Isnin, Julai 19, 2010

Amanah + tangungjawab = Anugerah

ketika membelek buku yang bakal di bagi pinjam pada seorang dong-seng SARJANA yang turut sama menyemai keringat di taman ilmu dan budi ini, saya.... GAMAM....

YA!!! GAMAM....

membelek kertas putih berlipat cantik yang terselit di celah buku...


kepala surat rasmi itu ditatap... lama... terasa bumi yang dipijak terhenti waktunya buat  dua saat pertama...

KARISMA CLUB UIAM (kini INSPIRE CLUB)
Appoinment As Management Board of KARISMA CLUB 09/10
Position: Advisor training and Module Coordinator...

dalam gamam mata masih menatap nama yang tertera...

Syafiqah binti Sham...

YA!!! sayalah tuan punya sebaris nama itu....

rasa terhenyak seketika.... tapi, cuba dikawal... kunci bertanda hijau dicapai, sambil tangan memeluk erat buku yang ingin diberi kepada dong-seng... meninggalkan surat rasmi itu jeda seketika di atas meja...

sempat menukil senyum (walau dalam hati ada rasa yang tak terertikan...)... bilik dong-seng yang hanya satu tingkat di atas dijengah seketika....

kembali ke bilik sendiri... masih dengan mamai hati.... mula membelek sejarah hati yang... tak tahu bagaimana mahu diertikan rasanya saat ini...

mengisi ruang taman ilmu dan budi ini dengan niat melarikan diri... pelarian yang diharap dapat membina kembali diri yang terasa sangat sepi.... melangkah jauh untuk cuba gembirakan hati sendiri yang ditikam bertubi-tubi sepanjang di SARJANA... mula mencari teman.... namun, dalam keadaan yang sangat berhati-hati... kepercayaan itu amat mahal untuk diberikan kepada sewenang-wenang manusia...

mula merenung kisah silam.... menjengah di minggu pertama di sini... ya!!! bertempat di ECONS... mendaftar diri tanpa berfikir panjang dengan kelab  ini... KARISMA CLUB...

dipanggil untk sesi interview... mengadap wajah 2 orang kakak senior yang bergelar trainers.... kemudian diterima... mengikuti mass gath (kini ijtima').... basic training.... kemudian, AIT....

ya... kenangan-kenangan itu mula menjengah.... dari seorang yang punya hati sekecil kuman... kemudian, mula belajar membina hati menjadi seluas kolam renang... kemudian seluas padang bola... (masih belum mampu
untuk seluas padang golf...) saya kembali menyingkap satu-satu kenangan di kotak minda....

bersama training unit di tahun ke-dua bersama KARISMA... saat ditabal menjadi trainers... ada rasa yang berbaur dan berselirat... setahun memegang jawatan ini... saya masih buntu mencari jawapan pada sebuah kata yang bernama TANGGUNGJAWAB...

tahun ke-tiga.... perlantikan yang terlewatkan... mungkin untuk sesetengah tampuk kepimpinan saat itu, ia hanya mengisi tempat yang dibiarkan kosong... maka diiringi mesej ringkas (sms) di telefon bimbit.... mengatakan saya mula mengalas jawatan ADVISOR TRAINING & MODULE 2....sekali lagi ada senyum nipis di bibir...

tanpa sedar... ini tahun ke-empat... jawatan ini masih disandang... tapi... dengan satu rasa yang kini menggerunkan hati...

YA!!! tiga tahun mencari jawapann untuk sebaris kata yang dipandang enteng sesetengah insan.. TANGGUNGJAWAB....

TANGGUNGJAWAB = Tanggung di dunia + Jawab di akhirat....

cik Syafiqah ini mengalami saat2 kerapuhan hati ketika ini... hati yang jadi kosong setelah ditebak dengan pelbagai rasa... hati yang jadi kaku... setelah sekian lama dibius dengan ubat pelali untuk menahan rasa sakit yang sering datang menghiris...

YA.... air mata mula meniti di tubir mata....

"cik Syafiqah, kamu harus jadi kuat!!!" entah berapa kali minda bawah sedar membisik kata-kata ini ke dalam hati sendiri... maklumlah... saya hanya punya diri sendiri dan Yang Esa sahaja untuk memujuk dan memberi kata semangat pada diri sendiri...

cuba untuk kuat... tapi, kalah dengan sakit di hati yang dirobek kejam suasana sekeliling...

cuba untuk tabah... tapi, tewas dengan air mata yang mula deras ke pipi saat ini...

"aku berdiri di gelanggang ini... untuk satu nama yang ku junjung hingga hujung nyawa.... dan aku perlu memujuk hati sendiri untuk terus sabar mengharungi duri dan onak ini...." cik Syafiqah mula bersuara pada diri sendiri...

Amanah + Tanggungjawab = Anugerah.....

YA... harus bersyukur.... kerana setidak-tidaknya... DIA yang dikasihi dan dicintai sepenuh hati itu memilih saya sebagai salah seorang dari sekian banyak hambanya....

saya harus menginsafi diri... kerana setidak-tidaknya... saat rebah dalam tangisan sendiri... surat-surat cinta yang dititip kepada Rasulullah sebagai bekalan hambaNya itu, memberi sejuta kekuatan untuk diri ini mengharungi hari yang berliku....

YA... setidak-tidaknnya.... Anugerah yang satu ini... diberikan sejalur cahaya indah dalam seribu kekalutan duka yang diiringinya dalam setiap langkah.... setiap kesakitan itu... punya hikmah yang indah... agar tak hanya mengingatinya saat jatuh... tapi, dalam setiap helaan nafas... DIA harus ada...

ALHAMDULILLAH... kurniaan dalam luka... itu yang terindah...

p/s: memujuk hati sendiri... amanah itu anugerah...

terus membina impian... kerana dengan impian kita akan terus mencuba....

^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers