Handzalah - Lirik Lagu Rabbani
Relakanlah perpisahan kita ini
Iringailah pemergian daku nnti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah genang airmata kasih
Senyuamanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istama taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslilin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Demi Islam ditegakkan
Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi
Relakanlah perpisahan kita ini
Iringailah pemergian daku nnti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah genang airmata kasih
Senyuamanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istama taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslilin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Demi Islam ditegakkan
Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi
*****
Saya suka mendengar lagu ini... Sejak mula-mula lagi ia dikeudarakan... Malah, kisah tentang Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Handzalah ini... antara topik yang popular juga di zaman sekolah dulu...
Siapa Handzalah?
Handzalah merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan jurutulis dan nama penuhnya ialah Abu Hanzalah bin Ar-Rabie...
Semasa Perang Uhud meletus, beliau baru sahaja dinikahkan... Oleh itu, Rasulullah s.a.w. mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan...
*Perang Uhud itu apa? Sila google atau rujuk buku Sirah... Jangan malas...*
Namun, sudah dasar pejuang... Sebaik sahaja terdengar gendang perang yang dibunyikan 'full blast'... sebagai seruan untuk kaum Muslimin keluar berperang... Hanzalah terjaga dari tidur... Segera dicapai baju perangnya setelah mendapat berita dari seorang sahabat bahawa tentangan yang dihadapi oleh kaum Muslimin di medan perang begitu hebat...
Hanzalah meninggalkan isteri yang baru dinikahinya di malam pengantin... Tanpa sempat mandi junub...
*Full blast??? Of Course... nak kamu bayangkan betapa kuatnya paluan gendang perang itu... ehhe~*
Pertempuran sengit berlaku... Bayangkan dengan imaginasi kamu yang tinggi itu... Panahan anak panah bersimpang-siur... Kilasan pedang di sana sini... Tombak, Lembing... apa sahaja senjata yang digunakan bergemerincing kedengaran... Menandakan, kaum Muslimin dan Musyrikin bertempur sengit...
Ramai dari kaum Muslimin yang gugur syahid akibat serangan hendap dari Musyrikin... Dan, salah seorang yang turut sama dilimpahkan rahmat syahid itu adalah Hanzalah... yang syahid dalam keadaan junub...
Maka Rasulullah s.a.w. pun melihat jenazah sahabatnya itu dimandikan para malaikat seperti yang diriwayatkan di dalam sabda baginda:
“Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”
Para sahabat terpinga-pinga... Abu Said Saidi lalu, segera pergi melihat jenazah sahabat mereka itu...
Wajah Hanzalah tenang... Dan, dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turut...
Sesungguhnya, Allah dan Rasulnya itu, benar...
Subhanallah...
*****
Bakal adakah lelaki seperti Hanzalah ini? Mungkin... Tapi, ibarat mencari manik yang jatuh berderai di celahan pasir...
Sedangkan diajakkan Subuh di masjid pun... Boleh ditarik selimut membungkus badan hingga kepala... Apatah lagi seruan perang saat indah mengulit isteri...
*Oh... maaf... saya pun tertembak diri sendiri... Aduh!!!*
Betul tak???
Jangan toleh kiri kanan... Angkat bahu... Atau menjungkitkan mata...
Tanya hati... Apa khabar iman kita hari ini...
Pamit dulu... Mahu 'dating' dengan Yang Maha Kaya dan Maha Cantik serta Maha Lembut itu... ^___^
p/s: entah kenapa sibuk nak tulis entry berbaur tazkirah begini... Penangan dengar lagu nasyid seminggu ini agaknya... hahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...