Khamis, Ogos 05, 2010

antara senarai keserabutan malam ini.... (part 2)

1. mula menjadi seorang yang mencipta angan2 hebat dalam kepala.... si minda ini tak mahu berhenti bekerja... apa yang kelihatan di mata, semua mahu dibelek, dikelek dan diterjemahkan... sehingga menjadi sketsa yang sangat merepek... yang tak tentu hala ceritanya di dalam kepala... bibir hanya senyum, sedang hati ketawa sinis... akal memarahi si minda yang tak henti2 mahu bekerja itu...

2. merenung laman labah-labah "mukabuku" sekian kalinya hari ini... terjemuh dengan satu album yang akhirnya mengundang air mata sendiri... BETAPALAH!!!! sedih rasa menjadi orang yang tak penting pada orang yang kita anggap penting.... air mata yang seminggu lebih ditahan agar tak jatuh menimpa pipi... akhirnya kalah.... hiba rasa hati karana saya bukan selayaknya sahabat yang boleh dikongsikan senyum bahagia itu bersama pada majlis bahagianya yang lalu...

3. masih di laman "mukabuku".... kali ini dengan kerut dahi yang pelik.. tebal rasanya dahi dengan kerut in.. benarkah apa yang dibingkiskan... atau saya berhalusinasi... kerana si sahabat yang satu ini sangat dekat di hati dan doa saya? adakah kerana rasa yang sangat menggebu dan berbunga dalam hati mengundang halusinasi ini... atau... saya yang memetaforakan suasana agar nampak indah... supaya sahabat yang dekat di hati dan doa saya itu seperti apa yang saya mahu... atau semuanya sekadar SATU KEBETULAN???

4. oh!!!! 'mukabuku" masih tajuk dan watak penting saya pada hari ini.. membaca rungutan seorang adik... membuat saya mahu ketawa... siapa yang bermain dengan api?? kenapa insan sekeliling yang dipersalahkan?? siapa sebenarnya watak utama dalam hidup awak??? sehingga saat rungutan awak, akak baca... seharusnya, awak sedar yang awak memulakan sketsa lucu itu pada awalnya... menuding jari pada orang yang bukan haknya... bukanlah tindakan yang wajar... malah, itu hanya mengundng 1000 keserabutan aneh yang semakin ajaib untuk diselesaikan....

5. manusia ini ajaib kan?? masih di laman "mukabuku".... tapi, menatap pelbagai senyum  ria manusia... indahnya... kenapa saya jarang tersenyum ria begitu??? bibir tersenyum... sedang hati... mata terutamanya... mata saya ini sudah berkali ditegur... kerana mata saya ini tidak seiring dengan senyum di bibir... lompong luas jelas kelihatan... malah, yang sering terjadi, ia menceritakan semua rasa hati yang sering berbaur saat bibir terpamer senyum indah... anehkan seorang Syafiqah ini??? matanya lebih bijak berkata-kata dari dua ulas bibirnya...

6. sunyi... sepi... lelah... penat... lesu.... saya perlukan seorang teman yang mampu menjaga saya seumur hidup saya ini... saya perlukan seorang teman yang mampu menitip kata sabar dan tabah... saya mahu seorang teman yang bisa bisikkan keinsafan dan ketakwaan... saya mahu seorang teman yang boleh memujuk dan menegur dengan rasa kasih dan sayang... saya mahu seorang teman... yang boleh dihadapkan mukanya, direbahkan kepala pada bahunya.... saat hati rapuh dan lesu begini.... saya mahu teman itu... kerana saya penat berdiri dan memujuk hati sendiri.... 

7. penat menitip kata agar bertabah... namun hati tak jemu-jemu berpesan.... HATI... MEMBESARLAH SELUAS PADANG GOLF....


saat ini betapa saya rindu arwah nenek saya... ~al-fatihah~


p/s: cik Syafiqah sedang tepu dan beku otaknya, penat dan letih mindanya, lelah dan sakit hatinya.... mencari kata-kata keramat yang mampu buat hati teguh kembali...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang bersifat menyakitkan hati, tidak akan dilayan... Terima kasih...

PeNoNtOn FiLeM...

Related Posts with Thumbnails

eN. bLoG pUnYa BiRtHdAy...

Daisypath Anniversary tickers