Jumaat, Oktober 01, 2010

mimpi...

Sometimes, when I say, "I'm ok", I want someone to look me in the eyes, hug me tight and say, "I know, you are not".
saya memang sedang tak ok... harap maklum... tu sebab asyik keluar kata-kata dengan keadaan otak tak berfikir... fail module dalam otak saya tiba-tiba hilang... ghaib tak jumpa... maaf sangat tak dapat tolong cari modul untuk kamu semua tadi...
ini ada satu cerita....
watak-watak: Fifi (si heron utama), Siti (adik kesayangan Fifi), Mary (kawan Siti), Adam (si hero) & Amar (kawan Adam, Fifi & Siti)
kisahnya bermula begini....
Fifi pelik. Suasana yang tadi hingar-bingar dengan suara, jadi bisu. Ditatap wajah teman di hadapannya tidak percaya.
"kau cakap apa ni?" Fifi gelak-gelak kecil. Cuba menyembunyikan degup jantung yang terasa berhenti. 
Lelaki berkulit hitam manis itu menatap wajah Fifi serius. 
"Aku datang dari jauh ni, semata-mata aku nak kau tahu, aku ikhlas kat kau..." Fifi beliakkan mata. Dari jauh kelihatan wajah masam mencuka Siti dengan bungkusan plastik beli-belahnya.
Fifi cuba tarik nafas panjang.
"Hati aku dicuri... pencurinya tak mahu pulangkan kembali hati aku... kau faham kan maksud aku" Fifi cuba berkias. Si lelaki itu tarik nafas panjang. Beg galasnya dicapai.
"Apa-apa pun aku tinggalkan itu untuk kau... keputusan di tangan kau..." Ffi renung bungkusan kain unggu yang cantik. Tapi, tidak di mata Fifi. Langkah layu lelaki itu diekori dengan mata.
Siti hampir. Muka mencuka.
"Akak terima dia ek?" soalan spontan Siti hampir buatkan Fifi mnjengilkan mata. Mary sengih-sengih.
'Kak fifi dah laku sekarang..." usik Mary. Siti masih mencuka.
"Nah..." Siti unjuk satu bungkusan kain berkombinasikan warna unggu dan biru lembut yang sangat cantik. Ffi tatap wajah Siti.
"abang Adam kata... apa pun yang jadi... akak kena tunggu dia..." suara Siti sedikit tension.
Entah kenapa, kata-kata Siti disambut dengan senyum manis seindah bunga tulip. bungkusan dari si Adam itu dibawa ke dada.
****************************
"Adam... kau dah fikir masak-masak ke?" getus Amar. Sedikit mendesak.
"Aku atau kau yang nak kahwin sekarang?" soal Adam kasar. 
"Kau tak kenal Fifi tu, Dam..." suara amar risau.
"Habis.. kau kenal sangatlah dengan dia?" soal Adam. Nada sinis.
"Of course... dari matrik lagi..." suara amar tak mahu beralah.
Adam picit batang hidung. Menggeleng-geleng tidak percaya.
"Tak bermakna kau kenal dia dalam 5tahun ini... dan aku kenal hanya 2tahun ini... kau lebih mengenali dia, Mar.." bahu Amar ditepuk-tepuk lembut. Wajah keruh Amar ditatap.
"Aku yakin dengan dia... dan aku hanya mahu dia..."
**********************************
hahahahahaha... cerita ini tiada kesudahan... tiada penyudah... sebab saya terjaga dari tidur... melihat jam sudah pukul 5pagi...
ya!!! ini mimpi saya malam semalam... Fifi itu lah saya... yang lain itu, mereka disekeliling saya yang saya ubah namanya...
seharusnya, HARUS saya lupa babak-babak mimpi ini, bila saya terjaga dan kembali sambung tidur... tapi, entah kenapa babak ini berlegar di kepala... dan ayat-ayat ini terasa sangat terngiang-ngiang di telinga...
oh!!! saya tak baca novel cinta semalam... apatah lagi menonton cerita cinta... tidur dengan keadaan kepala amat sakit bagai ditusuk sejuta jarum peniti...
tapi, teringatkan pesanan ustaz Kazim Elias, pesannya...
"Mimpi itu terbahagi kepada dua... samada mainan tidur mahupun petunjuk atau ilham dari allah... mimpi petunjuk, bilamana seseorang tu bermimpi ketika dia tidur melewati jam 12tgh malam dan terjaga sebelum subuh.."
kalau ikut specific time yang ustaz pernah cakap... mimpi petunjuk ni, antara jam 12tgh malam hingga sebelum subuh...
oh... adakah ini mimpi petunjuk? hmmmm.... 


p/s: saya drama queen... makanya, ada beberapa scene yang ditambah sediit untuk menyedapkan cerita... sebab perihal mimpi itu kan selalunya berpecah-pecah... tida seperti filem mahupun drama di tv... hehehehe...



2 ulasan:

  1. wah, dah mimpi2 tu. mengikut kajian, klu mimpi berjaye di ingati, makne nye Kak Sya terbangun mase fasa tidur REM huhuhu kajin ape kah ini?

    kalau di buat cerite lagi tu ~ fuiyo .. mau nye jadi novel nih :D

    BalasPadam
  2. apakah fasa tidur REM itu,sayang? huhuhu...

    diaog yang bena2 berlaku di dalam mimpi adalah babk satu, Fifi, siti, Mary dan cik lelaki htam mnais tu...

    babak kedua, yang benar2 berlaku hanya setakat adam cakap dia kenal cik fifi lebih dari Amar... dialog nye betul... situasi dan reaksi mukanya je yang ditambah... bagi sedap cerita... muhahahahaha...

    BalasPadam

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers