Isnin, Mei 02, 2011

KPOP Wannabe??? Aigooo~


Membelek-belek blog-blog yang rajin hupdate post… (tak macam saya…) Terjumpa sesuatu yang buat saya pantas mencebik…

kumpulan ni kononnya nak jadi Wonder Girls M'sia

Ni pulak nak jadi Super Junior M'sia
 Apakah? Kumpulan K-pop pertama di Malaysia???  Nyanyi lagu Koreakah? Atau sekadar gaya???

Aigooo~

*Geleng  kepala tidak percaya*

Masakan…  Geli pulak dengan perangai dan sikap orang yang menceburi Entertainment Business di Malaysia ni…

Bila demam   K-pop melanda… Heboh nak buat kumpulan ala Korea juga… Kononnya… Mahu industry Malaysia setanding mereka…

Ok lah… Tak kisah lagi itu…

Tapi… Mereka sudah tahu belum apa sebenarnya resepi Kpop ini… Hingga boleh buat ramai demam kura-kura kerana Kpop???

Ok… Biar Professor Sosio-Budaya Tak Bertauliah, Cik Fiqah Sya jelaskan…

Resepi Dunia Kpop

  1. Ujibakat ke atas mereka yang betul-betul berbakat diadakan setahun sekali.

  • Ujibakat ini dianjurkan  oleh Talent Agency yang memang punya format dan formula tersendiri dalam merencana bakal-bakal trainee yang bakal menandatangani kontrak dengan mereka.
  •  Antara Talent Agency yang terlibat dan terkenal seperti SM Entertaiment (Girls Generation/SNSD, Super Junior, DBSK, Shinee), YG Entertainment (Big Bang, 2ne1), JYP Entertainment (Wonder Girls, 2PM, 2AM).
  • Ujibakat merangkumi aspek tarian, nyanyian, lakonan dan humor.
  • Kebiasaannya, setiap bakal trainee yang dipilih akan melalui beberapa fasa lagi mengikut keperluan dan format/formula yang diguna-pakai syarikat pada tahun tersebut.
*Maknanya, mereka dah rangka… Artis bagaimana yang mereka mahu… Apa target mereka dan expectation mereka ke atas peserta ujibakat yang hadir…

2.       Menghadapi latihan menyeluruh sekurang-kurangnya  setahun sebelum ‘debut’.

  •  Kebanyakan artis Kpop bermula sejak mereka di usia muda… Ada yang bermula dari usia 12 tahun (seperti Minzy-2ne1, G-Dragon-BingBang, SoHee-Wonder Girls).
  •  Malah, aspek latihan yang diberikan merangkumi kelas tarian, gym, lakonan, kelas bahasa, vocal, stamina dll.
*Kerana itu, mereka mampu tampil dengan gaya dan keyakinan yang tinggi di atas pentas… Walaupun sebenarnya, mereka pemalu dan pendiam sebaik sahaja kostum  tarian ditanggalkan.

3.       Perangkaan sebelum ‘debut’ yang teliti.
  •  Boleh dikatakan setiap kumpulan popular Kpop, mereka tidak bergerak sendiri… Mereka punya ‘team’ mereka sendiri…
  • ‘Team’ ini merangkumi penari latar, dietician, manager/s, drivers, jurumekap, gym trainer, bodyguards dll.
  • Kerana itu, mereka sentiasa menyebut nama-nama dibelakang tabir setiap kali menang anugerah.
  • Malah, hubungan mereka dengan ‘team’  ini rapat umpama ahli keluarga… (dari pemerhatian sepanjang menonton 2ne1TV)…
*Malah, band juga  kebanyakannya tinggal di rumah yang disediakan oleh  syarikat, bersama-sama ahli band mereka… untuk mewujudkan suasana  kekeluargaan dan persefahaman.

*Kerana itu ‘bonding’ mereka kuat antara satu sama lain.

*Pemerhatian sedikit biased kepada 2ne1…

4.       ‘Fan-based’ yang nyata.
  •      Bermaksud, kumpulan sasar setiap band/artis.
  •    Contoh:  SNSD – 50 – 65% adalah lelaki, 2ne1 – 50 – 70% adalah perempuan.
  •    Dengan memahami kehendak kelompok kumpulan sasar / ‘Fanbased’  mereka… Setiap aktiviti, lagu, program yang melibatkan mereka boleh menarik minat kumpulan sasar ini.

5.       Plastic Surgery.

  •   Ini tidak dapat lari sekiranya kamu mahu Berjaya di dunia Kpop…
  •  Malah, ada beberapa syarikat yang meletakkan ia  sebagai syarat di dalam kontrak…
  •   Jadi, rupa tetap perkara terpenting dalam Kpop…
  •  Flawless skin, big-smiley eyes, hidung mancung, kaki cantik, tulang pipi tinggi… itu semua mampu dibeli di Korea.

Cukup 5 dulu… 

Jadinya, saya mahu tanya…

Cukupkah pakej mereka ini (Gula2 dan 24:7) untuk menterjemahkan bahasa dunia Kpop di Malaysia ini?

Saya??? Hanya geleng kepala… Kalau setakat perancangan sebulan dua… Baik lupakan…

Bukan skeptical… tapi, Kpop itu menjual budaya mereka…

Budaya yang menjadi ikutan…

Jadi…

Kenapa kita mahu meniru 100% budaya itu?

Kita kan punya budaya sendiri? Budaya Melayu itu unik, tahu?

Kenapa meniru bangsa asing? Malah, berpakaian seperti mereka…???

Bukankah kita penuh ketimuran?

Rasanya, kalau kita juga mampu memartabatkan budaya kita seperti mereka… Rasanya, budaya Mpop pasti mampu tertular kesana…

Tak salah meniru…

Tapi… tirulah resepi mereka… menjadi diri sendiri… Tanpa cuba meniru bangsa lain…

Kalau mereka mampu… Kenapa kita tidak???



4 ulasan:

  1. Fuh...detailnye peminat Kpop yg sorg ni xplain hehe...
    tp tu r Sya, yg kt Mesia ni nk cepat up, nk cepat popular....dlm kpale mereka, baik join sesuatu fenomena dri mencipta fenomena sdiri....

    BalasPadam
  2. har3...
    that's why cakap saya professor sosio-budaya tak bertauliah...
    huhuhu...
    kita nak meniru pun... biar laaa professional...
    wawawa...
    yang lebih penting...
    menonton dan berhibur sambil berfikir... weeee~

    BalasPadam
  3. hahaha....5syrat sume boleh.Kecuali 1,Plastic Surgery....Kalau betul artis mas buat surgery,sah2 akn nmpak plastik nye.. plus,dorg nak ke buat?? habis duit je....haram.

    BalasPadam
  4. alah~
    dah ramai hokey yang suntik sana sini...
    tu sebab akak cakap... kut ye nak meniru... cuba pro sikit...
    cari laaa yang comel2...
    tak yah sore sedap pun xpe...
    Kpop pun..bukan sedap no sore nye bila live...
    wawawawa...
    asal de ghupe... jadi laaa...
    *sarcasm*
    ^__^

    BalasPadam

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers