Ahad, November 20, 2011

Menangislah... Kalau itu bisa mengubat jiwa...

Beberapa malam lepas... Sebetulnya hari Rabu, malam Khamis...

Telefon ditelek...

*Telefon yang harus dicampak dan dibenam dalam selut... Sebab dah rosak... Boleh received call dan dial speed number je... Hampeh!!!!*

Telefon dikelek... Direnung lama...

Perasaan dalam hati bercampur-baur...

Ada risau... Ada resah... Ada gundah... Ada amarah yang seakan tak kunjung padam...

Lantas, tanpa berfikir untuk detik yang seterusnya... Nama itu nombor itu didail...

Menanti...

Panggilan pertama disambut si suara wanita...

*voicemail... Jatuh kredit!!!*

Panggilan kedua... deringannya berakhir begitu sahaja...

Panggilan ketiga...

Nyata menguji kesabaran... Hanya semata-mata mahu bercakap dengan seorang insan bergelar darah daging!!!

****

Cukup dengan drama...

Wajah... Walau cuba dimaniskan... Namun ada sisa kelat dihujung senyuman...

Senyum walaupun nampak indah.... Nyata ada sendu yang tertinggal di hujung kata...

Hati... Walau cuba ditabahkan... Tetap ada ralat yang datang mengusik jiwa...

Ceria... Walau cuba dipamerkan... Tetap... air mata jua yang datang menemani... Kala sepi dan sunyi mencengkam ke dasar hati...

Bahagia... Kalau susah mahu digapai... Rasanya... Elok sahaja hati ini beku dan kaku... Tanpa perlu sedikit pun rasa ehsan pada diri...

Bukankah bagus kalau saya mampu buat begitu...

Terus menggembirakan manusia-manusia yang menjadi nadi dalam hidup... Tanpa sekelumit rasa yang tertinggal untuk diri....

Bagus... Atau... Menyakitkan?

Bahagia... Atau.. Saya mengundang duka yang dalam pada hati???

Saya pilih bagus... Kerana saya tidak mahu kjadi beban...

Saya pilih bahagia... Kerana senyum mereka buat saya lega...

Saya pilih kesakitan ini... untuk mereka terus meraih senyuman dalam setiap hari mereka...

Kalau ini yang dinamakan pengorbanan... Rasanya... Tiada apa yang menjadi kesalahan...

Kalau ini yang dikatakan sebuah persaudaraan... Maka saya pilih kesakitan ini untuk kebahagiaan mereka...

Tapi...

Mampukah saya terus kuat?

Entah...

Tidak pasti...

Kabur... Keliru... Buntu...

Itu nyata satu rasa yang menjulang-julang dalam hati...

Keliru...

Ya, keliru...

Maka tangisan jadi peneman tidur... Walau tiada air mata yang mampu ditumpahkan...

Salahkah berpura-pura tabah???

Entah...

Saya tak tahu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers