Khamis, Januari 20, 2011

FacialTreatment....

Selamat Malam kepada yang masih belum tidur dan masih sibuk berblog walking dan singgah sebentar sambil  minum koko panas di blog saya yang seadanya ini...

*ewah... mukaddimah macam nak buat ucapan perasmian apa je...*

uhhu~ sebenarnya, saya sedang diculik!!!

HAAAA!!!!!????

Eh, jangan risau-risau... saya yang relakan diri saya diculik... malah, si penculik ini sangat baik orangnya... belanja saya makan nasi puyuh penyet... minum air teh ais... dan sekarang saya sedang menjalani satu rawatan kecantikan tradisional...

*kau cakap biar terang sikit boleh tak, Sya?*

ehhe~ Saya diculik oleh adik madulah... huhuhu...

*saja buat gempak... jangan marah eh?*

macam biasa... bila dah diculik oleh si adik yang banyak idea dan macam-macam ini... ada sahaja aktiviti keperempuanan yang datang menjelma...

kalau selama ni,dok sibuk calit muka dengan warna, malam ni, kami beralih ke rawatan 'topeng' (baca: mask) muka...



oh, kami tak pakai topeng muka dari jenama mahal macam SK2 ataupun Olay... cukup dengan, 2 biji telur (putih telur sahaja yang diambil) dan kapas muka yang digunting dua...



huhuhu... sanagt sejuk!!! brrr....

ini kali pertama saya buat topeng muka sebegini... tapi, adik-adik saya ni dah terlebih advanced! sebelum ni, mereka dah cuba buat topeng muka dengan buah avacado...

saya tak pasti apa kelebihan topeng muka dengan menggunakan telur ini...

*sebenarnya, lupa... sebab dah lama baca... huhuhu*

tapi, macam best je cuba buat malam ni...

adik merry go round kata kena tunggu selama 3 jam...

oh, bersabarnya saya dengan 3 jam ini...

lansung tak boleh bercakap, menguap dan tersenyum...mahupun ketawa...

hohohoho...

takut nanti muka berkedut...

*eh, ye ke?*



*p/s: apa aktiviti kamu malam ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers