di satu ketika...
mama: kalau ada mana-mana lelaki yang mahu kahwin dengan kamu... suruh lelaki tu datang rumah...
di saat yang lain pula...
abah: lelaki tu kena datang rumah dulu... abah nak interview... tahukah dia jadi imam... tahukah dia hukum-hukum nikah-kahwin ni... kang kahwin satu hal... cerai satu hal lain pulak... hukum ke mana... maruah ke mana...
mama
walaupun secara dasarnya, mama tampak garang... namun, hatinya selembut sutera... seboleh mungkin... si anak tak mahu dilepasnya ke tangan lelaki yang sia-sia...
abah
pertengkaran... pertelingkahan... perang mulut dengan abah... memang tak mungkin berkesudahan... tapi, sebaik mungkin, abah mahu dua anak gadisnya selamat dalam jagaan lelaki lain yang bakal bergelar suami...
***
sesi memujuk si adik yang bakal bergelar si manis 20tahun 29 disember ini, terus berlangsung... malah, akan berlangsung... supaya mama dan abah menerima kekasih hatinya yang hanya tua setahun darinya itu tanpa sebarang rasa prejudis...
*garu dahi*
a'ah... adik saya lebih advancee dari kakaknya ini yang sudah menjengah anak tangga 23... tapi, masih mengusung bangga status solo... huhuhu....
si adik membujuk kedua orang tua ini dengan pelbagai taktik...
*geleng kepala*
malah....sudah tidak sabar-sabar mahu bergelar isteri kepada si kekasih...
*ngeeee~ ngeri rasa tulis begini...*
saya bukan mahu bersikap taboo dengan tajuk ini... tapi...
*sumpah ngeri!!! tengok mayat kena gilis pun tak ngeri rasanya ketika membincangkan tajuk ini...*
bukan saya mahu terus solo...tidak!!!
*gila!!! siapa tak mahu kahwin? wink..wink..wink...*
tapi... *garu kepala... blushing...*
eh, merepek... kita kembali ke topik...
siapa tidak mahu berkahwin? diijabkabulkan... dinikahi lelaki yang bakal menjadi payung tempat berteduh dan berkasih-sayang? persoalannya...
saat kata-kata yang terlafaz oleh si wali... "aku nikahkan dikau... dengan..." itu kedengaran... maka,hampir rasmi kamu bergelar suami/isteri....
hinggalah... kata-kata itu disambut dengan "aku terima nikahnya..." maka, setelah disahkan oleh saksi-saksi yang bertauliah... maka kamu sah bergelar suami isteri...
tapi... betulkah kamu sudah sedia memegang tanggungjawab itu bersama?
berjanji, walau apa pun badai yang bakal melanda, kamu berdua tetap bersama dan saling percaya?
berjanji untuk menerima seadanya, baik buruk pasangan masing-masing dan belajar memberi dan menerima?
kalau jawapannya YA... TAHNIAH!!! semoga kamu bahagia hingga ke syurga....
andai jawapannya TIDAK... maka, harus kamu belajar semuanya....
kerana perkahwinan itu, bukan ikatan suka-suka... ia ikatan dua hati yang melengkapi satu dengan yang lain...
ia bukan ikatan sehari dua, sebulan dua, atau setahun dua...
ia ikatan yang kalau boleh hingga hujung usia...
yang selagi mungkin.... hingga rambut memutih, kulit kedut seribu dan jalan bertongkat... cintanya tetap untuk kamu... dan hanya memimpin tangan kamu dengan rasa kasih dan cinta yng tak pernah surut...
entry ini khas untuk kamu... bakal pengantin... juga untuk kamu... untuk menilai dan meneliti diri sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...