Selasa, Oktober 25, 2011

Bukan senang memaafkan orang...

Yup... Bukan senang memaafkan orang... Jika kamu sekeras saya...

*senyum sumbing...*

Yup... Bukan senang memaafkan orang... Kalau kamu se'jahil' saya...

*senyum sinis...*

Do I look I care???

*wondered*

Of Course not...

*sigh*

* Ignorance is my company... *

*rolling eyes*

Entah... Memaafkan manusia yang mengkhianati hati, perasaan... Bukan satu perkara yang mudah untuk saya...

Kerana saya manusia yang jahil...

*gelak kecil..*

Kerana saya sendiri masih jahil pasal diri... pasal identiti diri...

Kadang-kadang, mengalami kecelaruan identiti itu, sesuatu yang seronok buat saya....

*gelak lagi...*

Sebab saya manusia yang jahil...

Kerana itu, manusia yang tidak mahu saya maafkan menghantar 'sms' dengan kata-kata supaya saya kembali bertaubat kepada Allah...

Kerana itu kejahilan saya...

*Okay... ada sendu dalam hati...*

Tapi, cuba kamu fikirkan... Kalau yang mengkhianati kamu itu, manusia yang menjadi teman sperjuangan...

*kononnya...*

Melaungkan kata-kata bahawa kita sahabat dunia dan akhirat...

*You wish...*

Dan mengatakan bahawa sesungguhnya semua yang membadai adalah fitnah semata-mata... sedangkan dia tahu, segala-galanya berpunca dari mulut dia... Kemudian, dia terus-terusan menafikan selama 2 tahun...

Apakah kamu dengan mudah memaafkan dia?

*sigh*

Saya???

Susah...

Tapi...

Termasuk di akal dan hati saya bila mana seorang sahabat mengatakan bahawa dia mungkin tidak tahu...

*Yup.. Ignorance is her company...*

Lalu... Saya dengan rasa rendah diri dan hati... Menghantar sepotong mesej menghulurkan kata-kata memohon jutaan maaf atas kesalahan dan kekhilafan diri saya sepanjang 2 tahun menjalankan tanggungjawab bersama... Tanpa sekelumit kata menyebut tentang kesalahan dia...

Lantas, dia membalas dengan kata-kata...

Yang saya maafkan dia???

Aigooo... Kamu.... Boleh baca mesej itu dengan mata hati... bukan sekadar mata kepala dan akal?

Berlonjak sorakkah kamu bilamana saya meminta maaf kepada kamu, dan kamu mengatakan bahawa itu tanda saya menghulurkan kemaafan kepada kamu?

Maaf...

Kamu salah dalam menafsir kata-kata saya...

*senyum nipis...*

Seperti lirik lagu 'Aku maafkan Kamu' oleh Jamal Abdillah dan Malique...

Saya sedang cuba maafkan kamu... Tak perlu kita bertemu... Cukup sekadar kamu tahu... Yang saya maafkan kamu... Tolong teruskan hidup dan jangan sebut nama saya lagi...

Memaafkan itu sangat susah untuk seorang yang jahil seperti saya....

*senyum sumbing*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers