Sabtu, Februari 25, 2012

Nak Benam Kepala...

Untuk entah kali ke berapa... Suara mama menangis lagi di hujung panggilan... Diiringi pesanan-pesanan yang macam tak pernah jemu diucapkan...

Kadang-kadang macam nak terbang je pergi balik Perak... Peluk mama... supaya jangan nangis lagi..

Dan kemudian... saya nangis pulak sorang-sorang kat sini... Serius dah tak heran dah dengan Cik Shiera ni... Biarlah... Normallah orang nangis bila sedih kan? Mana ada orang saja-saja nak bazirkan air mata menangis...

*Ketawa... Tapi, terasa pahit...*

Terasa nak benam kepala dalam tanah... Tanam je badan dalam tanah... Supaya tak jumpa orang... Itu perasaan yang ada dalam hati saat ini...

Atau duduk aje berkurung dalam bilik... Dengar lagu sedih... Dengan air mata yang tak henti-henti keluar...


Tapi, saya tahu itu bukan tindakan terbaik saat ini... Alamatnya, akan bangun pagi dengan kepala yang macam kena gelek steamroll... Lepas tu... Rasa macam nak tidur je sepanjang hari...

Jadi, lebih baik sibukkan diri... Dengan ketawa palsu... Supaya tak siapa tahu hati saya... Kisah saya...

Sungguh... Saya perlukan khidmat pendengar setia sekarang... Tapi...


Saya tak tau pada siapa... Malah, siapa saja yang boleh saya percayakan?

Mulut boleh menipu dengan katakan bahawa saya okay...

Tapi, hati?



Sungguh dah jadi keping-keping tak ada rupa...

Kadang-kadang berfikir... Macam mana saya boleh terus-terusan menipu senyum dan ketawa selama 3 minggu ini dengan hampir setiap hari mendengar suara tangisan mama di hujung panggilannya...

Malah, kadang-kadang berfikir... Macam mana saya mampu terus berdiri dengan teguh... tanpa sekali pun rasa mahu rebah dengan dihujani satu demi satu ujian yang boleh membuatkan saya separuh gila berfikir sendirian...

Sungguh laaaa... Saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh sebegini hilang rasa dan perisa... Hingga senyum manis mampu ditipu... Ketawa ria mampu dipalsu...

Kemudian terus-terusan menyimpan rasa hati yang macam kertas pasir yang diracik halus-halus itu diam dan mati selagi siang tak kunjung malam... Dan selagi saya masih lagi dikelilingi manusia... Semata-mata tak mahu orang risau?

Entah... Sungguh tak tahu...

Hati... Sila membesar seperti padang golf....

Perlu kuat untuk mama... Itu pasti...

Live Well... Perfectly well...

Sila menjulingkan mata dengan kadar 360 darjah...

Sumpah menyampah...

Suka hati saya laaa... Walk a talk... Aigooo... Kau sape? Aku kenal kau?

*Sumpah marah*

*Now a monster in me wanna do a talk...*

YA!!!! Kau kenal aku ke yang kau nak sangat2 aku post kau punya komen... Hell no, right?

Well... You don't ever know me... I live perfectly well... Why you wanna bashing me like you know me inside out?

Oh... You perfectly quote my comment box quotation there... Well... It's perfectly my bad... I believed this is a free country... So, its up to me to approved or not...

*jelir lidah*

Well... Aku boleh approved kalau aku nak... But then.. Aku tak nak...

En. or Cik Kuih Lapis...

*Hamik kau... kuih lapis aku bagi nama kau...*

Aku approved laaa kau punya komen jap gi... Kau nak sangat kan?

Well... Aku memang tak faham ngan spesis manusia macam kau yang dok nak ayan tak tentu hala baca blog aku... Macam aku cakap pasal kau je...

Kalau kau terasa... Do pardon my flaws... I'm very bad at interpersonal skills... Also, communication skill when it comes to human being...

*Yes!!! I'm perfectly better to speak with animals, trees, stars and papers... rather than people...*

So, kalau kau kenal aku... Aku cam tak kisah kau nak cakap ape... Tapi, bila dah gaya kau macam judge everything dari apa yang kau baca kat sini... Aku cam memandang komen kau yang berbunyi kasar dan sarkastik itu sebelah mata... Tanpa berfikir untuk approved kan komen kau...

Ikut kau laa... As I said... We live in a free country...

*Nape tiba-tiba rasa macam tak marah pulak ni...*

Aku cam malas nak marah dah... Raksasa dalam badan aku ni dah kembali berhibernasi... Dan aku rasa macam bodoh je cakap bukan-bukan dengan kau...

Kau boleh judge aku... Whatever you want...

Ikut suka kau... Aku malas fikir...

Live well... Perfectly well...

I hope you do...

Well... Kau nak komen ke? Silalah... Nanti aku approve tanpa baca...

Sekian...

P/s: Rasa nak marah... Tapi macam tak nak dah... Entah~

Sabtu, Februari 18, 2012

Sengal menyengal...

Bukak blog... Dah seminggu kot tak bukak... tiba-tiba ntah dari langit mana makhluk Allah ni wujud... Tak pasal-pasal bagi komen cam nak kena cincang ngan kapak kan? Memang sah-sah laaa komen kau tak di approve...

*Weng!!!*

Kan tak memasal dah emo...

*Aigooo...*

Kadang-kadang manusia ni pelik... Serius nama pun manusia tu ade berjuta-juta dalam dunia ni kan? Aigooo... Serius laaa sakit kepala...

Kadang-kadang diam itu lebih senang dari bercakap...

Sebab tu aku banyak diam je start masuk kerja...

Serius... Mesti banyak macam tak percaya yang aku ni tiba-tiba jadi cam budak baik dalam ofis...

*Oh... Am I praising myself? -menjulingkan mata-*

kadang-kadang rasa cam stuck dekat somewhere yang suasananya pelik....

Ok, biar betul-betul realiti...

Saya rindu UIA!!!

*Nangis*

Serius rindu... Rindu air shower nusaibah yang sejuk... Jalan-jalan waktu malam balik meeting menyusuri jalan nusaibah yang bukit-bukit tu...

Lepas tu tengok waktu senja dekat F4.4...

Serius rindu...

Macam mana ni?

*Muka sedih...

Serius rindu UIA...

Sabtu, Februari 11, 2012

Fasa Hidup Baru...

*Aigooo....*

Fasa Hidup Baru...

Yup... Bermula sudah satu fasa baru dalam hidup...

Kahwin???

*geleng-geleng kepala...*

Otak sila fikir besar sikit hokey... I tak kahwin lagi... Calon i tak de...

*tiba-tiba sentap*

Saya dah mula kerja... Fasa hidup baru laaa tu...

Pejam celik... Pejam celik... Dah seminggu...

Pejam celik.. Pejam celik... Hari ni tiba-tiba kena cabar buat closure paling cepat within the intakes dalam my batch...

Pejam celik... Pejam celik... Dah seminggu diharungi tanpa life yang sebetulnya life..

Bayangkan...

Hari pertama yang sangat blur... Orang tak kerja... Kau kerja... Hari Isnin orang cuti sempena MaulidurRasul... Kau lapor diri for 1st day...

Lepas tu, kau jalan turun bawah dengan hati yang tak henti-henti berdoa supaya tak de orang usha kau lebih-lebih dengan niat jahat...

Lepas tu, kau tunggu teksi... blur-blur kau kuat jugak hati kau nak pergi kerja dengan hati yang dah rasa cam sayu dayu pilu nyanyi lagu syahdu macam orang putus cinta...

Lepas tu, kau blur-blur jumpa kau punya manager...

Lepas tu kau blur-blur kau masuk meeting... Jumpa CEO...

Lepas tu kau balik...

Lepas tu, 4 hari berderet kau diserang sakit "cerry-berry" dan migrain yang tak sudah-sudah...

Tapi, kau gagah jugak pergi kerja... Sebab kau tahu... Sekarang tak sama macam kau masa kat uni dulu...

Lepas tu, orang pandang kau macam orang stress putus cinta...

Walhal, kondisi perut kau dan kepala kau... tak berapa nak betul fiusnya...

Cik "cerry-berry" masih mau datang singgah... Cik Migrain pun sesedap rasa je nak jengah tak bagi notis...

Lepas tu, manager buat deal ngan kau...

Kau blur-blur.. Kau terus hangguk je... Iyakan aje deal die tu... Sebab kau macam tak mau kalah ngan orang yang dah buat closure ribu-ribu...

Lepas tu, kau balik rumah... Kau masih blur lagi... Kau mula fikir hal dekat rumah kau kat Perak pulak...

Lepas tu kau fikir pulak pasal adik madu...

Lepas tu kau fikir pulak hal housemate yang langsung tak mesra alam dan dunia dengan kau...

Dan tak pasal-pasal... Tiap-tiap malam kau nangis sebelum tidur...

Lepas tu kau tidur... Bangun pagi dengan kepala yang sakit macam kena gelek steamroll...

Rasa-rasa kau... Saya okay tak?

Entah... Tiba-tiba macam hilang deria rasa...

Mahu bahu untuk dipinjam... Ada sesiapa mahu beri?


PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers