Selasa, Mac 15, 2011

Iktibar dari Pak cik Kamal...

Kenal tak Pak cik Mustafa Kamal Attartuk?

Siapa Pak cik ni?

ok, untuk kamu yang tak tahu, inilah dia Hamba Allah yang bertanggungjawab menggulingkan Khalifah terakhir dalam sejarah pemerintahan Khalifah Islam. Pak cik ni juga bertanggungjawab menjadikan Turki sebuah negara sekular sejak 79tahun yang lalu...

*Kalau nak kenal Pak cik ni dengan lebih lanjut... sila google... jangan malas, hokey...*

Saya mahu re-post semula post lama dari blog yang dulu... (post 2 ogos 2006)


Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher
dan topi(sesuai dengan kehendak barat). 

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah
menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara. 

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak
cenderung kepada pakaian moden." 

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh
bandar Turki. 

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian
dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat. 

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja. 

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin. 

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin. 

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila
salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?"
oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan"
beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. 



KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN 

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :



1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal
seluruh badan. 


2. Sakit jantung.
 

3. Penyakit darah tinggi.
 

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan
kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.


Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam
selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa
panas tak hilang-hilang. 


Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu
tetapi beliau hilang ingatan. 


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
 

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang
meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa
ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). 


Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun(sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. 

Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam
dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah
batu marmar.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan
bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal
Atartuk!"


Adakah akan wujud manusia yg sama sifatnya dgn Fir’aun mahupun Mustafa
Kamal Attartuk dimuka bumi Allah ini?Wallahua’lam (Hanya Allah sahaja yang
Maha Mengetahui). 


Wassalam.Sekian.


sumber dari @Laman naeim

Semoga perkongsian yang tak sebarapa ini, memberi manfaat dan iktibar buat kita semua...

Pangkat dan Harta tak menjamin Redha dan syurga Allah Yang Maha Esa... Andai syariat dan ketetapannya bukan keutamaan kepada kita...

Sudahlah menzalimi umat...Ditambah pula dengan dosa kufur... Na'uzubillah...

Isnin, Mac 14, 2011

Lambang Cinta...

Kalau lukis lambang cinta... adakah ia menandakan hati berbunga cinta pada si lawan jantina?

Kalau lukis lambang cinta... maknanya, saya sedang dilamun cinta?

Kalau lukis lambang cinta... ia menyalahi tuntutan agama?


Aduh!!! dangkalnya kamu, wahai guru....

Aduh!!! ceteknya pemikiran kamu, wahai si pendidik....

Aduh!!! sempitnya hati kamu, wahai ustazah....

*sigh*

Rasa mahu terduduk dan menangis tersedu-sedu... disulami tawa kuat bagai si gila saat menghadapi situasi di atas... tapi, apa yang mampu terluah... pandangan kosong dengan hati yang semakin sebal dan meronta mual...

*gila!!! ada ke orang menangis tersedu-sedu sambil ketawa berdekah-dekah? mungkin ada.... tapi, di wad gila....*

*haishhh~*


Tak pasti untuk kali yang ke berapa... tapi, kali ini, rasa sebal itu tertinggal di hati sejak balik dari program Sabtu lalu... Sebal... Mual.. Dangkal...

Kenapa begitu cetek pemikiran mereka? Lambang cinta untuk si kekasih sahaja?

Bayangan wajah sayu adik-adik yang nyata kurang kasih dan perhatian itu terus berlegar di ruang pemikiran... Apatah lagi sewaktu sesi "Seni sebagai Terapi" berlangsung... Mereka termangu-mangu... Takut melakar warna di kertas... Takut disalah ertikan oleh si penjaga rumah amal...

adik 1; nak lukis 'love'... tapi, nanti kena cop pulak...
saya; lukis je laaaa... siapa mahu marah?
adik 1: nanti ustazah marah.. dia fikir bukan-bukan...
adik2: nanti dia kata kitorang gatal, kak...
saya: huh? (rasa sebal dalam hati datang bertimpa)

Lukis lambang cinta... diistilahkan sebagai gatal? 

Lukis lambang cinta... diistilahkan sebagai gedik?

Lukis lambang cinta... itu satu  kesalahan?

*tunduk... menggelengkan kepala*

Sebal... sangat sebal... berhari-hari memujuk hati agar melupakan peristiwa ini... Namun, nyata... sisanya kuat mencengkam hati...

Cinta hanya boleh diungkap pada yang lawan jantina sahajakah, wahai ustazah?

Cinta hanya untuk orang dewasa sahajakah, wahai ustazah?

Cinta hanya atas keperluan nafsu sahajakah, wahai ustazah?

Dangkal!!!! Cetek!!!! Jelek!!!!  Pelik!!!!!

Golongan seperti cik ustazah dan en ustaz inilah yang menyempitkan definisi Cinta...Hingga cinta yang ada dalam kepala si anak kecil hanya cinta atas tuntutan nafsu... yang keperluannya adalah untuk si lawan jantina.. dan hanya layak untuk si dewasa yang nyata gatal mahu berkahwin dan melepaskan keinginan nafsu itu!!!



*marah*

Habis... Pada Allah... tak perlu cinta?

Habis... Pada Rasululah s.a.w. tak perlu cinta?

Habis... Pada ibu, ayah... tak perlu cinta?

Habis... Pada guru... tak perlu cinta?

Habis... Pada teman... pada saudara... pada umat... pada Islam... TAK PERLU CINTA?


Dangkal!!!! Cetek!!!! Jelek!!!!  Pelik!!!!!

*Tambah satu lagi... Dungu!!!*

*kemarahan yang kian menyala... perlu disiram dengan air wudhu.. solat dulu...*

marah itu api... api itu syaitan... jadi, lawan ia dengan air... air = wudhu...

sambung balik...

Betapa sempitnya pemikiran mereka... Hingga, bilamana persembahan para Fasilitator yang terselit perkataan Cinta juga ditala dengan pandangan jengkel...

Ustazah dan ustaz... sila dengar lirik dengan betul...

Cinta pada Allah...
Cinta pada Rasul...
Cinta Ibu Ayah, Guru dan Rakan...

Sudah terang lagi bersuluhkan mesejnya? Adakah terselit Cinta pada si kekasih di situ?

Tidak... Tidak... Tidak...

Kenapa menyempitkan minda, akal dan hati? Kenapa hingga dibutakan mata dan  dipekakkan telinga?


Ustazah: Haa... lukis cinta-cinta pula... (muka jelak)
Cikgu F: Cinta itu universal, ustazah...
Ustazah; budak-budak ni bukan boleh percaya.. (menatap tepat ke wajah saya)
Saya; (senyum... dalam hati ada rasa mual..)

Terang-terangan si anak kecil melukis lambang cinta yang diiringi tulisan Allah, Rasul, Ibu ayah, dan diri sendiri... Apakah perlu disua tepat ke muka hingga nampak yang hakikat?

Adik 1; kan dah agak dah.. (sambil menoleh ke belakang... bimbangkan kelibat si ustazah)
Saya: Alah~ kamu bukan salah pun... kan dah tulis macam yang akak cakap tadi...
Adik 2: duduk di sini, sedih... semuanya tak kena... tahulah, kami anak yatim... (mencebik)
Saya; (terkedu... sambil mengusap kepala si adik... menahan air mata)

Sungguh... Rasa sebak dengan pernyataan si adik... Mahu melukis lambang cinta pada si ayah dan ibu pun, ibarat satu dosa yang tak terampun... Kenapa harus didera hati anak-anak yang sedang mencari diri itu?

Kalau sejak dari mula disogokkan Cinta itu hanya pada yang berlawanan jantina... Pasti mereka hanya akan percaya yang itu sahaja... Bakal terkeliru nanti bila disuruh mencari Cinta yang lain....

Cinta itu kan luas... Kenapa disempitkan definisinya, wahai ustazah?

Cinta dan hati itu milik Allah... jadi, adakah kamu menidakkan fitrah dan rahmat yang Allah berikan atas lambang Cinta dan kasih sayang-Nya kepada kamu?

Tepuk dada... Tanya khabar hati kita hari ini...






PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers