mahu cerita tentang apa??? tentang apa ya???
hahahahahahaha... banyak mahu diceritakan... banyak mahu dikongsi... banyak mahu dicernakan... dan banyak juga yang mahu diluah-jerit-pekikkan...
oh, kamu tak suka??? kalau tak suka... pejam mata... tak pun... tutup blog ini... seperti post yang lepas... ini bukan blog ilmiah... harap maklum... rumah saya... saya punya sukalah nak hias bagaimana... tak perlukan kamu sebagai tukang
semalam ada perbincangan... ya, perbincangan... diskusi... sebagaimana biasa... suara-suara radikal seperti saya tidak akan diambil endah... atau dipandang walau sepatah pun... kerana itu, berdiam diri lebih baik... tapi....
tapi...
ya... ada tapi nya....
cuba berfikir sejenak... adakah semua keputusan itu diambil berdasarkan suara ramai atau suara seorang-dua-tiga sahaja??? adakah semua bersetuju atau sekadar beberapa sahaja setuju dan yang lain jadi belatuk turut setuju walau hati meronta membantah???
hmmm.....
saya tak faham... kalau saya tegur... dikatakan saya diktator bertauliah menggantikan en. Hitler... baguslah...
kalau saya tulis di sini... dikatakan saya membuka pekung di dada... prejudis dengan segala... diskriminasi... dan segala macam lagi title yang SANGAT INDAH untuk dicernakan oleh akal, hati, dan minda saya yang serabut-buntu-keliru ini...
saya hanya bercakap dari sudut pandangan saya... dan juga pandangan beberapa lagi mereka yang terpinggir, dipinggir...
tapi... penyudahnya... saya juga yang ditikam bertubi-tubi dengan kata-kata setajam lembing yang telah dilumur racun sangat berbisa... yang mampu membuatkan hati saya lebur dengan hanya sekali tusukan...
oh, hati... kesian sangat pada en. hati saya ini...
oh, kamu tak perlulah nak hantar status pada 'mukabuku' dengan status sakit hati... kononnya secara am menegur semua kelompok manusia yang menjadi rakan kamu di alam maya... walhal sebenarnya, mahu membunuh saya dalam senyap dan sinis kata-kata kamu itu...
juga... kamu tak perlulah nak berlagak baik dan alim segala... konon mahu menjaga tatasusila... walhal yang sebenarnya, kamu juga sama seperti mereka yang kamu pandang jijikkan itu... walaupun kamu tak melakukan secara terang-terangan... tapi, dengan tindakan dan perbuatan kamu juga... kamu tergolong sama dengan mereka yang kamu pandang jijikkan itu...
kamu boleh terus memandang jijik-hina manusia yang kamu fikir kejam-sadis-diktator atau segala fikiran berbentuk tolak kamu itu... tapi, kamu harus tahu... adakah kamu cukup mengenal manusia itu hanya dengan mendengar kata-kata dari manusia lain yang belum tentu mengenali manusia yang kamu pandang jijikkan itu???
kita boleh terus memandang jijik manusia lain, hanya semata-mata mahu diri dipandang baik dan hebat... tapi, kita tak tahu, bagaimana kita dipandangan Ilahi.. adakah kamu dipandang mulia??? atau, kamu setaraf dengan manusia yang kamu pandang jijikkan itu?? atau, makam kamu lebih teruk dari manusia yang kamu pandang jijikkan itu???
terserah... samada kamu mahu menerima kata-kata saya yang hina-jijik-keji di mata kamu ini... saya hanya meluahkan apa yang saya rasa... yang kamu fikir... kamu itu sudah cukup baik dan mulia segala... walhal, perbuatan kamu buat... yang memandang dan mengetahui sahaja cukup jelak dan serasa mahu muntah darah...
pendek kata, apa yang kamu sedang perkatakan... tidak sama dengan apa yang kamu sedang perbuatkan...
saya tak maksudkan sesiapa... tapi, siapa makan cili dia terasa pedasnya...
saya tak mahu menikam manusia dengan apa yang tidak diperlakukannya...
cuma, saya mahu manusia buka mata dengan kata-kata saya... berfikir... bukan terus melompat pada kesimpulan dan keputusan...
oh, kalau kamu mahu terus menikam hati saya di 'mukabuku'... silakan... dialu-alukan... tapi, biarlah dengan berani di dinding saya sendiri... bukan di dinding kamu sahaja...
mukabuku itu memang saya sengaja buka untuk kamu melepaskan dendam kesumat kamu... mahu tengok seberapa beraninya kamu...
ya... kamu penakut... kerana hanya berani menulis di dinding sendiri...
kamu pengecut... kerana hanya berani menitip di dinding bimbit hitam saya...
kamu sangat bacul... kerana hanya mahu menegur saya lewat pesanan-pesanan kamu di bimbit...
cukuplah... saya rasa apa yang saya lakukan selama ini... cukup untuk buat kamu cuba memahami bahawa saya memberi cadangan... bukan arahan...
tapi... andai kamu mahu terus menafsirkan ia sebagai arahan dari diktator pengganti en. Hitler itu...
maka... dipersilakan...
saya sudah malas mahu mempertahankan diri sendiri...
moga berbahagia dengan terus-terusan membunuh hati dan perasaan saya...
saya SUNGGUH tidak takut dengan kamu...
p/s: koma hati ini, entah bila mahu pulih... sila selamatkan saya dari keresahan dan kesepian yang tak tertampung ini...
oh. maafkan aku kerana lambat sampai di sini.
BalasPadamdan aku terkejut, kenapa ada org tulis somting yang berlaku kat aku?
hahaha~
life is always like this kan?
i'd learned that we never ever can't change others, but we always can change ourself.
be strong girl.
as we walk this life not for them..
why they shud be bother about us?
live on luv :)
oh... akukah yang menulis something itu???
BalasPadamdi mana ya???
aku lupa... hahahahahahaha...
ini apa yang jadi pada aku saat ini...
orang yang pada awalnya ku fikir mampu dipercayai.... rupanya... indah keretapi dari gerabak keretapi...
huhuhuhu...