Sabtu, Februari 25, 2012

Nak Benam Kepala...

Untuk entah kali ke berapa... Suara mama menangis lagi di hujung panggilan... Diiringi pesanan-pesanan yang macam tak pernah jemu diucapkan...

Kadang-kadang macam nak terbang je pergi balik Perak... Peluk mama... supaya jangan nangis lagi..

Dan kemudian... saya nangis pulak sorang-sorang kat sini... Serius dah tak heran dah dengan Cik Shiera ni... Biarlah... Normallah orang nangis bila sedih kan? Mana ada orang saja-saja nak bazirkan air mata menangis...

*Ketawa... Tapi, terasa pahit...*

Terasa nak benam kepala dalam tanah... Tanam je badan dalam tanah... Supaya tak jumpa orang... Itu perasaan yang ada dalam hati saat ini...

Atau duduk aje berkurung dalam bilik... Dengar lagu sedih... Dengan air mata yang tak henti-henti keluar...


Tapi, saya tahu itu bukan tindakan terbaik saat ini... Alamatnya, akan bangun pagi dengan kepala yang macam kena gelek steamroll... Lepas tu... Rasa macam nak tidur je sepanjang hari...

Jadi, lebih baik sibukkan diri... Dengan ketawa palsu... Supaya tak siapa tahu hati saya... Kisah saya...

Sungguh... Saya perlukan khidmat pendengar setia sekarang... Tapi...


Saya tak tau pada siapa... Malah, siapa saja yang boleh saya percayakan?

Mulut boleh menipu dengan katakan bahawa saya okay...

Tapi, hati?



Sungguh dah jadi keping-keping tak ada rupa...

Kadang-kadang berfikir... Macam mana saya boleh terus-terusan menipu senyum dan ketawa selama 3 minggu ini dengan hampir setiap hari mendengar suara tangisan mama di hujung panggilannya...

Malah, kadang-kadang berfikir... Macam mana saya mampu terus berdiri dengan teguh... tanpa sekali pun rasa mahu rebah dengan dihujani satu demi satu ujian yang boleh membuatkan saya separuh gila berfikir sendirian...

Sungguh laaaa... Saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh sebegini hilang rasa dan perisa... Hingga senyum manis mampu ditipu... Ketawa ria mampu dipalsu...

Kemudian terus-terusan menyimpan rasa hati yang macam kertas pasir yang diracik halus-halus itu diam dan mati selagi siang tak kunjung malam... Dan selagi saya masih lagi dikelilingi manusia... Semata-mata tak mahu orang risau?

Entah... Sungguh tak tahu...

Hati... Sila membesar seperti padang golf....

Perlu kuat untuk mama... Itu pasti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers