Sabtu, Ogos 14, 2010

kuliah subuh....

Assalamualaikum, kamu semua... selamat pagi sabtu yang indah dan berbahagia... (oh.. waktu postings ini adalah mengikut waktu Seoul, Korea... wondering kenapa tak de Malaysia dalam settings.. hahahahaha)

sedang membelek-belek laman sesawang yang sentiasa saya lawati sebelum mula berbloging kembali...  sambil iium.fm dipasang... terjumpa dengan posting menarik ini dari ustaz Hasrizal (http://saifulislam.com/
lewat tulisannya pada 24/11/2008 (lamanya posting ni... saya baru je jumpa... T__T)


ia merupakan nota bagi siri Pengantar Sejarah Islam semasa kuliah bulanan beliau di  Surau al-Naim, Seksyen 5, Wangsa Maju... ini adalah berkaitan dengan pembentangan kemuncak akhir kisah Yusuf ‘alayhi al-Salaam, tatkala baginda mendedahkan identiti kepada adik-beradiknya, selepas segala kepayahan ditempuh oleh keluarga Yaaqub ‘alayhi al-Salaam....

Berikut adalah nota yang beliau gunakan untuk kuliah ini, berdasarkan kitab al-Qasas al-Qur’ani oleh al-Sheikh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi... 



AYAT 88: MENGADAP YUSUF
“Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: “Wahai Tuan Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, Sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang Yang bermurah hati menderma” [12: 88]

  • Kefakiran yang menimpa keluarga Yaaqub sudah sangat memuncak
  • Bawa barang-barang tak berharga sebagai tukaran
  • Yusuf yakin, tibalah masanya untuk beliau mendedahkan rahsia diri
  • Psikologi manusia berperingkat [Paradigma akal, emosi, spiritual]
  • Yusuf tidak mahu terus dedahkan “SAYA YUSUF”, tetapi dibawa mengimbau kenangan silam

AYAT 89: KEGEMPARAN IDENTITI DIDEDAHKAN
“Yusuf berkata: “Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil (tentang dahsyatnya kesan perbuatan yang demikian)?” [12: 89]

  • Pendedahan demikian mencetuskan kegemparan
  • Meruntuh segala keyakinan diri mereka semasa mengadap Menteri Utama Mesir (Yusuf)
  • Siapakah sebenarnya di hadapan mereka ini
  • Keadaan menjadi sangat genting

AYAT 90: MASA UNTUK ‘MEMBANCUH’
“Mereka bertanya (dengan hairan): “Engkau ini Yusufkah?” Dia menjawab: “Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ganjaran buat orang-orang yang berbuat kebaikan.” [12: 90]

  • Soalan penuh kejutan
  • Tidak menyangka di hadapan mereka adalah Yusuf
  • Yusuf segera mengiyakan soalan itu dan menonjolkan adiknya
  • Bunyamin bukan hamba, tetapi mulia di sisi abangnya
  • Segala kedudukan Yusuf dan Bunyamin adalah kurniaan Allah
  • Yusuf tegaskan bahawa kejayaannya adalah hasil TAQWA, SABAR dan IHSAN
  • Tiga sifat ini sentiasa mengiringi seluruh peringkat kisah Yusuf
  • Bahkan Yusuf tidak menghukum adik beradiknya, tetapi di’hukum’ dengan pengajaran yang berat
  • Adik beradik Yusuf malu

AYAT 91: PENGAKUAN PENUH SESALAN
“Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah” [12: 91]

  • Pengakuan bersalah datang sendiri setelah ego musnah
  • Konsep “Menyengajakan Beberapa Kesusahan”
  • Penyesalan yang hakiki
  • Penyesalan yang sudah memadai tanpa perlu diungkit dan dibicarakan lagi

AYAT 92: DOA SEORANG ADIK DAN PEMIMPIN
“Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua yang Maha Mengasihani daripada segala lain yang mengasihani” [12: 92]

  • Hari ini bukan lagi hari untuk mencela dan menghukum kamu atas segala yang telah berlaku
  • Cukup dengan segala apa yang telah kamu tanggung ini
  • Semoga Allah ampunkan kamu (tidak disebut Allah telah ampunkan kamu)
  • Yusuf segera teringatkan ayahanda mereka, Yaaqub ‘alayhi al-Salaam

AYAT 93: MISI MENYELAMATKAN BAPA DAN KELUARGA
“Pergilah Dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaKu keluarga kamu semuanya” [12: 93]

  • Yaaqub telah terganggu penglihatan kerana meratapi kehilangan Yusuf dan dua anaknya
  • Yusuf perintahkan adik beradiknya supaya membawa bajunya kepada Yaaqub untuk kesembuhan
  • Yusuf tahu melalui wahyu tentang musibah yang menimpa bapanya kerana beliau seorang Rasul
  • Mukjizat apabila baju boleh sembuhkan penglihatan
  • Bau baju untuk rawatan
  • Kemudian bawa seluruh keluarga dari Palestin ke Mesir
  • Dilema tindakan seorang adik untuk membetulkan abang-abang dan sebuah keluarga

AYAT 94: KUATNYA NALURI BAPA
“Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin) keluar dari jalan utama (menuju ke lorong rumah mereka), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya): “Sesungguhnya aku ada terhidu akan bau Yusuf. (Itu pun) jika kamu tidak menganggap aku ini sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)” [12: 94]

  • Rombongan keluar dari jalan utama, masuk ke simpang rumah
  • Belum pun sampai, Yaaqub sudah tercium bau Yusuf!
  • Kekuatan daya bau untuk memanggil ingatan
  • Yaaqub memang selama ini meyakini Yusuf masih hidup
  • Keyakinannya semakin menyerlah
  • Yaaqub yakin Yusuf masih hidup kerana itu pemberitahuan Allah. Tetapi Yaaqub tidak tahu keadaan Yusuf kerana Rasul sendiri tidak berupaya mengetahui perkara ghaib tanpa pemberitahuan Allah!
  • Yaaqub memberitahu orang ramai yang berada di kediamannya, bukan anak-anaknya kerana mereka di Mesir
  • Yaaqub tahu mengenai persepsi mereka tentang dirinya yang dilihat sebagai tua dan nyanyuk

AYAT 95: TUDUHAN NYANYUK SEPERTI JANGKAAN
“Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu masih berada dalam keadaan tidak siumanmu yang lama” [12: 95]

  • Mereka anggap Yaaqub masih tidak lepas dari igauan silamnya tentang Yusuf
  • Lalu diingatkan kembali tentang masalah itu kepadanya (memujuk orang ‘nyanyuk’)

AYAT 96: MATA CELIK SEMULA!
“Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang menggembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka beliau (Yaaqub), lalu celiklah kembali penglihatannya seperti sediakala. Yaaqub berkata: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?” [12: 96]

  • Pembawa baju itu (adik beradik Yusuf) meletakkan baju itu ke muka Nabi Yaaqub
  • Penglihatannya pulih serta merta
  • Mukjizat dari Allah
  • Keluarga itu gembira kerana dua perkara:




    • Yusuf masih hidup dan berkedudukan tinggi di Mesir
    • Yaaqub pulih kembali penglihatannya
  • Yaaqub menegaskan kewarasannya, ketinggian wahyu dari Allah, dan kerendahan mereka yang menolak untuk mempercayainya
  • Ingat kembali herdikan mereka kepada Yaaqub dulu (ayat 85)

AYAT 97: BERSALAH DAN MEMOHON AMPUN
“Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah” [12: 97]

  • Mengiktiraf kesalahan diri dengan pengakuan yang sebenar
  • Tanpa segan silu menyatakan kesalahan mereka
  • Meminta ampun atas kesalahan yang mereka lakukan
  • Tetapi Yaaqub tidak bersegera ‘mengurniakan’ keampunan yang diminta

AYAT 98: BERIKAN MASA UNTUK KEMAAFAN
“Yaaqub berkata: “Aku akan nanti meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [12: 98]

  • Yaaqub memerlukan masa untuk memaafkan
  • Lukanya terlalu dalam
  • Bahkan yang akan mengampunkan akhirnya adalah Allah SWT kerana mereka berdosa kepada-Nya

PENUTUP

Demikianlah berakhirnya babak ujian yang menimpa Yaaqub alayhi al-Salaam, anaknya Yusuf dan seluruh keluarga mereka. Betapa selepas kesusahan itu akan hadir kesenangan, itu janji Allah yang dipaparkan menerusi telaah kita terhadap sebaik-baik kisah ini. Semoga dengan cetusan ‘ibrah dari kisah ini, bertambahlah kukuh hati kita untuk menjunjung TAQWA, SABAR dan IHSAN dalam kehidupan, sebagaiman Yusuf menekuninya di sepanjang liku dan mehnah kehidupan.

itu adalah apa yang saya boleh kongsikan bersama kamu semua di sini... 

oh... di hujungnya ada sedikit berkaitan dengan entry saya yang lepas... kalau tak baca lagi sila klik sini... ^__^

selamat beramal... ^__^


p/s: kredit kepada ustaz hasrizal... suka baca blog beliau...



saya budak baru belajar...
kalau salah... tolong tunjukkan...
^__^




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers