Isnin, November 22, 2010

senang je nak buat orang gembira...

helllllooooooooooo!!!!!!!!!!!!!! assalamualaikum...

hari masih berjalan seperti biasa....

oh, saya diarah berpindah dari bilik kedua yang sama besar dengan bilik tidur utama... ke bilik belakang yang jauh lebih kecil... huhuhu...




senang je nak buat orang gembira...

tak percaya? contoh... orang yang sedang murung dan termenung, boleh sahaja tersenyum nipis melihat kanak-kanak yang beraksi pelbagai keletah...

tapi... kenapa ramai kata... saya ini sangat susah untuk dipuaskan hatinya? terlalu demanding?

salah persepsi kamu itu... saya tak demand.. saya juga tak suka nak nyusahkan orang lain... selagi saya masih boleh gembirakan hati sendiri.. selagi itu saya tak mahu orang susah payah please kan hati saya...

percaya tak, dengan hanya mengheret saya keluar dari bilik untuk melihat bintang... sudah cukup untuk buat sekelumit cahaya menerjah dalam hati?

malah, kalau kamu hanta sms ke bimbit hitam saya itu, dengan sms 4ward yang lucu... sudah cukup untuk menghantar msg yang kamu mahu saya tersenyum...

bukankah menggembirakan hati manusi lainnya itu, juga satu ibadah? satu cara untuk kamu tunjukkan bahawa kamu ambil berat?

hmmmmmmmmmmm.........




kerana sering cuba untuk memuaskan hati mereka di sekelilig saya... saya sering menikan hati sendiri... oh, bahagia!!!  *sarcasm*

pernah terdengar satu tazkirah di IKIM.FM... katanya, menggembirakan anak kecil dan anak perempuan adalah sesuatu yang dituntut... *kalau ada sesiapa yang baca dan pastikan sahih... tolong gitau...*

jadi, apa  yang kamu buat jika situas begini jadi di hadapan mata?


ada harapan dalam mata...

dia sangat berharap untuk makan candy itu...

muka kecewa sambl pujuk hati sendiri...

macam nak nangis.. tapi, tahan dengan senyum separa pahit...

lapar~

"pak cik... sangat cantik candy tu..."

"pak cik... saya nak rasa candy tu... tapi.."

masih mengharap...

*sumber dari oh best!!  *

kesian adik ni... matanya sangat sayu... penuh minat menatap candy itu lama...

pemandangan ini sukar sekali mahu ditebak lensa kamera free-lance photographers di Malaysia... tapi, di China, negara yang mewah dengan penduduk... ini mungkin pemandangan biasa...

sedih saat menatap ke dalam anak mata adik ini... ada satu rasa pengharapan yang sangat tinggi yang tak terertikan...

mungkin bagi kita, harga sebatang candy ini hanya beberapa yuen... atau beberapa ringgit... tapi, bagi si adik ini... beberapa yuen itu sangat mahal...

ya!!! saya rasa saya faham perasaan adik kecil ini...

kelaparan untuk beberapa hari... lantas... menatap sesuatu yang sangat diingini.... hati kecil mula meneriak tangis yang hebat...

kamu takkan faham... andai kamu tak pernah hadapi kesulitan wang... hinggakan membeli makanan yang hanya berharga RM3.. dirasakan sangat mahal!!!

itu yang saya alami selama satu sem lepas....

hanya adik madu yang ingin cuba memahami... saya tak dapat pastikan... bagaimana hidup saya tanpa adik madu sepanjang sem lepas...

bantuan si adik madu... sudah cukup untuk memberikan sedikit nyawa kepada saya....

kerana itu... saat menatap gambar-gambar si kecil ini... hati terus menangis... air mata dengan laju mula meniti tubir mata...

kalau saya di sisinya.... candy itu pasti dapat dijamahnya... pasti pengakhiran gambar ini, wajah si adik tersenyum lebar... puas... kerana dapat makan apa yang sangat dihajatinya...

saya berdoa... supaya Allah jaga adik ini... dan datangkan seorang hambaNya yang baik hati untuk memberi sedikit cahaya gembira di mata adik ini...





p/s; terlebih emosi... tajuk memang lari dari isi... huhuhu

2 ulasan:

  1. mmm
    sedih...x ske tgk bnda2 cmni...tersinggah kt blog awk so tertgk...jgn la wt entry cmni...sedih nk baca

    BalasPadam
  2. macam mana nak hilangkan rasa sedih dan sunyi ? dan nak gembirakan orang dengan cara lain

    BalasPadam

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers