Jumaat, Julai 23, 2010

yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang...

selesai menikmati makanan... ehhe~ selepas pulang dari usrah INSPIRE... tajuk malam ini  amat  menarik... Nisfu Sya'aban... kupasan oleh Naim-shi... memang menarik... lari dari kebiasaan biasa... malah dia buat semua hadirin buka mata dengan masalah yang sedang menimpa umat Nabi Muhammad s.a.w. kini...

kata-kata aluannya, dimulakan dengan sepotong peribahasa Melayu... yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang... kata-kata ini ditujukan kepada kita... khususnya golongan mahasiswa.. almakumlah... kita dihujani dengan pelbagai lambakan media dan elektronk...maka, ramai yang mengaku sudah punya cukup ilmu di dada, dengan hanya menatap buku dan iternet, 24jam tanpa henti.... lagi sekali... yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang...

ILMU itu, perlu dicari (kata Naim-shi...)... setakat menghadap buku dan internet... belum tentu ilmu itu penuh mengisi dada... (angguk kepala 2kali...) kerana itu, ilmu itu ibarat  yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang...

siapa setuju angkat tangan??? (tinggi-tnggi tangan di angkat... menyetujui soalan yang diajukan...)

Ya... sepatutnya, manusia yang sedar diri, semakin banyak ilmu, semakin dia merasa diri begitu kerdil... hingga terasa semakin dahaga untuk mencari ilmu... (kata-kata dari seorang ustaz... samar2 rasanya isi huujahnya ditelinga... ehhe~)

malah, menurut Naim-shi lagi... Ilmu itu perlu terus dicari gali, untuk mendapat berkat... dan ulama' yang tersohor satu ketika dulu, kerana cinta mereka yang terlalu mendalam untuk menggali ilmu Allah, ada yang wafatnya jauh sekali dari daerah kelahiran. kerana kecintaan terhadap ilmu yang megakibatka mereka merantau ke serata ceruk dunia... berguru dengan mereka yang benar-benar ahli...

Hebatkan? Kita???

(garu kepala... pergi ke kelas pun kadang2 malas... ya... saya menujukan kepada diri sendiri...)

okay... berbalik pada tajuk usrah malam ini.... saya ingin berkongsi sedikit nota yang saya tulis sepanjang sejam setengah di ADM TR 15 yang sangat sejuk penghawa dinginnya malam ini...

Kelebihan Nisfu Sya'aban:

1) Malam pengampunan
  - Allah mengampunkan dosa2 hambanya
  - DIA membiarkan orang2  yang hasad, kafir dan munafik 
  - Malam inii membawa berita gembira, supaya kita berusaha membaiki akhlak

2) Malam mustajab doa
  - Segaala permintaan hamba-Nya akan dimakbulkan sekiranya berdoa dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.
  * keistimewaan umat Nabi muhammad s.a.w.
    - umat Rasulullah diberi keistimewaan kerana mereka hidup secara berjemaah.
    - cukuplah seorang antara mereka yang duduk berjemaah itu, hatinya paling ikhlas ketka berdoa, maka Allah akan menjadikan ia sebagai sebab untuk mustajab doa....

3) Malam ke-2 mulia selepas Lailatul Qadar
    - kerana telah diberitahu bila Nisfu Sya'aban itu

4) Pertukaran kiblat umat islam
    - pada siang Nisfu Syaaban itu, berlakunya pertukaran kiblat umat Islam dari masjidil Aqsa ke Masjidilharam.

   *Pengajaran dari pertukaran kiblat ini:
     i) umat islam tidak menyembah berhala
    ii) umat islam hanya menyembah ke arah kiblat yang satu sahaja
   iii) menunjukkan jati diri umat islam itu sendiri 
      ** Rasulullah s.a.w. tidak mahu umat Islm sama dengan kaum lain (Yahudi & Nasrani) yang berkiblatkan Masjidil Aqsa.

*sekadar ingin berkongsi ilmu yang sedikit...

p/s: cik Syafiqah cadangkan, buat rujukan dan tanyalah ustz untuk sebarang kekeliruan yang timbul... berguru biar pada tempat dan molek congakannya.. tidak semua orang boleh bercakap persoalan agama tanpa ilmu yang tepat dan padat di dada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers