Jumaat, Julai 30, 2010

minda, akal dan hati...

ada tiga sahabat bernama minda, akal dan hati. mereka tinggal di satu tempat bernama tuan badan.

ketiga-tiganya saling bertelingkah, cuba memenangi satu sama lain. minda dan akal sering selari. namun, hati sering sendiri... minda dan akal sering menidakkan kata hati... namun, hati masih terus dengan sennyuman yang sering mekar berseri.

suatu hari, minda di dalam dilema. cuba menganalisa data baru diterima. akal sudah lama menyerah diri, gagal mentafsir data itu buat sekian kalinya.

hati menjenguk, mengintai, dan menelah...

"wahai tuan badan, kamu sedang marah..." suara hati, yakin.

minda gelisah. cuba menepis kata-kata hati.

"tuan badan, kamu tak marah, cuma kamu........" minda buntu tiba-tiba. hilang kata-kata.

"KELIRU..???" soal akal dengan kerutan hebat di dahi.

minda angguk kepala laju.

hati senyum nipis.

"tidak.... kamu sedang marah, sedih diperlukan sebegitu oleh sahabat sendiri..." suara hati cuba meyakinkan tuan badan.

minda geleng kepala.

"kalau tuan badan marah, tuan badan pasti akan berada di luar kawalan..." kata mind. masih cuba menafikan kata-kata hati.

hati senyum lagi.

 "tuan badan, gunakan minda untuk menyingkap tadbir kejadian..."

buat sekian kali, tuan badan akur dengan arahan dari hati. minda digesa untuk mengorek sejarah bersama akal....

tuan badan lelah. dia duduk di sisi katil. air mata mula mengalir...

"benar kata hati, aku sedang marah dan sedih..." kata tuan badan, menyeka air mata.

minda menambah pula, " kamu benar hati, tuan badan kecewa, dikhianati dan tidak dihargai..."

akal mencelah, "aku terlalu tepu dan penat hingga analisa ku semua tidak tepat..."

hati senyum.... tabahkan diri.... membesar hingga jadi kolam renang.....


^_^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers