Rabu, Januari 26, 2011
rasa ini memang pelik...
hai semua....
*nada sedih*
saya tak tahu kenapa... tapi, sejak semalam... saya dihujani pellbagai rasa pelik bila membincangkan, membaca dan melihat satu perkara ini...
melihatkan sepasang cincin ini buat hati saya sebu...
melihat jambangan bunga indah ini buat saya rasa tercaampak seorang diri di satu lembah yang sangat asing...
dan melihat mereka yang menghujani saya dengan kad-kad walimah dan jemputan hari bahagia mereka buat saya gumam dan sepi sendiri...
*tunduk... menguis kaki....*
baru terasa betapa saya cuba memberi senyum pada mereka di sekeliling saya... tanpa sedar, saya menyakiti hati sendiri...
baru tersedar betapa saya sangat keseorangan....
kalau sahaja saya punya seorang teman yang mampu saya percayai sepenuh hati... pasti saya tak keseorangan begini...
memujuk hati dengan cuba mereka-reka kegembiraan yang saya sendiri tak pasti mampu digapai atau tidak...
cuba untuk berlagak yang saya juga punya destinasi yang mahu dituju untuk mengakhiri rasa hati yang kosong dan sepi begini... tapi...
saya sendiri tak tahu... sejauh mana saya mampu menipu diri... menutup sepi dan sunyi hati dengan senyum plastik dan tawa palsu...
sedang yang sebenaarnya... paparan wajah saya penuh dengaan air mata bila saya sendirian... begini...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kesunyian ini ibarat jarum..
BalasPadam