Rabu, April 27, 2011

Ikon anak muda...

Siapa Ikon @ Idola kamu???

adakah ini???

*erk... terlalu tua untuk mereka yang berumur 12 hingga 17 tahun, pada tahun ini...*

Atau ini..???

*Tak tipu... Rambut dia sangat cantik...*

Atau..

*His Fanclub is call Belieber??? What the tutttt!!!*

Kenapa tajuk ini??? Tak ada tajuk lain ke? Macamlah kamu tu suci sangat!!!

Hokey...Hokey... Saya pun tak berapa nak lurus juga... Layan Korea, Japan, Taiwan dan China sangat melampau... Tapi... saya tak fanatik macam mereka ini...


Ia dipanggil Flash Mob... Apa itu Flash Mob???

Flash mob (atau flashmob)[1] ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.

sumber: Wikipedia
Dan semua ini dilakukan atas sebab keFANATIKan mereka kepada si Bibir Bieber ini...

Apakah???

Lagu dia sedap, okay... Kau jangan kutuk-kutuk artis kesayangan aku tu!!!

Sedap laaa sangat... Suara tak macho langsung!!!

Dia sangat comel!!!

Ohhoi!!!! Si 'comel' ini memanggil Kuala Lumpur dengan nama Manila dalam konsert jelajahnya baru-baru ini...

Hoi!!! At least dia Western... Kau Eastern, bulls****!!!

Oh!!! Western yang buat kamu pun mahu tiru... K***ing dalam kereta... Puja perempuan macam puja Tuhan.. Dayum!!!

Siapa yang sepatutnya jadi Ikon@Idola kita???

Dr. Mahathir???

Beliau seorang ahli pemikir... Tapi... bukan beliau calon yang terhebat!

Atau, DSAI???

Skandal demi skandal... Juga bukan beliau calon terhebat itu...

Uncle Seekers??? Huh???

Oh... tak tahu apa akan jadi pada semua kalau dia dijadikan Ikon... Dah tentu-tentu bukan dia...

*Uit... lapang sungguh mulut kamu... tutup sikit... lalat masuk tu...*

Hahaha... Macam harem hampeh letak Uncle Seekers jadi calon Ikon... Nak pengsan kejap...

*Ok.. dah bangun!!*

Siapa sebenarnya yang patut dijadikan Ikon setiap umat manusia???

Siapa lagi kalau bukan dia... Si Kekasih Allah itu... Baginda Rasulullah s.a.w....

*Selawat dan salam atas Baginda...*

Dia calon terbaik... terpuji... dan teladan sepanjang zaman...

Bayangkan... Sedangkan yang bukan Muslim pun menobatkan Baginda Rasulullah sebagai yang pertama dalam senarai 100 manusia berpengaruh sepanjang zaman... Mendahului John F. Kennedy serta Abraham  Lincoln... Jadi... Nikmat yang mana lagi yang mahu kamu dustai???

Betapa sayangnya Baginda Rasul pada kita... Hingga Baginda sanggup menanggung sakitnya sakaratul maut itu... Dengan harapan agar sakit itu diringankan kepada kita kelak...

Betapa sayangnya Baginda Rasul pada kita... Umat yang Baginda tak pernah lihat... Atau tak pernah bersua... Namun... dipanggilnya kita saudara-saudaranya... Hingga cemburu para sahabat mendengar panggilan itu... Sedangkan mereka lebih layak kerana berada di samping Baginda...

Betapa sayangnya Baginda Rasul pada kita... Hingga sanggup Baginda turun naik berpuluh-kali ketika Isra' & Mi'raj... semata-mata mahu mengurangi raka'at solat... Kerana khuatirkan ia tidak akan mampu tertanggung oleh kita nanti...

Namun...

Siapa Baginda di hati kita... Di hati kamu... Di hati saya....

Siapa Baginda dalam jaga kita... Dalam jaga kamu... Dalam jaga saya...

Siapa Baginda dalam cinta kita... Dalam cinta kamu... Dalam cinta saya???

Kita umat paling bertuah...  Tapi, kita juga barangkali umat paling lalai...
- Haji Ahmad  Noor Ismail, Halaqah Sentuhan Kalbu, TV9 -


Renungkan...

Kita sambut Maulidur Rasul... Tapi... Apakah ia beri impak jangka panjang dalam hati, diri dan hidup kita?

Kita ucapkan selawat atas Junjungan Mulia... Tapi, apakah ucapan selawat itu diiringi rasa kasih dan cinta yang besar pada Baginda?

Kita katakan kita kasihkan Baginda... Tapi... seringkali nafsu yang mendahului akal dan kewarasan...

Bukan mahu jadi ustazah... Tapi sekadar berkongsi...

Dunia dilanda fitnah besar kini...

Kita harus sedar...

Mudah untuk melafazkan kita umat Muhammad... Diberi syafaat besar nanti sewaktu di Padang Mahsyar...

Tapi... Cukup layakkah kita untuk mendapat syafaat sebesar itu???



p/s: entry yang diperam berhari-hari... akibat internet yang down 2 hari...

1 ulasan:

  1. akk....saya minat sgt justin bibir.Memang sore die cam laki yang hany suke @ mawi (mata ke ats,letak tangn dibahu) hahahaha....uncle seekers?? oooo tidak!! die la hantu. :P

    BalasPadam

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers