pernah terfikir kenapa ada manusia sanggup menghabiskan nyawa dengan tangannya sendiri?
*menung*
mungkin ada sesetengah dari kamu akan menyatakan bahawa ia adalah atas dasar manusia itu sudah hilang kewarasan... mahu pun, bertindak atas kebodohan diri...
tapi, pernah kamu endah apa sebab semuanya terjadi?
pernah kamu kisah... kenapa ia jalan yang mereka pilih? menghabiskan hidup dengan tangan sendiri... atau dalam erti kata lain... BUNUH DIRI???
di Malaysia, kisah bunuh diri, adalah antara yang dianggap taboo... yelah, Malaysia punya agama rasminya - Islam... jadi, kes-kes bunuh diri kebanyakannya jadi kes terpencil... cuma sekali sekala kedengaran dengan kencang dan hebat...
tidak sama dengan Korea, China, Jepun atau pun negara-negara Barat... yang rata-ratanya punya rating kes bunuh diri tertinggi di dunia...
kenapa itu jalan yang mereka pilih?
lelaki ini sebagai contoh... Kim Ji Hoo... hanya berusia 23tahun saat dia memilih untuk bunuh diri... seorang warganegara Korea yang berkerja sebagai model dan pelakon sampingan...
atas sebab apa dia memilih untuk bunuh diri?
atas sebab, tekanan... diulangi TEKANAN!!!
dia menghadapi tekanan yang hebat atas sebab mempertahankan cara hidup gay nya...
*yewww*
tapi... percayakah kamu... bahawasanya, mereka yang memilih jalan ini, semuanya sudah buntu... bertemu jalan mati... sendiri... dan tak punya insan yang mahu dikongsi cuaca hati dan resah diri?
lantas... akibat sikap pentingkan diri dan tidak endah manusia sekeliling, maka mereka mengambil jalan pintas ini?
pelbagai cara digunakaan... samada pengambilan pil berbahaya secara berlebihan...
atau, menghantar sendiri peluru ke jantung atau ke otak...
atau... menggantung diri....
malah, kini sudah ada pil mengatasi tekanan bernama 'suicide'.. dengan pengambilan yang menyalahi dos yang ditetapkan... sudah mampu menghantar mereka ke neraka...
tekanan hidup yang melampau... akibat study, famili, cinta, persahabatan, tuntutan kerja, pencabulan hak, diskriminasi dan pelbagai faktor yang mengundang tekanan melampau kepada seseorang... mampu mengakibatkan mereka ini hilang pedoman...
tapi... ke mana rakan-rakan? yang dulunya mengucap kata kasih dan sayang serta sokongan yang tidak bertepi... saat mereka megalami depresi hebat begini???
TIADA!!!!!!!!
kenapa???
kerana kebanyakan mereka yang mengalami depresi hebat ini.. menyembunyi sakit daan kusut hati dengan tawa dan senyum palsu seperti ini....
I fake my smile so nobody can't see it's hurts.... |
kenapa mereka berselindung di sebalik sebaris senyum palsu dan berjuta tawa yang disirami lakonan semata?
kerana... mereka mahu insan yang benar-benar memahami sakit hati mereka... duduk di sisi sambil bertanya...
"Kamu ok???"
dua patah perkataan ini... sudah cukup untuk buat mereka berhenti berlakon dan mula mengetap bibir... menahan sedih...
jadi... sebagai kawan, sahabat, kakak atau adik...
sudahkah kamu melaksanakan tanggungjawab ini hari ini???
sudahkah kamu bertanya khabar... menjengah cuaca hati mereka yang menjadi kesayangan kamu hari ini...yang kamu sendiri tahu... dan rasakan kejanggalan dalam setiap bicara, tawa dan senyumannya yang dibuat-buat?
kalau belum... lakukanlah... bimbang nanti dia juga memilih JALAN PINTAS KE NERAKA ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...