Sabtu, Februari 11, 2012

Fasa Hidup Baru...

*Aigooo....*

Fasa Hidup Baru...

Yup... Bermula sudah satu fasa baru dalam hidup...

Kahwin???

*geleng-geleng kepala...*

Otak sila fikir besar sikit hokey... I tak kahwin lagi... Calon i tak de...

*tiba-tiba sentap*

Saya dah mula kerja... Fasa hidup baru laaa tu...

Pejam celik... Pejam celik... Dah seminggu...

Pejam celik.. Pejam celik... Hari ni tiba-tiba kena cabar buat closure paling cepat within the intakes dalam my batch...

Pejam celik... Pejam celik... Dah seminggu diharungi tanpa life yang sebetulnya life..

Bayangkan...

Hari pertama yang sangat blur... Orang tak kerja... Kau kerja... Hari Isnin orang cuti sempena MaulidurRasul... Kau lapor diri for 1st day...

Lepas tu, kau jalan turun bawah dengan hati yang tak henti-henti berdoa supaya tak de orang usha kau lebih-lebih dengan niat jahat...

Lepas tu, kau tunggu teksi... blur-blur kau kuat jugak hati kau nak pergi kerja dengan hati yang dah rasa cam sayu dayu pilu nyanyi lagu syahdu macam orang putus cinta...

Lepas tu, kau blur-blur jumpa kau punya manager...

Lepas tu kau blur-blur kau masuk meeting... Jumpa CEO...

Lepas tu kau balik...

Lepas tu, 4 hari berderet kau diserang sakit "cerry-berry" dan migrain yang tak sudah-sudah...

Tapi, kau gagah jugak pergi kerja... Sebab kau tahu... Sekarang tak sama macam kau masa kat uni dulu...

Lepas tu, orang pandang kau macam orang stress putus cinta...

Walhal, kondisi perut kau dan kepala kau... tak berapa nak betul fiusnya...

Cik "cerry-berry" masih mau datang singgah... Cik Migrain pun sesedap rasa je nak jengah tak bagi notis...

Lepas tu, manager buat deal ngan kau...

Kau blur-blur.. Kau terus hangguk je... Iyakan aje deal die tu... Sebab kau macam tak mau kalah ngan orang yang dah buat closure ribu-ribu...

Lepas tu, kau balik rumah... Kau masih blur lagi... Kau mula fikir hal dekat rumah kau kat Perak pulak...

Lepas tu kau fikir pulak pasal adik madu...

Lepas tu kau fikir pulak hal housemate yang langsung tak mesra alam dan dunia dengan kau...

Dan tak pasal-pasal... Tiap-tiap malam kau nangis sebelum tidur...

Lepas tu kau tidur... Bangun pagi dengan kepala yang sakit macam kena gelek steamroll...

Rasa-rasa kau... Saya okay tak?

Entah... Tiba-tiba macam hilang deria rasa...

Mahu bahu untuk dipinjam... Ada sesiapa mahu beri?


2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers