Jumaat, Mac 08, 2013

Masih jelas...

Aku cuba hidup baik-baik...

Aku cuba hidup dengan gembira...

Aku cuba hidup dengan bahagia...

Tetapi...

Nyata aku tak sekuat mana...

Malam ini, air mata tumpah... Setelah sekian lama aku tahankan ia dari jatuh berderai selaju ini...

Setelah sekian lama aku tahankan jari dari menaip ayat-ayat sampah penuh sedih dan luka di sini...

Tapi, nyata aku tak kuat..

Persetankan saja mereka yang sibuk mengukur kata-kata aku sebagai si pencari simpati... Biarlah... Mereka tak mungkin mengerti... Walaupun aku katakan ini medan terapi... Sebab mereka mana mahu nak peduli dan ambil erti...

Aku jenuh berlari...

Damansara adalah pelarianku yang terakhir... Pelarian dari memori... Pelarian dari segala kaca dan duri yang melukakan hati dan langkah kaki...

Aku kembali ke pangkuan famili... Bukan kerana kemahuan hati... Tapi, kerana hati sudah tak tahan... sudah lelah... sudah tak mampu nak menahan diri dari jadi gila... dari jadi kurang siuman... Maka, nekad keputusan dibuat untuk menghuni kembali ke laman ayahanda dan bonda...

Namun, aku kalah lagi... Hanya kerana mukabuku atau FB?

*HUH!!*

Aku tak kuat... Sungguh... Semuanya masih jelas... Walau dah hampir melangkah angka 3tahun...

3 TAHUN!!!

Kau faham? 3 tahun! 3 tahun... itu panjang... ada 900 hari lebih... lebih berjuta jam mungkin... Aku malas nak capai kalkulator untuk mengira...

Aku sangka pedih hati, sakit jantung, detak jantung yang tak sekata dan air mata yang tiba2 jatuh tak mungkin datang menggoda aku lagi...

Tapi, aku salah... Ia datang malam ini... dengan kejam...

Dan...

Segala-galanya masih jelas...

Kepedihan itu... Kesedihan itu...

Rasa sakit, rasa terkhianati... Rasa diracuni, rasa dibunuh...

Itu semua masih bersisa... Dan masih segar... Seolah semuanya baru semalam terjadi...

Ya, kau kata sajalah aku manusia pathetic... manusia penuh emosi... atau manusia si pencari simpati...

Aku tak hairan malah tak sakit hati...

Sebab aku sedar aku memang sendiri... Tak de siapa sudi nak pinjamkan bahu untuk menangis... atau telinga untuk mendengar...

Aku ada ini sahaja... to keep my sanity... to pick up every pieces of my broken heart and glue it together...

Aku hanya ada laman ini sebagai kawan baik aku...

Dan aku punya Allah... Aku yakin itu...

Aku tak tahu bila sakit ini boleh berakhir... Aku tak pasti...

Untuk mengatakan bahawa aku sudah maafkan dia... Sungguh, aku sudah maafkan dia... sungguh!

Tapi, aku tak tahu kenapa memori itu datang lagi... Dan sekali lagi cuba membunuh kewarasan akal ku...

Sungguh! Aku tak tahu...

Mungkin sistem imunisasi aku ini tak sekebal sistem imunisasi kau semua... Sebab tu, aku macam ni...

*ketawa lemah*

Sungguh, aku perlukan seseorang yang boleh tepuk lembut (baca: pat) kepala aku dan peluk bahu aku... pujuk aku dan kata... "Kau dah hadapi kesakitan ini 3 tahun lalu... kenapa kau tak boleh buang je ia dan lupakan semua?"

Kau mungkin cakap... Cakap je sendiri... Tepuk je kepala tu sendiri... kuat2 sikit, biar betul sikit fius dalam kepala tu...

Percayalah... aku dah buat... dan ia tak berhasil...

Aku tak tahu, kenapa aku sakit sangat... Hanya kerana melihat gambar dia?

Sangat senget!

Ya, dan aku marah diri sendiri kerana jadi si pathetic yang bercakap bukan-bukan...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers