Isnin, Mei 23, 2011

Malaysia Tanah Airku...

Salam kasih sayang semua...

Ok... saya tahu blog dah mula bersawang-mawang... talian internet yang mendukacitakan... Huhuhu...

Malaysia tanah airku...

Tajuk tak boleh blah...


Memang tak boleh blah... Huhuhu...

Sengaja turun ke pejabat Mahallah untuk mendapatkan talian Internet yang terbaik... (wohooo... ayat macam nak buat essay Bahasa Melayu...)

Saya belek The Star... Almaklum... Terpaksa baca...

Belek punya belek... terjemuh dengan m/s 20... Tajuk memang baik punya...

"Malaysia ranked world's 10th largest consumer of alcohol"

Nak nganga ke... Nak garu kepala...???


Dahsyat kan???

*angguk kepala laju-laju*

Katanya... Maksud saya ditulis di sini...

"Malaysia has been named by the World Health Organization (WHO) as the world's 10th largest consumer of alcohol despite its small population and size."

Whoaaaa~

*nganga mulut besar-besar....*

Hebat tu!!!!

Nak lagi???
"Statistics by the international body  this year also showed that Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol with a per capita consumption of seven litres."

Ohho!!! Banyak tu.... RM1.5bil... Kalau belanja bagi budak-budak tak berduit sekolah... Bagi rumah-rumah anak yatim dan kebajikan yang sangat-sangat memerlukan itu... Kan lebih mulia???

"Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita"

11 liter per capita!!! Tabik sama rakyat Malaysia!!!


Sebenarnya.... Tidak terkata sambil menggelengkan kepala membaca tajuk ini...
Nasihat saya kepada adik-adik di 'Taman Ilmu dan Budi' yang mencari tajuk untuk research paper EAP semester depan... Sila buat tajuk 'menarik' ini... Buat dengan penambahan kepada pandangan dari sudut Islam...

*Silly, Sya... Sah-sah arak itu HARAM!!!*

A'ah... arak itu ibu maksiat...

Kalau dah berada di tangga ke-10... Maka, tidak hairan kalau Malaysia punya kadar jenayah yang tinggi... Masalah sosial yang melimpah-ruah... Macam sup panas tumpah dari mangkuk...

*analogi apakah???*

Peranan kita... Pelapis generasi pemimpin hari ini... Untuk mengukuhkan amal dan iman di segenap lapisan belia... Agar pimpinan tidak negara bukan dari golongan yang leka, alpa dan angkuh...

*Ouch... tak menyucuk mana-mana pihak... Malah, kata-kata itu menyucuk hati sendiri...*

Dunia sedang menuju titik pengakhiran....



p/s: Makin kurang update sepanjang 2bulan ini...Maaf...

Sabtu, Mei 07, 2011

stay... and don't go away...

Stay...
i just need you here...
hear me cry...
just near by...
wait till i laugh by myself...
bout how foolish am I...

Stay...
your presence is enough to prevent me...
your sight just a bless for me...
to console me...
even my tears keep falling down...

Don't go...
Just stay...
I just need your presence...
Stay...
Don't go away...
Cause I am just afraid of myself...

Stay...
Don't let me alone inside the darkness...
It can eat me... Crunching my bones every second you are away...
Just stay...
Here... By my side...

Stay...
If crying is hard for you to stand with...
Just made me shout...
To ease every pain that crawling over my heart, mind and soul...
Just let me scream it all...
Because with you...
I can be myself... No matter how hard to express..

Stay...
Don't go away...
Stay...
Lean my head at your shoulder...
Comfort me with sweet words...
When I am just silent into my deep thoughts...

Stay...
Don't go away...
Cause your the one who know me...

Stay...
Don't go away...


*****

Huhuhu...

Apakah ini???

Entah~

Tetiba je rasa cam best atur ayat-ayat ni dalam kepala...

Selasa, Mei 03, 2011

Pesanan untuk mereka yang bergelar Ibu Bapa...

Ayah... Ibu... Papa... Mama... Abah... Emak... Umi... Abi...

Apa sahaja panggilannya... Kamu tetap seorang Ibu dan Ayah...

Kamu ketua keluarga... Mendukung sebuah organisasi kecil bersama permata hati...

Tapi... Jangan sekali-kali menyangka kamu punya segala 'authority'...

Si anak juga punya ruang untuk berbicara... Menyuarakan pendapat... Juga meluahkan rasa...

Usah jadi si beku yang tipikal... Dengan berpaksikan ideologi "Aku yang melahirkan dan membesarkan kau... Aku tahu semuanya..." atau... "Pilihan Mak Ayah adalah yang terbaik..."

Tanpa kompromi dan membuta-tuli... Kamu jadi si tipikal... penyumbang kepada generasi 'rebellious'...

Kemudian... melemparkan kata-kata bahawa si anak adalah sialan... yang derhaka... yang celaka...

Sedangkan... kamu dulunya si beku yang tipikal...

Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang mana bermaksud... "Didiklah anak mu dengan zamannya..."?

Jadi... Kenapa begitu angkuh dan ampuh menjunjung ideologi tipikal dan kampungan kamu itu?

Setiap anak yang lahir... Punya corak yang berbeza... Perlu pendekatan yang bersesuaian...

Memetik kata-kata dari Ibu kepada Aidil dan Adam dalam Drama Nur Kasih... "Anak ini umpama pokok... Ada pokok yang perlu disiram... Ada pokok yang tak perlu... Ada yang perlu lebih cahaya... Ada yang kurang pun tidak mengapa..."

Jadi... Kenapa sombong???

Kenapa tak mahu didengar suara si anak???

Kenapa dibiarkan dia memendam semuanya sendirian???

Kenapa perlu layanannya berbeza... andai benar mengikut kata kamu bahawa ianya saksama???

Anak menjadi derhaka itu... Kadang-kadang berlaku atas sebab tangan membentuk...

Anak menjadi degil itu... Kadang-kadang atas sebab... Telinga dan hati kebas mendengar caci-maki...

Anak menjadi kurang ajar... Kadang-kala... Atas contoh tindakan ibu bapa sendiri...

Renung-renungkan...




p/s: Speechless = Diam...

Tak Guna...

Berfikir dan terus berfikir...

Entah...

*Senyap...Bunyi kipas menderu-deru membawa angin...*

Tak guna!!!

Dua patah perkataan yang boleh buat semuanya jadi gelita... Rasa mahu dipekakkan telinga... Mahu sahaja dicurah besi panas ke dalam lubang telinga... Biar tuli...

Tak guna!!!

Kata-kata ini umpama menghumban diri jauh ke dasar lautan gelap... Buat hati jadi beku... bisu... kebas... tiada rasa...

Tak guna!!!

Hebat penangan kata-kata ini... Terngiang-ngiang... Tak mahu hilang...

Tak guna!!!

Ya... saya tak guna... Jadi???

Mahu sahaja saya bertentang mata... Melawan semuanya... Sakit hati dirasa datang bertimpa...

Tak guna!!!

Oh... Memang saya tak guna... Jadi???

Kalau mahu yang sempurna serba serbi... Cantik rupa... Cantik bentuk badannya umpama Erra Fazira... Cantik budi pekertinya umpama Saidatina Khadijah... Cantik ilmunya umpama Saidatina Aisyah... Cantik akhlaknya umpama Saidatina Fatimah...

SAYA BUKAN ORANGNYA...

Tak guna!!!

Kerana saya seorang yang tak berguna di mata kamu... Maka, apa sahaja usaha dan hasil kerja saya tetap tak berguna di mata kamu...

Kerana itu... kata-kata itu umpama zikir yang kamu ucap bak untaian tasbih yang kamu hisab...

Tak guna!!!

Kerana saya seorang yang tidak bergunalah... Maka, saya dipandang hina...

Hodoh, gemuk, bodoh, sial, celaka... apa lagi???

Penat tahu menghitung setiap kata-kata ini... Menyimpan semua luka... yang dititis air limau berkali-kali...

Tak guna!!!

Kerana saya tak gunalah... Maka, layanannya amat berbeza dengan yang lain...

Saya sahaja yang dijawab dengan panggilan acuh tak acuh... saya sahaja yang dipanggil dengan rasa marah dan benci yang bertimbun dalam hati... saya sahajalah segalanya...

Tak guna!!!

Kerana saya tak berguna... Maka, air mata terasa terlalu mahal untuk dititiskan... Lagi bagus rasanya menangis menonton cerita Korea / Jepun... Dari membuang air mata kerana ini...

Tak guna!!!

Ya... saya tak guna...




p/s: Hati kebas dan berdarah...

Isnin, Mei 02, 2011

KPOP Wannabe??? Aigooo~


Membelek-belek blog-blog yang rajin hupdate post… (tak macam saya…) Terjumpa sesuatu yang buat saya pantas mencebik…

kumpulan ni kononnya nak jadi Wonder Girls M'sia

Ni pulak nak jadi Super Junior M'sia
 Apakah? Kumpulan K-pop pertama di Malaysia???  Nyanyi lagu Koreakah? Atau sekadar gaya???

Aigooo~

*Geleng  kepala tidak percaya*

Masakan…  Geli pulak dengan perangai dan sikap orang yang menceburi Entertainment Business di Malaysia ni…

Bila demam   K-pop melanda… Heboh nak buat kumpulan ala Korea juga… Kononnya… Mahu industry Malaysia setanding mereka…

Ok lah… Tak kisah lagi itu…

Tapi… Mereka sudah tahu belum apa sebenarnya resepi Kpop ini… Hingga boleh buat ramai demam kura-kura kerana Kpop???

Ok… Biar Professor Sosio-Budaya Tak Bertauliah, Cik Fiqah Sya jelaskan…

Resepi Dunia Kpop

  1. Ujibakat ke atas mereka yang betul-betul berbakat diadakan setahun sekali.

  • Ujibakat ini dianjurkan  oleh Talent Agency yang memang punya format dan formula tersendiri dalam merencana bakal-bakal trainee yang bakal menandatangani kontrak dengan mereka.
  •  Antara Talent Agency yang terlibat dan terkenal seperti SM Entertaiment (Girls Generation/SNSD, Super Junior, DBSK, Shinee), YG Entertainment (Big Bang, 2ne1), JYP Entertainment (Wonder Girls, 2PM, 2AM).
  • Ujibakat merangkumi aspek tarian, nyanyian, lakonan dan humor.
  • Kebiasaannya, setiap bakal trainee yang dipilih akan melalui beberapa fasa lagi mengikut keperluan dan format/formula yang diguna-pakai syarikat pada tahun tersebut.
*Maknanya, mereka dah rangka… Artis bagaimana yang mereka mahu… Apa target mereka dan expectation mereka ke atas peserta ujibakat yang hadir…

2.       Menghadapi latihan menyeluruh sekurang-kurangnya  setahun sebelum ‘debut’.

  •  Kebanyakan artis Kpop bermula sejak mereka di usia muda… Ada yang bermula dari usia 12 tahun (seperti Minzy-2ne1, G-Dragon-BingBang, SoHee-Wonder Girls).
  •  Malah, aspek latihan yang diberikan merangkumi kelas tarian, gym, lakonan, kelas bahasa, vocal, stamina dll.
*Kerana itu, mereka mampu tampil dengan gaya dan keyakinan yang tinggi di atas pentas… Walaupun sebenarnya, mereka pemalu dan pendiam sebaik sahaja kostum  tarian ditanggalkan.

3.       Perangkaan sebelum ‘debut’ yang teliti.
  •  Boleh dikatakan setiap kumpulan popular Kpop, mereka tidak bergerak sendiri… Mereka punya ‘team’ mereka sendiri…
  • ‘Team’ ini merangkumi penari latar, dietician, manager/s, drivers, jurumekap, gym trainer, bodyguards dll.
  • Kerana itu, mereka sentiasa menyebut nama-nama dibelakang tabir setiap kali menang anugerah.
  • Malah, hubungan mereka dengan ‘team’  ini rapat umpama ahli keluarga… (dari pemerhatian sepanjang menonton 2ne1TV)…
*Malah, band juga  kebanyakannya tinggal di rumah yang disediakan oleh  syarikat, bersama-sama ahli band mereka… untuk mewujudkan suasana  kekeluargaan dan persefahaman.

*Kerana itu ‘bonding’ mereka kuat antara satu sama lain.

*Pemerhatian sedikit biased kepada 2ne1…

4.       ‘Fan-based’ yang nyata.
  •      Bermaksud, kumpulan sasar setiap band/artis.
  •    Contoh:  SNSD – 50 – 65% adalah lelaki, 2ne1 – 50 – 70% adalah perempuan.
  •    Dengan memahami kehendak kelompok kumpulan sasar / ‘Fanbased’  mereka… Setiap aktiviti, lagu, program yang melibatkan mereka boleh menarik minat kumpulan sasar ini.

5.       Plastic Surgery.

  •   Ini tidak dapat lari sekiranya kamu mahu Berjaya di dunia Kpop…
  •  Malah, ada beberapa syarikat yang meletakkan ia  sebagai syarat di dalam kontrak…
  •   Jadi, rupa tetap perkara terpenting dalam Kpop…
  •  Flawless skin, big-smiley eyes, hidung mancung, kaki cantik, tulang pipi tinggi… itu semua mampu dibeli di Korea.

Cukup 5 dulu… 

Jadinya, saya mahu tanya…

Cukupkah pakej mereka ini (Gula2 dan 24:7) untuk menterjemahkan bahasa dunia Kpop di Malaysia ini?

Saya??? Hanya geleng kepala… Kalau setakat perancangan sebulan dua… Baik lupakan…

Bukan skeptical… tapi, Kpop itu menjual budaya mereka…

Budaya yang menjadi ikutan…

Jadi…

Kenapa kita mahu meniru 100% budaya itu?

Kita kan punya budaya sendiri? Budaya Melayu itu unik, tahu?

Kenapa meniru bangsa asing? Malah, berpakaian seperti mereka…???

Bukankah kita penuh ketimuran?

Rasanya, kalau kita juga mampu memartabatkan budaya kita seperti mereka… Rasanya, budaya Mpop pasti mampu tertular kesana…

Tak salah meniru…

Tapi… tirulah resepi mereka… menjadi diri sendiri… Tanpa cuba meniru bangsa lain…

Kalau mereka mampu… Kenapa kita tidak???



PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers