Rabu, Mac 09, 2011

Bila cik Syafiqah Membebel...

Sekarang di Makmal Komputer Kuliah (Baca: Computer Lab)... Kenapa ada dekat sini? Sebab si adik madu di kelas... Dan kami mahu ke hulu ke hilir selepas jam 330pm untuk mencari barang module.. Barang-barang modul ini adalah untuk program Khidmat Masyarakat kendalian saya dan 17 lagi rakan dari kelas Khidmat masyarakat (Baca: Community Service Skill)...

*senyap...*

Panjang tak intro? wuwuwuwuwu... Saya tak tahu mahu cerita apa... Cuaca sejak dua menjak ni asyik mendung dan hujan menjelang petang bawa ke malam... Sejuk~ Best... Best.. Best!!!

*Alhamdulillah...*


Ok... sedang menaip module untuk program satu hari (12hb Mac 2011), saat tercela dengan informasi baru untuk satu projek kami di kelas Management Islamic Perspectives... Subjek kami tak dapat dihubungi... hilang tanpa jejak... atau... senyap sunyi tanpa balasan berita setelah hampir 2 minggu cuba menuruti kehendak mereka sebelum sesi temuramah yang dirancang ingin dimulai... Aduh!!! Dugaan lagi...



*Berfikir dengan kuat dan laju untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera... Hiyahhh!!!!*

Susah juga mahu buat keputusan dengan segera... Presentation sudah pasti tanggal 19 Mac 2011 depan.. Subjek utama pula... Aduh!!! risau.. risau... risau!!!


Hmmm... Malas nak berfikir dah... Ngeee~

Ok lah... sekarang kita cerita tentang hal lain...

12hb Mac ini kami akan ke Rumah Amal Ummul Qura, yang terletak Bukit Beruntung, Rawang.  Kiranya, ini ibarat satu tugasan praktikal untuk kami yang mengambil kelas Khidmat Masyarakat... Memandangkan saya boleh dikatakan sudah hampir selalu mengendalikan urusan begini... Maka, sekali lagi, saya diberi  kepercayaan untuk mengendalikan bahagian modul...

*Ermm... Kamu boleh tekan dekat tulisan Rumah Amal tu, untuk tahu lebih lanjut tentang ia... ok?*

13hb Mac, saya ada meeting untuk penubuhan Alumni SARJANA yang bakal diadakan buat julung kalinya.. Doa-doa supaya ia jadi nyata kali ini... tak tertangguh macam yang lepas-lepas... Rasa macam dah lama sangat saya simpan contoh struktur organisasi ini... wuwuwuwuwu...

Hmmm.... banyak lagi kerja yang tak selesai... rasa macam dah tak terkejar je...

*Tapi... sempat pulak tulis blog... selekehkan?.. wuwuwuwu*

Ok... habis cerita buat sekarang... Nanti kita sambung lagi, ok?...



p/s: Nampak nama dia online... Mahu tegur atau tidak... Semalam sudah buat buta... huhuhu...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers