tajuk agak berat kan?
dah lama mahu menulis tajuk ini... tapi, tertangguh dek masalah jiwa yang meruntun... serabut kepala yang mengelirukan... serta rasa diri yang jatuh merudum...
*
ok, stop talking bout yourself, dear Sya...*
"Lelaki penzina tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan penzina atau perempuan musyrik. Dan penzina perempuan tidak akan berkahwin melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik. Dan yang demikian itu diHARAMkan bagi orang-orang mukmin". (An-Nur : 4)
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik... begitulah sebaliknya..
persoalan yang timbul adalah, jika dia seorang penzina dan sudah bertaubat... maka, dia ini kategori yang bagaimana?
tajuk ini jadi perbualan dan topik perbincangan kami semasa ada waktu senggang di Rumah Titian Asraful Rohaniah beberapa minggu yang lalu... oh, kalau kamu belum baca post itu... sila klik
sini ...
seorang adik membuka sidang perbincangan ala tazkirah pendek kami...
adik1: kak Sya, betul kan, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?
saya: (kerut dahi) a'ah... kan dah tertulis dalam surat cinta?
adik: saya selalu masuk forum... (dia salah seorang moderator di ILuvIslam) terjumpa dengan suatu komen ini... dia tulis, fitrah penzina adalah untuk penzina...
beberapa orang yang berdekatan mula merapatkan sila. mendekati kami, turut sama mahu mengetahui butiran lebih lanjut...
saya: teruskan...
adik: ceritanya begini... seorang perempuan ini bertanya... katanya, dia pernah berzina namun kini menyesal dan sudah bertaubat nasuha... maka, dia bertanya, masih adakah lelaki soleh untuknya...
saya: (senyum nipis... seperti dapat mengagak komentar yang dilontarkan di forum tersebut yang menyentak tangkai hati si adik ini...)
adik: saya merupakan salah seorang yang sering memberikan kata-kata seperti, kamu akan jumpa lelaki yang baik yang mampu membimbing kamu.. bla.. bla.. bla...
saya: ok... jadi, apa yang buat kamu sangat terkesima?
adik: satu komentar ini, buat hati saya diragut... katanya, fitrah penzina itu untuk si penzina...
saya: (senyum)
secara realitinya, itu benar... kalau ditaip dialog kami, memnag panjang lebar... biar saya ringkaskan ia di sini...
secara ringkasnya, komentar itu menegur dan menusuk hati si perempuan yang bertanya... katanya "kenapa kamu berharap pada lelaki teruna yang soleh, bukan lelaki yang sama seperti kamu, seorang penzina yang jua turut bertaubat dan mahu mencari seorang wanita solehah?"
ayat ini menyentap hati sesiapa sahaja.. baik si wanita yang bertanya, mahupun si adik saya ini...
ya, mengapa berharap pada si lelaki teruna yang soleh sedangkan fitarah yang termaktub adalah seperti tertera di tafsiran ayat di atas?
seorang penzina itu, membawa seumur hidup kafarah dosa atas kesilapan dan dosanya itu... malah, mama saya pernah menitip pesan bahawa si penzina membawa palit 'penyakit keturunan' selama 7 keturunan... maksudnya, sekali dalam keturunan kamu ada yang berzina, maka selama 7 ketururunan berikutnya pasti ada seorang yang akan mengulagi jejak yang sama...
menakutkan... sangat dahsyat...
malah, kalau ikut hukum hudud, penzina lelaki dan pperempuan yang sudah berkahwin akan dijatuhkan hukuman rejam sampai mati... manakala, penzina lelaki dan perempuan yang belum berkahwin akan dihukum sebat 100kali...
fitrah penzina adalah untuk penzina...
benar! mengapa berharap pada lelaki teruna yang soleh sedangkan kamu pernah berbuat dosa yang berat begitu?
kalaupun ada yang mahu menerima kamu seadanya kamu, mahukah ahli keluarganya?
kenapa tidak sahaja kamu ingini lelaki yangs seperti kamu? yang pernah melakukan dosa yang sama dan kemudiannya bertaubat seperti kamu?
saya bercakap berlandaskan realiti... saya pernah mendepani permasalahan seorang kawan yang begini... yang membuktikan bahawa firman Allah itu benar belaka...
saya ceritakan kisah ini sebagai contoh kepada adik yang membuka sidang perbincangan kami mengenai tajuk ini...
saya: betul... semuanya betul... akak ada kisah seorang kawan yang boleh membuktikkan kebenaran kenyataan ini...
adik: (muka terkejut)
saya: kedua-duanya kawan akak... baik yang si lelaki, mahupun si perempuan... namun, pada masa itu, mereka tak menegtahui bahawa akak berkawan dengan keduanya... mereka dijodohkan atas pilihan keluarga... mulanya keadaan jadi kalut, bila mana si lelaki berjumpa akak dan menyatak kesalannya... bahawa dia bukan yang selayaknya untuk si perempuan...
adik: hmmm... maksudnya, mereka ini dijodohkan antara satu sama lain... tanpa sedar yang akak mengenali keduanya sekaligus?
saya: (mengangguk) a'ah... mulanya akak sangkakan orang yang berbeza... sebab si perempuan ini turut meluahkan perkara yang sama... tapi, bila mereka menunjukkan calon masing-masing dari jauh kepada akak... akak jadi gamam seketika...
adik: mereka...
saya: (senyum) a'ah... dua-dua pernah terlanjur dengan hubungan yang dulu...
adik: Masyaallah... Subhanallah... benarlah kata-kata Allah itu..
saya: ya, namun... masa tu, akak tak punya apa-apa sumber yang mampu menenangkan hati keduanya bila mereka akak pertemukan untuk berbincang.. akak masa tu baru 20 tahun.. masih belum punya asas yang kukuh... dan masih mencari identiti...
adik: seterusnya?
saya: cerita berlanjutan hingga 3 bulan.. sepi tanpa berita... hinggalah satu ketika, keduanya menghubungi akak dan menyatakan ayat yang sama... 'Sya, aku redha kalau ini adalah jodohku, dan kafarah atas dosaku sendiri...'
saya menyelitkan kisah ini, bukan atas tujuan untuk mengaibkan sesiapa... atau mahu memalukan sesiapa... tapi, untuk pengajaran... malah, tuan punya badan sendiri pernah berpesan supaya ambil iktibar atas cerita mereka berdua... asalkan jangan menyatakan nama mereka...
begitulah...
jadinya, anda bijak kerana menjauhi zina...
saya bawa persoalan ini, untuk difikirkan bersama... apa jadi dengan generasi akan datang kalau zina dan kelahiran anak tak sah taraf menjadi ibarat satu trend dan rentak dalam kehidupan masyarakat kita sekarang?
adakah kita hanya mahu berdiam diri? membisukan mata dan memekakkan telinga? biarkan sahaja si Luncai terjun dengan labu-labunya?
kita hidup dalam arus permodenan... itu tak diragui dan tak disangkal lagi... tapi, jangan arus permodenan itu yang menjadikan kita masyarakat dangkal dan tanpa harmoni...
kamu dan saya... adalah generasi baru... mungkin di masa akan datang ada dikalangan kamu yang bakal memimpin negara...
kita tetap satu... kerana kita memegang dan meneriam amanah yang SATU dari Allah sebagai khalifah di mukabumi ini...
takkan pula kita mahu turut sama seperti masyarakat barat yang sudah hilang kehormatan dalam keturunan mereka?
fikir-fikirkan...
p/s: komentar anda amat dialu-alukan...