cuaca diri hari ini: mendung akibat demam dan selesema yang masih degil mahu sembuh... huhuhu... Insyaallah... semua ini mungkin kafarah dosa dariNya..
kenapa tajuk Ana Raffali? sebab, sehingga hari ini, walaupun sudah 2 hari Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL 25) berlangsung, masih lagi kedengaran suara-suara tidak puas hati atas kejuaraan Ana.
tidak dinafikan, pada entri yang lepas, saya sendiri mengatakan kekeliruan yang sama... tapi,silalah bersikap terbuka.... dan jadi penilai yang adil... saya titip pesan ini dalam diri... maka, merangkaklah saya bersama kura-kura yang menyebabkan talian tanpa wayar milik uni selembab siput-siput menjejak lirik lagu kemenangan Ana...
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Apa yang pasti... lagu ini puitis... susun kata yang telus, jujur dan penuh dengan frasa kata bunga... bagi sesiapa yang belajar sastera, rasanya, mereka pasti tahu betapa lagu ini punya nilai estetikanya tersendiri...
dan, seharusnya... mereka yang melontarkan kata-kata negatif atas kemenangan Ana berlapang dada... sebab, gadis ini adalah pelapis baru penulis lirik dan lagu puitis moden...
janganlah terlalu emosional... saya pun emo... tapi, rasional laaa...
sekurang-kurangnya, M.Nasir dah jumpa pelapis beliau... huhuhu...
sedikit tentang Ana Raffali...
NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali
NAMA SINGKATAN: Ana Raffali
TARIKH LAHIR: 4 November 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik
KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu
PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik
ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15
IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza
LAGU YANG DICIPTA: Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Cuba Jangan, Ketika Aku Kecil, Ingatkan Aku, Tingkap Kaca, My Darling, Ghost, Lovely Lovely Scene dan Paint Me
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...