Selasa, Ogos 30, 2011

Melodi Famili (Episod 1) : Sendu Malam Raya

Esok raya... Hati Isma terdetik. Tangan masih ligat dengan pinggan mangkuk sisa berbuka tadi. Telinga tajam mendengar pengumuman raya. Sekilas senyum pahit digarit. Berlima... Bukan berenam... Keluhan kecil dilepaskan.

"Allahuakbar Allah~" suara si kecil Iskandar melaungkan takbir raya dari depan muka pintu kedengaran nyaring.

"Alang... esok raya kan?" soal Iskandar. Isdina yang sedang menyapu sampah pura-pura mencebik.

"Raya lusa... Bukan esok..." suara Isdina. Sengaja mengusik Iskandar.

"Alang tipu... Umi!!!!" Iskandar menjerit memanggil Umi.

"Raya bila, Umi?" soal Iskandar.

"Esok..." jawab Umi sepatah. Mata Umi menatap kuah lemak ikan kembung di atas meja. Isma menangkap renungan mata sayu Umi.

Iskandar sengih. Segera ke depan.

"Alang tipu!!!" juih Iskandar. Isdina mengekeh ketawa. Baba menggeleng-gelengkan kepala.

"Hahahaha... Semua orang tak boleh raya... Sebab baju Is je yang siap... Baju semua orang tak siap lagi..." ejek Iskandar.

"Elleh...  Macam tak de baju lain... Lagipun, kita tak pergi mana la lepas solat esok..." juih Isdina. Dia segera berlari ke dapur sebelum Iskandar sempat mengejarnya.

"Kak, pergi solat," Umi berkata kepada Isma. Isma tatap wajah Umi. Iskandar tiba-tiba menerpa.

"Umi, Angah balik tak, Umi?" Wajah Umi berubah terus. Ada keluh resah dalam nafasnya.

"Kalau dia masih ingat lagi jalan nak balik rumah... Baliklah dia..." suara Umi. Jauh hati.

Isma dalam bilik air, senyap. Bukan dia tidak tahu harapan Umi. Bukan dia tidak dapat duga hati Umi.

Wudhu' diambil sempurna. Segera Isma keluar. Mengejar Maghrib yang semakin di penghujung.

Sujud Isma lama. Hatinya dipagut rasa bercampur baur. Eil... Baliklah... Umi tunggu...

Sejurus selepas doa, suara Isdina kedengaran kuat bergurau.

"Eh, aku ingatkan siapa... Abang aku rupanya... Lainnya kau sekarang, Eil..." suara  Isdina mengusik. Isma lipat telekungnya rapi. Rasa hati yang bercampur-campur ditahan dari membuak-buak. Pintu dikuak.

"Kak..." Ismail menegur sepatah. Tangan Isma diraih. Dikucup. Ada air dihujung mata Isma. Isma tahan dari jatuh.

"Sihat?" Ismail menyoal lagi. Isma angguk. Dalam hati ada rasa lega tak terhitungkan. Namun, sepatah kata pun tak mampu diluahkannya. Segera dia memboloskan diri kembali mengadap pinggan mangkuk yang belum selesai dicuci.

"Kak..." Isdina memanggil. Isma menoleh.

"Meh laaa. Eil nak bagi 'something' "suara Isdina.

Isma basuh tangan. Lambat-lambat dia melangkah ke ruang tamu.

"Kak, duduk la sini... Eil ada benda nak cakap ni..." suara Ismail. Lambat-lambat.

Isma duduk di kerusi sebelah Ismail. Telinganya menangkap bunyi enjin kereta yang tidak dimatikan. Jangan cakap....

Keadaan jeda 2 minit.

Ismail tatap wajah Umi dan Baba lama.

"Eil nak cakap ni..." lambat-lambat Ismail menutur kata.

Isma menanti dalam debar.

"Eil nak bagitahu... yang Eil bukan balik seorang..."

Umi segera bangun. Isma pun. Baba terus berpaling.

"Umi, Baba..." suara Ismail tidak dihiraukan.

Isma menggigil. Menahan marah. Umi menahan air mata yang ingin jatuh. Isdina seolah sudah tahu dari mula. Iskandar yang hanya berusia 10 tahun terpinga-pinga.

"Umi..." Ismail cuba memujuk Umi mendengar kata-katanya.

Umi duduk kembali ke tempatnya. Kerusi bertentangan dengan Ismail.

"Eil dah kahwin dengan Eifa..."

Bagaikan guruh datang berguntur, Isma rasa mahu rebah.

"Kau sedar tak apa yang kau buat ni,  Eil?" Sabar Umi pecah.

"Umi pegang janji kau... Umi pegang kata-kata kau... Umi tunggu kau... Ini balasan kau pada Umi?" air mata berlinangan ke pipi putih Umi. Baba awal-awal lagi sudah angkat kaki.

"Umi... Eifa..."

"Kau jangan nak bela perempuan zina tu depan aku!!!" suara Umi memetir.

"Kau sanjung mak ayah dia... yang dah memalukan aku, mak kau... yang dah mengaibkan Baba, ayah kau... Kau jadi pak sanggup konon-konon nak membela nasib anak si Eifa tu... Aku tak sangka sampai macam ini sekali kau sanggup membelakangkan kami sekeluarga, Eil..." Umi bersuara kasar dalam esak tangisnya.

Isma menyapu air mata yang mengalir. Dia benci menerima kenyataan itu.

"Kau kahwin dengan perempuan tu... Tanpa aku... Tanpa ahli keluarga kau... Aku tak redha, Eil... Aku tak redha!!!"

"Kau tahu kenapa aku tak redha? Sebab, aku tak pernah pun pergi meminang si Eifa tu... Aku tak pernah pun buat apa-apa persiapan untuk perkahwinan kau..."

"Tup-tup... Kau balik... Kau nak bagitahu kat kami kau dah kahwin? Cukup Eil... Cukup... Keluarga dia dah pijak-pijak maruah keluarga kita... Dicacinya, dihinanya kita... Tapi, itulah orang yang kau sanjung... Yang kau puja... Yang kau anggap Mak Ayah kau... Tak apalah..."

"Aku ni bodoh... Tak pergi haji pun lagi macam mak ayah orang tu... Sudah, Eil... Aku tak sanggup nak ada menantu macam tu... Dia bukan siapa-siapa untuk aku!!!"

Suara Umi bertubi-tubi. Tak memberi ruang untuk Ismail berkata-kata.

"Umi, Eil..."

"Ismail..." Umi kesat air matanya.

"Aku masih anggap kau anak aku... Ismail anak Umi dan Baba seorang je... Tak ada yang lain... Yang depan Umi ni, bukan anak Umi..."

"Aku kenangkan kau... Aku ingat kau... Aku buatkan baju raya untuk kau... Biar kita semua dapat pakai sama-sama... Gembira di pagi raya..."

"Tapi, kalau beginilah cara kau... Tak payahlah... Tak Usah..."

"Aku kenangkan ini bulan baik... hari baik... Benda dah jadi, nak buat macam mana..."

"Tapi, sungguh!!! Untuk menerima dia masuk... jejakkan kaki dalam rumah ni... Aku tak mahu..."

"Aku tak tahu nak letak dia di mana... Sebagai apa..."

Umi pandang Baba yang masuk ke dalam bilik air.

"Kau tengok Baba kau... Dia memang tak terima... Dia takkan terima..."

"Umi, Eil balik dengan cara baik ni, Umi..." suara Ismail. Minta dikasihani.

"Kalau macam tu, dengan cara baik juga... Kau bawalah anak bini kau tu pergi... Aku tak mau tengok!!!"




*bersambung*


Jumaat, Ogos 26, 2011

Terang Lagi Bersuluh...

Sejak buka puasa tadi... Hingga sekarang... Hati rasa sebu... Rasa kebas... Tak beriak... Tak ada warna...


*Damn!!!*

Sedih... Tersisih... Kecewa... Terasing... Keliru...

Semuanya bergumpal jadi satu... Macam benang yang digumpal-gumpal... Kusut... Tak Terleraikan...

*Gosh!!! I hate it!!!*


Aku terasa... Serius... Tak tipu!!!

*Hell!!!*

Gila tak terasa? Lain sangat macam langit dengan bumi... Macam tanah dengan kerak nasi...

Ok, fine... Aku tau aku bukan yang terbaik... Tapi... Aku pun manusia, beb... Bukan kucing kurap yang datang mengemis makanan dekat belakang rumah tu...

Aku tahan hati je tengok semuanya... Semuanya berbeza... Cara layan... Cara bersembang... Cara senyum...

Tak kisahlah kalau aku bukan siapa-siapa pun dekat sini... Tapi, at least... Berlakon je tak boleh?

Kalau aku ajak bersembang... Sikit-sikit... kata aku memekak... Mak nenek... Bising... Bingit...

Bila aku nak ambil kisah pasal apa-apa hal... Kata aku menyibuk... Menyemak... Jaga diri sendiri...

Bila aku buat donno... Kata aku pentingkan diri sendiri... Tak kenang budi... Derhaka...

Bila aku membisu seribu bahasa... Kata aku sombong... bodoh... Bengap... Lembab...

Bila aku dok diam-diam tak kacau orang... kata aku anti-soc... Tak tahu bergaul dengan orang...

Habis...? Aku perlu buat apa supaya diorang semua puas hati???


Susah... Dan tak faham...

Aku tengokkan aje...

Dari mula dia sampai... sampai laaa diorang pergi terawih... sampai laaaa diorang makan supper...

Aku tengokkan aje...

Semua nak cerita dekat dia...

Baju baru beli... Baju baru buat... Handphone baru beli... Harga handphone survey...

Semuanya kalau boleh nak di-update dengan segera... Tak boleh tunggu esok-esok...

Cuba kalau aku nak ambil tahu serba sikit kejap lagi...

"kau diam boleh tak???"

"Memekak je laaa...."

"Mak nenek... Sial!!!"

"Hal aku, kau jangan sibuklah..."

"Ada aku kisah?"

Kalau takat cakap dengan nada gurau... Aku boleh buat donno je...

Tapi, kalau dialog-dialog dekat atas tu... Dicakapnya dengan nada meluat... Riak muka yang jelek... Tak ke aku ada rasa macam nak hentak je kepala aku dekat dinding... Biar bersepai terburai depan mata diorang semua???

 
Geram!!! Marah!!! Kecil hati!!!

Aku dah tak tau nak buat apa dah....!!!

*give up!!!*


-

-

-

-

-

-

-

-

-


Cik Sya... Tarik nafas... Hembus... Tarik nafas... Hembus...

*Cuba kawal hati dan cik Raksasa yang datang mengamuk...*

Sabar... Sabar itu kan, indah?

*Senyum pahit*

Tak pe... Allah ada... Kalau dah tak ada orang nak sayang Cik Sya... Diri sendiri ada... Allah pun ada...

Cukuplah Cik Sya ada Allah...

*Nak nangis...*

Cik Sya... Sabar, ok? Bekukan hati tu... Cik Sya kan, cold-hearted girl?

*angguk perlahan-lahan...*

*usap kepala sendiri....*

Good girl...

*Senyum nipis... tapi, pahit...*





p/s: Cukuplah Allah bagiku...





Khamis, Ogos 18, 2011

Segmen: Mari Merungut - Episod 1 - Ketidakfahaman...

Segmen mari merungut... huhuhu... segmen ini akan dipenuhi dengan rungutan-rungutan berasas seorang manusia... dan rasanya, ia bukan hanya rungutan dari saya seorang sahaja... ia juga mungkin rungutan kamu...

Episod pertama ini adalah berkaitan ketidakfahaman...

Ketidakfahaman atau tidak faham... yelah mana nak faham... sorang cakap bahasa planet Zulu, sorang cakap bahasa planet NAmex...

Oh, tidak...tidak... Saya bukan bercakap berkenaan ketidakfahaman yang sebegitu... Ini ketidakfahaman dengan sikap manusia dan sewaktu dengannya...

Pertama: Salah = Betul... Betul = Salah..



Betulkan? Konfius kejap... Dah salah... Salah lah... Tak perlu nak cakap ia betul... Apa? Ingat kalau dah salah... boleh jadi betul... Memang sangat ketidakfahamanlah kan...

Dah laaaa tu.... Terang-terangan awak salah... senang-senang pula nak menuding jari ke arah orang lain... agaknya, mulia sangat kot hati dia tu... sampai tak bersalah langsung...

Ish.. Ish.. Ish..

*geleng-geleng kepala*

Kedua: Kesengalan + Kebebalan = Kebodohan berterusan...


Mama cakap, lebih senang berkawan dengan orang kurang pandai... daripada berkawan dengan si bijaksana...

Ada betul dan tidaknya statement di atas...

Yang betulnya... dan untuk segmen mari merungut ini... ia memang satu yang susah untuk ditangani...

Bayangkan berkawan dengan si bijak-pandai yang keras kepala... Sudah begitu... Sikit-sikit... kita dimarahnya... Hanya kerana kita tidak tahu... Macamlah dia betul semuanya... Walhal... dia pun banyak juga yang tahu... Buat-buat pandai... Kalau salah... Marah... Maki hamun... Macam sudah tiada perkataan yang baik mahu dilemparkan...

Apakah ini? Memang ia satu ketidakfahaman yang tak dapat diertikan lagi pengetahuannya...

Ketiga: Salah Waktu

Ok, fine... Awak penat... Habis... Orang lain tak penat? Orang lain tak exhausted?

Aigoooo... Memang sesuatu yang sangat ketidakfahaman.... Nak marah-marah... Nak bebel-bebel pun... Cubalah tengok waktu... Sekurang-kurangnya cubalah siasat dahulu... Jangan suka-suka hati je nak marah... Macam awak tu betul semua... HAish~ Memang mendatangkan kemarahan betul!!!

Ikutlah... Rasanya cukuplah tiga... entah hapa-hapa...

Moral dari segmen ini hari ini... Elakkan menjadi kemarahan manusia lain kerana 3 perkara ini... Atau beberapa juta perkara lain yang boleh menyebabkan ketidakfahaman di hati orang lain...

Bulan puasa bulan beramal... Bukan bulan merungut... ^___^V


p/s: Entry picisan...



Selasa, Ogos 02, 2011

Kerajaan semut...

Mencari-cari bahan untuk modul... Hingga ke lagu-lagu motivasi di Youtube... Rahang rasa terjatuh saat terjumpa video ini...


Terjemahan Surah An-Naml, Ayat 15-19 (surah yang dialunkan sepanjang video...)

15. Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman.

16. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.


17. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib.

18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari;

19. maka dia tersenyum dengan tertawa karena perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.


Subhanallah... Sungguh benar apa yang Allah firmankan di dalam Quran... Maka, nikmat Allah yang manakah yang ingin kamu dustakan?

Semut memang terkenal sebagai haiwan yang Allah berikan kerajinan dan hidup secara berkoloni... Sehingga ada sebuah surah di dalam Quran yang diberi nama An-Naml (Semut)...

Fikirkanlah... kita sebagai manusia ini bagaimana? Kalau semut yang sekecil beberapa inci itu, mampu membuat sebuah kerajaan yang tersusun seperti itu... inikan kita pula manusia... Khalifah Allah yang diberi akal dan fikiran yang bernas...

Apa ye???

Salam Ramadhan semua... ^__^

Ok, semalam, 1 Ramadhan, Taman Ilmu dan Budi dikejutkan dengan kematian penemuan mayat seorang pelajar dari Papua New Guinea yang telah meninggal dunia selama seminggu... Innalillah...

*Mahalah Bilal memang suka buat aksi seram, kata abg Din (CENSERVE)*

Apa-apa je laaa... Ajal maut di tangan tuhan kan?

*Oh, semakin takut pulak memikirkan umur yang semakin pendek setiap hari...*

Saya masih di Taman Ilmu dan Budi... Masih tak reti-reti nak balik rumah... Tiket balik rumah pun tak beli lagi... Entah apa yang saya tunggu pun tak tahu...

*Barang pun tak packing masuk dalam kotak lagi... Tahniah betul!*

Duduk di CENSERVE ni... saya rasa, rezeki ibarat melimpah ruah... Kalau sebelum puasa tu, boleh kata, hari-hari ada orang belanja makan... Malah saya pernah je hampir seminggu tiada duit walau sesen didalam dompet... tapi, kerana Allah itu Maha Penyayang... Maka, rezeki untuk saya tetap ada...

Jadi, apa ye yang mahu saya cakapkan?

Saya mahu katakan... Rezeki Allah itu ada di mana-mana... Kalau tidak, masakan kami, ahli CENSERVE terus-terusan dilimpahi rezeki olehNYA...

*Sikit dikongsi sama sikit... Banyak, dikongsi sama banyak...*

Rutin seharian adalah mengahdap laptop, kemudian memerah otak untuk modul... Kemudian, tolong-tolong mereka di ofis ini...

Lama-lama, saya yang tak begitu kenal dengan orang... yang kawan-kawannya hanya di ruang lingkup INSPIRIAN... semakin besar ruang lingkup kawan-kawannya....

Itu kan, rezeki juga?

*senyum lebar-lebar...*

Kadang-kadang, kita manusia lupa dan leka mengucap syukur padaNYA atas limpah rahmat dan nikmat kasih sayang...

Yang besar-besar datang, baru nak bersyukur... Sepatutnya, yang kecil-kecil itu yang kita patut syukuri...

Sebab... dari yang sekecil-kecil nikmat itulah... ia membesar hingga sebesar-besar nikmat...

Entry tiada gambar kebelakangan ini... sebab, guna laptop orang...



p/s: Nikmat Ramadhan patut menginsafkan diri... membawa hati untuk bermuhasabah....

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers