Jumaat, September 17, 2010

apa akan jadi esok?

apa akan jadi esok???

esok masih hari raya... Syawal ke-9...

eh...?? dah 9hari ye kita raya? nampak sangat kat rumah ni, tak ada langsung mood raya... betapalah...

geleng kepala berkali-kali... serabut sebenarnya... entahlah... *sigh*

adakah saya mengeluh?



YA!!!! saya mengeluh... raya kali ini ibarat tiada apa-apa... saat 2 Syawal datang menjengah, ada 'Pakatan Bersenjata' datang... membuat kacau bilau suasana raya yang sememangnya tiada serinya lagi bagi kami sejak 5 tahun yang lalu...

a'ah... 5tahun... sudah lebih 5tahun kami isolated sendiri... jauh dari saudara mara... sepupu sepapat... adik beradik abah...

sudah 5tahun, kami begini... meraikan hari raya tanpa seri... tanpa senyum dan tawa yang betul-betul dan benar-benar bahagia hadir di wajah kami..

selaku anak sulung...kakak sulung... dan seorang perempuan... saya sayu sendiri...

bila tengok gambar orang berhari raya... saya terkulat-kulat sendiri di depan laptop hitam ini... terkebil-kebil anak mata...  rasa sedih tak terhingga... mereka sering bergambar hari raya satu keluarga sambil senyum indah berbunga...

kami??? TIADA!!! entahlah.... sedih.... sungguh!!! saya sedih...

cuba ditanya, ke mana kami beraya? jawapannya... tidak ke mana... hanya duduk di rumah... cuma sekali dua sahaja keluar, mengikut mama dan abah menziarahi atuk-atuk saudara kami... itu sahaja...

esok 9 Syawal = 18hb Sept 2010...

saya tahu hati mama resah... saya tahu hati abah tak tenteram...

perkara itu masih diulang... malah lebih serius...

esok harinya... 'Pakatan Bersenjata' itu akan meledakkan butir-butir peluru  yang mampu membuatkan hati mama dan abah robek dan hancur berkecai...

andai benar ia berlaku seperti yang dikhabarkan... maka, luluhlah hati saya sebagai seorang kakak...

andai benar ia jadi nyata... bagaimana 'Pakatan Bersenjata' itu mahu buat gencatan senjata dan pelan damai bersama kami sekiranya sampai begitu sekali penghinaan yang dilakukan ke atas keluarga kami?

saya buntu. keliru. serabut.

serabut dengan semua ini...

maaf kawan-kawan sesama kelab di 'Taman Ilmu dan Budi'... tugas itu, tak mampu saya laksanakan... mungkin mudah bagi kalian... tapi, payah bagi saya dengan keadaan mood rumah yang boleh berubah bila-bila masa ini...


p/s: kerana keserabutan yang merunsingkan hati dan jiwa.... saya ambil masa yang panjang untuk meulis entry ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers