Sabtu, Januari 22, 2011

Apa ada dalam hati...

Tanya sama pokok... apa sebab goyang... 
Nanti jawab pokok... angin yang goncang...
Tanya sama langit... apa sebab hujan...
Nanti jawab langit, tanyalah awan...

Awan nanti kata, aku kandung air...
Sampai tempat sejuk, aku pun cair...
Tengok dalam air, nampak bayang-bayang...
Campak satu batu, bayang pun hilang...

huhuhu... Salam hormat dan kasih sayang... tiba-tiba rasa macam nak tulis lagu ni... tapi, tak hafal penuh... part P.Ramle dan Sa'adiah budak-budak je yang ingat... yang part diorang dah besar tu... ingat-ingat lupa je... huhuhu...

Sebenarnya, baru sahaja lepas tonton 'Ketika Cinta Bertasbih' part 1 & 2... hmmmm... sangat best!!!


Filem ini sangat bagus... penuh acuan Islami... sangat menuntun hati...

*oh, kenapakah, terasa seolah-olah sedang bercakap bahasa Indonesia pulak ni??? adoii!!!*

Sewaktu leka, menonton Part 2, adik madu yang kononnya study, bersuara...

*a'ah... saya masih di bilik adik madu... huhuhu...*

"akak, akan ada satu part ni, yang mana, bila apa yang akak hajatkan terjadi... pasti perkara yang sama akak akan buat..." suaranya sambil tersenyum... *senyum ada makna...*

dahi saya berkerut hebat... HUH????





yelah... kata-kata budak sorang ni, buat saya mencari-cari part tersebut...

pada mulanya, saya ingatkan saat Azzam sedang menyiapkan persiapan majlis Walimah beliau bersama Vivi, dan Husna bersama Illyas, Azzam mahukan seseorang memberi ceramah ringkas...

sebab, ia memang masuk dalam tentatif majlis keluarga saya andainya kami adik-beradik berkahwin...

tapi...

"bukan laaa, kak... lambat lagi... akak tunggu je ek..." suara adik madu, sambil ketawa kecil melihat saya yang tidak sabar...

ok... saya memang sedikit eager tadi... sebab, saya takut apa yang disangka adik madu itu merupakan sesuatu yang saya pernah suarakan, tapi saya ia hilang terus dari ingatan...

saya menanti...

hinggalah...

"Apa, kalau boleh bisa saya tahu siapa gadis itu... dan dari mana asalnya?"soal Azzam. Ingin tahu.

"Gadis itu, orang Wangen juga..." menatap wajah ingin tahu Azzam seketika. 

"Anak saya, Anna Athafulnisa..."

Anna Attafulnisa sekaligus mengalirkan air mata sambil bertasbih memuji Allah... Lantas, tanpa lengah, dia melakukan sujud syukur...

Sujud Syukur...

SUJUD SYUKUR!!!!

YA!!! itu maksud adik madu.... SUJUD SYUKUR...



situasinya hampir sama... dimana, andai sahaja lelaki yang saya kisahkan dalam jaga, jadi sebutan kala berbicara, fikirkan saat buka mata dan titipkan doa dalam setiap lafaz impian dan harapan saat penggantungan pada Yang Esa itu... datang menitip Khitbahnya kepada abah dan mama... dan mahukan saya sebagai yang halal untuknya...

saya pasti bersujud Syukur, sambil air mata syukur meniti di pipi... sama seperti Anna...

Apa ada dalam hati???

Kerdilnya saya... jika dibandingkan dengan Anna...

Watak Anna dalam KCB, sangat jauh dengan perwatakan saya sendiri... jauh bezanya... hingga rasanya, saya tak selayaknya mendambakan jalan yang sama jodohnya seperti dia... menjadi yang halal untuk seorang lelaki yang dicintai dalam diamnya...

*hohoho... melancholy...*

Apa ada dalam hati???

Ada rasa ketidakpastian yang sangat dalam... penafian yang berkali-kali tercuit dan tercubit... Malah, sering terzahir...

Saya tidak tahu siapa saya di hatinya...

Mahu menitip khabar atau berita...

Mahu merisik rasa dan perisa...

Saya masih seorang gadis melayu tipikal... yang malu digelar 'perigi mencari timba'...

Walau titipan lagu 'Cuma Aku - Heliza' lewat Isnin lalu... secara jujur mengkhabarkan cuaca hati saya yang berbunga cinta sakura warna merah jambu padanya...


Saya tak yakin dia faham...

Ataupun, mungkin buat-buat tak faham....

Jadi, saya terus menitip pesan pada hati agar terus usir rasa yang begitu dalam itu jauh-jauh...

Sebab, ia tidak adil untuk siapa sahaja yang bakal tercalon sebagai suami saya satu hari nanti...

*Oh... sangat melancholy dan berwarna pink hati post ini...*

walau apa pun... saya hanya mahu hilangkan satu dari seribu kebas yang menghuni hati saat ini... kerana tak mahu hati terus lemas dengan hujan air mata...




p/s: YA!!! saya perlukan hampir seminggu untuk menitip lagu 'Cuma Aku' itu untuk kamu... itu pun kalau kamu tak buta dengan lirik jujurnya itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers