Memaparkan catatan dengan label hmmm.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hmmm.... Papar semua catatan

Khamis, Januari 31, 2013

R.O.J.A.K

Seronok...

Seronok melihat, membaca...

Seronok menerima undangan perkahwinan yang datang berjurus sejak dari awal tahun lepas... Maaf, banyak terlepas undangan walimah kalian... Saya bukan lagi si 'langkah panjang' yang merantau ke sana ke mari sejak 6 bulan lalu...

Seronok membaca status sahabat yang sedang meniti alam bahagia, dengan persiapan-persiapan menuju cinta yang di redha Allah...

Indah rasanya... Membaca status sahabat yang kini bergelar ibu...

Ya, rasa ini indah... Dan doa-doa meniti buat kalian...

*Merenung diri*

*Tak sedar ada air datang menitis di pipi*

Rasa yang bercampur-baur ini dipanggil R.O.J.A.K!

Ada rasa indah, ada rasa suka, ada rasa gembira...

Tapi...

Ada juga rasa sebu, rasa sayu, rasa terharu....

Dan semua rasa ini datang bersilih ganti...

Memulakan hari dengan sms dari Siti Fariza, seawal 7:45 pagi meminta alamat rumah... Hati dipagut rasa sayu tiba-tiba...

Seorang lagi rakan bakal melangkah ke cinta diredhai Allah...

*Alhamdulillah*

Sampai di ofis, terlupa seketika sms darinya yang berikutnya, lantaran tuntutan kerja yang menimbun... Sebelum kembali menatap sms nya pada 11:00pg...

Menatap kalendar...

10 Mac....

Maaf, Eja... Aku tak dapat hadir...

*Sedih*

Banyak sangat terlepas walimah sahabat... Mengundang rasa sedih tak bertepi dalam hati....

Asyik terlepas...

Sedih lagi...

Tapi, itu semua takdir Allah... Yakin itu...

Sedih, sayu dan terharu yang datang tiba-tiba adalah atas rasa ralat yang hadir akibat tidak dapat menyempurnakan jemputan sahabat yang meraikan hari bahagia...

Sungguh, ini perasaan bercampur-baur yang R.O.J.A.K!

Gembira, kerana mereka selamat melaksanakan ibadah sunnah Rasullullah... Selangkah lagi mereka melangkah meninggalkan diri ini yang merangkak mencari redha Allah...

*Alhamdulillah*

Hati tidaklah rasa terusik... Walaupun usia sudah setahun melangkah suku abad...

*Suku abad? Heh! Bunyinya macam sangat tua*

*Ketawa*

Sebab, aku yakin... Allah telah aturkan hidup kita dengan sangat indah...

Juga... Kerana keindahan itu Allah jadikan ia rahsia...

*In Shaa Allah*

Maaf, sahabat... Maaf, teman... Bukan niat tak mahu hadir ke majlis indah dan bahagia kalian...

Namun, kekangan-kekangan yang datang buat aku jadi khilaf...

Maaf...

Doa sahaja yang aku kirimkan dari kejauhan...

Moga kalian terus bercinta hingga ke syurga...

Moga kalian melahirkan pewaris pendukung Islam dan penegak Iman..

In Shaa Allah...

Rabu, November 14, 2012

Jadi Cikgu...

Jadi Cikgu…



Tiba-tiba hati tergerak untuk jadi cikgu…

Jadi cikgu…

Jadi cikgu…

Jadi C.I.K.G.U????

*Biar benar, Cik Sya?*

Secara jujur, saya sering mengelak bila mana mama, abah, atau entah sapa-sapa mencadangkan saya untuk mengatur langkah dalam profesion perguruan…

Alasan tak konkrit, tak mahu jadi perosak anak bangsa…

Alasan kurang konkrit, tak minat…

Alasan langsung tak konkrit, nanti kena posting ke Sabah/Sarawak…

*HEH!!!*

Alasan semata-mata!!!

Saya sendiri tak tahu apakah alasan kukuh yang menyebabkan saya tak berminat untuk menjadi guru satu ketika dulu…

Yang pasti, dalam hati memang dah tertanam… Kalau takdir Allah gerakkan hati nak jadi guru a.k.a cikgu satu hari nanti… Biarlah, saya betul-betul ikhlas dan dilorongkan…

Nah! Seakan doa termakbul kini… Hati sedang bersedia untuk menempuh jalan menjadi guru…

Tapi…

Ada tapinya…

Dah lebih waktu untuk permohonan DPLI sesi Januari 2013…

*Kwang… kwang… kwang…*

Mama: Tu laaaa, dulu orang suruh alert, tak mau.. Tiba-tiba je, mesti laaa dah lepas…

Masalahnya, mama… Anak mama ni baru je terbuka hatinya… Seakan-akan ada cahaya agung entah dari mana datang menyusup dalam hati… Nak jadi cikgu…

*Cahaya agung lah sangat!*

Tapi, macam best je jadi cikgu…

Boleh kawan dengan budak-budak…

Boleh poyo-poyo dengan budak-budak…

Boleh buat modul macam dalam INSPIRE dulu…

Boleh awet muda sebab kawan dengan budak-budak…

*HEH! Tak senonoh!! Boleh awet muda ke?*

Yang penting, jadi cikgu perlu sabar yang tinggi…

Dan saya nak jadi cikgu sekolah menengah… Kalau boleh nak posting kat SARJANA…

*Boleh?*

*Tiba-tiba*

Rindu suasana sekolah sebetulnya… tu yang berangan nak jadi cikgu..

Tengoklah kalau ada rezeki…

Kalau ada rezeki, memang Allah nak bagi tempat dapat DPLI sesi Jun/Julai… Insyaallah…

Rezeki Allah bagi… Bukan di tangan manusia…

Duit banyak, tapi, rasa tak bahagia pun, tak guna juga…

Duit banyak, selesa… Tapi, ilmu di dada tak ditambahi, juga tak berguna…

Duit banyak, gembira… Tapi, kerana duit kita lupa tabungan akhirat pun… Tak bawa makna…

Banyak sebab kenapa saya terfikir nak jadi guru a.k.a cikgu…

Dan, profesion guru, bukan profesion terakhir dalam list senarai kerjaya saya…

Sekian…

Selasa, Oktober 09, 2012

Majlis Konvokesyen...

Alhamdulillah...

Tiada kata yang paling indah untuk diucapkan selain Alhamdulillah...

Rezeki dan nikmat yang Allah beri ini.. Rasanya, tiada lagi rasa yang lebih membahagiakan selain ini...

Malah, tiada juga rasa yang lebih menyebakkan selain ini...

Ya Allah... Makbul juga permintaanku... walaupun, Kau lewatkan... hikmah yang dititip dan dikutip, bukan sedikit... Bgegitu banyak dan besar... Begitu indah walaupun sukar...


***************************************

Dalam kereta:

Hani: Nervous, kak...
Saya: A'ah... (sembunyi senyum yang sedikit kelat)

Di pintu UIAM:

Saya: Hani, sebak...
Hani: Hani pun...

Dihina, dikritik, dikeji, dimaki...

Dipuji, disayangi, dihormati, diteladani...

Di pandang enteng, dipandang serong, dipandang pelik...

Diinjak-injak harga diri, dirobek-robek sekeping hati...

Menyayangi, mengasihi, menghormati...

Menyendiri, menyepi, meneladeni...

Segala-gala kenangan dan juga memori datang silih berganti... Mengundang air mata yang secara keras cuba diselindungkan...

Amal: Sya, mata kau merah...
Saya: (Kesat air mata yang menitik) Mata aku pedih...

Hakikat sebenarnya, rasa sebak yang tak terhitungkan datang bertimpa-timpa...

Disumpah yang tidak mungkin akan grad sampai bila-bila... Sungguh sumpahan itu sangat menakutkan...

Dihina dan dikritik hebat... sungguh, kata-kata itu masih kuat, kejap disimpan dalam hati...

Kerana itu, saat buku konvokasi berwarna unggu itu di tangan, nama si pemusnah hati jadi tatapan...

Penyudahnya....

Sungguh, tidaklah sehebat yang disangka...

Terasa macam mahu sahaja ketawa kuat disorakkan...

Terasa macam bodoh, berlari pantas dari alien itu saat hampir sahaja terserempak dengannya Ahad lalu di tangga besar semasa mahu mengambil gambar kenangan...

Sudahlah... Kamu, saya tiada beza...

*Senyum*

Namun, masih ada ralat yang menyinggah dalam hati...

Kamu si Alien pemusnah hati... Kamu telah membunuh saya hingga mati dengan kata-kata kejam kamu...

Namun, yang sudah itu, sudahlah...

Nyata, saya bukan sesiapa pada kamu...

Kamu juga bukan sesiapa pada saya....

Saya maafkan kamu...

Cukuplah kamu tahu...

Saya penat menyimpan dendam... Kerana ia tak sudah....

Moga kamu berjaya terus seperti apa yang pernah kamu ucapkan...

Insyaallah...





Alhamdulillah... Secara rasmi pemegang Bachelor Degree Of Business Administration (Honor)...

Alhamdulillah...




*p.s: Biar orang buat kita, jangan kita buat orang....

Rabu, September 26, 2012

Pilihanraya Kampus...

Assalamualaikum....

Moga sesiapa saja yang sedang santai membaca ketika dalam rahmat dan lindungan kasih sayangNya..

Tahniah buat adik SARJANA  yang bertanding menjadi calon Pilihanraya Kampus UIAM kali ini...

*rindu pulak nak balik UIA...*

Moga adik Hamidi Zamri tabah dan bersabar dengan tohmahan yang dilemparkan saat ini kepadanya...

Biasalah... Manusia yang kukuh, tegar menegakkan agama itu, makhluk asing yang sangat hodoh rupanya bila dilihat dengan mata kejahilan...

Allah sedang mentarbiah hati kamu, wahai adik Hamidi, agar kamu terus kukuh menjunjung Islam dan Iman di hati...

Allah juga sedang mempersiapkan kamu untuk menempuh dugaan yang lebih hebat dari ini di masa depan...

Kerana itu ujian ini datang kepada kamu saat ini...

Insyaallah...

Kebatilan sentiasa terkalahkan dengan kesabaran dan kata-kata yang manis...

Verily after each difficulties, there is a relief....

Sabarlah wahai adik Hamidi... Bukan sahaja kamu, malah sahabat-sahabat lain yang turut sama memperjuangkan sesuatu yang Rasulullah sendiri sebut sebagai asing di akhir zaman ini...

Bersyukurlah... Kerana kalian dipimpin Allah untuk menjadi manusia asing yang menjunjung Islam dengan hati dan keringat...

Moga, ada balasan indah yang menanti kalian di kemudian hari...

Coretan ini bukan hanya untuk adik Hamidi, tapi, untuk sekalian mereka yang sedang berjuang menegakkan kebenaran Islam dan Al-Quran...

Allah sahaja yang mampu melindungi kalian dan membalas keringat juga air mata kalian...

Insyaallah~






*p/s: rindu UIA, rindu CENSERVE, rindu INSPIRE...

Selasa, September 25, 2012

Islam KTP

Setiap petang, lepas balik kerja... Punya rutin baru sejak 2 minggu ini...

Pertama, solat Asar...

Kedua, buka tv Al-hijrah, tengok Islam KTP tepat jam 6:05 petang..

Islam KTP - Islam Kad Pengenalan (dalam BM)...

Bagus cerita Islam KTP ni... Punya isi... Tarbiah hati... Santai diri yang menginsafkan...

Cerita realiti tentang Muslim dan apa Islam anutannya...

Sama ada sekadar anutan tanpa tuntutan, atau, anutan dengan kebanggaan, atau, anutan dengan praktikal...

Sama ada, kamu si jahil yang mahu belajar, atau, kamu si jahil yang sombong...

Sungguh, isi siri sinetron seberang ini sangat santai dengan hikmahnya...

Moga Allah limpahkan rahmat dan cintanya kepada mereka yang  menjayakan siri sinetron ini...



Sinopsis cerita boleh rujuk sini -------> Islam KTP

Selamat menonton!!!

Terima kasih, Haters...

Saya di sini mengucapkan terima kasih pada kamu...

Pada kamu yang memnaggil saya dengan panggilan gemuk, bodoh, hodoh segala itu...

Maaf, komen kamu tak dapat saya paparkan... Tak apa... saya simpan buat tatapan diri... Peringatan...

Terima kasih atas komen positif kamu... Sangat positif...

Ya, saya anak dara, tapi, belum tua... baru 25...

Ya, saya gemuk... ALhamdulillah... Kurniaan Allah... Agaknya, kalau badan saya cantik, langsing dan bergetah macam kamu, mahu saya pakai seksi dan free hair terus... iman senipis bawang... Saya bersyukur dijadikan gemuk... Kerana, dengan gemuk ini, saya belajar cara menutup aurat dengan betul dan cuba menyedarkan diri betapa hodohnya saya kalu cuba berpakaian seksi macam Selena Gomez...

Ya, saya hodoh... Alhamdulillah~ Setidak-tidaknya, saya tak kufur nikmat... Biar hodoh rupa, jangan hodoh hati...

Ya, tiada siapa mahukan saya.... sekarang! Allah tu sudah tetapkan siapa jodoh kita sejak lahir lagi.. Bukan sekarang, maksudya, saya belum bersedia... Masih bertatih belajar agama... Malah, menjadi perempuan santun dan berilmu juga belum terjangkau lagi... Masak pun, belum cukup asam garamnya... Allah masih dalam proses mentarbiah saya menjadi anak yang solehah kepada mama dan abah... Belum cukup markah lagi mahu jadi isteri solehah... Kerana itu, Allah masih menahan jodoh saya...

Ya, saya buruk... Akui itu... buruk rupa, buruk laku... Terima kasih mengingatkan...

Terima kasih, awak... Sebab ingatkan saya... Walaupun komen awak kasar... Tapi, memang saya sedar saya salah...

Tak pe... Saya minta maaf kalau saya buat salah dekat awak... Mungkin ada kata-kata saya di blog ini yang mengguris hati awak... Saya minta maaf...

Saya minta maaf jugak kalau atas sebab wujudnya saya di bumi Allah ini, buat awak sakit hati...

Saya minta maaf sangat-sangat...

Kalau awak rasa, doa awak makbul... awak doalah saya lenyap terus dari bumi ini... Sebab saya pun tak sanggup nak buat awak sakit hati dengan saya...

Maafkan saya, awak... Saya berdosa dengan awak...

Sebab saya gemuk, buruk, hodoh, anak dara tua... Kerana status-status ini awak sangat sakit hati dengan saya... Saya minta maaf...

Saya minta maaf...



*p/s: Teruskan komen ber'hikmah' awak... Saya suka... ^__^

Selasa, Ogos 21, 2012

Majlis Tunang...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...

Kullu 'Amin, Wa Antum Bil Khair...

Taqabbalallahuminna Wa Minkum... Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Karim...

Hari raya datang lagi... Alhamdulillah... Moga bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang...

Raya pertama...

Pengunjung pertama di pagi hari raya selepas solat sunat...

Wajah Syaza mengalami nervous breakdown yang sampai tak boleh bercakap... Dengan senyap sunyi... Budak yang suka buat bunyi-bunyi bila sibuk-sibuk hidang kuih raya terus senyap sunyi pucat lesi...

Panahan si boyfriend nak datang jumpa Mama dan Abah...

Panahan si boyfriend datang nak kenalkan diri...

Dan si kak Long yang jadi tukang tengok ini, tahan tawa je...

*ketawa kejam*

Dah besar dah rupanya adik ke-3 saya ni...

Tahu-tahu, dia advanced dulu... Sudah merancang majlis pertunangan...

Saya?

*menjulingkan mata*

Tak pe laaa...  Nanti dulu...

*Alasan*

Yang betulnya, tak de siapa pun nak cik Syafiqah yang garang dan kritikal ini...

*ketawa*

Walaupun mama agak bising juga... Tapi...

Saya yakin, Allah hanya bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu...

Belum jodohnya... Belum ketentuan lagi saya nak memikul tanggungjawab berat itu...

*tipu*

Okay... Okay... ngaku... Sedih jugak ni...

Tambah-tambah mama pun dah terlepas kata saya anak dara tak laku...

*sedih*

Sedih jugak laaa... Merajuk kejap... Tapi, rasionalkan diri sendiri balik...

Belum masa... Banyak lagi nak kena belajar...

Belum masa... Banyak lagi lubang dalam diri yang tak tertampal...

Belum masa... Allah tengah jaga saya tu... supaya saya boleh jaga mama dan abah dengan lebih lama lagi...

Insyaallah...

Ala~ Kahwin bukannya keperluan lagi buat masa sekarang...

*senyum*

Insyaallah~ Majlis merisik budak Syaza ni dalam tengah bulan depan... Hujung tahun tunang... Tengah tahun depan nikah...

Baguslah~

Saya hanya mampu senyum sambil berdoa...

Insyaallah~

Ahad, Ogos 12, 2012

Ujian 6 bulan yang indah...

Ujian 6 bulan yang indah~

*Senyum bahagia*

Ujian yang sangat indah...

Membuka mata, membuka hati, membuka akal dan mengasuh jiwa...

Saya berhenti menulis kerana saya bimbang dijejaki...

Namun, setelah sah saya dipecat... Maka, tiada apa lagi yang perlu dibimbangkan...

Sungguh, 6 bulan yang kalau tak dikuatkan iman... Saya juga mungkin sama sahaja macam mereka...

Skop kerja yang berasaskan jualan... Ya, jualan... Dengan title yang disandang - Corporate Sales Consultant - bagi saya... Cukup-cukuplah... Saya lelah...

Banyak buruk dari baiknya...

Kejar sales target... Jual product training... yang sebenarnya, saya sendiri tidak pasti keberkesanan dan keberhasilan dari training tersebut... Betul-betul baguskah?

What i do? Is bluffing...

6 bulan yang penuh dengan kelentong... 6 bulan yang penuh dengan kepura-puraan...

Alhamdulillah~ 6 bulan itu sudah berakhir tepat jam 10:14:16am 10-Aug-2012...

Saya sangat bersyukur....

Setidak-tidaknya, saya tak pernah lagi pegang duit komisyen...

Setidak-tidaknya, rezeki yang saya terima 6 bulan lalu adalah rezeki dari titik peluh sendiri... Biarpun ada suara-suara berbunyi yang ia sekadar basic salary...

Walaupun ia sekadar basic salary, setidak-tidaknya saya tahu itu hasil usaha saya...

Tidak ada ragu di situ...

Bergelumang dengan mereka yang tahu tapi alpa... Tahu tapi tak mahu... Tahu tapi pura-pura tak tahu...

Perkara yang sangat dikesalkan adalah... SOLAT...

*Peringatan: Cik Syafiqah bukan orang baik...*

Tapi, walaupun saya bukan orang baik, tak salah ingat-mengingatikan?

Tapi...

*sedih dalam hati*

Sungguh saya sedih... Bila agama jatuh nombor 2, dan dunia didahulukan...

*Tanda akhir zaman*

Saya cuba pelbagai cara... Sudahnya saya dicop...

PURA-PURA BAIK... BERLAGAK ALIM...

Aduh!!! Hebat betul kata-kata itu...

Saya tak pernah kata saya baik...

Jaga solat... Itu kewajipan semua...

Jaga aurat... itu tuntutan...

Kalau itu pun dipertikaikan... Dikatanya saya musang berbulu ayam... Apakah itu?

Semua ini rasa berselirat yang tersimpan, tersimpul dalam hati selama 6 bulan...

Saya bukan budak baik...

Sudah ditegaskan berkali-kali...

Tapi, bagi mereka yang mempertikaikan imej saya yang konon nampak alim...

Saya hanya mahu berkata satu sahaja...

Kamu bukan mempersoalkan saya... Tapi, kamu mempersoalkan hukum yang telah Allah tetapkan...

Benarlah Islam itu agama yang asing... Dan sesiapa yang mengamalkannya dianggap Makhluk Asing...

Alhamdulillah... Saya bangga jadi makhluk asing itu...

Saya rela dikutuk sebagai musang berbulu ayam... si muka dua... atau apa sahaja yang dikatakan dan dilemparkan manusia...

Asalkan saya bukan musang berbulu ayam di hadapan Allah... bukan si muka dua di hadapan Allah... dan bukan juga manusia yang menjual agama kerana dunia...

Tak perlu ijazah dari universiti terkemuka atau bertaraf antarabangsa... Andai hati penuh sifat mazmumah...

Tak perlu sales target beribu-ribu... Kalau nak solat pun kamu berkira...

Tak perlu disayangi boss atau manager... Kalau Allah pun tak mau sayang kita...

Manusia diuji dengan 2 benda... Kesusahan dan kesenangan...

Ramai yang mengadu pada Allah bila diuji dengan kesusahan... Tapi, sedikit yang menangis di hadapan Allah tika diuji dengan kesenangan...

Kesenangan yang kamu perolehi sekarang... Berkatkah ia?

Harta yang kamu kumpul sekarang... Sucikah ia?

Tepuk dada... Tanya iman...

Saya sebenarnya mengingatkan diri sendiri... Tak tuju pada sesiapa...

Namun, andai ada yang terasa... Maaf, saya pinta... Tapi, ini teguran ikhlas dari saya...

Saya tak peduli kamu mahu sumpah saya apa pun... Malah, mahu disumpahkan saya mati sekali pun... Saya tak kisah...

Sebab, sumpah kamu itu hanyalah kata-kata... tak punya kuasa...

Kalau pun ia terjadi... Bukanlah atas sebab sumpahan kamu itu... Tapi, sebab Allah dah tetapkan begitu...

Jika kamu masih percaya sumpah kamu itu punya kuasa... Terus terang saya katakan... Kamu sudah jatuh syirik...

Maka bertaubatlah... Kembali ke jalan yang benar...

Belum terlambat... Selagi pintu taubat masih terbuka...

Saya maafkan kamu... Cukup kamu tahu... Tak perlulah kita bertemu...

Saya bahagia dengan ujian ini... Saya bahagia dengan apa yang telah Allah tetapkan ini...

Rezeki Allah bagi... Bukan kamu...

Alhamdulillah~ Allah sayangkan saya...

Insyaallah~ Allah juga sayangkan kamu...

Maka, Allah ilhamkan saya untuk menulis disini buat tatapan kamu... Agar kamu tahu...

Alhamdulillah~ Rezeki... Allah yang bagi...

Allah bagi apa yang kita perlu...

Assalamualaikum...

Lamanya tak menaip... Lamanya....

*senyum nipis*

Rasanya, tak ada siapa pun yang datang jengah sini... Yelah, hampir separuh tahun menyepi...

*senyum lagi*

Allah bagi apa yang kita mahu... Bukan apa yang kita perlu...

Kata-kata ini tersemat utuh dalam hati...

Alhamdulillah...

Dalam keserabutan untuk memenuhi tawaran 3 interview kerja yang datang tiba-tiba...

Allah ilhamkan hambaNya itu untuk memaksa saya meninggalkan syarikat dengan segera...

Kala akal menguasai logik... Kala iman terkalahkan oleh nafsu... Sungguh saya marah....

Marah, kerana hanya diberi notis lewat sms... Marah, kerana tidak difahami situasi diri yang sedang sakit menggigil seorang diri di rumah... Marah... Sungguh marah...

Namun, setelah dimuhasabahkan... Setelah akal menggila dirasionalkan... Saya sungging senyum nipis...

Perkataan pertama terlontar...

Alhamdulillah...

Allah menjawab doa-doa saya dengan jawapan yang sangat indah...

Allah membantu saya dengan cara yang sangat mudah...

Allah melorongkan saya untuk sesuatu yang saya minta selama ini lewat doa-doa yang tak putus-putus dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka...

Saat hati meragui keberkatan rezeki yang dicari selama 6bulan ini... Allah jawab keraguan itu dengan ujian yang manis ini...

Saat hati memohon diberi keberkatan, disucikan rezeki dan hati... Allah ilhamkan hambaNya itu untuk membenci saya dan memecat saya dengan notis yang nyata dangkal dan jelek caranya...

Allah membuka mata dan hati saya...

Sungguh saya dianiaya... Maka, saya yakin, doa insan teraniaya itu makbul dan mustajab...

Bukan balasan dunia yang saya harapkan... Berikanlah hamba Allah itu hidayah... Jika tidak, balas sahaja perbuatan mereka dengan cara setimpalnya...

Saya tidak mendoakan kejahatan, malah tak mendoakan kebaikan...

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya...

Rezeki Allah bagi... Bukan manusia yang bagi...

Dan sungguh, Allah memang beri apa yang saya perlu... Bukan apa yang saya mahu...

Ahad, Jun 17, 2012

UGLY ITU HODOH…


Rasanya, sebelum kamu teruskan pembacaan kamu… Ada baiknya kamu search di Youtube 2ne1 –Ugly (eng sub)…



Sebab, yang kamu akan baca seterusnya… adalah rasa hati cik Syafiqah yang terbawa-bawa mood lagu ini… huhuhu…
-


-


-


-


-

I’m trying to smile brightly, but I don’t like it… 

Setiap kali tersenyum… Dalam hati, terasa seolah-olah diri menipu diri sendiri… Menipu semua orang… Tersenyum… Satu perisai diri untuk menutup rasa hati yang nyata kacau bilau… gundah…resah… diri terasa hilang… Tapi… dipaksakan jua melukiskan sebuah senyuman dibibir…

I’m not pretty, I’m not beautiful, oh oh oh oh…

Cantik… dalam erti kata lain… indah… Cuba positif… Tapi, payah…

I’m trying to sing but no one is listening…

Cuba untuk bersuara… mengikut rentak kata semua orang di sekeliling… Tapi, terasa macam outsider…

I’m not pretty, I’m not beautiful, oh oh oh oh…

Sekali lagi… Sedar diri… Siapa saya… Siapa aku… dan Siapa mereka…

Why am I this ugly?

Buruk? Hodoh? Semuanya… Aku… Entah… Aku tak tahu mahu salahkan siapa… Rasanya baik salahkan diri sendiri dari salahkan orang…

What must I do for me to be able to smile brightly like you?

Melihat orang tersenyum… Cantik… Ikhlas… Tapi, aku???

I’m getting angry again, why can’t I ever be perfect?

Terus memarahi diri sendiri… Rasa mahu sahaja dicampakkan semuanya biar hancur, terburai… Pecah berderai…

I simply put the blame on my ugly appearance in this broken mirror…

Menyalahkan diri sendiri… Rasanya… lebih mudah… Walaupun menyakitkan…

Don’t look at me, I hate this feeling right now…

Outsider… Trouble-maker, Black sheep in the family… rasanya sangat benci diri dengan diri sendiri…

I want to hide away somewhere, I want to escape…

Kalau melarikan diri itu satu penyelesaian… Rasanya, mahu sahaja hilang… Tak mahu kembali…

This world is full of lies…

Dunia penuh penipuan… Dan penipuan itu adalah salah satu alasan untuk melarikan diri…

I think I’m ugly…

Terasa diri sangat buruk… sangat hodoh…

And nobody wants to love me…

Terasa semua orang memandang aku dengan pandangan yang hodoh…

Just like her I wanna be pretty…

Dibanding-bandingkan dengan orang lain… buat aku bertanya… Buruk sangat ke aku?

I wanna be pretty…

Perlu  jadi secantik puteri untuk disayangi?

Don’t lie to my  face telling me I’m pretty…

Aku bencikan pujian… Sebab, ia semuanya umpama penipuan ikhlas yang nyata…

I think I’m ugly…

Aku  memang buruk… Zahir… Batin…

And nobody wants to love me…

Tak disayangi sesiapa… Tak dikasihani sesiapa…

Just like her I wanna be pretty…

Kan bagus kalau aku cantik macam dia… Kadang-kadang… aku fikir begitu…

I wanna be pretty…

Mahu cantik… Tapi… Entah….

Don’t lie to my  face coz I know I’m ugly…

Hentikan penipuan kalian… Aku cukup tahu diri sendiri…

Don’t tell me that you can understand me so easily…

Bila  ada yang berani berkata bahawa dia memahami aku… mengenali aku… Aku tahu dia menipu… Penipuan yang  sangat nyata…

My ugly and crooked heart may even come to resent you…

Penipuan yang buat hati aku yang penuh luka dan kaca jadi benci… Benci dengan setiap kata-kata yang terlemparkan mereka untuk aku…  Marah… Dendam… Semua jadi satu…

Don’t force me to talk, I’m not right for you…

Tak perlu nak paksa aku untuk suarakan rasa hati aku pada kalian… Kalau itu yang kalian fikir tentang aku… Betul… Aku tak sesuai untuk kalian…

The cold thorns inside that patronizing gaze suffocate me…

Semua ini menyesakkan… Malah… Pandangan sinis kalian,cukup bisa untuk diterima dan diterjemah oleh hati aku…

Don’t come closer, I don’t even want your concern…

Aku tak perlu perhatian kalian yang penuh pura-pura… Tak perlu rapat… Kalau semuanya hanya sebuah lakonan…

I want to leave away to somewhere, I want to shout out…

Aku mahu lari… Jauh… Menjeritkan seluruh rasa hati…

This world is full of lies…

Biar semua tahu yang kalian adalah pelakon terhebat yang pernah aku jumpa…

All alone… I’m all alone…

Sendiri… Terus sendiri…

All alone… I’m all alone…

Sunyi… Sepi…

There is no such thing as warmth…

Tak terasakan kehangatan panas matahari… Tak terasakan kemanisan kasih sayang…

There is no one by my side…

Bila aku hanya sendiri… Tetap sendiri… Tanpa ada seseorang yang boleh aku betul-betul percayakan…

All alone… I’m all alone…

Sendiri… Terus sendiri…

All alone… I’m all alone…

Sunyi… Sepi…

I’m always all alone…

Aku memang selalu sendiri… Dan mungkin akan terus sendiri…

There is no such thing as warmth…

Tak terasakan ada yang mahu ambil tahu khabar hati aku…

Next to my side, there’s not even anyone to embrace me…

Sudahnya, aku sendiri… Menangis… Merintih… Tanpa ada seorang pun mahu datang menghulurkan tangan dan memberi secebis rasa kasih untuk dikongsi…

I think I’m ugly…

Terasa diri sangat buruk… sangat hodoh…

And nobody wants to love me…

Terasa semua orang memandang aku dengan pandangan yang hodoh…

Just like her I wanna be pretty…

Dibanding-bandingkan dengan orang lain… buat aku bertanya… Buruk sangat ke aku?

I wanna be pretty…

Perlu  jadi secantik puteri untuk disayangi?

Don’t lie to my  face telling me I’m pretty…

Aku bencikan pujian… Sebab, ia semuanya umpama penipuan ikhlas yang nyata…

I think I’m ugly…

Aku  memang buruk… Zahir… Batin…

And nobody wants to love me…

Tak disayangi sesiapa… Tak dikasihani sesiapa…

Just like her I wanna be pretty…

Kan bagus kalau aku cantik macam dia… Kadang-kadang… aku fikir begitu…

I wanna be pretty…

Mahu cantik… Tapi… Entah….

Don’t lie to my  face coz I know I’m ugly…

Hentikan penipuan kalian… Aku cukup tahu diri sendiri…
Lagu: Ugly (Translation)
By: 2NE1
*Hati sedang kacau bilau… Lewat malam 5:05pg, 17hb June 2012…*



Rasa hati yang...

Assalamualaikum...

Setelah 2 bulan hilang jejak dengan blog sendiri...

*Sigh*

Hati rasa sedih, marah, hiba juga sebak yang tak terhitungkan saat ini...

Buntu... Keliru...


Ada sekelumit rasa tertikam yang bertubi-tubi...

Malah, ada rasa harga diri yang diinjak-injak pergi...

Sungguh...

Saya perlu bahu untuk disandarkan saat ini...

Perlu sepasang tangan yang mampu merangkul bahu...

Tak perlu apa-apa suara... Hanya bisu, dan dengarkan sahaja tangisan ini yang mendadak datang... sebab, ia juga tangisan yang mendadak pergi dibawa senyum pahit...


Tapi, saya tahu... tak ada siapa yang sudi...

Maka...

Saya sepi lagi... Bungkam terus...

Lantas, pada DIA... tempat sebaik-baik pengaduan...

Mudahkan urusanku, Ya Rabb...

Leraikan kekusutan dan kebuntuanku, Ya Rahman...

Kuatkan hatiku, Ya Malik...

Sungguh... Hanya Kau saja yang tahu isi hatiku saat ini...



p/s: Benarlah... Selangkah kita dekat... Seribu langkah DIA hampir...

Khamis, Mac 29, 2012

Wordless...






p/s: 2nd quote suits the mood...

Rabu, Mac 28, 2012

I don't mind...

*rolling eyes*

Hampir juling membaca komen yang tak patut-patut tu... Sudah-sudah laaaa... Malas aku nak layan kau...

*Evil smile*

Sebab awak kenal saya dan tahu ini blog saya, maka awak cakap apa sahaja yang boleh buat saya sakit hati... dengan awak...(?)

*Menjulingkan mata*

Apa-apa sajalah...


******

I don't mind when people called me sarcastic... Cause i do...

I don't mind people called me bad attitude... Cause i do...

I don't mind people called me ugly... Cause i memang ugly pun...

So, I just don't mind with everything...

*Kadang-kadang*

So, bila orang bashing me... Sarcstically... verbally or writingly... or.. whatever you call it...

I just don't mind...

Plus.... Ini blog saya... Suka hati laaaa saya nak tulis apa...

Lagipun... Bukan ramai pun yang baca... Walaupun follower dekat atas tertera 113 orang... But then, they don't read it at all... I bet...

Lagipun, saya tak menulis diari di sini... Ia hanya sekadar atas lapisan nipis hidup saya yang berlapis-lapis...

So, i don't mind with your evil speaking... Cause I AM a dark witch! Remember??

*gelak kejam*

Setiap orang ada cara dia nak lepaskan stress... So, blogging is one of my method...

Setiap orang ada cara dia nak menulis di blog... I have my own way kat sini...

And, I just one of millions people yang tulis blog dengan gaya emo camni...

Agaknyalah... Agaknyalah... Sebab kau hanya baca blog aku... so, kau sakit hati dengan aku... Sebab kau kenal aku yang kritikal, jahat, tak sedar diri, dan wicked nak mati...

Saya tak kisah...

Senyum plastik... Senyum plastik atau senyum palsu, itu trademark saya... dalam blog ni... Biar je laaa... Sakit agaknya kau ni...

I don't mind...

I'M Admit yang I have bad attitude... So???



p/s: Have another closure... More coming in... Insyaallah... Rezeki Allah nak bagi... Kau ade???

Selasa, Mac 20, 2012

Bad Interpersonal Skill = Bad Attitude

Suara bingit... Macam nak pecah telinga... Slow down your volume, please...

*Kalau lah boleh cakap macam tu...*

******

Siapa rasa-rasa dia punya interpersonal skill macam failed... Angkat tangan!

*Angkat tangan jugak!*

Siapa rasa-rasa, dia nak improved communication skill... Angkat tangan!

*Kena fikir kejap*

Well, kata-kata dari artikel mana tak pasti... Tapi, one of ways to improved your personal skills, you should join sales...

*Hmmm...*

Itulah kerja saya... Sejak sebulan lebih ini...

Junior Corporate Sales Consultant...

Itu nama jawatan... Yang dikongsi bersama hampir 11 orang lagi rakan sejawat...

*Ayat buku*

Oh, sebelum tu... Takziah buat En Shah si ofismate atas pemergian ayah tersayang. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau...

*Al-fatihah*

*Sambung balik*

Sekarang tengah jual Customer Contact Management Conference... Program akan berlangsung 23 dan 24 April nanti di Park Royal Hotel KL...

*Fikir*

Tak tahu nak cerita apa... Sebab cam tak tahu nak tulis apa...

By the way... I have a bad attitude... Thanks for reminding me... Appreciate that...

Seriously, saya tahu dari dulu lagi... Sebab tu, interpersonal skill saya teruk... Thanks for your kindly reminder...

Susah nak jumpa orang yang ikhlas menegur macam awak...

Pamit dulu...

Ahad, Mac 11, 2012

Manusia... manusia...

*geleng-geleng kepala...*

Serius aku tak cari pasal ngan kau... Plus, aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku...

So, stop mocking me!!!

*****

Manusia... Berhati baik, berhati jahat, berhati lembut, berhati mulia, berhati busuk...

Macam-macam perangai manusia ni... Dan kadang-kadang, ada je jenis manusia yang tak faham bahasa...

Kadang-kadang, kerjanya nak terjah orang... Tapi, dia bukan tahu pun orang tu macam mana...

Kadang-kadang, saja-saja nak sakitkan hati orang... Walhal, orang tu bukan buat salah pun dengan dia...

Malah, ada juga yang saja-saja nak cari gaduh sebab nak dapat perhatian dari orang yang cuba dicari pasalnya...

Sungguh kesian... Kurang perhatian dan kasih sayang betul...

*Sengih*

Entah apa yang dia dapat dengan mocking on other people feelings and hearts...

Seronok ye, mocking people with your words?

Seronok ye, buat orang sumpah kamu dengan kata-kata kesat dalam hati?

Seronok ye, buat orang rasa macam tu?

Tahniahlah kalau kamu rasa seronok... Saya juga tumpang seronok...

Agaknya, dah habis dah semua kerja mulia yang kamu buat sampai nak tambah dosa...

Agaknyalah...

Kalau hebat sangat... tak perlulah guna nama samaran... Tak cool dan tak macho...

Kan bagus kalau guna nama sendiri... At least, boleh gaduh depan-depan...

Takat tulis kasar dengan nada sinis pada komen...

I don't give a damn s****!!!

*Ketawa jahat*

Tu cara si penakut... yang membaling batu sembunyi tangan...

Gaduh depan-depan kan cool... Cakap apa yang kau tak puas hati sangat dengan saya...

Alah... takat kamu cakap saya perempuan jahat, syok sendiri, perempuan gila... Tu normallah...

Tapi, kalau tulis pun guna nama samaran... Tak payah lah...

Sekurang-kurangnya saya tak bersembunyi dengan identiti sendiri... Nama saya, asal saya, muka saya...

Terpampang di sana sini di blog ni...

Kamu?

Huh, sekadar si pengecut yang hanya tahu gunakan nama samaran semata-mata nak cari pasal dan nak saya marah dengan kamu...

Salah besar...

Mungkin saya marah masa mula-mula dulu...

Sekarang?

Saya rasa kelakar...

Nampak sangat kamu setakat baca permulaan dan akhiran entry saya... Kemudian buat komentar buta sakit hati tak bertempat kamu tu...

Maaf ye... tu cara si pengecut yang kurang perhatian dan kasih sayang...

Cara si orang asing yang hanya tahu menilai dari mata kasar... Yang tak tahu seni penulisan dan juga susunan kata...

Kamu sedang memperbodohkan diri sendiri... Dan saya mengasihani kamu...

Kalau kamu begitu sepi kerana tak punya kawan dan sahabat yang boleh kamu cari pasal dan sakitkan hati... Saya bukan orangnya...

Silalah cari orang lain... Yang lebih kuat hatinya... Yang lebih sabar pembawaan jiwanya...

Bukan saya yang yang rapuh imannya... Marak api kemarahannya...

Saya maafkan kamu...

Tapi, hentikanlah provokasi-provokasi kamu yang kurang bijak dan kurang ilmu itu... yang buat saya rasa macam muak dan jelak...

Sungguh... Kamu tak kenal saya... Jadi, usah pura-pura kamu tahu segalanya hanya kerana kamu membaca blog saya yang nyata tak punya cerita walau apa pun di mata kamu...

Saya suka menulis... itu sahaja... Ini satu terapi untuk saya... Takkan itu pun saya perlu tagih secebis ruang dari kamu?

Kamu tak miliki keseluruhan ruang maya... Malah, kamu bukan siapa-siapa...

Usah berlagak macam kamu dapat membaca setiap apa yang saya tulis dari kaca mata saya...

Kamu orang asing... Yang entah siapa-siapa...

Dan sungguh saya tak suka dengan mereka yang berlagak mengenali saya sedangkan mereka tak tahu apa-apa...

Cukup... Hentikan semua ini...

Kamu tak kenal saya... Kamu bukan siapa-siapa...

Sabtu, Mac 10, 2012

Hati Perempuan...

Perempuan, Wanita, Gadis, Anak Dara...

Apa sahaja gelarannya, ia masih punya sekeping hati yang lembut...

Walau setabah mana pun cerminan dirinya di khalayak ramai... Dia masih seorang yang berjiwa halus...

Kerana dia seorang PEREMPUAN...


*****

Halloooo!!! Anyeongasayo!!!

*tunduk-tunduk ala-ala Japanese*

*ketawa*

Apa khabar semua? Sihat?

*Ada ke yang baca blog ni?*

*berfikir sambil ketuk-ketuk dagu*

Apa-apa je laaa...

*Sengih*

En Syah si ofismate kata blog saya menyedihkan...

Saya diam sambil menjulingkan mata...

*Budak Sheera bagi tahu... Marah die jangan marah saya...*

*ketawa*

Sedih ke?

Soalan yang bermain di kepala dari petang tadi...

*Sedang berfikir*

Sedih??? Hmmm...

Maaf laaa... Saya bukan seorang yang pandai berekspresi dengan mudah dengan mimik muka dan intonasi suara...

*Interpersonal skill yang sangat failed!!! Pardon the flaws in my DNA..*

*Sengih*

Saya hanya tahu berekspresi dengan tulisan... Setakat yang saya tahu...

Jadi, maaflah sebab tak menunjukkan betapa sukanya saya dengan 2 closure yang saya dapat dalam masa 3 hari minggu ini...

Kalau ikutkan, memang rasa nak senyum je sambil jerit-jerit suka... Yelah dah dapat closure kan?

Tapi, memandangkan nanti nampak macam budak tak behave je... So, ekspresi muka 1 warna tu jugak yang saya tayang...

Maaf laaa pada sesiapa yang rasa saya cam tak suka je dengan closure saya...

Tapi, serius saya suka sebenarnya...

*Senyum sampai telinga...*

Alhamdulillah... Rezeki Allah bagi...

Oh, hati perempuan...

Well, ini topik saya dengan budak ofis yang dah jadi ofismate skang ni masa dalam kereta nak balik umah...

Saya: Percaya tak... Tak banyak sikit... Samada kita dah ada boyfriend atau tak... tak kira berapa sayang pun kita pada boyfriend kita... Tapi, once tiba-tiba orang asyik skandalkan kita dengan other guy... Kita mesti rasa 'ter'suka sikit kat orang tu...

Sheera: Agreee... Betul3...

Betul tak para perempuan, para gadis, dan para wanita sekalian?

*Mengaku je laa.. Tak payah nak blushing-blushing dan buat cam tak bape nak setuju pulak...*

Serius laaa... It's actually a fact...

Perempuan ni, hati dia senang kena jentik... Tak kisah laaa betapa kuat sekali pun laa si perempuan tu menjaga hatinya untuk mengatakan tidak pada skandal-skandal yang menjadi usikan-usikan orang-orang tu...

Saya perempuan... Jadi saya tahu apa yang sedang berlaku...

*Huhuhu...*

Walaupun si perempuan kata tak akan jatuh cinta pada si skandal... Tapi, tak banyak sikit, hati dia tergelincir jugak...

Sama jugak konsepnya dengan kalau si lelaki menjadi flirty dengan si perempuan...

Kalau si perempuan dok melayan jugak... Lama-lama rasa 'ter'suka tu ada...

Lain ceritanya kalau si perempuan buat tak endah je dengan usikan-usikan tu...

Cuma, masih... Ada sedikit juga rasa yang tertinggal...

Tak percaya?

Ikut suka...

Saya bercakap dari kaca mata saya...

Tambahan pula kalau si lelaki ada ciri-ciri yang disukai... Maka, perbandingan dengan si buah hati turut menjadi isu perbincangan dalam kepala dan hati...

Walaupun rasa sayang pada buah hati ada... Tapi, kualiti baik yang ada pada si flirty atau si skandal itu jua yang masih diingini... Sebab, perbandingan dah dibuat...

Tak percaya?

Well... Ikut suka you...

*Senyum..*

Khamis, Mac 01, 2012

Muka satu line...

En Syah... My ofismate buat satu statement tak boleh blah hari ini...

"Fiqah, kalau sakit ke, sihat ke... Muka die macam tu jugak..."

*Ketawa*

En Syah... Bukan kamu sahaja yang berkata sedemikian... Ramai jugak yang dah keluar statement tu...

*Sengih*

Hai semua yang rajin baca blog hingusan ni... Saya masih lagi tak berapa sihat... Dengan badan yang sekejap suhunya macam kena campak dalam peti ais... Kejap macam duduk tengah kemarau... So, faham-faham je laa... Dengan berhujan 3 hari berderet... Entah berapa lama demam ini bakal kebah...

Hari ini sudah dua hari berpindah ke rumah baru... Sangat suka!!!

*Senyum hingga telinga*

Serius rasanya, sangat berbahagia dengan kondisi rumah... Bersyukur sangat 2 dengan apa yang saya ada sekarang...

*Senyum panjang*

Okay, sedar tak sedar dah sebulan keje... Dah dapat gaji pun tadi...

*Alhamdulillah*

Rezeki yang serba sedikit... Dikongsi laaa dengan mama... Insyaallah... Semuanya okay...

Sungguh saya ok... Jadi tak perlulah sesiapa risaukan saya...

*Fake smile...*

Selagi boleh menipu senyum... Rasanya tak mengapa... Asalkan tiada hati yang risaukan saya...

*Senyum*

Saya masih si Syafiqah yang punya wajah satu line...

*Ketawa*


p/s: Ikut kau nak komen apa... Aku approve je... Malas fikir...

Sabtu, Februari 25, 2012

Nak Benam Kepala...

Untuk entah kali ke berapa... Suara mama menangis lagi di hujung panggilan... Diiringi pesanan-pesanan yang macam tak pernah jemu diucapkan...

Kadang-kadang macam nak terbang je pergi balik Perak... Peluk mama... supaya jangan nangis lagi..

Dan kemudian... saya nangis pulak sorang-sorang kat sini... Serius dah tak heran dah dengan Cik Shiera ni... Biarlah... Normallah orang nangis bila sedih kan? Mana ada orang saja-saja nak bazirkan air mata menangis...

*Ketawa... Tapi, terasa pahit...*

Terasa nak benam kepala dalam tanah... Tanam je badan dalam tanah... Supaya tak jumpa orang... Itu perasaan yang ada dalam hati saat ini...

Atau duduk aje berkurung dalam bilik... Dengar lagu sedih... Dengan air mata yang tak henti-henti keluar...


Tapi, saya tahu itu bukan tindakan terbaik saat ini... Alamatnya, akan bangun pagi dengan kepala yang macam kena gelek steamroll... Lepas tu... Rasa macam nak tidur je sepanjang hari...

Jadi, lebih baik sibukkan diri... Dengan ketawa palsu... Supaya tak siapa tahu hati saya... Kisah saya...

Sungguh... Saya perlukan khidmat pendengar setia sekarang... Tapi...


Saya tak tau pada siapa... Malah, siapa saja yang boleh saya percayakan?

Mulut boleh menipu dengan katakan bahawa saya okay...

Tapi, hati?



Sungguh dah jadi keping-keping tak ada rupa...

Kadang-kadang berfikir... Macam mana saya boleh terus-terusan menipu senyum dan ketawa selama 3 minggu ini dengan hampir setiap hari mendengar suara tangisan mama di hujung panggilannya...

Malah, kadang-kadang berfikir... Macam mana saya mampu terus berdiri dengan teguh... tanpa sekali pun rasa mahu rebah dengan dihujani satu demi satu ujian yang boleh membuatkan saya separuh gila berfikir sendirian...

Sungguh laaaa... Saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh sebegini hilang rasa dan perisa... Hingga senyum manis mampu ditipu... Ketawa ria mampu dipalsu...

Kemudian terus-terusan menyimpan rasa hati yang macam kertas pasir yang diracik halus-halus itu diam dan mati selagi siang tak kunjung malam... Dan selagi saya masih lagi dikelilingi manusia... Semata-mata tak mahu orang risau?

Entah... Sungguh tak tahu...

Hati... Sila membesar seperti padang golf....

Perlu kuat untuk mama... Itu pasti...

Live Well... Perfectly well...

Sila menjulingkan mata dengan kadar 360 darjah...

Sumpah menyampah...

Suka hati saya laaa... Walk a talk... Aigooo... Kau sape? Aku kenal kau?

*Sumpah marah*

*Now a monster in me wanna do a talk...*

YA!!!! Kau kenal aku ke yang kau nak sangat2 aku post kau punya komen... Hell no, right?

Well... You don't ever know me... I live perfectly well... Why you wanna bashing me like you know me inside out?

Oh... You perfectly quote my comment box quotation there... Well... It's perfectly my bad... I believed this is a free country... So, its up to me to approved or not...

*jelir lidah*

Well... Aku boleh approved kalau aku nak... But then.. Aku tak nak...

En. or Cik Kuih Lapis...

*Hamik kau... kuih lapis aku bagi nama kau...*

Aku approved laaa kau punya komen jap gi... Kau nak sangat kan?

Well... Aku memang tak faham ngan spesis manusia macam kau yang dok nak ayan tak tentu hala baca blog aku... Macam aku cakap pasal kau je...

Kalau kau terasa... Do pardon my flaws... I'm very bad at interpersonal skills... Also, communication skill when it comes to human being...

*Yes!!! I'm perfectly better to speak with animals, trees, stars and papers... rather than people...*

So, kalau kau kenal aku... Aku cam tak kisah kau nak cakap ape... Tapi, bila dah gaya kau macam judge everything dari apa yang kau baca kat sini... Aku cam memandang komen kau yang berbunyi kasar dan sarkastik itu sebelah mata... Tanpa berfikir untuk approved kan komen kau...

Ikut kau laa... As I said... We live in a free country...

*Nape tiba-tiba rasa macam tak marah pulak ni...*

Aku cam malas nak marah dah... Raksasa dalam badan aku ni dah kembali berhibernasi... Dan aku rasa macam bodoh je cakap bukan-bukan dengan kau...

Kau boleh judge aku... Whatever you want...

Ikut suka kau... Aku malas fikir...

Live well... Perfectly well...

I hope you do...

Well... Kau nak komen ke? Silalah... Nanti aku approve tanpa baca...

Sekian...

P/s: Rasa nak marah... Tapi macam tak nak dah... Entah~

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers