Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang...
Kau bunga kebanggaan...
Aduhai Puteriku sayang...
Kau bunga idaman...
*****
Lagu Puteriku Sayang untuk adik Madu, adik Arina, cik Hidayah Adam, cik Ummi Farahim, kak Carey, adik Merry dan semua... Kamu diluar sana yang bergelar Puteri... Lagu ini untuk kamu...
Kerana kamu semua adalah seorang Puteri yang berharga di mata Ibu dan Ayah..
*ada sayu dalam hati... nak balik rumah... T__T*
Okay, bukan kisah mahu balik rumah mahu saya kisahkan...
Juga... Bukan kisah lirik lagu ini mahu saya kongsikan...
Kenapa manusia-manusia ini sukakan mempertahankan sesuatu yang menyakitkan hati... Walhal perkara itu seharusnya mengundang kepada kebahagiaan dan kegembiraan?
Persoalan yang semakin membelenggu saya sejak akhir-akhir ini...
Di kelilingi mereka yang mengharungi onak duri percintaan, buat otak dan hati saya berperang hebat sesama sendiri...
*Ha... ayat novel mana entah yang telah diciplak oleh cik Syafiqah ini...*
Yelah... Kamu kena faham, saya ini adalah seorang manusia yang punya pelbagai watak dan personaliti... Juga seorang manusia yang gemar berfikir sesuatu yang langsung tiada kaitan dengan diri sendiri...
*Eh, kerepek kentang!!!*
Sambung...
Kadang-kadang, saya sering mengajukan soalan luar alam yang jawapannya sering sahaja tiada sebenarnya...
Jawapan kepada persoalan pokok ini...
Kenapa sakitkan hati sendiri... Walhal sebenarnya, perkara tersebut sangat menggembirakan dan membahagiakan?
Contoh... Cinta dan Perkahwinan...
Okay... saya angkat tangan tinggi-tinggi... Mengakulah dengan setulus hati yang suci dan murni yang saya tidak pernah sekalipun bercinta...
Jadi... tak salahlah kan kalau soalan luar alam ini keluar tiba-tiba kan?
Yelah... Bayangkanlah... Kenapa kamu bersungguh-sungguh mempertahankan sesuatu Cinta itu... Sedangkan kamu tahu... Jalannya sangat menyakitkan? Kenapa harus menyeksa diri? Kenapa perlu mempertahankan ia... sedangkan, kamu seharusnya gembira dan bahagia dengan pasangan kamu itu? Kenapa seringkali melukakan sendiri? Bukankah ia ibarat menzalimi diri, mendera hati?
Pelik... Pelik...
Kemudian... Perkahwinan yang sepatutnya menjadi medan penyatuan dua hati dan keluarga... Kenapa ia harus disulami dengan air mata? Bukankah Perkahwinan itu satu jalan bahagia... yang mana kamu dan pasangan kamu berbahagia disatukan?
Hairan... Hairan...
Sungguh saya hairan...
Okay... Kamu boleh tibai saya dengan mengatakan bahawa itulah ujian menguji kekuatan, ketahanan dan kehebatan cinta..
*Heh!!! Puh-Leeesss!!!*
Tapi, kalau dah sampai libatkan famili dan rakan-rakan... Mengusutkan keadaan... Menyerabutkan fikiran... Perlu apa itu?
Okay... saya mungkin tak layak berkata begini... Sebab saya tak PERNAH bercinta...
Tapi... Jujur... Kenapa perlu menyakiti hati sendiri dan orang sekeliling untuk sesuatu yang seharusnya menjadi perkara yang memBAHAGIAkan... juga MengGEMBIRAkan???
Kamu ada jawapan? Tolong jawabkan, boleh???
p/s: Masih buntu...
mule2 bace lirik lagu tuh terus ternyanyi perlahan2 dalam hati. then tibe2 ternampak nama sendiri dalam entri nih huhuh sedih tibe2. :'(
BalasPadamsaya pun buntu dengan persoalan Kak Sya tuh. hmm...
akak lagi buntu... macam nak jawab soalan exam saja... huhuhu...
BalasPadam