Selasa, Jun 14, 2011

RESILIA = Remaja Suci Daripada Zina, Mulia Dalam Agama...

Dilantik sebagai salah seorang Senior Trainerz Projek RESILIA...

Seperti tertera pada tajuk, RESILIA adalah singkatan untuk Remaja Suci Daripada Zina, Mulia Dalam Agama...

Projek ini dikendalikan oleh 5 buah kelab dari 13 buah kelab yang bernaung di bawah CENSERVE Team IIUM...

Projek RESILIA ini sebenarnya adalah satu usaha dari kami, pihak mahasiswa untuk mengurangi gejala zina dan kelahiran bayi tak sah taraf di Malaysia...

*Oh, bahasa ku sangat skema...*

Ok... kita tukar...

Sebenarnya, projek ini idea bersama... juga mendapat kerjasama dari seluruh warga CENSERVIAN...

Yelah, sangat menyedihkan bila melihatkan adik-adik kita di luar sana... yang terdedah dengan pelbagai fitnah akhir zaman...

Jadi, daripada duduk terperuk dan menuding jari kepada pelbagai pihak... Kami segera bangun dan mula menggerakkan kesedaran kepada adik-adik ini samada di peringkat rendah mahupun menengah...

Sedih, bila mengenangkan... Kebanyakan remaja kita, terutamanya yang berbangsa Melayu, umpama tiada arah dan pedoman... Malahan, mereka terus hanyut tanpa tahu jalan untuk kembali...



Cuba kamu taip perkataan Remaja Melayu... samada di carian Yahoo, Google, atau Youtube... Pasti yang keluar seperti di atas...

Hebat tak hebat remaja Melayu kita sekarang...

*geleng kepala...*

Kalau masih mahu mengharap pihak kerajaan, guru-guru, ataupun ibu bapa... sampai bila pun masalah ini tak berkesudahan...

Bukan apa... Kalau semua kemudahan yang disediakan oleh mana-mana pihak hanya terus menghanyutkan dan menjahanamkan bangsa sendiri... Kenapa kita pula terus-terusan mahu menuding jari?

Kenapa kita tidak ada tindakan sendiri mahu menangani masalah kronik ini?

Jangan hanya tahu meludah ke langit... sudahnya, air ludah itu, terus jatuh menyapa muka sendiri... bukankah buruk begitu...

Jadilah kita seperti anjing yang menyalak ke bukit... Cakap banyak-banyak... Usaha kosong tidak kelihatan...

Kerana itu RESILIA ditubuhkan... Kami tidak mahu jadi seperti si anjing atau si peludah...

Kami mahu bergerak...

Tapi, usaha kami ini perlukan sokongan orang ramai...

Terutamanya kamu di luar sana...

Kalau hanya setakat 100 orang berusaha untuk menerjah berpuluh juta penduduk Malaysia... Manakan mungkin dapat membanteras 100% masalah serius ini...

Namun, sekurang-kurangnya, ia mampu mengubah sedikit remaja... dan Insyaallah, dengan usaha yang berterusan, ia mampu menarik ramai lagi...

Kamu pun... Takkan mahu duduk sahaja...

Bergerak... Kalau kamu rasa remaja pelapis bangsa kita semakin parah dan tenat...

Mereka sakit dan kelelahan... Kerana itu kita perlu menghulurkan tangan supaya mereka tak terus lemas dan hanyut...

Jangan mengharapkan balasan atas usaha-usaha kita... Hanya Allah tempat penggantungan dan pengharapan... Insyaallah, ganjaran dari Nya lebih besar dari pangkat dan harta dunia...

Teruskan usaha murni dalam menaburkan keinsafan di hati insan... Jangan pernah lelah... Jangan pernah rebah...

Kerana... Cukuplah Allah bagi kita semua...


p/s: tiba-tiba entry panjang dan tak banyak gambar... huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers