Selasa, Disember 04, 2012

I AM DEAD!!!

Saya dah mati… Jasad je bernyawa… Tapi, jiwa mati… Kosong… Sepi… Tepu… Tak beroleng.. Tak beriak…

Selama setahun 8 hari…

Saya dah mati sejak 25 Nov 2011…

Setahun 8 hari…

Kematian jiwa yang betul-betul buat hidup rasa macam berada di garis lurus… Tanpa noktah…

Infiniti…

Serius!!!

Kematian jiwa yang nyata entah bila boleh hidup…

Just realized its already 1 year and 8 days…

Setahun 8 hari yang dijalani dengan hati yang kebas tak berasa…

Orang ketawa gembira… Saya ketawa juga… Tapi, tawar tak berperisa…

Orang senyum bahagia… Saya senyum juga… Tapi, entah ke mana rasa bahagia itu pergi… Kosong tak berasa dalam hati…

Kenapa?

Soalan itu membuak-buak dalam hati… Selama setahun 2 hari lepas…

Kenapa…

Kenapa…

Kenapa tak boleh jadi Syafiqah yang 5 tahun itu? Syafiqah yang biar apa pun dihadapkan padanya… Senyum itu tetap ada rasa dalam hati walau sedikit…

Kenapa tak boleh jadi Syafiqah yang 5 tahun itu? Syafiqah yang biar pun dia sedih dan kecewa, dia tak akan menangis di malam hari setiap kali mahu tidur…

Kenapa tak boleh jadi Syafiqah yang 5 tahun itu? Syafiqah yang biar apa pun cemuhan dan kutukan yang datang padanya, dia hanya sentap dan merajuk seketika… Kemudian boleh menghadapi manusia tanpa ada rasa gigilan mahupun sedih dan air mata yang melampau…

Kenapa?

Selama setahun 2 hari mencari jawapan…

Kemudian…

Genap setahun 6 hari…

Di Titiwangsa… Ketika adik madu menampal senyum ria bertemu mereka… Saya sembunyikan resah hati dengan senyum kosong…

Ketika adik madu memandu… Rasa dalam hati berkocak… Tak keruan…. Mengundang sakit perut yang tak bersebab….

Menjejakkan kaki ke TItiwangsa…

Semuanya roboh… Jawapan yang dicari…

Tidak… Bukan jawapan yang dicari… Tapi, jawapan yang cuba dinafi… Cuba disembunyi…

Tertampal depan mata…

Saat itu, kaki menggigil entah kenapa…

Ada rasa seram sejuk yang tak diertikan… Biar pun cuaca panas terik dan cantik di Titiwangsa pagi itu…

Terasa semua mata seolah-olah mengejek-ejek… Seolah-olah berkata-kata yang tidak-tidak…

Kaki longlai…

Serius!

Tak mampu berdiri…

Serius!

Air mata turun tanpa dipaksa…

Serius!

Genap setahun 6 hari… Baru sedar yang diri tak sekuat mana…

Rapuh macam ranting kayu..

Tak mampu nak berdepan sesiapa…

Tangisan adik madu yang tiba-tiba menghiasi wajahnya buat hati jadi semakin sakit…

Tak patut saya libatkan dia dalam masalah diri dan hati yang mati selama setahun 6 hari ini…

Tak patut saya mengheret dia supaya kereta dipandu jauh… Hanya semata, saya sudah hampir pitam menyaksikan wajah-wajah itu dari jauh…

Tak patut…

Tapi…

Hati tak boleh menipu…

Mata terus juga menangis…

Biar tangisan itu sudah berhenti… Hati tetap juga berdarah…

Betapalah…

Betapalah selama setahun 6 hari itu, saya bergerak dengan segala-galanya serba palsu…

Kegembiraan… Keseronokan… Kebahagiaan…

Itu semua sebuah penipuan yang sangat besar!

Menipu diri sendiri yang nyata sudah mati rasa dan perisa…

Sejak 25 Nov 2011 yang lalu…

Setahun 8 hari yang hari-harinya berlalu dengan begitu jelek dan hodoh dalam ciptaan sendiri…

Kenyataan yang diri sudah mati terus sejak setahun 8 hari… Memang menakutkan…

Betapalah nak mengisytiharkan kebenaran kematian jiwa yang nyata, memang susah untuk dihidupkan kembali…

Syafiqah yang dibina selama 5 tahun di UIAM itu, mati…

Mati pada satu malam tanggal 25 Nov 2011… Di hadapan Main Audi UIAM…

Syafiqah yang dibina 5 tahun itu… Sudah mati…

Mati pada 25 Nov 11…

Saya dah mati… Kenyataan yang perit dan sakit untuk diakui…

Saya dah mati… Realiti yang patut dihadapi…

Saya dah mati…

Tolonglah…

Ada sesiapa boleh selamatkan saya dari kematian berterusan ini?

Tolonglah…

Ada sesiapa yang boleh tolong gapai saya dari terus jauh ke dalam lubang infiniti ini?

Tolonglah…

Ada sesiapa yang mahu tolong selamatkan saya dari terus lemas dalam diri sendiri?

Tolonglah…

Tolonglah…

Tolonglah…

Saya tak mengahrapkan happy ending… Atau apa sahaja seperti cerita fairy tale atau cerita dogeng dahulu kala…

Cuma, tolong selamatkan saya dari diri sendiri…

Tolong selamatkan saya dari terus mati…

Mati yang jasadnya masih bernyawa…

Mati jiwa…

Mati Rasa…

Mati perasaan…

Walau hakikat…

Saya tahu tiada siapa pun yang sudi…

Terima kasih sebab dah bunuh saya SK…

Terima kasih…

Pembunuhan yang sangat manis di mata awak…

Tak… Awak tak bunuh saya…

Saya yang bunuh diri sendiri…

Tak pe… Saya tak salahkan awak…

Saya yang bodoh!

Saya yang jahat!

Saya yang gila!

Hahahaha

*Ketawa kuat dengan air mata*

Terima kasih atas kata-kata ber’hikmah’ awak pada 25 Nov 11 lepas di hadapan Main Audi dalam kereta Kancil…

Bintang dan langit malam jadi saksi pembunuhan saya malam itu…

Terima kasih sebab bunuh saya…

Terima kasih sebab dah bunuh saya…

Saya tak tahu bila saya boleh bangun…

Jatuh ke lubang infiniti…

Betapa saya berharap saya terus jatuh terhempas dan retak, hancur, mati secara fizikal terus…

Mungkin itu lebih baik buat saya, SK…

Terima kasih awak…

Awak buat saya mati tanpa nisan… Tanpa kuburan…

Baguslah…





Isnin, November 19, 2012

Doa Senjata Orang Mukmin...

Doa Senjata Orang Mukmin…




Memetik skrip berita TV ¾ …

“Dalam keriuhan masyarakat dunia membicarakan tentang serangan tidak perikemanusiaan rejim Israel ke atas Gaza, Malaysia dikejutkan dengan Parti P mendoakan Parti U K.O… bla.. bla.. bla..”

Berita yang tidak menggemparkan… Malah, tidak mengejutkan pun…

*HeH!*

Saya bukan Pro-U, mahupun Pro-P…

Malah, saya juga tidak mendedahkan diri dengan berita-berita dari akhbar H, atau pun blog social MK…

Saya adalah pemerhati kritikal berita ¾…

Kesimpulannya…

Saya sedikit bersetuju dengan kenyataan Parti P yang mengatakan Parti U zalim!

Serius! Mereka zalim!

Kenapa?

Semakin dekat pilihan tak berapa nak raya bergaya… Harga barang semakin naik!

Semakin dekat pilihan tak berapa nak raya bergaya… Semakin banyak propaganda menyesatkan…

Semakin dekat pilihan tak berapa nak raya bergaya… Semakin banyak komentar tak beretika yang terluahkan…

Sengaja atau disengajaka?

Kalau kamu menjerit di telinga saya pun, yang Parti U sudah melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya…

Saya hanya mampu berkata… Heh????

Ok, BR1M… Setiap warga bujang yang berpendapatan bawah RM3000 bakal menikmati RM200 yang dikeluarkan kerajaan…

Janji kita ditepati… Kini masa balas budi?

Tak ada maknanya…

RM200, diberi… Dalam masa yang sama, harga barang mencanak naik… Subsidi gula ditarik 20sen…

Maaf, bukan harga gula dikurangkan 20sen… Tapi, SUBSIDI gula ditarik 20 sen… Cuba baca sebalik baris… (Read behind the lines)

Bermakna, rakyat menanggung kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram…

Dengan kenaikan gula… Maka, banyaklah harga barang yang makin mencanak naik…

Tak kiralah barangan basah mahupun kering…

Dengan itu isi rumah berpendapatan bawah RM3000, kini, menjadi semakin miskin… Kerana, bantuan RM200 dan RM500 itu, tidaklah mampu menampung perbelanjaan setahun… Setakat sebulan dua dengan penuh penjimatan…

*Heh!!! Balas budi?*

*Ini bukan blog politik!*



Kemudian, dalam kekecohan media membuat liputan mengenai Gaza, diorang pun sibuk nak interframe…

Dah dekat 3 hari isu ini diputar-putar…

Baik di berita tengah hari, berita senja, mahupun berita malam dan tengah malam…

Semua orang nak buat ulasan…

Hatta, yang dah keluar parti dan jadi entah mana-mana pihak pun nak bersuara…

Maka, wajah-wajah si pemimpin Negara mula berlautan keresahan…

Resah, kerana mereka tahu, Doa senjata orang mukmin!

Malah, ia juga seolah-olah cuba menutup isu kontroversi pelaksanaan undang-undang kamera AES yang nyata menyesakkan poket rakyat…

Sudahlah petrol di stesen minyak hijau itu ibarat air apabila di isi…

Kemudian, kamera AES pula diwar-warkan sebagai langkah bertepatan untuk menangani masalah kemalangan jalan raya…

*Heh!!! Berapa ramai sahabat saya yang sudah terkena… RM300 setiap kali disaman… Bukankah ia satu bebanan yang ditanggung rakyat… Sementelah pelaksanaan kamera AES memakan berbilion ringgit Malaysia?*

*Heh!!!*

Doa itu senjata orang mukmin…

Dan, kita diserang dengan penderaan mental dan isi otak yang sangat terang dan nyata!

Dengan kezaliman mental dan isi otak yang mereka dah lakukan… Maka, mereka jadi gerun dengan doa yang diaminkan oleh lautan manusia pada perhimpunan besar-besaran Parti P di Kelantan 16 November lepas…

Kezaliman mental?



Ya, kezaliman mental…

Lagu Janji Ditepati salah satu kezaliman mental bagi saya…

Kata-kata bahawa hanya Parti U yang mampu jadi pemerintah dan memberi kesenangan pada rakyat Malaysia… Satu kezaliman mental bagi saya…

*Bercakap, macam rezeki tu, di tangan mereka… Bukan di tangan Yang Maha Esa!*

*Heh!*

Kata-kata bahawa tiada parti lain yang mampu membawa Malaysia maju dalam arus ekonomi global adalah satu kezaliman mental bagi saya…

Malah, penubuhan PERMATA Negara, adalah kezaliman yang sangat nyata dan sadis pada pandangan mata saya…

Bilamana Parti P membuat kenyataan bahawa, mereka mendoakan kejatuhan Parti U kerana, mereka bersikap zalim dan menentang ajaran Islam…

Parti U, bersuara, seolah-olah mereka suci bersih dari melakukan dosa…

Oh, lakonan mantap oleh barisan karyawan agung!

Sungguh! Saya semakin muak dan jelak dengan pementasan teater mereka…

Filem lapuk, arahan pengarah yang kurang cakna dan tidak bijak perhitungannya…

Sekadar memenuhkan poket sendiri… Dan, rakyat dijadikan boneka yang tali-temalinya di pegang tangan-tangan rakus mereka…

Sudahlah! Cukup-cukuplah dengan penderaan mental dan isi otak yang telah mereka lakukan…

Sudahlah tanggungjawab dilaksanakan dengan dasar berkepentingan peribadi… Diungkit-ungkit pula semuanya yang diberi… Nampak sangat ketidakikhlasan hati dalam memimpin…

Sungguh, Doa itu senjata orang mukmin…

Maka, jangan berhenti berdoa…

Saya tidaklah mengatakan tindakan Parti P mendoakan kecelakaan Parti U dibolehkan…

Malah, saya sebenarnya, tidak begitu gemar dengan skrip doa yang diutarakan mereka itu…

Namun…

Marilah kita sama-sama berdoa…

Marilah kita berdoa agar kezaliman ini dihentikan… Moga Allah memberi kekuatan agar kita dipimpin oleh pemimpin yang Adil dan memegang Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan…

Kerana, hanya mereka yang memegang kukuh Al-quran dan As-sunnah sahaja yang mampu memimpin dengan adil…

Kerana, hanya dengan tertegaknya agama Islam yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah sahaja yang mampu membawa Negara maju tanpa rakyatnya ditindas…

Inn syaa allah… Berkat doa seluruh masyarakat Islam Malaysia yang tidak putus-putus untuk menyaksikan sebuah pimpinan agung berlandaskan syariat, Allah akan makbulkan… Dan sudah pasti, kita akan dipimpin oleh pemimpin yang mendahulukan rakyat dari isi perut… Mendahulukan amanah dari mewah…

Teruskan berdoa, agar saudara-saudara kita di Gaza dikurniakan kesabaran dan ketabahan…. Moga mereka terus cekal memegang Allah dan Rasul dalam hati dengan kukuh… Dengan ampuh… Kerana bayangan syurga sudah berada di depan mata mereka… Insyaallah..

Malah, teruskan berdoa, agar Allah menurunkan tentera-tentera dari kalangan malaikat untuk bertempur dengan si pengecut Israel… Sepertimana, Allah melindungi dan menurunkan para malaikat-Nya sebagai tentera dalam peperangan Baginda Rasulullah dahulu…



Teruskan berdoa, agar kita semua terus cekal dan ampuh menjunjung Islam di mata dunia… Saat ini, bukan kegentaran yang patut dipalitkan dalam hati… Sebaliknya, kecekalan…

Allah itu Ada… Allah itu Esa… Maka, hanya Allah sahaja tempat berpaut terampuh yang dimiliki oleh umat Islam…

Teruskan berdoa… Kerana doa itu senjata orang mukmin dan muslim… Yang menjadi kegentaran di hati si munafik dan kafir…

Wallahu’alam…



p/s: Ini bukan blog politik!

Jumaat, November 16, 2012

Apa Rasa Kamu?

Apa rasa kamu?

Main-main mata… Balas-balas nota… Couple… Dating… Clash…

Tup-tup…

Si ex-bf /ex-gf bagi kad kahwin…

Apa rasa kamu, ya?

Post gambar di FB… Si ex-gf/ex-bf komen…

Apa rasa kamu, ya?

Mengandung, melahirkan…

Si ex-gf / ex-bf datang melawat… menitip hadiah…

Apa rasa kamu?

*Soalan-soalan luar alam…*

*****


Entah kenapa soalan-soalan ini menjengah kepala tiba-tiba… Datang tanpa diundang…

Saya bertanya sebab saya tak tahu…

Serius tak tahu…

Apa yang kamu rasa ye, dalam salah satu situasi di atas?

Tak rasa pelik ke?

*Senyum pelik*

Serius, saya hairan…

Kalau jawab dekat saya, itu sekadar cinta monyet…

Ok, cinta monyet… Tapi, bukankah masa umur keanak-anakan itu, masih juga dia yang kamu saying…

Tak timbul ke rasa janggal dan jengkel dalam hati kamu?

Serius, saya tak tahu… Kerana itu saya bertanya…

Anggap sahaja soalan keluar syllabus di atas, soalan budak bodoh-katak-bawah-tempurung…

Dan budak itu adalah saya…

Heh!!!

Khamis, November 15, 2012

Pilih Kerja...

Juniors dah mula start cari kerja... Cari kerja... Cari kerja... Pilih kerja...

Dulu, masa sebelum grad dulu... Cekau je mana-mana company yang panggil interview...

Kemudian, terima je, mana-mana company yang panggil kerja dulu...

Alhamdulillah... Walaupun, pointer tak seberapa... setelah lebih 10 bulan meninggalkan dunia pelajar, saya hanya merasa menjadi penganggur selama sebulan sahaja...

Alhamdulillah...


Tak salah nak pilih kerja... Cuma...

Cuma...

Pada peringkat permulaan ini, pentingkan pengalaman... Tak salah menapak sebagai kerani di awal peringkat pekerjaan kamu... Kerana yang penting adalah pengalaman...

Sekarang, susah mahu mencari syarikat-syarikat yang mahu menerima 'fresh graduate' sebagai pekerja... Melainkan sebagai 'data entry' atau sewaktu dengannya...

Jadi, sebagai fresh graduate, tak payahlah nak demand kerja sangat... Gaji juga...

Tahap gaji yang diberi kepada fresh graduate, mungkin kurang dari yang kamu sangkakan... Tapi, yang penting adalah pengalaman yang kamu bakal timba sepanjang kontrak yang ditandatangani kamu bersama syarikat terbabit yang patut diambil kira...

Yang penting, kamu punya 'eagerness' untuk belajar...

Dunia kerjaya, tidak sama dengan dunia belajar...

Sama ada kamu berjaya menempuhinya dengan jayanya...

Atau kamu turut sama hanyut mengikut arus moden dunia...

Pesan saya sebagai kakak...

Jaga diri... Jaga hati...

Ingat Allah sentiasa dalam hati... Ingat solat... Selagi mampu, pergi ke kelas-kelas agama yang berdekatan... Moga, tak turut terjerumus ke kancah yang tak diingini...

Dunia kerjaya... Tak semuanya indah seperti yang disangka...

Cabaran berkerjaya, pelbagai topeng dan tingkah... Paling penting... Bijak bawa diri... Bijak kawal nafsu...

Jaga diri... Hiasi peribadi...

Rabu, November 14, 2012

Jadi Cikgu...

Jadi Cikgu…



Tiba-tiba hati tergerak untuk jadi cikgu…

Jadi cikgu…

Jadi cikgu…

Jadi C.I.K.G.U????

*Biar benar, Cik Sya?*

Secara jujur, saya sering mengelak bila mana mama, abah, atau entah sapa-sapa mencadangkan saya untuk mengatur langkah dalam profesion perguruan…

Alasan tak konkrit, tak mahu jadi perosak anak bangsa…

Alasan kurang konkrit, tak minat…

Alasan langsung tak konkrit, nanti kena posting ke Sabah/Sarawak…

*HEH!!!*

Alasan semata-mata!!!

Saya sendiri tak tahu apakah alasan kukuh yang menyebabkan saya tak berminat untuk menjadi guru satu ketika dulu…

Yang pasti, dalam hati memang dah tertanam… Kalau takdir Allah gerakkan hati nak jadi guru a.k.a cikgu satu hari nanti… Biarlah, saya betul-betul ikhlas dan dilorongkan…

Nah! Seakan doa termakbul kini… Hati sedang bersedia untuk menempuh jalan menjadi guru…

Tapi…

Ada tapinya…

Dah lebih waktu untuk permohonan DPLI sesi Januari 2013…

*Kwang… kwang… kwang…*

Mama: Tu laaaa, dulu orang suruh alert, tak mau.. Tiba-tiba je, mesti laaa dah lepas…

Masalahnya, mama… Anak mama ni baru je terbuka hatinya… Seakan-akan ada cahaya agung entah dari mana datang menyusup dalam hati… Nak jadi cikgu…

*Cahaya agung lah sangat!*

Tapi, macam best je jadi cikgu…

Boleh kawan dengan budak-budak…

Boleh poyo-poyo dengan budak-budak…

Boleh buat modul macam dalam INSPIRE dulu…

Boleh awet muda sebab kawan dengan budak-budak…

*HEH! Tak senonoh!! Boleh awet muda ke?*

Yang penting, jadi cikgu perlu sabar yang tinggi…

Dan saya nak jadi cikgu sekolah menengah… Kalau boleh nak posting kat SARJANA…

*Boleh?*

*Tiba-tiba*

Rindu suasana sekolah sebetulnya… tu yang berangan nak jadi cikgu..

Tengoklah kalau ada rezeki…

Kalau ada rezeki, memang Allah nak bagi tempat dapat DPLI sesi Jun/Julai… Insyaallah…

Rezeki Allah bagi… Bukan di tangan manusia…

Duit banyak, tapi, rasa tak bahagia pun, tak guna juga…

Duit banyak, selesa… Tapi, ilmu di dada tak ditambahi, juga tak berguna…

Duit banyak, gembira… Tapi, kerana duit kita lupa tabungan akhirat pun… Tak bawa makna…

Banyak sebab kenapa saya terfikir nak jadi guru a.k.a cikgu…

Dan, profesion guru, bukan profesion terakhir dalam list senarai kerjaya saya…

Sekian…

Saya Suka Awak...

Saya suka awak…


*Berani + daring kau ye, Cik Sya*

Serius… Saya suka awak…

*Kalaulah cukup sifat srikandi dalam diri*

*Nangis*

*****

Orang kata jodoh tu perlu dicari… Bukan setakat berserah dan terus mengharap tanpa apa-apa usaha… Walaupun sudah tertulis di azali…

Masalah besarnya… Masalah pokoknya, adalah diri…

Ya, diri ini sendiri…

Saya perempuan Melayu tipikal…

*Boleh laaa kalau nak panggil tipikal… Banyak sangat pantang larang tok nenek yang diwarisi dari generasi ke generasi … Heh!!!*

Jadi, istilah perigi cari timba tu, tak teraplikasi dalam diri…

*Macam mana perigi yang besar dan teguh kat tanah tu, nak jalan-jalan cari timba? Konfius*

*Luar alam*

Kalau pun saya suka seseorang… Saya simpan je… Paling bising pun dalam blog ni je laaa…

*Bukan ramai pun yang nak baca blog sampah macam ni… Kalau ada pun, tu kebanyakannya entah sape-sape… Kalau ada pun yang tahu dan menyerang tak tentu hala… Tu namanya si gila…*

Secara jujur, saya tak tahu bila saya mampu bersikap adil pada diri sendiri…

Bersikap adil, dalam erti kata, pergi berkata pada dia, yang saya suka dia…

Bukan mahu balasan pun atas luahan rasa tu… Cuma, tak mahu rasa kejam pada diri sendiri je…

Boleh ke?

Tapi, masalah besarnya pun pada diri sendiri juga…

Malu… Segan… Takut… Rasa yang bercampur-baur…

Rasa macam ntah pape… Ada ke perempuan yag berani nak cakap kat lelaki dia suka lelaki tu?

Ada laaa kot… Tapi, yang pasti bukan saya…

Susah rupanya menyimpan rasa dalam diam ni…

*Macam selama ni, kau cakap terang-terangan kat orang tu kau suka dia, Cik Sya…*

Susah juga bila kita mula dicuit-cuit entah siapa-siapa… Sedangkan dalam hati masih menaruh harapan pada dia yang tak tahu apa-apa…

*Mungkin tahu, tapi, pura-pura tak tahu…*

Dan, kadang-kadang sakit hati dengan entah sapa-sapa yang suka-suka je nak cemarkan daulat blog ni dengan komen HURUF BESAR, konon macam si entah sapa-sapa ni, macam bagus sangat…

*Orang bagus, orang baik, orang alim… Dia tak kata sehina itu… Juga tak menulis serendah itu… Tidak mengutuk saudara semuslim dan seagama dengan cercaan melampau… Kalau nak menegur pun, pasti dengan hikmah… Walau yang ditegur itu kebencian dalam hidupnya…*

Malah, saya tahu juga… Saya pun selalu saja berangan… Maka tak perlu ingatkan saya… Sedarkan saya dari anganan…

*Tambahan, saya tak suka baca novel melayu macam entah sapa-sapa tu…*

Kerana saya sedar diri sendiri.. Maka, saya tak terluahkan kata-kata “Saya Suka Awak” itu…

Saya Suka Awak…

Ini kes serius!

Selasa, November 13, 2012

Kahwin...?

Kahwin...?

Ada tanda soal di situ...

Kahwin...?

Ada pertanyaan di situ...


People always be sceptical...

Haishhh!!!

Yelah... Lepas belajar je kena kahwin... Asal kahwin je habis belajar...

Lepas tu... Kalau adik yang nak kahwin dulu, si kakak dikata tak laku... Lepas tu mula mencarut-carut, mengata-ngata, mengumpat-ngumpat...

Adik kau cantik... Kau?

Adik kau comel... Kau?

Adik kau laku... Kau?

Heh!!! Malam sikit...

Aku pun cantik jugak what?

*Ok, sangat auta di situ..*

Yelah, cantiklah... setelah dipakaikan BB cream Maybeline, bedak kompak Maybeline seinci dua... Celak MAC, Mascara MAC, lipbalm NIVEA... Maka, wajah cantik rupa orang tu, nampak laaa...

Kalau tak, rupa pucat lesi macam malam tadi baru kena kejar hantu keliling taman...

*Heh! Exaggerate...!*

Aku pun comel juga...

*Ni sumpah rasa nak pitam... Apsal kau puji diri tahap keyakinan diri tinggi melampau tiba-tiba ni, cik Sya?*

Comel laaaa, bila senyum... bila tayang muka beku..? Heh! Macam nak mintak penampar!

*Tak pe.. saya tak perlukan ehsan korang nak tamparkan diri saya...*

Aku pun laku juga...

*Errr... Ye ke?*

Laku laaa... Belum habis belajar, dah dapat kerja... Tak dan seminggu menganggur... bulan depan orang dah panggil kerja balik... Tak ke laku namanya..

*Ok, ini keluar topik...*

So, kenapanya kecoh-kecoh suruh kahwin ni? Banyak lagi kot tak settle...

Contoh:

1. Hantar mama abah pergi haji/umrah... At least sekali dengan duit sendiri...

Kot-kot kalau si lelaki yang nak masuk meminang tu nak bagi pakej umrah kami sekeluarga dalam hantaran... Saya terima je dengan besar hati...

*Kaya sangat laaaa lelaki tu kalau dia mampu nak bagi..*

2. Beli rumah...

Kena ada rumah sendiri sebelum kahwin... Bukan minta... Tapi, orang tua-tua kata kena sediakan payung sebelum hujan... Dibuatnya, si lelaki itu stok buat perempuan habis madu sepah dibuang... Tak ke haru biru... takkan nak menumpang dengan mama abah lagi? Kot laaa dah beranak pinak...

3. Ada bisnes sendiri...

Perlu... Harus... Wajib... So, sekarang tengah kumpul modal... Impian nak buka kedai buku tetap tak padam...

4. Ada emas berkoyan-koyan... Boleh invest... Boleh melaram...

Eh, ini impian dari kecil... Tapi, tak de laaa sampai nak bawa ke hulu ke hilir macam Mami Jarum tu... Dok menayang satu kampung berapa banyak emas dia ada...

5. Bayar PTPTipu...

Boleh bayar konsisten RM150 sebulan paling kurang...Ini pun boleh bayar RM10 je sebulan... Kecoh nak kahwin...

Dan yang sewaktu dengannya...

Makanya, kalau saya berkata tidak itu... Bukan kerana saja-saja...

Dan, kalau saya berkata tengok dulu itu... bukan kerana suka-suka...

Masih belum rasa yakin untuk memikul tanggungjawab seorang isteri...Juga belum rasa percaya diri boleh memegang komitmen tinggi dalam berkeluarga...

Terbiasa agaknya, menyimpan dendam, marah, gembira, suka, dan duka sendirian... Maka, hati jadi beku seketika untuk membawa masuk rasa indah itu...

 Tapi, kalau rasa nak bash saya dengan kata-kata saya tak laku dan sebagainya... Silakan...

Tapi, bersedialah untuk komen itu dibawa masuk ke ruang sampah...

*HEH!!!*

p/s: Geli pulak dengan orang-orang yang kecoh nak kenenkan yang itu dan ini... Saya bahagia je macam sekarang ni... ^_^

Sabtu, November 10, 2012

Sesi Bedah Lagu..

Gerenti Beres - K.R.U

Lirik/Tajuk Lagu: Gerenti Beres
Penyanyi: K.R.U

Mengantuk dah dengar “…u cinta padamu…”
Bermodal kata manis mulut
Oh abang itu tak cukup!
Jikalau kau mahu ku diserang ‘angau’
Harus kibarkanlah sedikit
Kipas berdaun wang ringgit
Usah susah-payah panjang lebar celoteh
Kerana diri ini dah letih
Mendengar janji setinggi langit
Sedangkan pada mulanya saja beriya
Nanti dah jemu aku dibiar bingung kecewa

Bukan terlalu memilih
Dalam mencari kekasih
Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain
Sekurang-kurangnya nanti
Punya hasil baru ku puas hati
Kau perlu buktikan dulu
Baru cintaku,gerenti beres!

Setampan Salman Khan pun aku tak hairan
Kau tak akan punya peluang
Jika akaun bank kering-kontang
Andainya ada hati nak temu janji
Pastikan hotel bintang lima
Bukan warung kaki lima
Ramai dah gagal berbuah tangankan mawar
Itupun setahun sekali
Hanya pada hari kekasih
Mataku hanya akan silau kilauan permata
Selepas itu barulah diriku engkau empunya
Ketika ditemuduga seluruh kerabat keluarga
Katakan kau seorang doktor, majistret atau lawyer
Ahli muzik tak main, satu sen pun tak laku
Jika diriku yang kau mahu
Pastikan rombongan dipenuhi hantaran
Dengan sebiji Ferrari merah, barulah kau nampak gah
Muka selipar jepun pun boleh jadi lawa
Kau buat ku jatuh cinta


*******



Tiba-tiba sahaja dapat idea nak update blog masa di ofis… Yelah, suasana ofis yang sangat sunyi dan senyap, maka telinga pun di sumbatkan dengan earphone… List2 lagu memang bermacam-macam… Dari Melayu ---> Korea ----> Jepun ---->  English… semuanya lengkap…

Makanya, terjemuh dengan lagu Gerenti Beres dari KRU…

*Oh saya sangat minat dengan KRU dari kecil*

Lagu ini sangat catchy dan memang buat kita sama-sama nak menyanyi…

Tapi…

*Ada tapinya*

Tapi, ini lirik materialistic!

Sangat materialistic!

Ya, kenapa? Kerana liriknya dinukil saat perempuan mula meletakkan hantaran yang tinggi untuk majlis perkahwinan…

Malah, ungkapan kata sebiji Ferrari merah itu adalah kata-kata sinis yang dituju buat seorang penyanyi dan pelakon yang mendapat sebuah Ferrari merah sebagai hantaran perkahwinannya…


Ya, lagu ini lagu menyindir…

Menyindir si kaum HAWA…

*Sedar diri…*

Lagu ini masih lagi relevan untuk digunapakai para lelaki bujang kat luar sana untuk di ‘karaoke’ kan di hadapan rumah bakal mak mertua yang mempunyai demand seperti ini:

Ketika ditemuduga seluruh kerabat keluarga
Katakan kau seorang doktor, majistret atau lawyer
Ahli muzik tak main, satu sen pun tak laku
Jika diriku yang kau mahu
Pastikan rombongan dipenuhi hantaran
Dengan sebiji Ferrari merah, barulah kau nampak gah
Muka selipar jepun pun boleh jadi lawa
Kau buat ku jatuh cinta


Elok dinyanyikan dengan muka yang berkerut geram dan nada yang sangat sinis dan pedas…

Kerana zaman sekarang, tragedy Kassim Selamat tak perlulah diulang-tayang-realitikan…

Kos hidup makin tinggi, kalau hantaran kahwin pun tinggi.. Apa kejadahnya?

Bukan majlis perkahwinan yang gah bak taman diraja atau Fairy Tale Happy-Ending-Ever-After yang dicari…

Tapi, majlis yang penuh berkah dan doa yang diharapkan… Supaya ia mampu menjadikan landasan kepada pasangan pengantin yang diraikan untuk mengemudi rumahtangga yang penuh bahagia dan rahmat di dunia dan akhirat…

Sekian…



p/s: Heh, dah macam apa je buat bedah lagu ni…

Jumaat, Oktober 26, 2012

Environment Kerja di Vale...

Assalamualaikum dan Salam Eidul Adha.... Selamat bercuti..

Ah!!! Lega dapat cuti... Sejak start minggu ni, tak sempat-sempat rasa... Terkejar-kejar untuk meng'update' file, labeling file, update data dalam network..

Pendek kata, rasa macam lipas kudung dengan tangan dan mata tak henti menaip dan menatap laptop...

Ade orang ajukan soalan tentang environment kerja di Vale...

Setakat yang dah kerja sebulan 10 hari di Vale... Alhamdulillah... Environment kerja ok... Tak tahulah kalau sebab saya kerja di bahagian Health & Safety...

Tapi, setakat ni, memang seronok je keje sini...

Cuma....

Cuma kena cakap orang putih hari-hari...

Anta email dalam english...

Lepas tu, kena tahu nak independent dan kretif dalam buat kerja sendiri...

Maksudnya, tak bergantung pada supervisor punya arahan saja laaa nak buat kerja...

Di Vale, makan lunch adalah free yang disediakan oleh Sekinchan Ikan Bakar....

So, memang tak membazir duit laaa kalau hari-hari dok lunch kat kantin Vale, teluk Rubiah ni...

Kat Vale ni, kalau department lain, saya tak tahu laaaa... Tapi, department saya, kerja-kerja memang datang dari site...

Maksudnya, Saya menjawat jawatan sebagai Senior Health & Safety Controller...

Yang mana dalam team ada 3 orang dengan jawatan yang sama tapi, skop kerja berbeza-beza...

Saya banyak dengan sistem file, update report on incidents and accidents dekat site dalam sistem...

So, keje agak banyak...

Yang dua orang lagi, buat report untuk accident & incidents di site supaya langkah pencegahan boleh diambil dan langkah2 keselamatan yang lain dipertingkatkan...

Setakat ni, kerja sangat seronok...

Itu je laaa yang boleh saya bagitahu...

Harap membantu kepada mereka yang dapat interview di Vale...

Tahniah saya ucapkan...





p/s: Cuti kat sini untuk yang pekerja yang punya kontrak setahun - 12 hari... Permanent 14 hari...

MC boleh dapat 14 hari... best kan? ^__^

Isnin, Oktober 15, 2012

Note! Oh Note!!!

Saya nak beli Galaxy Note...

Bukan anganan sebab saya mampu...

Tapi...

Mama suruh ambil lesen dulu dan beli Viva untuk masa depan...

*menjulingkan mata... Masa depan tuh!*

Saya masih juga mahu Note...

*Oh, budak degil!!!*

Kerana terlampau inginkan Note... Saya bermimpi-mimpi...

Malah, adik saya menambahkan bara dalam hati...

"Note 2 dah keluar, silalah beli!"

Kata-katanya buat saya rasa... Oh, Tidak!!! Saya pasti memiliki Note walau apa cara sekalipun...

Tapi, seperti kata-kata mama...

"Ambil lesen kereta, beli Viva... Senang kamu nak ke KL, Kedah, hatta Johor sekalipun...."

Namun, hati yang dilamun cinta pada Mr Galaxy Note membuatkan saya buta dan mabuk kepayang...

Oh, Galaxy Note... Bilakah kau akan jadi milikku...


Selasa, Oktober 09, 2012

Majlis Konvokesyen...

Alhamdulillah...

Tiada kata yang paling indah untuk diucapkan selain Alhamdulillah...

Rezeki dan nikmat yang Allah beri ini.. Rasanya, tiada lagi rasa yang lebih membahagiakan selain ini...

Malah, tiada juga rasa yang lebih menyebakkan selain ini...

Ya Allah... Makbul juga permintaanku... walaupun, Kau lewatkan... hikmah yang dititip dan dikutip, bukan sedikit... Bgegitu banyak dan besar... Begitu indah walaupun sukar...


***************************************

Dalam kereta:

Hani: Nervous, kak...
Saya: A'ah... (sembunyi senyum yang sedikit kelat)

Di pintu UIAM:

Saya: Hani, sebak...
Hani: Hani pun...

Dihina, dikritik, dikeji, dimaki...

Dipuji, disayangi, dihormati, diteladani...

Di pandang enteng, dipandang serong, dipandang pelik...

Diinjak-injak harga diri, dirobek-robek sekeping hati...

Menyayangi, mengasihi, menghormati...

Menyendiri, menyepi, meneladeni...

Segala-gala kenangan dan juga memori datang silih berganti... Mengundang air mata yang secara keras cuba diselindungkan...

Amal: Sya, mata kau merah...
Saya: (Kesat air mata yang menitik) Mata aku pedih...

Hakikat sebenarnya, rasa sebak yang tak terhitungkan datang bertimpa-timpa...

Disumpah yang tidak mungkin akan grad sampai bila-bila... Sungguh sumpahan itu sangat menakutkan...

Dihina dan dikritik hebat... sungguh, kata-kata itu masih kuat, kejap disimpan dalam hati...

Kerana itu, saat buku konvokasi berwarna unggu itu di tangan, nama si pemusnah hati jadi tatapan...

Penyudahnya....

Sungguh, tidaklah sehebat yang disangka...

Terasa macam mahu sahaja ketawa kuat disorakkan...

Terasa macam bodoh, berlari pantas dari alien itu saat hampir sahaja terserempak dengannya Ahad lalu di tangga besar semasa mahu mengambil gambar kenangan...

Sudahlah... Kamu, saya tiada beza...

*Senyum*

Namun, masih ada ralat yang menyinggah dalam hati...

Kamu si Alien pemusnah hati... Kamu telah membunuh saya hingga mati dengan kata-kata kejam kamu...

Namun, yang sudah itu, sudahlah...

Nyata, saya bukan sesiapa pada kamu...

Kamu juga bukan sesiapa pada saya....

Saya maafkan kamu...

Cukuplah kamu tahu...

Saya penat menyimpan dendam... Kerana ia tak sudah....

Moga kamu berjaya terus seperti apa yang pernah kamu ucapkan...

Insyaallah...





Alhamdulillah... Secara rasmi pemegang Bachelor Degree Of Business Administration (Honor)...

Alhamdulillah...




*p.s: Biar orang buat kita, jangan kita buat orang....

Khamis, Oktober 04, 2012

Gaji...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Rezeki Allah bagi...

Kerja seminggu cuma (untuk bulan september... Kira dari 18hb - 26hb)... Tapi angka yang tertera di kaca ATM tu buat otak mencongak berulang-kali...

Sudahnya, syukur saja yang bermain...

Keluar duit....

Saya: Nah, Ma... Ni bayar hutang RM50 ari tu... Uhhu~ (hulur sekeping RM50)
Mama: Ok...
Saya: Ni duit minyak anta-amik akak sepanjang 2 minggu ni... (hulur lagi sekeping)
Mama: Anguk2
Saya: Abah, akak bagi ni dulu... Saja... Kongsi sama2 ye... Sikit sama sikit... Nanti lebih kita kongsi banyak-banyak... (Gelak2 sambil hulur duit dekat abah...)

Adegan yang saya tak tahu adalah...

Abah terharu... Dicium duit tu... Matanya berkaca...

Tahu lepas Mama cakap...

*Tiba-tiba nak nangis...*

Hikmah jugak semua ni...

Yelah...

Sebelum ni, hidup dekat Damansara, dapat duit terus bank-in... Tak tau apa reaksi Mama, reaksi abah...

Tapi, bila dah duduk sebumbung ni... Nampak reaksi diorang...

Saya pula yang terharu...

Bukan banyak mana pun...

Sikit je,,,

Tak perlu nak terharu sampai nangis-nangis kan?

Kelakar laaa Mama dan Abah ni...

*nangis*

Saya speechless...

Bye...


Sabtu, September 29, 2012

Seram nak bukak blog...

Hari ini seperti hari Sabtu yang lepas, bangun pagi.. Siap-siap semua... Solat subuh, mandi, doa dhuha bagai... Maka, masuk kereta mahu pergi kerja...

*Ya, Cik Sya kerja hari Sabtu, ealaupun dalam contarct tulis sampai jumaat je.. hukhukhuk*

Sampai tempat kerja, tengok meja Mr Jacob kosong... Muka dah start nak berkerut... Toleh belakang sikit, meja Ms Parimala pun kosong...

Aik? Kerja ke tak sebenarnya hari ni?

Mula macam konfius...

Pergi dengan budak Sungir yang kena dera siapkan report monthly... Dia pun geleng-geleng kepala je...

Dan sebenarnya... Kitorang dua-dua konfius...

Pengakhirannya, saya baca manga online, dia main game... Cukup jam 12, kitorang angkat laptop, balik...

Tapi, bukan itu yang saya nak cerita sebenarnya...

Sebenarnya, seminggu ni, even saya agak aktif juga nak berblogging balik... Saya diserang penyakit seram sejuk...

Penyakit darah berderau, jantung berdegup kencang bagai...

Jadi seram nak bukak blog sendiri... Jadi takut nak tengok kalau ada komen yang datang singgah untuk di'approve'...

Dan, saya merasakan yang blog saya ada 'penunggu'...

Tak tahulah... saya jadi macam fobia je kalau ade orang anta komen...

Selepas, peristiwa komen yang ditulis dengan huruf 'CAPS LOCK' tu... jadi cam seriau je nak bukak blog...

Tapi, semangat nak berblog tetap ada...

Walaupun dengan tutup mata sebelah... dengan dada yang dah berdegup laju macam orang baru lari 2 km... Saya tetap gak nak update blog...

Saya buat salah apa ye, pada orang yang anta komen tu?

Sungguh saya tak kenal dia...

Atau mungkin kenal... Tapi, kenapa nak sakitkan hati saya? Saya rampas kekasih/tunang/suami dia ke?

Atau, saya ni ada tulis nama dia dekat blog ni?

Hmmm... Konfius!

Jumaat, September 28, 2012

Siapa kami di mata kalian...

"Dah tengok mesej kat handphone mama tadi?"

Saya berkerut hebat.

"Mesej apa?" Soal saya pantas kepada Mama. Lantas, handphone Nokia itu dicapai.

"Tak tahulah tu nombor siapa tu... Tapi, bacalah..."

Saya hela nafas panjang. Sekilas lalu saya baca sms itu...

Jemputan ke kenduri kahwin si polan binti si polan di dewan itu begini, Ipoh, Perak, dari si polan si polan sekeluarga...

"Owh~" terpacul sepatah. Ada luka tertores kasar di hati.

"Macam tu dia anta jemputan kahwin anak dia pada kita..." dengus Mama. Perlahan. Riak kecewanya terdengar sayup.

Saya tahan hati.

"Hmmm... Macam tu je? Entahlah, ma... Sampai hati diorang..." Saya teremosi. Masih menahan rasa hati yang terguris. Mama apatah lagi agaknya...

"Tu laaa... Mama ingatkan, nanti kalau Syaza kahwin, nak jugaklah jemput elok-elok pergi rumah, mengajak sendiri... Dah dia mulakan macam ni, mama pun pakai sms je laaa nanti, kak... Jimat sikit..." Sarkastik nada suara mama.

Saya hela nafas panjang.

"Akak pun fikir benda yang sama jugak... Kalau pun mama abah tak mau pergi, kalau akak kahwin nanti, akak sendiri yang pergi menjemput... Tapi, dah buat macam ni..."

Saya separuh mengeluh.

Mama hela nafas kecewa.

Saya masih tak puas hati.

"Ma, kita ni bukannya orang lain, ma dengan diorang..."


-

-

-

-

-

-

-

-

Perbualan selepas solat Maghrib tadi. Luka itu rasanya sudah tak tertampung darahnya.

Sampai hati... Macam ajak-ajak ayam je... Pada hal yang berkahwin itu bukan orang lain...

Sampai hati... 8 tahun korang buat kami begini... Apa tak punya jalan damai?

Sampai hati... Kami cuma 6 beranak... Belum bertambah, belum berkurang... Apa payah kamu mahu datang menjengah walau sejenak untuk menunjukkan keikhlasan hati kamu?

Apa sudah tak punya cara? Maka, kami sudah keluar dari salasilah keturunan keluarga?

*Mengeluh*

Hebat! Hebat! Hebat!

Kalian manusia hebat!

Bukan kamu tak punya suara... Bukan kami menukar nombor telefon atau sebagainya...

Kalau pun benci menatap muka, telefon sahaja... Menjual suara seketika menitip jemputan itu... Bukan susah...

Abah tak pernah tukar nombor sejak 8 tahun lalu... Mama juga... Malah saya masih di nombor Maxis itu... Di nombor yang sering kamu hubungi dulu... 017515**** itu juga...

Dasar!!! Dasar manusia ...

Tak menagapa... Penyudah kita sama...

Mati, dimandikan oleh orang, dikafankan... Ditalkinkan...

Penyudah kita sama...

Cuma mungkin amalan sahaja yang berbeza...

Teruskan aktiviti kamu itu...






p/s: Titiplah sebanyak mana pun pesanan kamu di inbox FB saya... Saya tak akan approve kamu kalau kamu punya rencana yang menyakitkan hati... Saya lebih percaya gerak hati yang Allah beri, dari menahan diri dengan rencana-rencana kamu...

Soalan feveret...




Assalamualaikum dan salam hormat...

Saya tak berminat nak ulas pasal bajet... NAnti2 je laaa setelah diperhalusii dan ditimbangtara guna neraca dunia dan akhirat...

*Kau memang sentiasa cuba budget kau cool kan, Sya? Ehhe~*

Soalan feveret ini datang lagi...

"Kau bila nak kawen?"

Bila soalan ni keluar je... Konfirm2 muka ni kena tahan sikit dari terus termuntah hijau-merah-biru-kuning...

Yelah, macam tak ada soalan lain...

Maka, seperti biasa, Cik Syafiqah yang sentiasa budget cool dan perasan beku ni pun dengan senyum2 menjawab...

"Kalau ada jodoh, Kawen... Kalau tak... Kat syurga pun kawen juga..."

Muka masa tu, Ya rabbul Izzati je laaa boleh tafsir... Keras-kejung-suam-payau dah senyum...

Kadang-kadang rasa macam nak melaserkan mulut aje...

Kadang rasa macam gatal je mulut ni nak jawab gini...

"Kau bila nak mati? Amal dah cukup?"

Sebab apa aku nak jadi daring cam gini...

Sebab Mati dengan Jodoh tu, punya equation yang sama macam ni:

Hidup + Mati = Ketentuan Allah = Rahsia Allah

Kahwin + Jodoh = Ketentuan Allah = Rahsia Allah

Maka,

Hidup + Mati = Kahwin + Jodoh
Kan sama tu...

Saya pun tak tahu jawapan tepat untuk kedua-dua equation ini...

Kamu ada?

Hmmm...

Fikir, yuk...



p/s: Ingat mati, ingat diri... Insyaallah Iman, Amal dan Peribadi terjaga... Hasilnya dijanji Allah... Ditemukan jodoh yang terbaik buat kita...

Rabu, September 26, 2012

Pilihanraya Kampus...

Assalamualaikum....

Moga sesiapa saja yang sedang santai membaca ketika dalam rahmat dan lindungan kasih sayangNya..

Tahniah buat adik SARJANA  yang bertanding menjadi calon Pilihanraya Kampus UIAM kali ini...

*rindu pulak nak balik UIA...*

Moga adik Hamidi Zamri tabah dan bersabar dengan tohmahan yang dilemparkan saat ini kepadanya...

Biasalah... Manusia yang kukuh, tegar menegakkan agama itu, makhluk asing yang sangat hodoh rupanya bila dilihat dengan mata kejahilan...

Allah sedang mentarbiah hati kamu, wahai adik Hamidi, agar kamu terus kukuh menjunjung Islam dan Iman di hati...

Allah juga sedang mempersiapkan kamu untuk menempuh dugaan yang lebih hebat dari ini di masa depan...

Kerana itu ujian ini datang kepada kamu saat ini...

Insyaallah...

Kebatilan sentiasa terkalahkan dengan kesabaran dan kata-kata yang manis...

Verily after each difficulties, there is a relief....

Sabarlah wahai adik Hamidi... Bukan sahaja kamu, malah sahabat-sahabat lain yang turut sama memperjuangkan sesuatu yang Rasulullah sendiri sebut sebagai asing di akhir zaman ini...

Bersyukurlah... Kerana kalian dipimpin Allah untuk menjadi manusia asing yang menjunjung Islam dengan hati dan keringat...

Moga, ada balasan indah yang menanti kalian di kemudian hari...

Coretan ini bukan hanya untuk adik Hamidi, tapi, untuk sekalian mereka yang sedang berjuang menegakkan kebenaran Islam dan Al-Quran...

Allah sahaja yang mampu melindungi kalian dan membalas keringat juga air mata kalian...

Insyaallah~






*p/s: rindu UIA, rindu CENSERVE, rindu INSPIRE...

Selasa, September 25, 2012

Islam KTP

Setiap petang, lepas balik kerja... Punya rutin baru sejak 2 minggu ini...

Pertama, solat Asar...

Kedua, buka tv Al-hijrah, tengok Islam KTP tepat jam 6:05 petang..

Islam KTP - Islam Kad Pengenalan (dalam BM)...

Bagus cerita Islam KTP ni... Punya isi... Tarbiah hati... Santai diri yang menginsafkan...

Cerita realiti tentang Muslim dan apa Islam anutannya...

Sama ada sekadar anutan tanpa tuntutan, atau, anutan dengan kebanggaan, atau, anutan dengan praktikal...

Sama ada, kamu si jahil yang mahu belajar, atau, kamu si jahil yang sombong...

Sungguh, isi siri sinetron seberang ini sangat santai dengan hikmahnya...

Moga Allah limpahkan rahmat dan cintanya kepada mereka yang  menjayakan siri sinetron ini...



Sinopsis cerita boleh rujuk sini -------> Islam KTP

Selamat menonton!!!

Terima kasih, Haters...

Saya di sini mengucapkan terima kasih pada kamu...

Pada kamu yang memnaggil saya dengan panggilan gemuk, bodoh, hodoh segala itu...

Maaf, komen kamu tak dapat saya paparkan... Tak apa... saya simpan buat tatapan diri... Peringatan...

Terima kasih atas komen positif kamu... Sangat positif...

Ya, saya anak dara, tapi, belum tua... baru 25...

Ya, saya gemuk... ALhamdulillah... Kurniaan Allah... Agaknya, kalau badan saya cantik, langsing dan bergetah macam kamu, mahu saya pakai seksi dan free hair terus... iman senipis bawang... Saya bersyukur dijadikan gemuk... Kerana, dengan gemuk ini, saya belajar cara menutup aurat dengan betul dan cuba menyedarkan diri betapa hodohnya saya kalu cuba berpakaian seksi macam Selena Gomez...

Ya, saya hodoh... Alhamdulillah~ Setidak-tidaknya, saya tak kufur nikmat... Biar hodoh rupa, jangan hodoh hati...

Ya, tiada siapa mahukan saya.... sekarang! Allah tu sudah tetapkan siapa jodoh kita sejak lahir lagi.. Bukan sekarang, maksudya, saya belum bersedia... Masih bertatih belajar agama... Malah, menjadi perempuan santun dan berilmu juga belum terjangkau lagi... Masak pun, belum cukup asam garamnya... Allah masih dalam proses mentarbiah saya menjadi anak yang solehah kepada mama dan abah... Belum cukup markah lagi mahu jadi isteri solehah... Kerana itu, Allah masih menahan jodoh saya...

Ya, saya buruk... Akui itu... buruk rupa, buruk laku... Terima kasih mengingatkan...

Terima kasih, awak... Sebab ingatkan saya... Walaupun komen awak kasar... Tapi, memang saya sedar saya salah...

Tak pe... Saya minta maaf kalau saya buat salah dekat awak... Mungkin ada kata-kata saya di blog ini yang mengguris hati awak... Saya minta maaf...

Saya minta maaf jugak kalau atas sebab wujudnya saya di bumi Allah ini, buat awak sakit hati...

Saya minta maaf sangat-sangat...

Kalau awak rasa, doa awak makbul... awak doalah saya lenyap terus dari bumi ini... Sebab saya pun tak sanggup nak buat awak sakit hati dengan saya...

Maafkan saya, awak... Saya berdosa dengan awak...

Sebab saya gemuk, buruk, hodoh, anak dara tua... Kerana status-status ini awak sangat sakit hati dengan saya... Saya minta maaf...

Saya minta maaf...



*p/s: Teruskan komen ber'hikmah' awak... Saya suka... ^__^

Vale Minerals Malaysia

Selamat malam semua...

Alhamdulillah... Allah tu Maha Pemurah... Dia tutp rezeki sana sebab nak bagi rezeki yang lagi baik...

Dapat dekat dengan umah, tak payah bayar sewa umah, duit teksi, bagai...

Vale Minerals Malaysia, Teluk Rubiah, Perak...

Sebagai Senior Health & Safety Controller...

Terkedu sekejap masa dapat offer letter... Belum apa-apa dah Senior...

Huh!

Tapi, apa-apa pun, saya suka kerja sekarang...

Tak perlu hadap telefon sampai nak muntah... Tak perlu balik lewat... Tak perlu bawak kerja sampai ke rumah... Tak perlu berebut-rebut komputer... Tak perlu fikir duit untuk lunch...

Kerana...

Laptop disediakan... Boleh diusung ke mana saja kau suka...

Lunch disediakan... Dengan hidangan yang ala buffet hotel...

Balik rumah tepat jam 5:30pm... Dengan kerahan supervisor... Malah, tak ada siapa pun nak buat overtime, hatta boss besar...

Saya tak hadap telefon, tapi, hadap laptop dan orang...

Setiap jam diwajibkan rehat 5 minit... untuk elakkan strained eyes, and back pain...

Alhamdulillah~ Syukur nikmat...

Betul Allah tu Maha Mengetahui...

Betapa saya ragu-ragu dengan rezeki yang saya dapat selama 6 bulan yang lalu...

Betapa sedihnya saya dengan sikap manusia keliling...

Akhirnya, Dia beri saya berita gembira yang sangat membahagiakan ini...

Saya sungguh mensyukurinya...

Alhamdulillah Ya Allah...

Selasa, Ogos 21, 2012

Majlis Tunang...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...

Kullu 'Amin, Wa Antum Bil Khair...

Taqabbalallahuminna Wa Minkum... Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Karim...

Hari raya datang lagi... Alhamdulillah... Moga bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang...

Raya pertama...

Pengunjung pertama di pagi hari raya selepas solat sunat...

Wajah Syaza mengalami nervous breakdown yang sampai tak boleh bercakap... Dengan senyap sunyi... Budak yang suka buat bunyi-bunyi bila sibuk-sibuk hidang kuih raya terus senyap sunyi pucat lesi...

Panahan si boyfriend nak datang jumpa Mama dan Abah...

Panahan si boyfriend datang nak kenalkan diri...

Dan si kak Long yang jadi tukang tengok ini, tahan tawa je...

*ketawa kejam*

Dah besar dah rupanya adik ke-3 saya ni...

Tahu-tahu, dia advanced dulu... Sudah merancang majlis pertunangan...

Saya?

*menjulingkan mata*

Tak pe laaa...  Nanti dulu...

*Alasan*

Yang betulnya, tak de siapa pun nak cik Syafiqah yang garang dan kritikal ini...

*ketawa*

Walaupun mama agak bising juga... Tapi...

Saya yakin, Allah hanya bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu...

Belum jodohnya... Belum ketentuan lagi saya nak memikul tanggungjawab berat itu...

*tipu*

Okay... Okay... ngaku... Sedih jugak ni...

Tambah-tambah mama pun dah terlepas kata saya anak dara tak laku...

*sedih*

Sedih jugak laaa... Merajuk kejap... Tapi, rasionalkan diri sendiri balik...

Belum masa... Banyak lagi nak kena belajar...

Belum masa... Banyak lagi lubang dalam diri yang tak tertampal...

Belum masa... Allah tengah jaga saya tu... supaya saya boleh jaga mama dan abah dengan lebih lama lagi...

Insyaallah...

Ala~ Kahwin bukannya keperluan lagi buat masa sekarang...

*senyum*

Insyaallah~ Majlis merisik budak Syaza ni dalam tengah bulan depan... Hujung tahun tunang... Tengah tahun depan nikah...

Baguslah~

Saya hanya mampu senyum sambil berdoa...

Insyaallah~

Ahad, Ogos 12, 2012

Ujian 6 bulan yang indah...

Ujian 6 bulan yang indah~

*Senyum bahagia*

Ujian yang sangat indah...

Membuka mata, membuka hati, membuka akal dan mengasuh jiwa...

Saya berhenti menulis kerana saya bimbang dijejaki...

Namun, setelah sah saya dipecat... Maka, tiada apa lagi yang perlu dibimbangkan...

Sungguh, 6 bulan yang kalau tak dikuatkan iman... Saya juga mungkin sama sahaja macam mereka...

Skop kerja yang berasaskan jualan... Ya, jualan... Dengan title yang disandang - Corporate Sales Consultant - bagi saya... Cukup-cukuplah... Saya lelah...

Banyak buruk dari baiknya...

Kejar sales target... Jual product training... yang sebenarnya, saya sendiri tidak pasti keberkesanan dan keberhasilan dari training tersebut... Betul-betul baguskah?

What i do? Is bluffing...

6 bulan yang penuh dengan kelentong... 6 bulan yang penuh dengan kepura-puraan...

Alhamdulillah~ 6 bulan itu sudah berakhir tepat jam 10:14:16am 10-Aug-2012...

Saya sangat bersyukur....

Setidak-tidaknya, saya tak pernah lagi pegang duit komisyen...

Setidak-tidaknya, rezeki yang saya terima 6 bulan lalu adalah rezeki dari titik peluh sendiri... Biarpun ada suara-suara berbunyi yang ia sekadar basic salary...

Walaupun ia sekadar basic salary, setidak-tidaknya saya tahu itu hasil usaha saya...

Tidak ada ragu di situ...

Bergelumang dengan mereka yang tahu tapi alpa... Tahu tapi tak mahu... Tahu tapi pura-pura tak tahu...

Perkara yang sangat dikesalkan adalah... SOLAT...

*Peringatan: Cik Syafiqah bukan orang baik...*

Tapi, walaupun saya bukan orang baik, tak salah ingat-mengingatikan?

Tapi...

*sedih dalam hati*

Sungguh saya sedih... Bila agama jatuh nombor 2, dan dunia didahulukan...

*Tanda akhir zaman*

Saya cuba pelbagai cara... Sudahnya saya dicop...

PURA-PURA BAIK... BERLAGAK ALIM...

Aduh!!! Hebat betul kata-kata itu...

Saya tak pernah kata saya baik...

Jaga solat... Itu kewajipan semua...

Jaga aurat... itu tuntutan...

Kalau itu pun dipertikaikan... Dikatanya saya musang berbulu ayam... Apakah itu?

Semua ini rasa berselirat yang tersimpan, tersimpul dalam hati selama 6 bulan...

Saya bukan budak baik...

Sudah ditegaskan berkali-kali...

Tapi, bagi mereka yang mempertikaikan imej saya yang konon nampak alim...

Saya hanya mahu berkata satu sahaja...

Kamu bukan mempersoalkan saya... Tapi, kamu mempersoalkan hukum yang telah Allah tetapkan...

Benarlah Islam itu agama yang asing... Dan sesiapa yang mengamalkannya dianggap Makhluk Asing...

Alhamdulillah... Saya bangga jadi makhluk asing itu...

Saya rela dikutuk sebagai musang berbulu ayam... si muka dua... atau apa sahaja yang dikatakan dan dilemparkan manusia...

Asalkan saya bukan musang berbulu ayam di hadapan Allah... bukan si muka dua di hadapan Allah... dan bukan juga manusia yang menjual agama kerana dunia...

Tak perlu ijazah dari universiti terkemuka atau bertaraf antarabangsa... Andai hati penuh sifat mazmumah...

Tak perlu sales target beribu-ribu... Kalau nak solat pun kamu berkira...

Tak perlu disayangi boss atau manager... Kalau Allah pun tak mau sayang kita...

Manusia diuji dengan 2 benda... Kesusahan dan kesenangan...

Ramai yang mengadu pada Allah bila diuji dengan kesusahan... Tapi, sedikit yang menangis di hadapan Allah tika diuji dengan kesenangan...

Kesenangan yang kamu perolehi sekarang... Berkatkah ia?

Harta yang kamu kumpul sekarang... Sucikah ia?

Tepuk dada... Tanya iman...

Saya sebenarnya mengingatkan diri sendiri... Tak tuju pada sesiapa...

Namun, andai ada yang terasa... Maaf, saya pinta... Tapi, ini teguran ikhlas dari saya...

Saya tak peduli kamu mahu sumpah saya apa pun... Malah, mahu disumpahkan saya mati sekali pun... Saya tak kisah...

Sebab, sumpah kamu itu hanyalah kata-kata... tak punya kuasa...

Kalau pun ia terjadi... Bukanlah atas sebab sumpahan kamu itu... Tapi, sebab Allah dah tetapkan begitu...

Jika kamu masih percaya sumpah kamu itu punya kuasa... Terus terang saya katakan... Kamu sudah jatuh syirik...

Maka bertaubatlah... Kembali ke jalan yang benar...

Belum terlambat... Selagi pintu taubat masih terbuka...

Saya maafkan kamu... Cukup kamu tahu... Tak perlulah kita bertemu...

Saya bahagia dengan ujian ini... Saya bahagia dengan apa yang telah Allah tetapkan ini...

Rezeki Allah bagi... Bukan kamu...

Alhamdulillah~ Allah sayangkan saya...

Insyaallah~ Allah juga sayangkan kamu...

Maka, Allah ilhamkan saya untuk menulis disini buat tatapan kamu... Agar kamu tahu...

Alhamdulillah~ Rezeki... Allah yang bagi...

Allah bagi apa yang kita perlu...

Assalamualaikum...

Lamanya tak menaip... Lamanya....

*senyum nipis*

Rasanya, tak ada siapa pun yang datang jengah sini... Yelah, hampir separuh tahun menyepi...

*senyum lagi*

Allah bagi apa yang kita mahu... Bukan apa yang kita perlu...

Kata-kata ini tersemat utuh dalam hati...

Alhamdulillah...

Dalam keserabutan untuk memenuhi tawaran 3 interview kerja yang datang tiba-tiba...

Allah ilhamkan hambaNya itu untuk memaksa saya meninggalkan syarikat dengan segera...

Kala akal menguasai logik... Kala iman terkalahkan oleh nafsu... Sungguh saya marah....

Marah, kerana hanya diberi notis lewat sms... Marah, kerana tidak difahami situasi diri yang sedang sakit menggigil seorang diri di rumah... Marah... Sungguh marah...

Namun, setelah dimuhasabahkan... Setelah akal menggila dirasionalkan... Saya sungging senyum nipis...

Perkataan pertama terlontar...

Alhamdulillah...

Allah menjawab doa-doa saya dengan jawapan yang sangat indah...

Allah membantu saya dengan cara yang sangat mudah...

Allah melorongkan saya untuk sesuatu yang saya minta selama ini lewat doa-doa yang tak putus-putus dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka...

Saat hati meragui keberkatan rezeki yang dicari selama 6bulan ini... Allah jawab keraguan itu dengan ujian yang manis ini...

Saat hati memohon diberi keberkatan, disucikan rezeki dan hati... Allah ilhamkan hambaNya itu untuk membenci saya dan memecat saya dengan notis yang nyata dangkal dan jelek caranya...

Allah membuka mata dan hati saya...

Sungguh saya dianiaya... Maka, saya yakin, doa insan teraniaya itu makbul dan mustajab...

Bukan balasan dunia yang saya harapkan... Berikanlah hamba Allah itu hidayah... Jika tidak, balas sahaja perbuatan mereka dengan cara setimpalnya...

Saya tidak mendoakan kejahatan, malah tak mendoakan kebaikan...

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya...

Rezeki Allah bagi... Bukan manusia yang bagi...

Dan sungguh, Allah memang beri apa yang saya perlu... Bukan apa yang saya mahu...

Selasa, Jun 19, 2012

Sebu... Sebal...

Sebu... Sebal...

Sedih... Kesal...

Kelu... Kelat...

Semua rasa ini berkumpul-kumpul... menyatu jauh di sudut hati...

*Sigh*

Entahlah...

Penat mengajar hati untuk kebal... Sudahnya, kalah lagi... Dengan air mata yang laju menghujani pipi...

Kesal... Sebab disalaherti...

Kesal... Sebab pengakhirannya begini...

Kesal... Sebab, kata maaf pun langsung tak mampu lagi diterima?

Kesal...

Sungguh!!! Saya kesal...

Terima kasih atas ilmu yang diberikan...

Berkali-kali diucapkan pun... Kamu tetap juga masih mahu marah kan?

Terima kasih atas semuanya...

Tapi, janganlah sampai mengharamkan segala yang dah jadi darah daging...

Saya tahu kamu marah... Tahu itu...

Tapi, jelaskanlah apa yang kamu marahkan sangat pada saya...

Saya pekakkan telinga... Meriahkan bibir dengan senyum...

Tak bermakna hati saya tak luka dengan sikap kamu...

Sampai begitu sekali marah kamu...

Tak mengapalah...

Saya pasrah... bukan redha...

Sungguh... Sampai saat ini... Saya masih kesal dan putus asa...

Moga Allah saja yang boleh pujuk hati saya...

Saya doakan yang baik2 saja untuk kamu...

Insyaallah...

Ahad, Jun 17, 2012

UGLY ITU HODOH…


Rasanya, sebelum kamu teruskan pembacaan kamu… Ada baiknya kamu search di Youtube 2ne1 –Ugly (eng sub)…



Sebab, yang kamu akan baca seterusnya… adalah rasa hati cik Syafiqah yang terbawa-bawa mood lagu ini… huhuhu…
-


-


-


-


-

I’m trying to smile brightly, but I don’t like it… 

Setiap kali tersenyum… Dalam hati, terasa seolah-olah diri menipu diri sendiri… Menipu semua orang… Tersenyum… Satu perisai diri untuk menutup rasa hati yang nyata kacau bilau… gundah…resah… diri terasa hilang… Tapi… dipaksakan jua melukiskan sebuah senyuman dibibir…

I’m not pretty, I’m not beautiful, oh oh oh oh…

Cantik… dalam erti kata lain… indah… Cuba positif… Tapi, payah…

I’m trying to sing but no one is listening…

Cuba untuk bersuara… mengikut rentak kata semua orang di sekeliling… Tapi, terasa macam outsider…

I’m not pretty, I’m not beautiful, oh oh oh oh…

Sekali lagi… Sedar diri… Siapa saya… Siapa aku… dan Siapa mereka…

Why am I this ugly?

Buruk? Hodoh? Semuanya… Aku… Entah… Aku tak tahu mahu salahkan siapa… Rasanya baik salahkan diri sendiri dari salahkan orang…

What must I do for me to be able to smile brightly like you?

Melihat orang tersenyum… Cantik… Ikhlas… Tapi, aku???

I’m getting angry again, why can’t I ever be perfect?

Terus memarahi diri sendiri… Rasa mahu sahaja dicampakkan semuanya biar hancur, terburai… Pecah berderai…

I simply put the blame on my ugly appearance in this broken mirror…

Menyalahkan diri sendiri… Rasanya… lebih mudah… Walaupun menyakitkan…

Don’t look at me, I hate this feeling right now…

Outsider… Trouble-maker, Black sheep in the family… rasanya sangat benci diri dengan diri sendiri…

I want to hide away somewhere, I want to escape…

Kalau melarikan diri itu satu penyelesaian… Rasanya, mahu sahaja hilang… Tak mahu kembali…

This world is full of lies…

Dunia penuh penipuan… Dan penipuan itu adalah salah satu alasan untuk melarikan diri…

I think I’m ugly…

Terasa diri sangat buruk… sangat hodoh…

And nobody wants to love me…

Terasa semua orang memandang aku dengan pandangan yang hodoh…

Just like her I wanna be pretty…

Dibanding-bandingkan dengan orang lain… buat aku bertanya… Buruk sangat ke aku?

I wanna be pretty…

Perlu  jadi secantik puteri untuk disayangi?

Don’t lie to my  face telling me I’m pretty…

Aku bencikan pujian… Sebab, ia semuanya umpama penipuan ikhlas yang nyata…

I think I’m ugly…

Aku  memang buruk… Zahir… Batin…

And nobody wants to love me…

Tak disayangi sesiapa… Tak dikasihani sesiapa…

Just like her I wanna be pretty…

Kan bagus kalau aku cantik macam dia… Kadang-kadang… aku fikir begitu…

I wanna be pretty…

Mahu cantik… Tapi… Entah….

Don’t lie to my  face coz I know I’m ugly…

Hentikan penipuan kalian… Aku cukup tahu diri sendiri…

Don’t tell me that you can understand me so easily…

Bila  ada yang berani berkata bahawa dia memahami aku… mengenali aku… Aku tahu dia menipu… Penipuan yang  sangat nyata…

My ugly and crooked heart may even come to resent you…

Penipuan yang buat hati aku yang penuh luka dan kaca jadi benci… Benci dengan setiap kata-kata yang terlemparkan mereka untuk aku…  Marah… Dendam… Semua jadi satu…

Don’t force me to talk, I’m not right for you…

Tak perlu nak paksa aku untuk suarakan rasa hati aku pada kalian… Kalau itu yang kalian fikir tentang aku… Betul… Aku tak sesuai untuk kalian…

The cold thorns inside that patronizing gaze suffocate me…

Semua ini menyesakkan… Malah… Pandangan sinis kalian,cukup bisa untuk diterima dan diterjemah oleh hati aku…

Don’t come closer, I don’t even want your concern…

Aku tak perlu perhatian kalian yang penuh pura-pura… Tak perlu rapat… Kalau semuanya hanya sebuah lakonan…

I want to leave away to somewhere, I want to shout out…

Aku mahu lari… Jauh… Menjeritkan seluruh rasa hati…

This world is full of lies…

Biar semua tahu yang kalian adalah pelakon terhebat yang pernah aku jumpa

All alone… I’m all alone…

Sendiri… Terus sendiri…

All alone… I’m all alone…

Sunyi… Sepi…

There is no such thing as warmth…

Tak terasakan kehangatan panas matahari… Tak terasakan kemanisan kasih sayang…

There is no one by my side…

Bila aku hanya sendiri… Tetap sendiri… Tanpa ada seseorang yang boleh aku betul-betul percayakan…

All alone… I’m all alone…

Sendiri… Terus sendiri…

All alone… I’m all alone…

Sunyi… Sepi…

I’m always all alone…

Aku memang selalu sendiri… Dan mungkin akan terus sendiri…

There is no such thing as warmth…

Tak terasakan ada yang mahu ambil tahu khabar hati aku…

Next to my side, there’s not even anyone to embrace me…

Sudahnya, aku sendiri… Menangis… Merintih… Tanpa ada seorang pun mahu datang menghulurkan tangan dan memberi secebis rasa kasih untuk dikongsi…

I think I’m ugly…

Terasa diri sangat buruk… sangat hodoh…

And nobody wants to love me…

Terasa semua orang memandang aku dengan pandangan yang hodoh…

Just like her I wanna be pretty…

Dibanding-bandingkan dengan orang lain… buat aku bertanya… Buruk sangat ke aku?

I wanna be pretty…

Perlu  jadi secantik puteri untuk disayangi?

Don’t lie to my  face telling me I’m pretty…

Aku bencikan pujian… Sebab, ia semuanya umpama penipuan ikhlas yang nyata…

I think I’m ugly…

Aku  memang buruk… Zahir… Batin…

And nobody wants to love me…

Tak disayangi sesiapa… Tak dikasihani sesiapa…

Just like her I wanna be pretty…

Kan bagus kalau aku cantik macam dia… Kadang-kadang… aku fikir begitu…

I wanna be pretty…

Mahu cantik… Tapi… Entah….

Don’t lie to my  face coz I know I’m ugly…

Hentikan penipuan kalian… Aku cukup tahu diri sendiri…
Lagu: Ugly (Translation)
By: 2NE1
*Hati sedang kacau bilau… Lewat malam 5:05pg, 17hb June 2012…*



Rasa hati yang...

Assalamualaikum...

Setelah 2 bulan hilang jejak dengan blog sendiri...

*Sigh*

Hati rasa sedih, marah, hiba juga sebak yang tak terhitungkan saat ini...

Buntu... Keliru...


Ada sekelumit rasa tertikam yang bertubi-tubi...

Malah, ada rasa harga diri yang diinjak-injak pergi...

Sungguh...

Saya perlu bahu untuk disandarkan saat ini...

Perlu sepasang tangan yang mampu merangkul bahu...

Tak perlu apa-apa suara... Hanya bisu, dan dengarkan sahaja tangisan ini yang mendadak datang... sebab, ia juga tangisan yang mendadak pergi dibawa senyum pahit...


Tapi, saya tahu... tak ada siapa yang sudi...

Maka...

Saya sepi lagi... Bungkam terus...

Lantas, pada DIA... tempat sebaik-baik pengaduan...

Mudahkan urusanku, Ya Rabb...

Leraikan kekusutan dan kebuntuanku, Ya Rahman...

Kuatkan hatiku, Ya Malik...

Sungguh... Hanya Kau saja yang tahu isi hatiku saat ini...



p/s: Benarlah... Selangkah kita dekat... Seribu langkah DIA hampir...

Khamis, Mac 29, 2012

Wordless...






p/s: 2nd quote suits the mood...

Rabu, Mac 28, 2012

I don't mind...

*rolling eyes*

Hampir juling membaca komen yang tak patut-patut tu... Sudah-sudah laaaa... Malas aku nak layan kau...

*Evil smile*

Sebab awak kenal saya dan tahu ini blog saya, maka awak cakap apa sahaja yang boleh buat saya sakit hati... dengan awak...(?)

*Menjulingkan mata*

Apa-apa sajalah...


******

I don't mind when people called me sarcastic... Cause i do...

I don't mind people called me bad attitude... Cause i do...

I don't mind people called me ugly... Cause i memang ugly pun...

So, I just don't mind with everything...

*Kadang-kadang*

So, bila orang bashing me... Sarcstically... verbally or writingly... or.. whatever you call it...

I just don't mind...

Plus.... Ini blog saya... Suka hati laaaa saya nak tulis apa...

Lagipun... Bukan ramai pun yang baca... Walaupun follower dekat atas tertera 113 orang... But then, they don't read it at all... I bet...

Lagipun, saya tak menulis diari di sini... Ia hanya sekadar atas lapisan nipis hidup saya yang berlapis-lapis...

So, i don't mind with your evil speaking... Cause I AM a dark witch! Remember??

*gelak kejam*

Setiap orang ada cara dia nak lepaskan stress... So, blogging is one of my method...

Setiap orang ada cara dia nak menulis di blog... I have my own way kat sini...

And, I just one of millions people yang tulis blog dengan gaya emo camni...

Agaknyalah... Agaknyalah... Sebab kau hanya baca blog aku... so, kau sakit hati dengan aku... Sebab kau kenal aku yang kritikal, jahat, tak sedar diri, dan wicked nak mati...

Saya tak kisah...

Senyum plastik... Senyum plastik atau senyum palsu, itu trademark saya... dalam blog ni... Biar je laaa... Sakit agaknya kau ni...

I don't mind...

I'M Admit yang I have bad attitude... So???



p/s: Have another closure... More coming in... Insyaallah... Rezeki Allah nak bagi... Kau ade???

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers