ohohoho... selamat berpuasa dan ramadhan al-mubarak untuk kamu semua!!!!
hahahahaha... baru ada mood nak wish mende ni.. padahal dah tiga hari puasa... yelah... saya emo untuk beberapa entry sebelum ini... ehhe~
topik hari ini... MAAF...
sebelum tu... jatuh rahang tengok layout baru http://imdrugged.blogspot.com/ .... hahahahahaha... yelah, selama ni ibarat orang berkabung macam esok dah tak jumpa matahari... (hitam layout nya... dengan warna merah yang macam darah...) sekarang dah girly kot... ohohoho... tahniah, dik... perubahan baru tu... huhuhuhu...
ok... ada apa pada sepotong kata bernama MAAF...?
MAAF ni... susah tahu mahu diberi... terutama sekali kalau kita tahu, orang yang melafazkan sepotong kata ini... TIDAK IKHLAS!
ya, tidak ikhlas... yelah, sebagai manusia, kita ada naluri (atau sense)... yang boleh tahu samada orang tu ikhlas ke tak sebenarnya dengan kata MAAF dia tu...
*kamu... bosan ya??? *
ok... sebenarnya, tiba-tiba macam teringat pada seorang kawan ni... (kalau masih boleh dikatakan dia kawan lagi laaa...)
Dia : bagi i... kalau i dah minta maaf... part i dah habis.. so, terpulanglah pada dia... samada nak maafkan i atau tak... itu urusan dia dengan Allah... yang i tahu... i dah minta maaf... titik.
saya... setiap kali mendengar bait kata-kata ini, seringkali terasa dangkal yang amat di hati... mahunya tidak... kamu bayangkan... itu kan pernyataan seorang manusia yang cukup ego tembok hatinya....
buat kata adik madu.... "kak, dia sedar tak, dia tu ikhlas ke tak minta maaf kat orang... kalau gitu gayanya... saya tak rasa dia ikhlas, kak..."
saya tak cakap... adik madu yang cakap...
*gelak kejam*
yelah... saya rasa kamu pun dapat rasa orang yang meluahkan kata sedemikian rupa adalah seorang yang :
- jual ikan a.k.a selfish
- perasan diri dah cukup bagus....
- rasa dia dah dewa sangat...
- dalam hati dia ada tembok batu... tinggi dan panjang macam tembok besar China...
- dia tak ada rasa malu sesama manusia...
saya hanya menyenaraikan sifat manusia yang saya rasa kamu juga pernah jumpa... spesis manusia sperti ini, bagi saya sentiasa mahu menang, dan hanya merasakan dirinya sahaja yag betul... makanya... kata-kata maaf yang amat mahal itu dianggap murah....
saya pening kepala dengan kawan ini... benar... ilmu agamanya lebih tinggi malah lebih hebat dari saya.. tak dinafikan, dia diintai sekian banyaknya manusia kerana penampilan muslimahnya...
namun... dalam sesetengah perkara... terutamanya membabitkan hati manusia...dia lebih gemar malah suka untuk menyuarakan bait kata-kata yang sama seprti di atas... baginya... cukuplah sekadar dia meminta maaf... urusan memaafkan itu tertanggung pada si penerima maaf dengan Allah...
malah... dia lebih gemar meminta maaf berdasarkan bait kata-kata yang terukir di bimbit (itu pun sms forward)... dan baginya sudah langsai tugasnya untuk meminta maaf..
sedarkah dia... atau kamu.. bahawa manusia ini sebenarnya tidak memerlukan kata-kata maaf itu... tapi, keikhlasan sewaktu memohon maaf itu yang dicari? keikhlasan yang mampu meruntuh walau setebal atau sekuat mana pun benci si penerima maaf itu pada kamu... pada dia?
nyata... sebenarnya.. kamu mahupun dia... saat membaca tulisan ini, baru menganggukkan kepala kan?
jangan tipu... saya tak nampak.. tapi...
ALLAh nampak.... ^__^ |
hehehehe... betul tak...?
macam lagu Sir Elton John... Sorry Seems To Be The Hardest Word... tengok.. omputih
jadinya... sampai sekarang ini saya jadi pelik bila dia masih mahu dan tak malu menuturkan kata-kata sebegitu....
merenung masa depan... sekejap.... |
entahlah.... saya pernah bertanya pada kawan ini... kenapa dia minta maaf pada saya.. lewat sms nya 3 bulan yang lalu... namun, yang pasti, sms itu tidak dibalas hingga ke hari ini... malah, kedengaran pula suara-suara yang kurang enak mengatakan saya yang degil dan kedekut untuk menghulurkan kemaafan kepadanya... (pastilah suara-suara yang berkata-kata itu terlalu taksub dengan kelubung agama kawan saya ini...)
saya mahu tanya kamu... kalau kamu, dtitikam sesedap rasa oleh seorang yang kamu anggap sahabat dan rakan sejawatan... apa perasaan kamu???
kalau kamu, dilontarkan dengan tuduhan yang kamu sendiri belum pasti malah tidak tahu asal usulnya... apa tindakan kamu???
kalau kamu dikecam rakan sejawatan sendiri kerana inferiority complex nya yang melampau kerana kamu mampu melakukan sesuatu... apakah rasa yang ada di hati kamu???
lagi... kalau hasil kerja kamu... dirompak... dan dikatakan miliknya... apa yang terbekas dihati kamu?
kamu masih mahukah menerima maafnya lewat sms yang nyata sekadar melepaskan batuk di tangga??
sedangkan dia punya masa selama 4 bulan untuk menghantar sms dan mengajak saya memburaikan drama samarinda tak berbayar ini secara 4 mata.... bertemu muka... agar saya dapat fahami kenapa dia bertindak sekejam itu kepada saya... seorang rakan yang kononnya dicanangkan sahabat dunia akhirat ini...
oh!!! saat ini saya merasakan dia adalah makhluk asing berwajah hodoh yang sesat ke pusat cakerawala bima sakti ini....
mengingati dia... seolah membuka kisah
sehingga ke saat ini... saya masih mencari motif sebenar pembunuhannya yang sangat zalim terhadap hati saya...
saya tak nafikan... sewaktu awal... bertebarannya kisah hodoh saya yang dicanang tanpa rasa simpati dari mulut-mulut busuk rakan seangkatan sendiri.. saya jadi hilang punca... hilang sabar.... dan saya mencari pusat cerita ini bertebaran.... maka saya jumpa dia...
malah... saya tak nafikan... kalau waktu itu, kata maaf terzahir dari mulutnya.. sudah pasti bibir yang dikenali ramai sebagai bibir yang sentiasa basah dengan ilmu itu.... berguris dek tamparan sulung saya...
*kerana... saya kan... emo... ^__^ *
maka... saya ambil masa untuk bertenang...
malah, kalau saat ini, dia menelefon saya.. mahu bertemu dan mengucapkan kata maaf... tanpa berfikir panjang... pasti saya maafkan... kerana...
kita kawan kan? ^__^ |
ya... kerana dia kawan saya... kerana dia pernah wujud dalam hidup saya... dan kerana saya pernah sayang dia sebagai kawan saya...
malah, sebagai manusia... saya menyayangi dia... kamu jua...
jadi... kenapa masih sukar dia mengaku kalah...?
masih tega dengan prinsip penakutnya itu...??
entah... saya tak punya jawapan yang pasti....
p/s: maaf itu susah... tahu...??
saya sayang diri saya...
makanya...
saya sentiasa berpesan supaya memaafkan sesama insan...
tapi...
ambil masa laaa jugak kan??
^__^
^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...