan sakit hati tu... takut nanti... kamu dapat tekanan darah tinggi melampau di usia muda...

apa-apa pun... sekalikamu menjadi PARASIT... selamanya kamu PARASIT di mata saya...





tapi... saya sayang kamu... ^___^




p/s: saya sangat hargai kehadiran manusia PARASIT BERGENERASI ini... sebab mereka buat otak saya tak henti berfikir... yelah.. orang banyak berfikir ni, possibility untuk nyanyuk... kurang... huhuhu...

Isnin, Oktober 11, 2010

asal-usul perkataan OK...

1. Bagi orang Jerman, “OK” ialah singkatan bagi Oberst Kommandant (Colonel in command) digunakan oleh Baron Von Steuben, seorang Jenderal Amerika dalam Perang Revolusi. Digunakan oleh tentera Amerika ketika perang dunia ke-2, apabila pulang dari peperangan atau misi. Zero Killed akan sebut yang bermaksud tiada tentera yang menemui ajal dalam pertempuran. Maksudnya Zero ’ O ‘ Killed = O K .

2. Orin Kendall ialah nama merek crackers sejenis biskut krim , dikenali sebagai “OK”. makanan yang dimakan oleh tentera Amerika ketika Perang Sipil.

3. “OK’ berasal dari nama Perancis untuk pelabuhan di Haiti, Aux Cayes, yang terkenal dengan produksi rum.

4. “OK” berasal dari istilah telegram era 1860-an untuk Open Key. Ini sejenis kunci seperti yang ada pada papan kunci (keyboard) komputer modern.

5. Terdapat sumber mengatakan ia berasal dari bahasa asli India “okeh” tetapi tiada penjelasan yang kukuh untuk teori ini.

6. Kesalahan mengeja daripada all correct ke oll korrect telah mewujudkan singkatan perkataan ”OK”. Presiden AS Andrew Jackson seorang yang susah mengeja telah menuliskan ‘OK’ dengan maksud menandakan bahawa semua dokumen kenegaraan yang dibacanya berstatus “all correct”. Banyak kajian yang mengatakan penjelasan ini lebih mendekati asal usul “OK”.

Kredit: ahappysnow.com

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji...

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.



01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
02.Jangan Bersedih... Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas
04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri
05.Jangan Bersedih... Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
07.Jangan Bersedih... Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
08.Jangan Bersedih... Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
09.Jangan Bersedih... Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya



Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi

Rumah Titian Ashraful Rohaniah...

sebenarnya, nak tulis entry ni sebaik je balik dari program di rumah yang disebut di atas... (RTAR).... owh!!! ini program apa? ini program kemasyarakatan... di bawah anjuran unit Tugas2 sosial 'taman ilmu & budi'... diseliakan oleh kami... ahli2 kelab yang dipilih Allah... seramai hampir 40 orang (31 orang yang turun program... 9 orang lagi di sebalik tabir...)

program ini sangat lari dari konsep kelab... kenapa? sebab nature program ini sngat berbeza dengan selalu... selalunya, kami mendepani adik-adik sekolah menengah yang jadi 'top student' dengan rekod disiplin mereka yang... aduh!!! bisa buat kami garu kepala... tapi, kali ini...



ini target group kami kali ini... rasa-rasa?


seperti yang kamu lihat... mereka ini bukan pelajar sekolah menengah yang boleh kami buatkan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)... bukan golongan yang faham dengan istilah Riadah Bermodul... mahupun, istilah Amazing Race dan segala aktiviti yang biasanya kami hidangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran adik-adik sekolah menengah yang sering kami hadapi...

mereka ini, insan yang kurang bernasib baik... di dalam lingkunagn umur 30an - 70an... mengalami masalah mental dan kesihatan yang memerlukan pemantauan berterusan... malah, mereka ini berfikiran umpama anak-anak kecil... perlu dimandikan, dipakaikan lampn-pakai-buang, diaturkan makanannya dan diberi ubatnya mengikut masa yang ditetapkan...

owh!!!! program ini sebenarnya mencabar kecekalan hati saya... juga, mencabar kami kerelaan semua komiti untuk membantu menguruskan hampir 55 orang penghuni RTAR ini...

saya... saya tak secekal kawan-kawan yang lain yang turut sama membantu pembantu2 mama (pemilik RTAR, puan Rohana - beliau lebih senang dipanggil mama bersama suaminya, papa)... untk memandikan penghuni2 RTaR ini... (eh, yng perempuan mandikan yang perempuan... yang lelaki mandikan lelaki... jangan salah sangka...huhuhu)

insaf sebenarnya... penghuni wanita hanya seramai 15 orang... jadi ianya tidak menjadi masalah buat kami komiti perempuan untuk bergilir memandikan mereka, memandangkan kami datang dengan jumlah yng ramai... (26 orang komiti perempuan...)

yang kesian, melihat komiti lelaki seramai 5 orang itu, membantu 2 orang pembantu lelaki mama menguruskan pnghuni lelaki yang jumlahnya lebih ramai... malah, hakikatnya, pembantu mama hanya berjumlah 5 orang... 3 perempuan, yang setiap seorangnya mempunyai tugas masing2 (2orang menguruskan penghuni, 1orang menguruskan makanan) dn 2 orang lelaki yang menguruskan keperluan penghuni lelaki dan kerja2 lain yang tidak mampu ditangani kudrat seorang wanita...

sedikit pilu... RTAR ini, tidak mendapat perhatian atas usaha murni mereka...  *sob...sob...sob...*

malah, penghuni kampung sekitar kawasan RTAR turut tidak mengendahkan kewujudan RTAR... atas alasan... RTAR melindungi orang G.I.L.A!!! stigma negatif yang sangat cetek dan dangkal...

mereka... penghuni RTAR ini... sebenarnya, tidak GILA... diulangi.... TIDAK GILA... kebanyakan penghuni di RTAR ini mengalami masalah tekanan yang melampau, skizofrenia, alzhemier, sakit tua, strok, dan juga sindrom... mereka perlukan pemantauan... malah, penyakit mental yang mereka hadapi ini, bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan dan suntikan seumur hidup... untuk memastikan, mereka boleh bertindak normal seperti manusia biasa...

kebanyakan mereka dihantar oleh ahli keluarga sendiri... ada yang masih menghulurkan ssedikit bantun dan msih prihatin... tapi, hakikat pahit yang terpaksa kami semua telan dari luahan mama, kebanyakan mereka seperti telah dibuang keluarga...








walaubagaimanapun sekali jalan hidup mereka... apa pun sekali sifat  dan tahap mental mereka... mereka tetap mahu disayangi... sungguh!!!!!

malah, saat pertama kali mereka menatap wajah-wajah kami, pada pagi sabtu (2 oktober 2010), terdapat beberapa orang pakcik dan makcik ini yang mengalirkan air mata... memeluk kami erat... seolah-olah, kami anak mereka yang sangat dirindui...

kami... ya, kebanyakan kami gamam dengan situasi yang pertama kali ini... ada rasa sayu yang tak dapat diertikan terselit di hati... yang pasti, kekok dan kaget itu... memang lumrah yang terjadi...

kisah-kisah mereka ini, bila diselidiki satu per satu... sangat meruntun hati dan perasaan kami...

bayangkan, kebanyakan penghuni wanita di RTAR ini, menerima nasib sebegini, disebabkan kegagalan rumah tangga atau berpunca dari cinta yang putus di tengah jalan... maalah ada juga seorang  dari penghuni lelaki yang mengahdapi tekanan melampau akibat tekanan belajar...

kisah 1

seorang pakcik ini, mempunyai 7 orang anak... beliau diserang strok... maka lumpuh sebelah anggota badan... pada mulanya, ketujuh2 anak tersebut bergilir2 menjaga si ayah ini... namun, dek tidak tahan akan kecerewetan si ayah... maka pakcik ini dihantar ke RTAR...

pada mulanya, mereka berjanji tidak akan mengabaikan si ayah... namun, setelah dua bulan si ayah dihantar... kelibat seoranng pu tidak kelihatan... maka, si ayah beraya dengan hati yang sepi... di bawah lindungan RTAR...

kisah 2

seorang makcik ini merupakan ibu saudara kepada seorang ahli politik tekenal... makck ini sebelum disahkan menghidap alzeimier, merupakan pengasuh kepada si ahli politik ini serta anak-anak dan cucu-cucu beliau... sering dibawa keluar negara dan merasakan bahawa si ahli politik ini bagai anak sendiri...

namun, setelah dihantar ke RTAR... kelibat si ahli politik kaya raya ini langsung tak  kelihatan... smbangan walau sebutir beras pun tiada... malah, kaum kerabat, saudara mara yang lain pun, ibarat sudah melupakan kewujudan makcik tua ini...

makcik ini menangis... sambil memeluk kami... memberitahu kami dia punya 4 orang anak... dan si ahli politik itu akan datang mengambilnya untuk berjalan-jalan...

hmmm... sayu bukan? itu belum lagi dicoretkan kisah 4orang adik kecil yang diambil menjadi anak angkat mama... setiap seorang punya cerita sendiri... yang kalau diselidiki... mampu mengundang air mata...




komiti yang sememangnya gila kamera... huhuhuhu...

nampak macam kanak2..main belon, tapi, mereka suka sebenarnya...

hmmm.... kalau ditulis satu satu... rasanya... saya bakal berjaga hingga entah pukul berapa... harap sedikit coretan ini yang saya kongsikan... mampu buat kamu yang membaca berfikir...

saya sekadar berkongsi... respon kamu amat saya hargai...

kalau ada sesiapa yang tergerak hati mahu memberi sumbangan kepada RTAR ini... jangan segan-segan hubungi saya... sebab RTAR amat memerlukan sumbangan orang ramai dalam meneruskan usaha murni ini...

saya akan update lagi kisah ini nanti... jadi, saya menantikan pertanyaan... untuk update apa yang lompong dalam kisah ini...


p/s; ada ke orang jenguk rumah saya ni? ^__^





PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers