Selasa, Mac 15, 2011

Iktibar dari Pak cik Kamal...

Kenal tak Pak cik Mustafa Kamal Attartuk?

Siapa Pak cik ni?

ok, untuk kamu yang tak tahu, inilah dia Hamba Allah yang bertanggungjawab menggulingkan Khalifah terakhir dalam sejarah pemerintahan Khalifah Islam. Pak cik ni juga bertanggungjawab menjadikan Turki sebuah negara sekular sejak 79tahun yang lalu...

*Kalau nak kenal Pak cik ni dengan lebih lanjut... sila google... jangan malas, hokey...*

Saya mahu re-post semula post lama dari blog yang dulu... (post 2 ogos 2006)


Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher
dan topi(sesuai dengan kehendak barat). 

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah
menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara. 

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak
cenderung kepada pakaian moden." 

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh
bandar Turki. 

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian
dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat. 

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja. 

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin. 

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin. 

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila
salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?"
oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan"
beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. 



KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN 

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :



1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal
seluruh badan. 


2. Sakit jantung.
 

3. Penyakit darah tinggi.
 

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan
kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.


Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam
selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa
panas tak hilang-hilang. 


Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu
tetapi beliau hilang ingatan. 


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
 

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang
meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa
ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). 


Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun(sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. 

Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam
dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah
batu marmar.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan
bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal
Atartuk!"


Adakah akan wujud manusia yg sama sifatnya dgn Fir’aun mahupun Mustafa
Kamal Attartuk dimuka bumi Allah ini?Wallahua’lam (Hanya Allah sahaja yang
Maha Mengetahui). 


Wassalam.Sekian.


sumber dari @Laman naeim

Semoga perkongsian yang tak sebarapa ini, memberi manfaat dan iktibar buat kita semua...

Pangkat dan Harta tak menjamin Redha dan syurga Allah Yang Maha Esa... Andai syariat dan ketetapannya bukan keutamaan kepada kita...

Sudahlah menzalimi umat...Ditambah pula dengan dosa kufur... Na'uzubillah...

4 ulasan:

  1. nauzubillah...

    kejam sangat dia, tulah tuhan tu maha hebat. kalau nak tunjuk kat dunia lagi dia tunjuk..

    BalasPadam
  2. Ak pn xtau nak cakap ap sebenonye...
    Sebab ko crite pasal Kamal...cerita pasal diri sndri bleh la ak nyampuk...
    Huhu...
    Ermm...
    pak cik Kamal nih duduk dalam batu marmar jela eh skang?

    BalasPadam
  3. ubi: yelah kot...
    kalo aku cerita pasal diri aku... ade stalker "bertauliah" akan cakap aku tagih simpati kat wall fb die...

    so, aku kesiankan die... pahala makin kurus dok sedekahkan aku... jadi... aku cerita info2 cam gini...

    huhuhu

    BalasPadam
  4. k.sha,diz is interesting. moga pemimpin2 Islam skarang yg x brp mngamalkn Islam bleh ambil iktibar dr kisah ni

    BalasPadam

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers