Khamis, November 11, 2010

saya memang comel... terima kasih!

oh... tajuk tak boleh blah... nape? tak caya ek saya comel? kejap....


dengan en.dhamiri... die adik saya kat sini... jangan bising...

comel tak saya? wekkk!!!! nak muntah!!!

perasan betul kan? hahaha... saya tak comel... bila pose comel camtu je yang wat jadi comel... huhuhu...

tapi... kenapa saya buat post gini?

ok, camni....

lelaki 1: awak... senyum cam gula-gula...
lelaki 2:  suka pose comel camtu kan? senyum tu... cute sangat...
lelaki 3: awak... kenal boleh?

and the list goes.....

eh.... tak boleh ke kamu tak pandang rupa? *kerut kening*

rimas bila kata-kata ini mula meniti... kerana itu muka ini jarang ditayang dengan perisa manis gula madu... rela tayang muka tepu sebab tak mahu jadi penyebab kepada ayat2 begini...

wanita itu perhiasan dunia... tapi, wanita juga fitnah dunia, tahu? dan saya tergolong sebagai wanita... berat...berat... *geleng kepala*

saya baru lepas khatam tangok 200 pounds of beauty... a'ah... filem korea tu...





dalam cerita ni, Kim Ah Jung jadi Kang Hanna untuk watak yang gemooks tu.. dan Jenny untuk Hanna selepas pembedahan plastik...

filem lama... saja ulang tayang tengok...

tapi, bukan saya nak buat review cerita ni kat sini... malah, kalau nak bandingkan saya dengan Kim ah Jung ni.. jauh pasak dari  bumi... jauh kuah dari mee... hehehe...

manusia memang suka yang cantik... yang comel... yang jelita... bukan setakat lelaki... perempuan pun sama juga...

dan atas sebab itu, ada yang sanggup buat apa sahaja untuk nampak cantik di mata manusia...

kalau kat Korea... pembedahan eyelids tu... dianggap bukan satu pembedahan plastik... malah, ada dikalangan mk ayah yang bgi ia sebagai hadiah untuk anak gadis yang graduate...

malah, Korea punya plastic surgery industry merupakan salah satu industri yang beri income terbanyak kepada perbendaharaan negara tersebut... malah, dikatakan, pembedahan plastik @ kosmetik di Korea dianggap biasa @ common thing...

tak percaya? cuba usha muka artis2 Korea... mulut, hidung, dagu, dahi, pipi, kaki... bukankah kebanyakannya nampak sempurna? malah, ada beberapa artis yang punya iras yang sama... kalau tak percay lgi... bandingkan gambar mereka sebelum dikenali hingga popular... jauh berbeza...

GILA KOSMETIK!!!

tapi, cukupkah dengan sekadar cantik? cukupkah dengan sekadar jelita?

saya pernah terdengar satu perbualan ini di kalangan gadis-gadis di sini ketika leka menonton TV smabil makan yogurt Nestle perasa Blueberry...

gadis1: cantikkan... jawline dia.. sharp kot!!!
gadis2: laaaa... nama pun Korea... of course laaa superb knife job die...
gadis3: weh... tak de laaa mahal sangat... ***,000,000 won je.... convert RM baru berapa riban...
gadis1: ni nak kumpul duit ni... buat jawline and cheeks job.. ko rasa ok tak?
gadis2: hmmm... jawline ko dah cantik laaa... bua nose job cukup...
gadis1: aku nak V line camni...

bla...bla...bla....


saya terdengar, ok? bukan curi dengar... dah diorang bercerita macam nak announce satu bilik yang diorang nak under knife... siapa tak tertarik hati nak saja-saja dengarkan? hehehehe...

taksubnya mereka dengan sesuatu yang bernama kecantikan... walhal.. apa yang Allah bagi tu... dah cukup cantik dah...

manusia ni.. hanya diberi rupa bentuk yang dilapisi kulit yang nipis... kulit itu kalau disiat... tetap nampak sosok yang sama.. putih tulang... tak ada rupa... kenapa kulit yang nipis tu juga yang dipandang?

sebab manusia suka kecantikan?

jangan jadikan ia alasan hingga ingin mencabar pemberian Yang Esa...

cantiknya manusia... terletak pada iman... pada akhlak... dan pada nilai diri...

apa guna jadi cantik... kalau sekadar ingin menjadi tayangan nafsu jahat syaitan bertopengkan manusia?

apa guna jadi jelita.... sedang hati lebih busuk dari bau bangkai?

perlukah kita cantik di mata manusia semata?

kenapa tak mahu cantik di mata Yang Maha Cantik itu?

ketuk pintu hati... tanya khabar iman kita hari ni...

manusia itu sudah cantik... samada hitamkah kamu... putihkah kamu... kuningkah kamu... kamu semua sudah cantik...

cantik itu subjektif...

teringat kta-kata motivasi dari seorang motivator terkenal... kita perlu percaya yang kita cantik supaya orang lain percaya bahawa kita cantik... pendek kata... sayangi diri sendiri dulu... barulah kita rasa kita cantik...

tak perlulah mengejar cantik di mata manusia... kalau hakikat kita langsung dipandang hodoh oleh Yang Esa...




p/s: sila tengok cermin... kamu memang cantik... ehhe~

2 ulasan:

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers