Entah...
*Senyap...Bunyi kipas menderu-deru membawa angin...*
Tak guna!!!
Dua patah perkataan yang boleh buat semuanya jadi gelita... Rasa mahu dipekakkan telinga... Mahu sahaja dicurah besi panas ke dalam lubang telinga... Biar tuli...
Tak guna!!!
Kata-kata ini umpama menghumban diri jauh ke dasar lautan gelap... Buat hati jadi beku... bisu... kebas... tiada rasa...
Tak guna!!!
Hebat penangan kata-kata ini... Terngiang-ngiang... Tak mahu hilang...
Tak guna!!!
Ya... saya tak guna... Jadi???
Mahu sahaja saya bertentang mata... Melawan semuanya... Sakit hati dirasa datang bertimpa...
Tak guna!!!
Oh... Memang saya tak guna... Jadi???
Kalau mahu yang sempurna serba serbi... Cantik rupa... Cantik bentuk badannya umpama Erra Fazira... Cantik budi pekertinya umpama Saidatina Khadijah... Cantik ilmunya umpama Saidatina Aisyah... Cantik akhlaknya umpama Saidatina Fatimah...
SAYA BUKAN ORANGNYA...
Tak guna!!!
Kerana saya seorang yang tak berguna di mata kamu... Maka, apa sahaja usaha dan hasil kerja saya tetap tak berguna di mata kamu...
Kerana itu... kata-kata itu umpama zikir yang kamu ucap bak untaian tasbih yang kamu hisab...
Tak guna!!!
Kerana saya seorang yang tidak bergunalah... Maka, saya dipandang hina...
Hodoh, gemuk, bodoh, sial, celaka... apa lagi???
Penat tahu menghitung setiap kata-kata ini... Menyimpan semua luka... yang dititis air limau berkali-kali...
Tak guna!!!
Kerana saya tak gunalah... Maka, layanannya amat berbeza dengan yang lain...
Saya sahaja yang dijawab dengan panggilan acuh tak acuh... saya sahaja yang dipanggil dengan rasa marah dan benci yang bertimbun dalam hati... saya sahajalah segalanya...
Tak guna!!!
Kerana saya tak berguna... Maka, air mata terasa terlalu mahal untuk dititiskan... Lagi bagus rasanya menangis menonton cerita Korea / Jepun... Dari membuang air mata kerana ini...
Tak guna!!!
Ya... saya tak guna...
p/s: Hati kebas dan berdarah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...