Drama + Filem Islamik yang tak berapa nak Islamik…
*Snap… Snap… Snap..*
Maaf, saya tampar nyamuk…
*Since saya tak dapat nak tampar orang*
*Ketawa*
Dari dulu lagi… Dari dulu lagi saya dah bising-bising pasal hal ni… Tapi, salah juga cara… Patutnya, tak bising-bising sekadar bercakap… Patutnya, bising-bising di blog ini… Supaya ada pihak yang baca dan boleh respond atau forward terus isi blog ini ke pihak berkenaan…
*Saya serius!*
Serius! Saya jelek dengan penampilan drama-drama ‘Islamik’ tapi tak ada unsur syariat yang diketengahkan pun!
Sungguh! Jijik! Jelak!
Kenapa?
Sebab Islam itu mudah! Islam itu yang indah!
Kenapa ada pembikin-pembikin filem atau drama ala-ala Islamik ini tak cakna dengan isu Islamik itu sendiri?
Mencemarkan nama Islam dan juga mencemarkan keperibadian seorang muslim betol!
*YA! Ini entry emo!*
Siapa tak emo, kalau Islam diperkotak-katikkan sesuka hati?
Asal buat drama Islamik je… Mesti ke nak tekankan unsur-unsur Cinta? Unsur-unsur jodoh?
Apa, Islam itu hanya pada hukum nikah kahwin saja?
Atau Islam itu hanya terbatas pada hal mencari jodoh?
Sungguh cetek pemikiran!
Kemudian, kalau pun, ada drama yang berunsurkan Islamik yang keluar dari topic jodoh, kahwin dan cinta lelaki-perempuan ini… Kenapa mesti digambarkan, Pak Imam sebagai manusia tak beriman?
Contoh: Drama Budak Flat Jalan Bayan!
Pak Imam pandang hina pada banduan, pada si lembut dan si anak dara yang kawan dengan si lembut…
Kemudian, Pak Imam tak jaga anak dara sendiri yang turut terlibat dengan gejala social, dengan assumption bahawa, anak Pak Imam tak akan buat salah!
Heh! Satu imej Pak Imam yang tak mendidik masyarakat sungguh!
Sungguh cetek pemikiran!
Bukanlah saya kata tak wujud Pak Imam sedemikian dalam lipatan masyarakat kita… Ada… Tapi, segelintir… Kenapa kerana segelintir yang boleh dikira dengan sebelah tangan kanan ini, sikap jelek mereka dipertontonkan kepada masyarakat?
Sungguh! Saya sungguh tak berpuas hati dengan konsep drama dan filem menginsafkan yang tiada ciri mendidik masyarakat… Malah, ia juga membawa masyarakat mempunyai fikiran dangkal…
Maka, timbullah idea-idea berikut:
1. Alah, si tudung labuh pun boleh berzina!
2. Alah, sedangkan anak Pak Imam pun boleh hisap dadah!
3. Solat cukup 5 waktu pun, belum tentu dia baik serba serbi!
4. Pakai purdah pun, boleh pakai mascara dan contact lense nak goda-goda lelaki!
5. Pakai tudung, tapi, baju lengan pendek! Fesyen kan?
Dan segala macam idea-idea jelek yang menjatuhkan imej seorang muslim itu sendiri…
Kemudian, kalau pun mahu ketengah tentang cinta berkonsep islamik dan menuju keredhaan Allah…
Kenapa tak jadikan ‘Ketika Cinta Bertasbih’ sebagai sumber rujukan?
Ini teks drama dan filem cinta yang menepati syariat dalam konteks cinta sesame manusia yang membawa kepada pencarian cinta abadi dan hakiki kepada Allah…
Kenapa tidak jadikan teks Ketika Cinta Bertasbih sebagai teks filem Cinta Islami contoh?
Kenapa dangkal sampai si gadis berniqab bertudung labuh boleh berpegangan tangan dengan lelaki bukan mahram seperti cerita Sahara di Astro?
Kenapa sangat jelek sampaikan perempuan berniqab dan bertudung labuh boleh bertepuk tampar pakai kain pelikat dengan lelaki bukan mahram (hanya tunang) di tepi laut bertemankan seorang sahabat seperti dalam filem Tujuh Petala Cinta?
Kenapa?
Kerana kurangnya ilmu agama!
YA! Saya smash anda si penulis skrip yang kurang ilmu dan kurang kajian agamanya!
Kamu ingat tulis teks filem Cinta Islami ini suka-suka?
*Muka merah menahan marah*
Kamu tahu tak, atas kedangkalan kamu dalam menulis teks cinta ‘Islami’ yang kamu modenkan mengikut acuan barat (bukan acuan Al-Quran), kamu telah mendatangkan fitnah kepada agama Islam itu sendiri?
Kamu sedar tak, kamu telah merobekkan imej muslimah dan muslim yang lain yang sedang mempertahankan aqidah dan menyebarkan agama Allah di bumi ini?
Kamu tahu tak, kerana ceteknya ilmu dan dangkalnya pemikiran kamu, habis seluruh umat Muhammad ini terpalit rasa tak senang? Kerana apa? Kerana dipandang enteng, dipandang sinis oleh manusia lain… hamba Allah yang lain yang tak mengenal Islam itu.
Malah, kamu boleh membuatkan mereka yang ingin mendalami Islam jadi hairan dan separuh nanar akibat salah-tafsir kamu kepada Islam itu sendiri!
Apatah lagi, remaja zaman sekarang yang mengambil contoh sebulat-bulatnya dari apa yang mereka tonton dari idola-idola mereka!
Seronokkah kamu memegang saham dosa dan ke neraka bersama-sama?
*Geleng-geleng kepala*
Apatah lagi… Ucapan-ucapan yang tidak patut-patut yang disulami dengan tingkah ‘islami’ ala kamu…
Contoh Assalamualaikum, cinta… Wa’alaikumsalam, rindu!
Apakah ini? Belum bergelar suami isteri, masih tunangan… Sudah beromantika de amor dengan si tunang dengan ucapan salam yang bukan-bukan ini?
Sudahlah begitu, lirikan mata, yang menggoda yang tersembunyi di sebalik niqab yang dipakai indah… Islamikah itu?
Rasulullah tak ajar umatnya beromantis dengan tunangan… Baginda ajar beromantis dengan pasangan yang halal buat kita setelah diijabkabulkan!
Astaghfirullah~
Bukankah fungsi filem dan drama adalah untuk mendidik masyarakat?
Shakespear di zamannya, menjadikan teks puisi dan teaternya sebagai medan mengkritik pimpinan politik masanya… Malah, mengkritik gereja yang lari menyimpang dari ajaran sebenar…
Shakespear menghasilkan romeo dan Juliet bukan hanya sekadar teks cinta!
Tapi, kerana teks cinta itu yang digembar-gemburkan sebagai hebat dan menawan dalam konteks barat nak menjatuhkan ideology Islam dan aqidah umat Muhammad… Maka, teks cinta tragis itu jadi ikutan, jadi pedoman…
Maka, kes bunuh diri meningkat seluruh dunia akibat kegagalan bercinta… Semata-mata mencontohi Romeo yang membunuh diri akibat menyangkakan si Juliet telah mati meminum racun!
Walhal, teks panjang berjela Romeo dan Juliet yang secara luas dan besar menyaksikan pemberontakan politik dan juga penyalahgunaan kuasa itu, masih luas tak terkaji…
Ok, berbalik kepada kita, umat Islam…
Shakespear hanya sekadar contoh!
Salahkah kamu nak mengkaji Al-Quran?
Al-Quran bukan hanya terletak hukum nikah-kahwin-cinta sahaja…
Malah, dalam Al-Quran pun tak tulis yang drama Islami mesti ada perempuan bertudung litup, lelaki pakai serban, bercelak tebal, pegang tasbih!
Tak ada!
Tapi, kenapa kita pendekkan akal kita yang sangat unik dibuat Allah ini pada isu-isu kecil seperti ini?
Mana pembikin filem hebat kita? Kenapa tak buat filem yang mengetengahkan isu Palestine? Kenapa tak ketengahkan isu Syria? Kenapa tak ketengahkan isu solat? Isu tanah wakaf? Isu harta zakat?
Kenapa?
Islam itu meliputi setiap aspek kehidupan… Kenapa singkatkan ia hanya pada hukum nikah-kahwin?
Kenapa jadi manusia pendek akal dan tak mampu berfikir?
Hanya semata mengejar rating dan kutipan box-office? Dengan menghasilkan drama-dram dan filem-filem bodoh-sombong yang tak punya isi dan sangat cetek ilmu dan moralnya?
Mungkin benar Masyarakat Malaysia kurang membaca!
Malah, malu rasanya apabila mendengar radio IKIM sebulan sudah (Slot Islam Agamaku) seorang warga Belanda yang memeluk Islam dan menetap di Malaysia hampir 20 tahun mengatakan bahawa orang Islam di Malaysia tak mahu mengkaji!
Allah!!!!
Sedih!!!
Malu!!!
Kerana itukah, filem-filem kita masih di takuk yang sama?
Kerana sikap kurang cakna, kurang rasa nak berilmu dan beramal inikah kita jadi manusia dangkal dan cetek pemikiran?
Kerana sikap serba serbi malas ini kah, politik Malaysia digelar politik kanak-kanak oleh sebilangan besar expatriate yang menetap lama di sini?
Allah!!!
Sungguh!!!
Finas harus punya badan atau unit penasihat Syariah yang sah! Yang terdiri dari mereka yang cakna dan sangat ahli dalam agama!
Kerana, filem kita wajah kita. Dan filem kita melambangkan identity kita, mentality kita…
Kalau mentality pun sama level dengan budak umur 12 tahun di Amerika, jangan salahkan ibu bapa dan cikgu yang mendidik…
Tapi, salahkan sumber tontonan mata, halwa telinga dan bahan bacaan mereka!
Kerana, kalian, si pembikin filem… Kalian punya ruang yang sangat luas dan besar dalam mendidik anak bangsa…
Filem dan drama mampu mendidik dan mencorak mentaliti masyarakat…
Kalau masih di takuk lama…
YA, sampai sudah kamu tak akan pernah maju…
Teruskanlah dengan idea korup kamu terhadap Islam…
Teruskan dengan skrip-skrip lawak bodoh kamu yang tak Nampak hala tuju…
Teruskan dengan penerbitan-penerbitan filem yang langsung tak punya nilai dan moral!
Teruskan…
Kerana bukan tiada yang lantang menegur…
Tapi, bila si lantang menegur pula yang disalahkan… Diperkotak-katikkan…
Jadilah kita terus-terusan bangsa dangkal yang cetek pemikiran!
Dengan politik kanak-kanak… Dengan moral kelas bawahan… Dengan ilmu secebis roti…
Filem kita mampu mencerminkan budaya bila kena gaya dan acuannya…
Tapi, filem dan drama kita banyaknya yang mencemarkan budaya, membelakangkan agama!
p/s: Kamu boleh block saya… Tapi, saya bukan siapa-siapa… Tak terkenal malah tak glamer! Harap malu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...