I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in on a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl
I sneak in and see your friends, and her snotty little family
All dressed in pastel
And she is yelling at a bridesmaid, somewhere back inside a room
Wearing a gown shaped like a pastry
This is surely not what you thought it would be
I lose myself in a daydream where I stand and say
Don’t say yes, run away now
I’ll meet you when you’re out of the church at the backdoor
Don’t wait or say a single vow
You need to hear me out and they said speak now
Fond gestures are exchanged
And the organ starts to play a song that sounds like a death march
And I am hiding in the curtains
It seems that I was uninvited by your lovely bride-to-be
She floats down the aisle like a pageant queen
But I know you wish it was me, you wish it was me
Don’t you?
Don’t say yes, run away now
I’ll meet you when you’re out of the church at the backdoor
Don’t wait or say a single vow
You need to hear me out and they said speak now
So don’t say yes, run away now
I’ll meet you when you’re out of the church at the backdoor
Don’t wait or say a single vow
Your time is running out and they said speak now
I hear the preacher say speak now or forever hold your peace
There’s the silence, there’s my last chance
I stand up with shaking hands, all eyes on me
Horrified looks from everyone in the room
But I’m only looking at you
I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in on a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl
Don’t say yes, run away now
I’ll meet you when you’re out of the church at the backdoor
Don’t wait or say a single vow
You need to hear me out and they said speak now
And you say lets run away now
I’ll meet when I’m out of my tux at the backdoor
Baby I didn’t say my vows, so glad you were around
When they said ‘Speak now'
'Speak Now - Taylor Swift'
Lagu ini punya melodi yang sangat cantik...
*cantik??? atau indah???*
entah!!! *menjulingkan mata...*
tapi, liriknya menceritakan sesuatu..
mari kita mula buat sebuah kisah cinta berdasarkan lirik lagu ini...
Watak-watak:
- The Girl - Fifi
- The Boy - Danial (siapa ntah...)
- The Bride - Dania (entahlah... tak tahu nak letak nama siapa...)
Lagu tema: 'Speak Now'... (sila pasang lagu ini sambil membaca cerpen karut ini...)
p/s: semua watak tiada kaitan antara hidup dan mati... harap maklum... sebarang persamaan adalah tidak disengajakan...
****
Kisah bermula...
Fifi renung kad jemputan perkahwinan Danial lama.
Hmm.. kau serius ke ni, fie? Bibir diketap kuat.
Kedengaran tingkap kereta diketuk dari luar. Fifi menoleh. Wajah Lina terjengul.
"Kau menung apa? cepatlah..." sungut Lina.
Fifi sengih. Segera dia keluar sambil mencapai couch hitamnya. Selendang putih di bahu dibetulkan.
"Ok tak?" soal Fifi. Lina angguk.
"Kau tu... ok ke?" soal Lina. Fifi jelir lidah.
"Kau ada nampak aku macam nak mati ke?" soal Fifi selamba. Lina geleng kepala. Kadang-kadang dia sendiri tak faham dengan sikap selamba Fifi.
"Kau sedar tak Danial kahwin hari ni?" soal Lina.
"So???" dahi Fifi berkerut kuat. Jarinya menekan punat lif.
"Fi..." suara Lina terhenti.
"Macam mana awak buat kerja ni? " suara jerkahan kuat kedengaran sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat 11. seorang pekerja kelihatan terkebil-kebil. Wajah Dania kelihatan merah padam.
"Macam mana korang semua ni buat kerja??? I bayar you all punya gaji tau!!!" jerkah Dania kuat.
"Nia..." Danial cuba menenangkan Dania.
Fifi pandang wajah Danial. Pandangannya bertembung dengan Danial. Lama.
"Fifi..." Lina menyinggung siku Fifi. Fifi segera kembali ke alam nyata.
Fifi, bakal suami orang tu....
Dania tatap wajah Fifi lama. Kemudian dia kembali ke wajah Danial.
"So, ok je kan kalau I pakai gown ni untuk akad nikah nanti?" soal Dania. Angkuh.
Danial angguk. Antara mahu dan tidak. Matanya masih enggan melepaskan wajah Fifi dari pandangan.
"Ada apa-apa yang Fifi boleh tolong, makcik?" soal Fifi lembut.
Emak Dania, Datin Seri Gayah menatap Fifi atas bawah.
"Fifi dengan Lina kan?" soalnya nak tak nak. Huluran salam Fifi tidak disambut.
"Tak ada apa-apa kot.. lagipun, semua dekat sini barang yang bukan murah harganya... takut tak boleh bayar ganti rugi pulak nanti.." suara Datain Seri Gayah. Sombong.
Fifi senyum nipis.
Dasar orang sombong. Bukan aku nak culik bakal menantu kau tu... Kalau aku nak buat, dari dulu lagi aku buat...
Lina menjuihkan bibir. Tangan Fifi ditarik kembali ke lif.
"Tak guna kau buat baik dengan orang sombong gitu. Agaknya, diorang jemput kau pun sebab nak menunjuk kat kau.." ngomel Lina. Jengkel.
Fifi senyap. Pandangan matanya ditala ke nombor-nombor di papan lif yang bertukar-tukar.
"Fie..." suara Danial perlahan. Fifi menoleh.
"Hai..." Fifi senyum manis.
"Terima kasih datang..." suara Danial. Fifi senyum manis.
"Maaf sebab diorang..."
"Please don't be... diorang memang begitu dari dulu... awak patut tahu.." potong Fifi sebelum Danial menghabiskan kata-katanya.
Pintu lif sudah terbuka. Fifi melangkah masuk.
"Good luck untuk akadnya nanti..." suara Fifi. Senyum manis masih terukir.
"Glad to have you here..." suara Danial, sebelum pintu lif tetrtutup. Wajah manis Fifi hilang dari pandangan.
*****
"Pelik aku... Pertama kali aku tengok orang akad nikah pakai gown dengan tuxedo gitu..." Lina tak habis mengomel di sebelah Fifi. Fifi sudah mula terbang ke dunia mimpi. Sms dari Danial tadi, buat dia rasa terawang-awang.
"Saya harap, awaklah pengantin perempuan saya hari ini... awak nampak cantik dengan baju kurung putih tu..."
Fifi rasa nak terbang.
"Fifi!!!" Lina mengetap bibir. Angan Fifi pecah seribu.
"Hmmm... kalau aku ajak Danial lari tengah-tengah ramai ni... kau rasa aku gila tak?" soal Fifi tiba-tiba.
Lina menjengilkan mata. Tidak percaya dengan kata-kata Fifi.
"Aku gurau je laaa..." Fifi sengih serba salah. Dia sedut air oren dari gelas tinggi di hadapannya.
Majlis bermula. Danial mula melangkah ke tengah pentas. Sempat dilirik ke arah Fifi yang kebetulan berada di hadapan pentas.
Fifi mula rasa hujung matanya basah. Dia bangun menuju ke tandas.
Giliran Dania diarak ke pentas. Dia menjeling tajam Fifi yang menghilang di sebalik langsir yang memisahkan tandas dengan belakang pentas.
Lina gamam. Mahu dikejar Fifi atau terus diam. Dia memilih untuk terus diam.
Fifi tatap wajah sendiri di cermin. Kuat Fie...
Dia keluar. Menyorok di belakang langsir. Melihat Dania yang mula menandatangani beberapa dokumen. Wajah Danial ditatap dari balik langsir.
"Saya harap dia adalah awak..."
"Jom kahwin lari!!!" itu kata-kata akhir Danial 3hari lalu. Fifi tahu, itu bukan caranya. Jadi dia menolak.
Namun, dia sendiri tak dapat menahan hati dari memberhentikan majlis itu. Danial terlalu baik untuk Dania dan keluarganya yang menyombong itu.
"Errr..."
Semua mata tertumpu ke arah Fifi yang tiba-tiba muncul.
Apa aku buat ni? Semua orang tengah tengok kau, Fifi....
Tapi, badannya tak berganjak. Seolah-olah tak mahu mendengar sebarang arahan dari otaknya.
'Saya ucapkan tahniah...' itu yang mahu diucapkan. Tapi...
"Danial... Saya cintakan awak..." itu yang terluah.
Pandangan hadirin mula bertukar antara satu sama lain. Tidak percaya.
Danial bangun dari tempatnya yang menghadap tok kadi.
Sangkanya, dia bakal dijerkah Danial.
"Saya pun cintakan awak...." Tangan Fifi yang sejuk dicapai. 'Bow tie' nya ditangal kasar. Senyum Danial meleret.
"Kita lari..." bisik Danial. Fifi tak terkata. Hanya mengikut langkah Danial yang makin laju. Meninggalkan ballroom tanpa rasa bersalah.
Hadirin mula riuh. Dania diserang histeria. Majlis terhenti tanpa pengantin lelaki. Pengantin lelaki yang tidak rela dibonekakan....
*****
huhuhu... itu saja dahulu untuk sekarang... lagu Taylor Swift yang dimelayukan jalan ceritanya...
kadang-kadang... apa yang diperlukan dalam cinta hanya keberanian dan tekad...
p/s: entry panjang... tengah-tengah malam ni, tiba-tiba nak jiwang pulak... hehehehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...