Rabu, Januari 12, 2011

kehidupan adalah satu modul...

setelah hampir 2bulan meletakkan jawatan sebagai Koordinator Penasihat Modul dan Latihan, INSPIRE Club... rasanya.... kosong...

huhuhu... sangat kosong sebenarnya... sebab selama 4tahun ini, saya berada di dalam unit ini.. terlalu banyak kenangan... sehingga yang pahit kini jadi yang termanis...

*senyum sendiri*



setelah beberapa ketika, kembali membelek modul-modul untuk dikemaskini dan diserahkan secara total kepada adik madu yang mengambil alih jawatan saya... saya sedar satu benda...


kehidupan juga satu modul!!!

eh, untuk kamu... jangan ketawa dulu... saya memang sebelum ini pernah berkata perkara yang sama semasa memberi contoh kepada adik-adik fasi... tapi, kini mula mengadaptasikan kembali ilmu yang mula berkarat...

*garu kepala... memang selekeh laaa cik Sya ni... ehhe~*

modul itu apa?

secara umum... modul ialah satu rekabentuk atau sukatan pembelajaran yang mempunyai objektif tertentu untuk dicapai samada menggunakan sesuatu cara dengan makna yang tersirat, tersurat atau kedua-duanya sekali...

makna secara khusus itu... terpulang pada kalian... si pengguna modul....

*wink...wink... thanks abg zaki... anda memang trainer saya yang TERBAIK!!!*

kenapa kehidupan itu satu modul?


Dalam Inspire Club, setiap modul yang dihasilkan oleh trainerz dalam unit Latihan dan Modul mempunyai 4 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) utama:

LDK 1: Ta'aruf, Mind setting & Group Binding
LDK 2: Potensi Diri, Motivasi,Matlamat dan Hala Tuju
LDK 3: Budaya Ilmu & Pengurusan Masa
LDK 4: Muhasabah Diri

kenapa kehidupan itu satu modul?

LDK 1: Ta'aruf, Mind setting & Group Binding

setiap hari, sejak dari kita dilahirkan, kita berkenal-kenalan dengan orang di sekeliling kita... tak kira siapa pun mereka... maka, kita akan terus berkenal-kenalan... baik sekejap atau untuk satu tempoh masa yang panjang... maka di sini, LDK 1, Slot 1 - Ta'aruf, sedang berlangsung...

kemudian, kita beralih pada Slot 2 - Group Binding... kita mengenali kawan-kawan disekeliling kita... keluarga kita... mula mengetahui baik buruk... kesukaan dan kebencian mereka....

setelah itu,kita berada di satu fasa... iaitu Slot 3 - Mind setting... Mind setting sangat penting untuk satu jangka masa yang panjang... di sinilah kita akan mula menyimpan prasangka baik atau buruk seseorang itu dalam kantung ingatan kita...

sesi perkenalan Club Inspire kepada ahli-ahli baru...


LDK 2: Potensi Diri, Motivasi,Matlamat dan Hala Tuju

dalam LDK 2, kita banyak mencungkil dan mengenali diri kita sendiri...

kita tahu apa Matlamat hidup kita... kita cuba meMotivasikan diri yang mula goyah bila ditimpa masalah... kita mula meletakkan Hala tuju diri sendiri... dalam masa yang sama mengimbanginya dengan ahli keluarga dan teman-teman di sekeliling kita...


INSPIRE me, INSPIRE you, INSPIRE others...

malah, dalam LDK 2 inilah, kita sama-sama menjadi Inspirasi kepada orang sekeliling kita... mungkin sumber Inspirasi untuk adik kita yang masih kecil... atau mungkin untuk sesiapa sahaja yang mengenalai diri kita...


LDK 3: Budaya Ilmu & Pengurusan Masa
Pepatah ada menyebut bahawa Masa itu umpama pedang... juga, tuntutlah ilmuwalau ke negeri cina...

Ilmu dan Masa adalah 2 perkara yang sangat berkait rapat... tanpa Ilmu, masa ibarat sia-sia...

pencarian Ilmu adalah satu usaha yang tiada titik noktah... pengertian Ilmu itu juga luas... maka, pengurusan masa yang bijak amat perlu untuk merealisasikannya...


time is ticking...


LDK 4: Muhasabah Diri

setiap malam,sebelum tidur... pastikan ada melakukan aktiviti ini... Muhasabah Diri... menilai diari seharian kita... cuba memaafkan setiap kesalahan mereka yang secara angsung atau tidak langsung menyakiti hati kita...

aktiviti ini baik untuk kesihatan hati... *wink..wink*



tapi, tak perlulah terlalu khusyuk bermuhasabah sampai menangis teresak-esak...nanti, kamu bangun esok pagi, mata kamu seperti panda... sudah hilang kecomelan... hehehehe...

banyak lagi yang boleh kamu kaitkan kehidupan dengan modul LDK ini... sangat banyak...

kalau ada masa lagi nanti.. saya tulis pula mengenai hubungan cinta berdasarkan modul pula ok?

sekarang, mahu makan ubat... hidung saya masih berlari (baca: runny nose) dan demam saya masih belum baik...

pamit dulu...




p/s: panjangnya saya taip... banyaknya gambar diselitkan... ehhe~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers