Khamis, Mei 16, 2013

Resepi kuih lapis...




Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

1 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)

1 st garam

2 paket santan serbuk

1 st minyak masak

3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.

4 cawan air

Cara-cara 1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.   2.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.   3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.   4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.   5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.   6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.   7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)   8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak   **Resepi dari MyResepi...**

p/s: Tetiba ku rasa kuih lapis sangat comel berbanding kata2 macam bagus En Lapisan... So, lebih baik tukar nama En Lapisan jadi Lapisan Lemak Berkrim...

pp/s: Kau belum muntah darah lagi kan? tunggu post lepas ni... Aku nak whining yang hidup aku macam rasa nak bunuh diri pulak... :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers