"There is no position that so shakes the clarity of our judgement as anger. Things truly seem different to us once we have quited and cooled down." ~Montaigne~
saya diserang keserabutan yang dahsyat sejak buka sem ini... aduuuh!!!! walau berkali-kali menitip pesan pada hati agar sentiasa membesar seluas kolam renang... nmun, kenapa hati tetap degil ye?? (ehhe~ atau saya yang sudah makin jauh dari Yang Esa?) -menjulingkan mata-
kadang-kadang... saya kagum dengan mreka, kamu dan anda..(ada sesiapa follow saya ke? ngeee~) kalian masih mampu ketawa ria walaupun dilanda serabut menggila.. tpi, saya?? kerut di dahi sudah sebatu terlihatkan... raut wajah beku sudah sekilometer dipamerkan... (ya! saya meng hiperbola kan analogi...) saat-saat keserabutan jadi tepu dan berselirat dalam hati, akal, dan minda...
masih terus berpesan pada hati agar terus membesar.. sebesar padang golf sebolehnya... agar yang tepu jadi ria, yang sedih jadi tawa., yang pahit jadi cerita dan yang sakit jadi bahagia...
tapi... mampukah saya???
atau... mahukah kalian menemani saya???
menelusuri...
menjalani...
mendepani...
menghayati....
dan mendefinisikan keserabutan ini menjadi satu mitos dongeng yang hanya rapuh tanpa bukti....
mampukah saya???
atau sediakah kalian menemani saya???
saya benar-benar perlukan insan yang bergelar...
kawan...
sahabat...
teman...
penasihat...
pelindung....
dan penjaga...
sudikah kalian???
atau...
sudikah hati saya???
jeda.... jawapannya masih kabur....
p/s; tak tahu kenapa dengan diri sendiri... YA!!! cik Syafiqah mengalami keserabutan yang mengarut!!!
Jumaat, Julai 30, 2010
antara senarai keserabutan malam ini.... (part 1)
1) melihat senarai panjang kawan2 yang mula melangkah ke status baru... tak kisah laa samada yang seusia, lebih tua atau lebih muda... dalam hati?? wohohhohhho... takutnya saya.... andai terjemuh tiba2.... dipaksa atau terpaksa melepaskan status bujang ini dalam masa terdekat ini... jawapannya... saya mau langkah seribu batu jauh... meninggalkan tanggungjawab itu... TAK MAMPU!!!! besar sangat amanah tu... walhal diri sendiri pun xbegitu terurus.... huuhuhuhuhu....
2) sahabat baik?? saya tak perlu seorang sahabat baik yang ternyata sebenarnya dia musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, etc, etc.. saya juga tak perlukan sahabat baik yang hanya di mulut tapi tidak di hati... saya juga rela menghilangkan diri terus dari mereka yang mengaku sahabat baik... namun, saat fasa diri mula melonjak ke fasa hidup yang penting... diri ini yang bergelar sahabat baik dijemput bak ayam diberi makan.. diajak bak tak mahu dijengah... saya tak perlukan simpati dan saya bukan persinggahan....
3) hari raya... tak punya hati... tak punya daya... tak punya minat... tak punya kuasa... hari raya tetap sama untuk hampir 6tahun yang lalu... hari raya tetap sama.... begitu... begitu jua... kemaafan yang diharap tak pernah kunjung tiba... kemarahan yang tak pernah surut...kami di tengah-tengah yng tersepit... tak tipu!!! rindu nak buat ketupat palas dengan sepupu2.... rindu nak sembelih ayam kampung, bersihkan, disiang, dan dirempah untuk rendang dengan sepupu2... rindu keriuhan malam akhir ramadhan bersama sepupu2... rindu bersalaman dengan ayah lang, mak lang, pak andak mak andak, pak ngah, mak ngah, pak utih, mak utih, pak anjang, mak anjang.. rindu mahu bermaafan bersama fahimah, anisah, adibah, fatini, amira, nasuha, liyana.... kalian tetap dalam ingatan sepanjang 6thun ini... kita dekat... tapi, kenapa begitu sayup dan jauh.....???
4) adik madu kata, saya kakak dia... adik mery go round pulak pendengar setia bebelan yang merepek2 keluar dari mulut ini.... kakak bunga ros pernah kata suka kawan dengan saya... hakikat... saya ni... di sekolah dulu... tiada siapa mahu kawan... melainkan mereka itu dari dorm saya... atau berani mendekati saya yang sering kelihatan kerutan seribu di dahi... dengan mulut yang sering terkunci... iyalah... mulut hanya berbunyi bila suaranya mahu didengari... hingga terpaksa diminta berhenti... saya yang sering menangis tiap malam di hujung katil... saya yang sering dilabel poyo dan syok sendiri... sayalah itu... maka, saya tetap bermuka pelik bila ada insan kini mula menyumbatkan telinga dengan mengatakan saya baik dan sebagainya... kerana saya biasa disogokkan dengan yang negatif sahaja....
5) modul... modul... modul... amanah... taanggungjawab... BUNTU!!!! sumpah!!!! dari 3tahun lepas mendengar kata2 ini.. serasa mahu dimuntah-hijaukan segala... come on laaa.... wake up everyone... korang bukan kecil-kecil orag nak disogokkan satu-satu semua dan segala... oh!!!! it's already late for everything???? nonsense talking!!!! dah kalau tak pernah nak cuba... mana datangnya pulak terlambat atau tertinggal stesen ni?? tak faham betul!! bila ditanya... "kak sya... everthing ok!!!" OK laaa sangat kalau dah macam keretapi hilang 10 gerabak je gayanya... ditegur... masing-masing tunjuk besar kepala konon, dah cukup hebat... konon ilmu dah tinggi melangit.. yelah... siapalah sayakan... penasihat tak bertauliah je pun... bukan orang pointer tinggi dengan tafsir dan hadith sentiasa meniti di bibir macam kalian kan??? apa ada pada unit ini?? kalian kan dah cukup hebat?? hingga adik-adik dibiar tanpa kasih dan sayang yang sewajarnya.... TAHNIAH!!! sila jawab di peperiksaan akhirat nanti... bersaksikan janji yang terpatri... sabar ye....
p/s; banyak sangat dlm kepala... 5 ni... mukaddimah je... lalalalalalal~ tetap senyum sebab... dah ajar diri untuk tak mengalah... mungkin...???
^_^

minda, akal dan hati...
ada tiga sahabat bernama minda, akal dan hati. mereka tinggal di satu tempat bernama tuan badan.
ketiga-tiganya saling bertelingkah, cuba memenangi satu sama lain. minda dan akal sering selari. namun, hati sering sendiri... minda dan akal sering menidakkan kata hati... namun, hati masih terus dengan sennyuman yang sering mekar berseri.
suatu hari, minda di dalam dilema. cuba menganalisa data baru diterima. akal sudah lama menyerah diri, gagal mentafsir data itu buat sekian kalinya.
hati menjenguk, mengintai, dan menelah...
"wahai tuan badan, kamu sedang marah..." suara hati, yakin.
minda gelisah. cuba menepis kata-kata hati.
"tuan badan, kamu tak marah, cuma kamu........" minda buntu tiba-tiba. hilang kata-kata.
"KELIRU..???" soal akal dengan kerutan hebat di dahi.
minda angguk kepala laju.
hati senyum nipis.
"tidak.... kamu sedang marah, sedih diperlukan sebegitu oleh sahabat sendiri..." suara hati cuba meyakinkan tuan badan.
minda geleng kepala.
"kalau tuan badan marah, tuan badan pasti akan berada di luar kawalan..." kata mind. masih cuba menafikan kata-kata hati.
hati senyum lagi.
"tuan badan, gunakan minda untuk menyingkap tadbir kejadian..."
buat sekian kali, tuan badan akur dengan arahan dari hati. minda digesa untuk mengorek sejarah bersama akal....
tuan badan lelah. dia duduk di sisi katil. air mata mula mengalir...
"benar kata hati, aku sedang marah dan sedih..." kata tuan badan, menyeka air mata.
minda menambah pula, " kamu benar hati, tuan badan kecewa, dikhianati dan tidak dihargai..."
akal mencelah, "aku terlalu tepu dan penat hingga analisa ku semua tidak tepat..."
hati senyum.... tabahkan diri.... membesar hingga jadi kolam renang.....

Jumaat, Julai 23, 2010
kerana AKU adalah SYAFIQAH!!!
diburu persoalan yang hampir sama sejak kembali berblogging...
1) adakah awak seorang penulis?
2) awak ni, baru 23, apsal ayat cam mantap sangat?
3) cik Syafiqah... bahasa biar tulus mulus... xperlu bunga-bunga... kita zaman straightforward sekarang ni...
dan yang sewaktu dengannya...
ohho... jawapan kepada persoalan yang menyerabutkan kepala sekalian yang bertanya adalah;
kerana AKU adalah SYAFIQAH...
^_^
1) cik Syafiqah memang bukan seorang penulis... (tapi, pernah bercita-cita... malah terus bercita-cita)
2) cik Syafiqah pencinta bahasa Melayu... kalau buku sastera tu, satu malam pun boleh habis baca... ( kalau bukan kita sendiri yang menaiktarafkan Bahasa Melayu kita, siapa lagi? lagipun, tak adalah orang-orang DBP pening kepala dengan kosa kata anak-anak bangsa sekarang yang di Manglish kan...)
3) saya memang diajar dan mengajar diri saya menggunakan bahasa yang buat org berfikir bukan pada rantingnya sahaja, malah terus pada akarnya sekali... (sekurang-kurangnya, otak manusia yang besar dan penuh dengan urat, saraf dan neuron tu digunakan sepenuhya... tak adalah istilah kufur nikmat, kan?)
cukup kot 3 sebab itu ntuk menjawab sekalian persoalan...
ehhe~
saya tetap seorang SYAFIQAH walau dari sudut mana pun, anda melihat, menilai dan menghakimi saya...
p/s: cik Syafiqah kadang-kadaang pun ada kesalahan tulisan. jadi, buat tak nampak sahaja...

yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang...
selesai menikmati makanan... ehhe~ selepas pulang dari usrah INSPIRE... tajuk malam ini amat menarik... Nisfu Sya'aban... kupasan oleh Naim-shi... memang menarik... lari dari kebiasaan biasa... malah dia buat semua hadirin buka mata dengan masalah yang sedang menimpa umat Nabi Muhammad s.a.w. kini...
kata-kata aluannya, dimulakan dengan sepotong peribahasa Melayu... yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang... kata-kata ini ditujukan kepada kita... khususnya golongan mahasiswa.. almakumlah... kita dihujani dengan pelbagai lambakan media dan elektronk...maka, ramai yang mengaku sudah punya cukup ilmu di dada, dengan hanya menatap buku dan iternet, 24jam tanpa henti.... lagi sekali... yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang...
ILMU itu, perlu dicari (kata Naim-shi...)... setakat menghadap buku dan internet... belum tentu ilmu itu penuh mengisi dada... (angguk kepala 2kali...) kerana itu, ilmu itu ibarat yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang...
siapa setuju angkat tangan??? (tinggi-tnggi tangan di angkat... menyetujui soalan yang diajukan...)
Ya... sepatutnya, manusia yang sedar diri, semakin banyak ilmu, semakin dia merasa diri begitu kerdil... hingga terasa semakin dahaga untuk mencari ilmu... (kata-kata dari seorang ustaz... samar2 rasanya isi huujahnya ditelinga... ehhe~)
malah, menurut Naim-shi lagi... Ilmu itu perlu terus dicari gali, untuk mendapat berkat... dan ulama' yang tersohor satu ketika dulu, kerana cinta mereka yang terlalu mendalam untuk menggali ilmu Allah, ada yang wafatnya jauh sekali dari daerah kelahiran. kerana kecintaan terhadap ilmu yang megakibatka mereka merantau ke serata ceruk dunia... berguru dengan mereka yang benar-benar ahli...
Hebatkan? Kita???
(garu kepala... pergi ke kelas pun kadang2 malas... ya... saya menujukan kepada diri sendiri...)
okay... berbalik pada tajuk usrah malam ini.... saya ingin berkongsi sedikit nota yang saya tulis sepanjang sejam setengah di ADM TR 15 yang sangat sejuk penghawa dinginnya malam ini...

Kelebihan Nisfu Sya'aban:
1) Malam pengampunan
- Allah mengampunkan dosa2 hambanya
- DIA membiarkan orang2 yang hasad, kafir dan munafik
- Malam inii membawa berita gembira, supaya kita berusaha membaiki akhlak
2) Malam mustajab doa
- Segaala permintaan hamba-Nya akan dimakbulkan sekiranya berdoa dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.
* keistimewaan umat Nabi muhammad s.a.w.
- umat Rasulullah diberi keistimewaan kerana mereka hidup secara berjemaah.
- cukuplah seorang antara mereka yang duduk berjemaah itu, hatinya paling ikhlas ketka berdoa, maka Allah akan menjadikan ia sebagai sebab untuk mustajab doa....
3) Malam ke-2 mulia selepas Lailatul Qadar
- kerana telah diberitahu bila Nisfu Sya'aban itu
4) Pertukaran kiblat umat islam
- pada siang Nisfu Syaaban itu, berlakunya pertukaran kiblat umat Islam dari masjidil Aqsa ke Masjidilharam.
*Pengajaran dari pertukaran kiblat ini:
i) umat islam tidak menyembah berhala
ii) umat islam hanya menyembah ke arah kiblat yang satu sahaja
iii) menunjukkan jati diri umat islam itu sendiri
** Rasulullah s.a.w. tidak mahu umat Islm sama dengan kaum lain (Yahudi & Nasrani) yang berkiblatkan Masjidil Aqsa.
*sekadar ingin berkongsi ilmu yang sedikit...
p/s: cik Syafiqah cadangkan, buat rujukan dan tanyalah ustz untuk sebarang kekeliruan yang timbul... berguru biar pada tempat dan molek congakannya.. tidak semua orang boleh bercakap persoalan agama tanpa ilmu yang tepat dan padat di dada...
Khamis, Julai 22, 2010
instead of making things complicated... i choose to make things different....
yeah!!! memilih untuk membuat sesuatu yang lain... memilih untuk tidak bercakap dengan banyak.... memilih untuk berdiam diri bila tidak ditanya... itu pastinya lebih baik, kan?
ehhe~
puas air mata ditahan sepanjang pencarian deposit maybank semalam... dari putra... saya menghntar sms pada seorang adik yang sudi menjadi teman setia dan mahu mengaku saya kakaknya....
when strangers are like family, and family are like strangers....
kata-kata itu dikutip dari tulisan Hlovate, sewaktu tuisannya di Rooftop Rant...
erti, makna disebalik sepotong kata-kata itu, ibarat menghiris hati... lantas, air mata memang tak tertampung lagi...
Trisy rasa tersingkir dalam familinya... seorang Syafiqah ini begitu juga...
Trisy dilambakkan dengan harta bukan kasih sayang... seorang Syafiqah ini sama jua keadaannya...
Tapi, Trisy punya Jade yang mahu menjaga dan melindunginya.... seorang Syafiqah punya siapa untuk menjaga dan melindunginya, Ya Allah...???
soalan yang tak punya jawapannya...
sekali lagi, menyingkap langsir kuning, mencari kerdip bintang di langit... kosong....
Bintang itu bukan untuk aku....
^_^
p/s: jangan pelik dengan entry ini... cik Syafiqah sedang memujuk hati sendiri...

Selasa, Julai 20, 2010
dunia oh dunia....
bila agama ditadbir tangan durjana....
dunia oh dunia...
bila agama dinilai dengan harta...
dunia oh dunia...
bila hati jadi rawan tidak keruan...
dunia oh dunia...
bila si gila mengajar si waras...
dunia memang gila...
manusia mengadu domba...
saudara dilanyak tanpa rasa...
musuh ditatang dengan pangkat dan harta...
yang hak dibiarkan dengan si buta...
yang batil diuruskan dengan gila...
dunia memang sudah tua...
menanti masa untuk diremuk reda....
sementara menanti bala....
mari bersama kita berhiba...
dengan nasib manusia yang semakin gila...

coretan hati...
bila tangisan yang pada asalnya hanya ibarat titis hujan renyai.. menjadi titis hujan lebat yang meniti di pipi...
bila suara insan tersayang... berbeza benar intonasinya di hujung talian tatkala bercakap dengan diri ini... intonasi yang menekan... yang sinis... yang menyakitkan... berbeza bunyinya bila intonasi lembut, penyayang, nasihat dan kasih sayang yang terlontar untuk halwa telinga adik2...
bila, aku si anak sulung.... dilayan seolah makhluk asing E.T dari planet Pluto...
bila aku, si kakak sulung.... diperli sebisanya oleh adik sendiri....
bila aku, si anak sulung.... yang dipandang rendah hati dan jiwanya...
nyata... aku sendiri... tangis yang menghujani hati dan pipiku... sekadar boleh terluahka dengan bait kata-kata ini...
cukuplah ALLAH untukku...
*cik Syafiqah sudah hilang kata-kata...*

Isnin, Julai 19, 2010
Amanah + tangungjawab = Anugerah
ketika membelek buku yang bakal di bagi pinjam pada seorang dong-seng SARJANA yang turut sama menyemai keringat di taman ilmu dan budi ini, saya.... GAMAM....
YA!!! GAMAM....
membelek kertas putih berlipat cantik yang terselit di celah buku...
kepala surat rasmi itu ditatap... lama... terasa bumi yang dipijak terhenti waktunya buat dua saat pertama...
KARISMA CLUB UIAM (kini INSPIRE CLUB)
Appoinment As Management Board of KARISMA CLUB 09/10
Position: Advisor training and Module Coordinator...
dalam gamam mata masih menatap nama yang tertera...
Syafiqah binti Sham...
YA!!! sayalah tuan punya sebaris nama itu....
rasa terhenyak seketika.... tapi, cuba dikawal... kunci bertanda hijau dicapai, sambil tangan memeluk erat buku yang ingin diberi kepada dong-seng... meninggalkan surat rasmi itu jeda seketika di atas meja...
sempat menukil senyum (walau dalam hati ada rasa yang tak terertikan...)... bilik dong-seng yang hanya satu tingkat di atas dijengah seketika....
kembali ke bilik sendiri... masih dengan mamai hati.... mula membelek sejarah hati yang... tak tahu bagaimana mahu diertikan rasanya saat ini...
mengisi ruang taman ilmu dan budi ini dengan niat melarikan diri... pelarian yang diharap dapat membina kembali diri yang terasa sangat sepi.... melangkah jauh untuk cuba gembirakan hati sendiri yang ditikam bertubi-tubi sepanjang di SARJANA... mula mencari teman.... namun, dalam keadaan yang sangat berhati-hati... kepercayaan itu amat mahal untuk diberikan kepada sewenang-wenang manusia...
mula merenung kisah silam.... menjengah di minggu pertama di sini... ya!!! bertempat di ECONS... mendaftar diri tanpa berfikir panjang dengan kelab ini... KARISMA CLUB...
dipanggil untk sesi interview... mengadap wajah 2 orang kakak senior yang bergelar trainers.... kemudian diterima... mengikuti mass gath (kini ijtima').... basic training.... kemudian, AIT....
ya... kenangan-kenangan itu mula menjengah.... dari seorang yang punya hati sekecil kuman... kemudian, mula belajar membina hati menjadi seluas kolam renang... kemudian seluas padang bola... (masih belum mampu
untuk seluas padang golf...) saya kembali menyingkap satu-satu kenangan di kotak minda....
bersama training unit di tahun ke-dua bersama KARISMA... saat ditabal menjadi trainers... ada rasa yang berbaur dan berselirat... setahun memegang jawatan ini... saya masih buntu mencari jawapan pada sebuah kata yang bernama TANGGUNGJAWAB...
tahun ke-tiga.... perlantikan yang terlewatkan... mungkin untuk sesetengah tampuk kepimpinan saat itu, ia hanya mengisi tempat yang dibiarkan kosong... maka diiringi mesej ringkas (sms) di telefon bimbit.... mengatakan saya mula mengalas jawatan ADVISOR TRAINING & MODULE 2....sekali lagi ada senyum nipis di bibir...
tanpa sedar... ini tahun ke-empat... jawatan ini masih disandang... tapi... dengan satu rasa yang kini menggerunkan hati...
YA!!! tiga tahun mencari jawapann untuk sebaris kata yang dipandang enteng sesetengah insan.. TANGGUNGJAWAB....
TANGGUNGJAWAB = Tanggung di dunia + Jawab di akhirat....
cik Syafiqah ini mengalami saat2 kerapuhan hati ketika ini... hati yang jadi kosong setelah ditebak dengan pelbagai rasa... hati yang jadi kaku... setelah sekian lama dibius dengan ubat pelali untuk menahan rasa sakit yang sering datang menghiris...
YA.... air mata mula meniti di tubir mata....
"cik Syafiqah, kamu harus jadi kuat!!!" entah berapa kali minda bawah sedar membisik kata-kata ini ke dalam hati sendiri... maklumlah... saya hanya punya diri sendiri dan Yang Esa sahaja untuk memujuk dan memberi kata semangat pada diri sendiri...
cuba untuk kuat... tapi, kalah dengan sakit di hati yang dirobek kejam suasana sekeliling...
cuba untuk tabah... tapi, tewas dengan air mata yang mula deras ke pipi saat ini...
"aku berdiri di gelanggang ini... untuk satu nama yang ku junjung hingga hujung nyawa.... dan aku perlu memujuk hati sendiri untuk terus sabar mengharungi duri dan onak ini...." cik Syafiqah mula bersuara pada diri sendiri...
Amanah + Tanggungjawab = Anugerah.....
YA... harus bersyukur.... kerana setidak-tidaknya... DIA yang dikasihi dan dicintai sepenuh hati itu memilih saya sebagai salah seorang dari sekian banyak hambanya....
saya harus menginsafi diri... kerana setidak-tidaknya... saat rebah dalam tangisan sendiri... surat-surat cinta yang dititip kepada Rasulullah sebagai bekalan hambaNya itu, memberi sejuta kekuatan untuk diri ini mengharungi hari yang berliku....
YA... setidak-tidaknnya.... Anugerah yang satu ini... diberikan sejalur cahaya indah dalam seribu kekalutan duka yang diiringinya dalam setiap langkah.... setiap kesakitan itu... punya hikmah yang indah... agar tak hanya mengingatinya saat jatuh... tapi, dalam setiap helaan nafas... DIA harus ada...
ALHAMDULILLAH... kurniaan dalam luka... itu yang terindah...
p/s: memujuk hati sendiri... amanah itu anugerah...
terus membina impian... kerana dengan impian kita akan terus mencuba....

mencari warna seindah pelangi....
pelangi itu, indah kan? cantik dipandang... ibarat lukisan di kanvas... selepas hujan yang trun membasahi bumi... pelangi muncul menampakkan diri... diiringi ssinar matahari... cantik dan indah... buat seketika... manusia dihimpit rasa bahagia yang tak terluahkan dengan kata-kata... subhanallah... hanya itu yang meniti di bibir mereka yang beriman dan bersyukur...
ehhe~ bukan mahu bermadah pun... saya tak pandai bermadah... sekadar... pemberitahuan bahawa saya peminat setia pada ciptaan ALLAH itu... pelangi dan bintang... 2 ciptaan allah yng mampu membuat seorang Syafiqah in tersenyum tanpa sebab...
kalau ikut kepercayaan sesetengah masyarakat... pelangi merupakan simbol cahaya yang dihulurkan dari syurga untuk mereka yang meninggalkan dunia untuk meneruskan perjalanan mereka... kelakar??? tapi, itulah fakta. tak pasti dari mana saya terbacakan kisah ini, tapi, ia lekat di kotak fikiran saya hingga hari ini...
*senyum nipis*
kita semua ingn bahagia... namun, tak semua yang indah itu bahagia sifatnya... pelangi itu indah... namun, keindahan itu merupakan satu pengorbanan dari sejalur cahaya yang diserakkan warnanya kepada 7 spektrum.... jadi, moralnya... pengorbanan membawakan kepada kebahagiaan.... mungkin bukan pada kita... tapi kepada insan di sekeliling kita...
kadang-kala... menjadi lilin itu perlu... membakar diri untuk menerangi kegelapan. namun, biarlah pada tempatnya...
kadang-kala.... jadi keras umpama batu itu perlu. suapaya kita tidak lut dengan kata-kata yang memberi kesan negatif pada diri kita...
kesimpulannya.... walau seperti apa pun kita... walau seibarat apa pun kita.... pastikan, ia memberi kesan yang positif pada diri sendiri.... lebih penting pada insan sekeliling...
kerana kita punya satu daya... satu corak ... pelbagai warna di tangan kita untuk mencantkkan dan mengindahakan suasana sekeliling kita....
impian itu indah...
bermimpi jangan sampai jadi angan-angan...

Langgan:
Catatan (Atom)