*eh... macam satu dunia baca blog kau...*
saya baru pulang dari Wangsa Walk... berjalan-jalan... berita baik!!!
CUTI SEMESTER DAH MULA!!!!! YAHOOOO!!!!!!!!!!!
*seronok...seronok...*
oh, nak cerita... tadi, masa bayar tiket parking kereta dekat Wangsa Walk
Raja Farah sangat comel... muka dia flawless, ok???
*jeles... jeles...*
Tapi, kami tak laaa tegur Puan Raja Farah ni... sekadar tengok dari jauh je... kebetulan dia betul-betul beratur selang seorang dari kami... dia sangat comel!!!
Kahwin oh Kahwin...
hmmm... macam biasa diculik adik madu ke bilik dia... hohohoho...
dan si adik madu serta teman sebiliknya ini tak habis-habis dengan topik kahwin diorang...
*haish!!!!*
Kahwin??? hmmm.... Kahwin???
rasanya, blog saya ni... dah banyak cakap pasal kahwinkan???
tapi, kesian dekat kawan saya ni...
yelah, dia mahu kahwin... tapi, macam serabut je saya tengok dia...
tarikh pilihan dia 11.11.11...
cantikkan???
*angguk kepala*
tapi, entah...
*angkat bahu*
macam sangat serabut... sampai saya pun tak tahu nak mula cerita dari mana...
yang penting... saya akan ke Kelantan cuti pertengahan sem ini... menghadiri pertunangan en. Hati (maksud namanya begini)... juga majlis perkahwinan cik Kecemerlangan Kegembiraan... bakal jadi Puan dah Cik Kecemerlangan kita ni... huhuhu...
Majlis kahwin umat manusia pasti meriah cuti-cuti begini kan???
apa pun... kalau kamu juga bakal pengantin... Selamat Berbahagia saya ucapkan...
yang penting... Perkahwinan itu perlu disulami dengan rasa tanggungjawab, sabar dan amanah... kalau sekadar cinta... takut tak sudah...
Ikatan perkahwinan itu perlu diinsafi selain dirai....
Hargai pasangan kamu... Terima baik buruknya... jaga aibnya... sembunyi jauh dari pengetahuan manusia lainnya... sebab ia rahsia kalian berdua...
Selamat melangkah ke gerbang bahagia...
p/s: Kahwin oh Kahwin.... uhhu~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...